You are on page 1of 16

DIPLOMA KEJURURAWATAN JABATAN KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM (INSTEDT) KOTA

TINGGI, JOHOR

CLINICAL PRACTICE V DNUR 3815 STUDY KES

MUHAMMAD HIBATUL WAFI BIN ZAKARIAH 390 706 PENSYARAH PN EVELYNE SUMIHAR FRIYANTI TARIKH : 18 JULAI 2011

OBJEKTIF
y Mengkaji mengenai penyakit yang dihidapi oleh seorang pesakit di wad multidisiplin (8B) iaitu Tumirah bt. Kasbi semasa saya menjalani clinical practice 5 di Hospital Sultan Ismail. Mengenal tanda-tanda CA Tongue dengan lebih dekat. Untuk mengetahui tanda-tanda sesuatu penyakit dan tanda-tanda awal penyakit itu di kesan. Melakukan assessment, nursing diagnosis dan intervensi kejururawatan ke atas pesakit. Untuk mengatur melakukan rawatan ke atas pesakit seperti pemberian ubat, penjagaan dari segi pemakanan dan jagaan harian. Memberikan rumusan tentang penyakit yang dihidap oleh pesakit.

y y

PENGENALAN
LIDAH adalah salah satu organ deria manusia. Ia mengandungi tunas-tunas rasa yang membolehkan kita merasa makanan dan seterusnya memberikan kualiti hidup lebih baik. Betapa ramai manusia telah kehilangan nikmat merasa ini baik akibat kerosakan tunastunas rasa, masalah ketumbuhan pada lidah, kecederaan akibat kemalangan jalan raya mahupun gangguan pada saraf yang bertanggungjawab menerima rangsangan sensori daripada apa yang kita makan. Selain untuk merasa, lidah juga berfungsi untuk mengawal atau mengatur letakkan bolus makanan yang terdapat dalam rongga mulut kita. Misalnya, sewaktu kita makan, makanan setelah dilumatkan akan dibentuk menjadi suatu gumpalan. Bolus makanan ini akan ditolakkan ke belakang dengan menggunakan lidah bagi memulakan proses menelan. Lidah yang mempunyai struktur normal dan berfungsi dengan baik juga akan membantu proses percakapan atau artikulasi bunyi-bunyi yang dikeluarkan dari peti suara. Gangguan padanya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menuturkan bunyi atau perkataan yang dapat difahami oleh rakan yang mendengar. Begitu besarnya nikmat anugerah lidah ini kepada manusia.

Kanser lidah
Kanser lidah adalah sejenis penyakit yang bukannya jarang berlaku dalam praktis otorinolaringologi. Golongan yang berusia antara 50 hingga 70 tahun kerap ditemui menghidapi kanser lidah. Suatu masa dahulu ia kerap terjadi pada golongan lelaki, mungkin disebabkan kaitan dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol. Walau bagaimanapun, tidak kurang kesnya dijumpai di kalangan wanita atau pesakit yang berusia lebih muda. Data terkini juga menunjukkan wanita mempunyai kekerapan yang hampir sama dengan lelaki menghidap kanser lidah.

