You are on page 1of 3

KOMSAS TINGKATAN 5 Topik : Drama

Sinopsis - Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd. Yusof)


Pak Man berkunjung ke rumah Sani dengan membawa ikan yang ditangkapnya. Mereka bebual-bual tentang ibu angkat Sani, Jimah yang enggan pulang ke rumah kerana menunggu suaminya, Pak Jumaat yang hilang di laut sebagai akibat bencana tsunami. Sharul pula meminta Sani memberitahu emaknya tentang hasratnya yang mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana cutinya telah habis. Setibanya Sabariah dari London, dia mempersoalkan tindakan abangnya, Sabri yang membiarkan ibunya menunggu kepulangan bapa mereka di tepi pantai. Sabariah pula menyalahkan bapanya yang masih mahu ke laut biarpun menerima duit belanja daripada anak-anak. Sabariah turut menegur Sharul apabila mengetahui adiknya mahu kembali ke Kuala Lumpur sedangkan bapa mereka masih belum ditemui. Sementara itu, Mak Jah menasihati Shahrul agar mengenang jasa ibu bapanya dan meletakkan mereka di tempat yang tinggi. Sabariah mendesak emaknya yang masih setia menunggu kepulangan bapanya agar pulang ke rumah kerana berangganpan mayat bapanya sudah hancur di laut. Sabariah juga mengukit tentang wang 100 paun yang diberikan kepada bapanya setiap bulan. Sabariah mempersonalkan tindakan bapanya yang masih ke laut dan tindakannya itu memalukan anak-anaknya. Jimah berasa sangat sedih dengan kata-kata Sabariah. Dia telah mengeluarkan buku akaun anak-ananya lalu meminta Sani menyerahkan buku-buku tersebut kepada mereka. Jimah memberitahu Sani bahawa dia dan suaminya tidak pernah menggunakan wang pemberian anak-anak mereka. Sani menyerahkan buku akaun yang diberikan oleh ibunya kepada abang dan kakanya. Sabariah, Sabri, dan Sharul terkejut apabila mendapat tahu bahawa orang tua mereka tidak pernah menggunakan wang pemberian mereka selama ini. Pak Man yang singgah ke rumah Jimah menasihati Sabariah, Shahrul, Sabri dan Salmah agar menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dan menghormati mereka. Dalam pada itu, Man Bengap memberitahu bahawa Pak Jumaat telah ditemui selamat dan kini ber di ada Balai Polis Kuala. Jimah seterusnya meluahkan ketidakpuasan hati dan perasaan sedihnya berhubung dengan sikap anak-anaknya yang lebih mementingkan kerjaya masing-masing dan wang ringgit berbanding dengan dirinya dan suaminya. Sabariah, Sharul. Dan Salmah menyedari kesilapan masing-masing lalu memohon ampun daripada Jimah. Setelah dirayu, akhirnya Jimah memaafkan kesilapan dan kealpaan anak-anaknya. Jimah dan anak-anaknya bergerak put Pak Jummat.

