You are on page 1of 17

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI PEKAN JITRA DAERAH KUBANG PASU NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru geografi saya, Pn Noor Azhana binti Haji Ahmad kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan . Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Abu Seman bin Sareh Md. Isa AMK . , BCK , pengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Jitra yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini . Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada rakan rakan sekelas . Akhir sekali , tidak lupa juga terima kasih kepada pihak pihak lain yang sudi memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini .

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja kursus Geografi PMR 2011 di Pekan Jitra untuk memenuhi objektif berikut; mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar menghuraikan punca pencemaran alam sekitar menjelaskan kesan pencemaran alam sekitar memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar menerapkan nilai aau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

y y y y y y

KAWASAN KAJIAN

Saya menjalankan kerja kursus Geografi PMR 2011 di Pekan Jitra yang terletak di timur daerah Kubang Pasu Negeri Kedah . Lokasi Pekan Jitra yang terletak di tengah-tengah perjalanan dari Alor Star ke Changlun . Pekan Jitra terletak di kawasan tanah pamah yang mempunyai tanih aluvium dan sebahagian lagi tanih laterit dan disaliri oleh anak sungai kecil iaitu Sungai Keronco iaitu cabang dari Sungai Bata . Jarak Pekan Jitra dari Bandaraya Alor Star iaitu ibu negeri Negeri Kedah ialah lebih kurang 20 km .

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Jitra Daerah Kubang Pasu Negeri Kedah Daru Aman untuk projek Kajian Geografi Tempatan saya . Saya memilih Pekan Jitra sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini berdekatan dengan sekolah dan kawasan perumahan saya . Selain itu , Pekan Jitra juga mengalami masalah pencemaran alam sekitar yang serius Tempoh masa yang diberikan untuk saya menjalankan kajian ini ialah dari bulan Februari sehingga bulan April .

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PERKARA Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran

HALAMAN

KAEDAH KAJIAN

Saya telah mengunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat data bagi melengkapkan folio ini. Antaranya ialah:

a) Kaedah Pemerhatian : Saya memerhatikan ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Saya juga membuat pemerhatian terhadap jenisjenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan Pekan Jitra.

b) Rujukan : Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2004, Abdul Rahim Md Nor

DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran mengikut definisi bermaksud sesuatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan yang perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku . Pencemaran berlaku apabila sesuatu yang mulia , baik dan sistematik dicerobohi oleh unsur yang bertentangan dengan tabii dan nilai alam . Sikap manusia yang tidak beretika akhirnya menyebabkan berlakunya kerosakan . Contohnya , pencemaran air di Sungai Keronco di Pekan Jitra .

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Jitra


Pencemaran air berlaku apabila perubahan dari segi kandungan , keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan . Pencemaran air merupakan satu perubahan dari segi biologi , kimia dan fizik di suatu tempat yang mengandungi air seperti sungai , kolam , laut , air bawah tanah khususnya di kawasan kajian saya iaitu Sungai Keronco , Pekan Jitra . Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai pencemaran radiasi dan cahaya yang berlaku dan hadirnya partikel-partikel fizik , kimia dan biologi di atmosfera . Kadar atau jumlah partikel ini dapat membahayakan kesihatan manusia , haiwan dan tumbuhtumbuhan .

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Jitra


Fenomena alam iaitu banjir besar yang melanda daerah Kubang Pasu khususnya Pekan Jitra dianggap sebagai pencemaran kerana telah memberi perubahan yang besar kepada kualiti air . Pencemaran air juga berlaku akibat kebocoran air kumbahan yang secara langsung dan tidak langsung telah memasuki saliran bawah tanah dan akhirnya akan mencemarkan keseluruhan sistem saliran di Pekan Jitra . Punca pencemaran alam sekitar di Pekan Jitra yang ketiga ialah pembakaran terbuka dan pembakaran sisa jerami di sawah padi sekitar Pekan Jitra telah memberi impak yang besar kepada penduduk di sekitarnya . Pelepasan asap kenderaan terutamanya kenderaan dagangan yang melalui jalan utama Pekan Jitra telah mencemarkan udara . Contohnya , jumlah kenderaan yang banyak di waktu puncak menambahkan lagi pelepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida . Saya rasa bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berlaku di Pekan Jitra dan mengharapkan kerjasama di kalangan penduduk untuk mengatasi pencemaran ini .