Faktor Penyebab
Disebabkan lidah adalah komponen utama yang terdapat dalam rongga mulut, faktorfaktor yang menyebabkan berlakunya kanser lidah juga ada persamaan dengan punca yang dikaitkan dengan kanser lain seperti bibir, pipi, lelangit, gusi dan lantai mulut. 1. Merokok - Kejadian kanser rongga mulut secara amnya meningkat sebanyak lebih daripada enam kali ganda dalam kalangan perokok jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Selain itu, merokok juga sememangnya dikenalpasti menjadi faktor utama kes-kes kanser peti suara, paru-paru dan banyak lagi organ lain di dalam badan. Ia adalah faktor yang boleh dicegah sekiranya kita menjauhi tabiat buruk ini. 2. Alkohol - Pengambilan alkohol adalah antara faktor boleh ubah yang dikenalpasti meningkatkan risiko mendapat kanser rongga mulut sebanyak enam kali ganda. Kombinasi antara merokok dan mengambil alkohol akan memberikan kesan sinergi yang menambahkan lagi kemungkinan mendapat kanser. 3. Mengunyah tembakau - Amalan ini menjadi kelaziman bagi sesetengah etnik atau bangsa yang mana tembakau, sama ada yang asli atau ditambah dengan perisa dikunyah dan dikemam di dalam bahagian rongga mulut. 4. Masalah gigi - Penjagaan gigi yang tidak bersih, wujudnya bahagian gigi yang tajam serta gigi palsu yang tidak dipadankan dengan baik akan menyebabkan iritasi berterusan dan berpanjangan terhadap struktur-struktur di sekitarnya termasuklah lidah. Umpamanya, lidah yang selalu tercedera baik akibat gigi yang tajam atau gigi palsu yang tidak sesuai mungkin meningkatkan risiko ketumbuhan yang berbahaya. 5. Faktor lain - Masalah malnutrisi seperti diet yang kekurangan sesetengah vitamin adalah antara kebarangkalian yang dikaji boleh meningkatkan risiko kanser. Selain itu, anemia kekurangan zat besi seperti dalam kes Sindrom Plummer-Vinson juga dikaitkan dengan kejadian kanser rongga mulut dan hipofarinks. Kanser lidah juga boleh muncul daripada kesan keadaan leukoplakia pada lidah, ulser yang kronik atau keadaan pramalignan lidah yang lain. Kebanyakan keadaan pramalignan yang terdapat pada lidah juga disebabkan oleh faktor yang sama, iaitu merokok.

Lokasi dan perebakan


Pada lidah itu sendiri, bahagian yang paling kerap ialah pada bahagian tepi kanan dan kiri lidah (85 peratus). Kadang-kala ia boleh ditemui di hujung paling hadapan (tip) atau permukaan atas (dorsum) serta permukaan bawah lidah (ventral). Lidah adalah antara organ yang cepat merebak jika kanser bermula darinya. Penyebaran boleh berlaku ke lapisan otot yang merupakan komponen utama lidah itu sendiri, juga tidak kurang penyebarannya melibatkan struktur di sebelahnya seperti lantai mulut, gusi dan tulang rahang bawah. Disebabkan lidah adalah suatu struktur di tengah rongga mulut, ia boleh dan mudah merebakkan sel kanser ke kelenjar-kelenjar limfa di leher, baik sebelah sahaja atau kedua-dua belah leher.

Tanda dan gejala


Pesakit yang menghidapi kanser lidah biasanya datang berjumpa doktor dengan tanda seperti ketumbuhan atau bonjolan pada permukaan lidah, ulser atau luka pada lidah yang berpanjangan tempohnya atau rasa keras seperti ketulan yang berada di bawah permukaan lidah. Apabila ketumbuhan semakin membesar, gejala seperti sakit, sukar menelan, sakit telinga dan bau nafas yang kurang menyenangkan akan timbul. Pergerakan lidah juga mungkin terbatas disebabkan oleh sebahagian daripada ketumbuhan tersebut telah merebak ke lantai mulut dan menyebabkan ia menjadi melekat. Kerosakan otot lidah akibat pencerobohan sel-sel kanser juga menyebabkan lidah tidak dapat digerakkan dengan baik. Bengkak kelenjar leher pula menandakan kanser telahpun merebak.