Tema / Pemikiran Pengabaian kasih saying dan perhatian anak-anak terhadap ibu bapa. Persoalan (a) Kesetiaan seorang isteri terhadap suami yang dikasihinya. (b) Kesibukan anak-anak dalam kerjaya sehingga mengabaikan perhatian terhadap ibu bapa. (c) Jasa ibu bapa yang tidak ternilai harganya. (d) Kasih saying yang tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. (e) Ketentuan qadak dan qadar Tuhan. Watak dan Perwatakan Jimah (a) Isteri kepada Jummat yang menyara hidup sebagai nelayan. (b) Ibu kandung kepada Sabri, Sabariah, Salmah, dan Shahrul. (c) Ibu angkat kepada Sani. (d) Sayang akan keluarganya terutama suami dan anak angkatnya, Sani. (e) Sanggup memaafkan kesalahan anak-anaknya. Sani (a) Anak angkat Jimah dan Jummat. (b) Berumur 28 tahun dan sudah berkahwin dengan Wan Malini. (c) Bekerja sebagai doctor. (d) Taat akan ibu bapa. Sabariah / Angah (a) Berumur 34 tahun dan sudah berkahwin. (b) Kini menetap di London. (c) Suka berterus terang. (d) Gagal mengawal emosi. Shahrul / Alang (a) Berumur 30 tahun dan masih bujang. (b) Bekerja sebagai akauntan di sebuah bank di Kuala Lumpur. (c) Lebih mementingkan kerjaya dan wang ringgit daripada ibu bapanya. Salmah / Putih (a) Berumur 29 tahun dan masih bujang. (b) Bekerja sebagai ahli perniagaan. (c) Berpakaian seksi. Latar Latar Tempat - Di rumah Jummat, di tepi pantai , di London, di Ipoh, dan di Kuala Lumpur. Latar Masa Waktu pagi hingga senja. Latar Masyarakat (a) Masyarakat kampong yang bekerja sebagai nelayan. (b) Masyarakat yang lebih mengutamakan kerjaya dan wang riggit daripada soal kemanusiaan dan kasih sayang terhadap ibu bapa. (c) Masyarakat yang saling membantu antara jiran sekampung.

(d) Masyarakat yang suka mengambil kesempatan terhadap orang yang ditimpa musibah. Plot (a) Permulaan : Diceritakan tentang Pak Man yang berbual-bual dengan Sani, iaitu anak angkat Jimah yang sangat berbudi bahasa. Perbualan mereka berkaitan dengan tragedi tsunami yang melanda kampung mereka beberapa hari yang lalu. (b) Perkembangan : Jimah tetap setia menunggu kepulangan suaminya, Pak Jummat yang hilang di laut. (c) Perumitan: Shahrul memberitahu Sani bahawa dia mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana cutinya telah habis. Tindakan Shahrul itu ditegur oleh kakaknya, Sabariah yang baru pulang dari London. Sabariah turut memujuk emaknya supaya menunggu bapanya di rumah kerana menganggap bahawa mayat bapanya sudah hancur dalam bencana tsunami itu. (d) Puncak/klimaks: Man Bengap mengatakan bahawa Pak Jummat telah selamat dan kini berada di Balai Polis Kuala. Berita itu amat mengejutkan anak-anak yang lebih mementingkan wang riggit dan kerjaya masing-masing daripada ibu bapa mereka. (e) Peleraian: Sabariah, Shahrul, dan Salmah sedar akan kesilapan masing -masing lalu meminta maaf kepada Jimah. Jimah akhirnya mengalah dengan rayuan anak -anaknya. Mereka sekeluarga ke balai polis untuk menemui Pak Jummat. Gaya Bahasa (a) Penggunaan Bahasa Arab. Contoh : Assalamualakum; Insya-Allah, Waailakum salam. (b) Penggunaan Bahasa Inggeris. Contoh : Businesswoman, manager, welfare. (c) Repetisi. Contoh: Yang mana buruk dan yang mana baiknya? (d) Simile. Contoh : air matanya itu macam anak air mengalir. (e) Metafora. Contoh : laut rahmat. (f) Sinkope. Contoh: tak; kau; nak. (g) Peribahasa. Contoh: naik angin; masuk angin; anak pungut; macam kucing dengan anjing; macam menatang minyak yang penuh. Nilai (a) Kasih sayang. Contohnya, Jimah dan Jummat sayang akan anak-anak mereka. (b) Kesabaran. Contohnya, Jimah sabar menunnggu kepulangan Jummat di tepi pantai. (c) Kegigihan. Contohnya, Jummat gigih bekerja untuk membesarkan anak-anaknya dan memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka. (d) Keinsafan. Contohnya, Sabariah dan adik-adiknya insaf atas kesalahan mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan wang riggit daripada ibu bapa. Pengajaran (a) Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa dan mengenang jasa mereka yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan hidup kita. (b) Kita hendaklah mengamalkan sikap suka menebung demi kesenangan pada masa hadapan. (c) Kita mestilah berani mengakui kesilapan yang telah kita lakukan.

You might also like