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Jitra


Pencemaran air yang agak serius di Sungai Keronco , Pekan Jitra menyebabkan kehidupan air seperti ikan , katak dan lainlain tidak dapat hidup dengan baik dan akhirnya mati . Ini adalah kerana kandungan toksik dan minyak-minyak hitam dari bengkel kereta meliputi permukaan air dan akhirnya oksigen tidak sampai kepada kehidupan akuatik di dalamnya . Pencemaran air yang mengandungi pelbagai sisa toksik seperti raksa dal pelbagai jenis virus serta bakteria yang akan memberi masalah kesihatan contohnya bakteria ecoli . Pencemaran udara dan air dalam jangka masa yang panjang di Pekan Jitra akan memusnahkan ekosistem sama ada daratan dan akuatik . Pencemaran udara dari asap kenderaan dan asap kilang yang mengandungi gas-gas seperti gas karbon monoksida dan karbon dioksida akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia contohnya mereka senang mendapat penyakit seperti asma , bronkitis , katarak mata dan gangguan pernafasan lain . Pembuangan sampah sarap yang berleluasa di sekitar Pekan Jitra khususnya Sungai Keronco telah mewujudkan bau yang kurang menyenangkan sehingga memberi keadaan yang tidak selesa kepada penduduk sekitar dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra . Oleh itu , masyarakat hendaklah sentiasa prihatin dan bekerjasama untuk mencegah keadaan di Pekan Jitra menjadi lebih teruk dan tidak terkawal .

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Jitra

Penggunaan teknologi moden iaitu sisa pepejal seperti surat khabar lama , majalah lama , kertas tidak terpakai , kain , bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula . Ini sudah tentu dapat mengurangkan kadar pencemaran di Pekan Jitra . Bahan-bahan buangan industri pertanian atau sisa-sisa pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya . Contohnya , sisa jerami padi dijadikan sungkupan pokok-pokok tanaman di ladang-ladang bagi mengurangkan hakisan tanah . Sisa pertanian juga boleh dijadikan sebagai tenaga biomas seterusnya menghasilkan tenaga elektrik . Kempen kesedaran alam sekitar boleh dilakukan untuk menyedarkan pendudukpenduduk Pekan Jitra tentang pentingnya alam sekitar yang bersih . Dalam aspek ini pihak media masa seperti televisyen , radio , surat khabar dan internet memainkan peranan penting untuk menyebarkan kempen ini . Peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Kubang Pasu untuk menjalankan tugas mengikut jadual berkala terutamanya dalam proses mengutip sampah di kawasan taman-taman perumahan dan restoran-restoran di Pekan Jitra . Kesimpulannya , setiap pihak haruslah menghargai alam sekitar yang telah dikurniakan dengan menjaga alam ini sebaik-baiknya dan berusaha mengurangkan pencemaran .

RUMUSAN
Dengan ini saya dapat merumuskan kajian Geografi saya pada tahun 2011 merangkumi tentang konsep pencemaran alam sekitar , jenis pencemaran alam sekitar , punca pencemaran alam sekitar , kesan pencemaran alam sekitar , cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Jitra . Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang.

BAHAN GRAFIK
( JADUAL)

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR Asap kenderaan Kekotoran air kumbahan dan sisa toksik Pembakaran terbuka Fenomena alam banjir Jumlah

BILANGAN RESPONDEN PERATUS 10 orang 50 % 5 orang 3 orang 2 orang 20 orang 25% 15% 10 % 100%

(CARTA PAI)

Pendapat responden tentang punca-punca pencemaran alam sekitar di Pekan Jitra

10% Asap kenderaan 15% 50% Kekotoran air kumbahan dan sisa toksik Pembakaran terbuka Fenomena alam banjir 25%

RUJUKAN
1. BUKU TEKS Abdul Rahim bin Mat Noor , 2004 , KBSM Geografi Tingkatan 3 , Cerdik Publications Sdn. Bhd 2. ORANG SUMBER Ishak bin Hashim , 56 tahun, No. 357 , Jalan Sarina 4 , Taman Tunku Sarina , 06000 Jitra , Kedah. Salmah binti Ahmad , 50 tahun, No. 357 , Jalan Sarina 4 , Taman Tunku Sarina , 06000 Jitra , Kedah.

3.

INTERNET http://pondoksiti.blogspot.com/2011/03/pendidikan-alam-sekitar.html

BORANG SOAL SELIDIK

Nama Alamat Umur

: _____________________________________________________ : ______________________________________________________ : ______________________________________________________

Pekerjaan : ______________________________________________________ Apakah pendapat anda tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di Pekan Jitra ? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Apakah pendapat anda tentang punca-punca pencemaran yang berlaku di Pekan Jitra ? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Apakah kesan-kesan yang dialami akibat daripada pencemaran alam sekitar yang berlaku ini ? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

You might also like