Rawatan
Rawatan untuk penyakit kanser lidah amat bergantung kepada tahap kanser itu sendiri dan ia mungkin tidak sama antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain. Secara prinsipnya, kanser yang dikesan dan dirawat di peringkat awal mempunyai prognosis yang jauh lebih baik dengan rawatan yang akan diberikan kepada pesakit. Setelah mengambil contoh tisu kanser tersebut melalui biopsi tisu, penyiasatan radiologi seperti imbasan CT atau MRI diperlukan untuk menilai dan menentukan peringkat kanser tersebut. Ini penting kerana tahap yang berbeza mempunyai pendekatan dan hasil yang berbeza selepas rawatan. Ujian-ujian tambahan juga mungkin diperlukan bergantung kepada bentuk rawatan yang akan dijalankan. Sesi kaunseling dan penerangan berkenaan penyakit dan pilihan rawatan akan diberikan kepada pesakit sebelum langkah berikutnya diambil. Adalah penting bagi seseorang pesakit memahami akan keadaan semasa dan apa yang sepatutnya dijangkakan atau diharapkan setelah tamat rawatan nanti. Kanser pada peringkat awal boleh dirawat dengan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut. Kaedah meletakkan implan yang mengeluarkan radiasi (interstitial radiotherapy) juga diaplikasikan bagi sesetengah pesakit yang bersesuaian. Kanser yang agak besar saiznya pula mungkin memerlukan pembedahan yang lebih besar terhadap lidah dan leher. Biasanya bagi pembedahan yang agak besar, akan disusuli proses rekonstruktif iaitu membaik pulih struktur yang tertinggal dengan kaedah-kaedah yang sesuai (biasanya dilakukan oleh pakar bedah plastik dan rekonstruktif). Selain itu, rawatan kemoterapi, radioterapi atau kombinasi yang sesuai dengan keadaan tahap pesakit mungkin diperlukan bagi memastikan keseluruhan sel-sel kanser itu dihapuskan dari badan pesakit.

ASSESMENT
BIODATA PESAKIT
Nama Tarikh lahir Umur : Tumirah bt. Kasbi. : 19 Februari 1940. : 71 tahun.

Kewarganegaraan : Malaysia. Jantina Bangsa Agama Status Alamat Dignosa MRN pesakit Tinggi Berat No. telefon : Perempuan. : Melayu. : Islam. : Berkahwin. : NO. 5, Jalan Sekolah Kg. Pekalan Batu Mersing, 86800 Johor. : Kanser Lidah (CA Tongue). : 273 458. : 158 cm. : 45 kg. : 019 - 7723481 (rumah).

Tarikh masuk : 2 Jun 2011. Tarikh keluar : 8 Jun 2011 (LO).

SEJARAH KEMASUKKAN
Nama : Tumirah bt. Kasbi. MRN : 273 458. Tarikh dan masa masuk : 2 Jun 2011 pada 2pm

Pemeriksaan tanda-tanda vital : Bil 1 2 3 4 5 Pemerhatian Suhu (oral) Blood pressure Pulse rate Respiration rate SpO2 Kenyataan 36.9C 148/79 62 bpm 22/min 97%

A . Keterangan Am. 1. Cara masuk : Jalan kaki. 2. Di temani : Anak & PPK. 3. Diagnosis perubatan : Advanced CA Tongue (kanser lidah) 4. Sebab Masuk : Pesakit ini dimasukkan ke wad adalah untuk pengurusan rawatan bagi merawat penyakitnya iaitu CA Tongue. Ini adalah kali pertama pesakit ini dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail.

B. Pemerhatian semasa kemasukan pesakit. 1. Keadaan mental Pesakit berada dalam keadaan yang sedar . Situasi pesakit dalam keadaan sedikit cemas. Pesakit juga tahu tujuan dia berada di wad. 2. Penglihatan Pesakit dapat melihat dengan baik. Matanya tidak terdapat sebarang keabnormalan. Tiada cecair atau discharge yang keluar dari matanya. Pesakit tidak memakai cermin mata. 3. Pendengaran Pesakit tidak boleh mendengar dengan jelas dan baik. Pesakit boleh mendengar dan menerima arahan atau sebarang perbualan. 4. Pertuturan Pesakit mengalami masalah pertuturan disebabkan lidahnya yang membengkak. Pesakit sukar berkomunikasi dengan orang di sekeliling. 5. Pergerakan Pesakit mengalami masalah dalam pergerakan disebabkan faktor umur yang sudah tua. 6. Tekstur kulit Tekstur kulit pesakit tiada sebarang keabnormalan. Semuanya normal. 7. Mulut Bibir pesakit kelihatan pucat. Bibir pesakit berada dalam keadaan bersih. Mulut pesakit sentiasa terbuka disebabkan lidahnya yang membengkak besar. 8. Pernafasan Pesaki bernafas seperti biasa (RA). SpO2 pesakit adalah dalam keadaan yang normal. SpO2 pesakit adalah 97%. 9. Cara tidur Pesakit tidur seperti biasa tanpa ada rasa sakit-sakit pada badan atau semasa tidur. Pesakit akan terjaga sekiranya berasa sakit. Kadangkala pesakit berdengkur semasa tidur.

10. Eliminasi Pesakit BO dan PU di dalam tandas dan ditemani oleh penjaganya iaitu anaknya sendiri. Pesakit tidak memakai lampin disposal dan tidak menggunakan CBD. Pesakit tidak mengalami dysuria/polyuria dan konstipasi/diarrhea. 11. Kesakitan Pesakit mengalami kesakitan dibahagian lidah dan sekitar mulut. 12. Alahan Pesakit tidak alah kepada sebarang makanan dan ubat - ubatan. 13. Alat palsu Pesakit tidak menggunakan alatan palsu dianggota badannya.. 14. Ubat-ubatan Pesakit tidak mempunayai alahan terhadap ubat dan pesakit tidak mempunyai sejarah pengambilan ubat terlarang. 15. Pemakanan Pesakit disarankan supaya memakan makanan yang yang berkhasiat. Pesakit disarankan mengambil pemakanan soft diet kerana pesakit tidak dapat mengunyah.

C. Pemeriksaan fizikal terhadap pesakit

A. Kepala dan leher 1. Struktur kepala yang bulat. 2. Mempunyai rambut lurus dan kemas serta pendek. 3. Tiada parasit seperti kutu di kepalanya. 4. Kulit kepalanya sihat dan bersih tanpa sebarang keabnormalan. 5. Rambut pesakit tidak berbau. 6. Lehernya jinjang dan sedikit lebar.

B. Toraks 1. Tidak terdapat sebarang bengkak pada toraks pesakit. 2. Pesakit tidak mengalami sebarang keabnormalan 3. Pergerakan dada pesakit adalah laju dan abnormal kerana sesak nafas.

C. Abdomen 1. Tidak mengalami sebarang keabnormalan. 2. Pesakit tidak mengalami sebarang masalah berkaitan dengan perut atau sistem penghadamannya. 3. Sistem alimentari pesakit juga tidak mengalami sebarang masalah. 4. Kulit dan abdomen pesakit berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kudis atau kecacatan.

D. Genital and Anus 1. Tidak terdapat sebarang keabnormalan seperrti keluar lelehan nanah di vagina pesakit. 2. Pengeluaran urin pesakit kadangkala sedikit kerana pesakit sukar untuk minum. 3. Pesakit jarang BO pada setiap hari, kerana kekurangan nutrisi disebabkan kesukaran untuk makan.

E. Upper limb 1. Kedua-dua tangan pesakit boleh berfungsi dengan baik, malah tidak terdapat sebarang kecacatan. 2. Tiada kotoran di kawasan kuku pesakit. Semuanya dalam keaadan bersih. 3. Kulit tangan pesakit juga berada dalam keadaan yang baik dan tidak terdapat luka.

F. Lower limb 1. Kedua-dua belah kaki pesakit tiada kecacatan dan boleh berfungsi dengan baik. 2. Pesakit berupaya untuk berjalan sendirian tanpa bantuan daripada sesiapa. 3. Kulit kaki pesakit bersih tanpa sebarang kudis dan luka. 4. Kuku kaki pesakit bersih dan kemas.

PENGURUSAN RAWATAN
RAWATAN UBATAN 1. Emullients, topical (vaseline) y Ointment, topical, BD. Untuk kegunaan lidah. 2. Morphine y 5 mg, PO liquid, as direct, PRN, pain. 3. Ferrous femorate y 400 mg, tab, PO tab/cap, OD. 4. Folic acid y 10 mg, tab. PO tab/cap, OD. 5. Ranitidine y 50 mg, Inj. IV, TDS. 6. Ampicilin (unasyn) y 1.5 gm. Inj. Powder, IV,TDS. 7. Chlorhexidine gluconate y 10 ml, gargle, TDS.

UJIAN MAKMAL

FBC, Full Blood Count. 1. White blood cell, WCC 11.9 2. Hemoglobin 10.6 3. pH 7.8. RP, Renal Pelvic. 1. Na 140 2. K 3.0 3. Urea 9.8 4. Cca 3.93 5. Creat 74 6. Po 4 0.73 LFT 1. ALP 50 u/L 2. A/b 26

UJIAN PENGIMEJAN
1. Chest x-ray (leher) y Trachea kelihatan normal.

NURSING PROCESS
NURSING DIAGNOSE
1. Kekurangan nutrisi berkaitan dengan kesukaran untuk menelan makanan ditandai dengan berat badan yang menurun dari 50 kg kepada 45 kg.

GOAL
Mengembalikan semula berat badan yang ideal mngikut BMI yang normal 18.5 24.9.

NURSING CARE PLANE


BIL
1

NURSING CARE
Beri pesaki makanan yang lembut dan mudah ditelan.

RASIONAL Memudahkan pesakit menelan. Menambahkan berat badan pesakit. Cara lain untuk menambahkan nutrisi dalam badan. Memberi nutrisi terus ke dalam salur darah. Memberi nutrisi terus ke dalam gastro. Untuk mengetahui perubahan berat badan. Dapat menyemak semula jika perlu.

2 3 4 5 6 7

Galakkan pesakit mengambil makanan sedikitsedikit tetapi kerap. Beri minuman berzat jika tidak boleh mengambil makanan. Bantu doktor dalam pemasangan intravena infuse jika perlu. Memasang ryles tube jika perlu. Timbang berat pesakit setiap minggu. Dokumentasi.

IMPLEMENTATION
BMI pesakit kembali nomal 18.5 24.9 dalam 5 hari.

EVALUATION
Berat badan pesakit meningkat sebanyak 1 kg dan BMI pesakit hamper kepada BMI yang ideal iaitu 18.4.

NURSING DIAGNOSE
2. Sakit berkaitan dengan lidah yang membengkak ditandai dengan aduan pesakit iaitu pain score sebanyak 7.

GOAL
Kesakitan pesakit dapat dikurangkan.

NURSING CARE PLANE


BIL 1 2 3 4 NURSING CARE Nilai tahap kesakitan pesakit. Pemberian ubat mengikut priskripsi doktor. Memberi kumuhan ais bercampur air jika perlu. Dokumentasi. RASIONAL Untuk mengetahui tahap kesakitan. Mengurangkan rasa sakit. Mengurangkan rasa sakit. Dapat menyemak semula jika perlu.

IMPLEMENTATION
Pesakit dapat mengurangkan rasa sakit dalam masa 4 jam.

EVALUATION
Pesakit kurang merasa sakit selepas 4 jam dengan pain score 3 setelah diberi ubat mengikut priskripsi doctor.

RUJUKAN
1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm 2. ARKIB 31/05/2009 : Utusan Malaysia, Dr. Irfan Mohamad, Pensyarah Kanan Otorinolaringologi Surgeri Kepala dan Leher, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan.

You might also like