You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

MUKA SURAT
1 3

2.0 UNSUR UNSUR TRADISI

DALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 2.1 BAHASA 2.2 AGAMA 2.3 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH SARAWAK 2.4 PEMERNTAHAN BERAJA
3.0 KEWAJARAN UNSUR UNSUR

TRADISI DALAM OERLEMBAGAAN MALAYSIA


4.0 RUMUSAN

18 21 23

5.0 REFLAKSI

6.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
1

Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan juga boleh dikatakan sebagai satu dasar atau pun formula yang menyatakan tugasan kuasa kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Perlembagaan adalah sumber undang undang tertinggi sesebuah negara dan ia berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Secara umumnya, perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen manakala perlembagaan tidak bertulis adalah di mana semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan keputusan mahkamah. Perlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia ialah perlembagaan bertulis di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan ia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah serta Sarawak. Unsur unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman kearah perpaduan. Ia merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang undang. Unsur unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ialah: I. II. III. IV. Bahasa Agama Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak Pemerintahan Beraja

Unsur unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan. Ianya merupakan prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaran oleh etnik bukan Melayu. Ia dianggap sebagai isu sensatif dan dilarang dijadikan isu perbincangan awam. Unsur unsur tradisi ini penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman kearah perpaduan. Ia juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui dan telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal. Secara keseluruhan, Perlembagaan Malaysia berperanan mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM ) ( Syaza Yasmin Binti Ismail ) (Professor A. V. Dicey ) ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia)

2.0 UNSUR UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang undang. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan dilindungi di bawah Akta Hasutan. Unsur unsur tradisi dianggap sebagai isu isu sensatif dan dilarang dijadikan isu perbincangan awam. Unsur- unsur yang dianggap sebagai unsur tradisi dalam perlembagaan adalah bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak serta pemerintahan beraja. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM ) 2.1 Bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu ( yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud maksud rasmi ). Ia termaktub dalam Perkara 152. Tiada sesiapapun di larang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi ) atau mengajar atau belajar apa apa bahasa lain. Tiada apa apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana mana kaum lain dalam Persekutuan. Fasal 2 pula menyatakan bahawa walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukan oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. 2.2 Agama Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan.ia termaktub dalam Perkara 3 (1). Pihak kerajaan ( persekutuan atau negeri ) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Persekutuan. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya. Satu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11 (1). Perkara 11 (1) menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian persekutuan. Perkara 11 (2) menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh di paksa membayar apa apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri. Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11 (4). Perkara 11 (4) menyatakan undang undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama agama lain kepada penganut Islam. Dalam Perkara 11 (3) pula dinyatakan bahawa tiap tiap kumpulan agama berhak : I. II. III. Menguruskan hal ehwal agamanya tersendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang undang. Dalam tiap tiap negeri melainkan negeri negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewahan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam menbenarkan Yang di Pertuan Agong mewakilinya.

2.3 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak


5

Perkara 153 menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk melindungi hak hak mereka yang sah melalui peruntukan lain. Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang undang persekutuan mengikut apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana mana Negeri negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana mana Negeri negeri Sabah dan Sarawak satu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di- Pertuan Agong mengenai biasiswa, bantuan dan lain lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan satu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa apa tred atau perniagaan, dan perezapan permit dan lessen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang undang itu dan Perkara ini. Fasal 3 pula menyatakan bahawa bagi menentukan, mengikut Fasal (2), perezapan bagi orang Melayu, dan bumiputera mana mana Negeri negeri Sabah dan Sarawak jawatan jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain lain keistimewahan pelajaran atau latihan atau kemudahan kemudahan khas, Yang di Pertuan Agong boleh memberi apa apa arahan am sebagai mana yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain lain keistimewahan pelajaran atau kemudahan kemudahan khas itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa hendaklah mematuhi arahan arahan itu dengan sempurna. Unsur kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak juga dinyatakan dalam Perkara 8 dan Perkara 89. Perkara 8 fasal 1 menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang undang. Manakala Fasal 5
6

pula menyatakan bahawa perkara ini tidak membatal atau melarang apa apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk merezabkan tanah ) atau merezab kan bagi orang orang asli jawatan jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan dan apa apa peruntukan yang menghadkan kemasukan berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu kepada orang Melayu. Perkara 89 menyentuh mengenai tanah rezab orang Melayu. Fasal 1 menyatakan bahawa jika mana mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rezab orang Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang undang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmena. Yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli Dewan Negeri itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli ahli yang hadir dan mengundi ; dan
b. Yang dipersetujui dengan ketetapan tiap tiap satu Majlis Parlimen

yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli ahli yang mengudi. Fasal 2 pula menyatakan bahawa mana mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diistiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang undang. 2.4 Pemerintahan Beraja Pemerintahan Beraja telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar pembesar yang dilantik. Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan system demokrasi. Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja bertindak mengikut lunas lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Perkara 38 menyentuh mengenai
7

kuasa Majlis Raja raja menghalang parlimen membuat undang undang yang

menyentuh kedudukan Raja raja Melayu, orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu. Fasal 1 menyatakan bahawa maka hendaklah ada suatu Majlis Raja Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima. Fasal 2 pula menerangkan bahawa Majlis Raja Raja hendaklah menjalankan tugas tugasnya bagi : a. Memilih Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan peruntukan Jadual Ketiga; b. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa apa perbuatan, amalan atau upaca ugama meliputi seluruh Persekutuan;
c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang undang dan

membuat atau member nasihat mengenai apa aoa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berundi ng dengan Majlis Raja Raja; d. Melantik anggota anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; e. Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 Dan boleh menimbangkan soal soal mengenai dasar negara yang difikirkannya patut. Fasal 3 menyatakan bahawa apabila Majlis Raja Raja menimbangkan perkara perkara mengenai dasar Negara Yang di Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja Raja yang lain dan Gabenor Gabenor disertai oleh Menteri Menteri Besar atau Ketua Ketua Menteri mereka; dan pertimbangan pertimbangan itu adalah antara tugas tugas yang dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleg Raja Raja yang lain dan Gabenor Gabenor mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka. Fasal 5 menekankan bahawa Majlis Raja Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153. Manakala Fasal 6 menyatakan bahawa Ahli Ahli Majlis Raja
8

(misalnya

perubahan perubahan tentang dasar imigresen) dan apa apa jua perkara lain

Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa apa urusan berhubung dengan tugas- tugas yang berikut, iaitu : a. Memilih atau memecut Yang di Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di Pertuan Agong bagi Persekutuan; b.Member nasihat mengenai apa- apa pelantikan; c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang undang yang mengubah sempadan sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja raja; d.Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; e.Pelantikan anggota anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau f. Pemberian ampun, repreif dan respite, atau peremitan penggantungan atau peringanan hukuman hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42. Perkara Perkara dan Fasal Fasal yang dinyatakan di atas merupakan unsur unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembangaaan Malaysia atau pu juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.

3.0 KEWAJARAN UNSUR UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Unsur unsur tradisi telah wujud ratusan tahun seblum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud
9

sebelum tahun 1957. Ia menunjukkan betapa pentingnya unsur unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu isu sensatif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna : a. Orang Melayu diberikan hak istimewa b. Islam menjadi agama persekutuan dan
c. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan serta d. Pemerintahan Beraja sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan

oleh etnik bukan Melayu. Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun terdapat banyak perkara yang dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi empat unsur yang dinyatakan di atas dianggap sebagai unsur tradisi dan mempunyai kewajaran dan rasionalnya yang tersendiri. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM )

Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu diterima sebagai Bahasa Kebangsaan oleh seluruh warga Malaysia walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan memiliki bahasa ibunda yang berlainan. Hal ini adalah kerana satu bahasa yang diketahui oleh semua orang diperlukan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk memahami antara satu sama lain dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mengelakkan perselisihan faham. Disebabkan
10

oleh Bahasa Melayu pernah digunakan sebagai lingua franca dan pada zaman penjajah pula ia telah dijadikan sebagai bahasa rasmi, maka Bahasa Melayu telah dikekalkan sebagai bahasa umum untuk semua warga Malaysia seterusnya dijadikan Bahasa Kebangsaan. Bahasa kebangsaan dijadikan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda yang lain. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan bukannya hanya kerana ia telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi tetapi ia juga lebih mudah dipelajari dan bersifat lebik tekal dari segi istilah dan sebutan. Jika dilihat dari segi sebutan, ia tidak memerlukan pembelitan lidah mahupun pengeluaran sebutan dari dalam badan. Ia juga tidak mempunyai perkataan yang sama jenis tetapi cara sebutan yang berbeza seperti yang terdapat dalam Bahasa Tamil. Contohnya dalam Bahasa Tamil terdapat tiga kumpulan huruf yang mempunyai bunyi yang hampir sama tetapi cara sebutannya yang berbeza. Misalnya la , lah, dan zha. Ketiga tiga sebutan ini sebenarnya adalah huruf dalam bahasa tamil yang sama bunyi tetapi mempunyai cara sebutan yang berbeza. Jika Bahasa Tamil dijadikan sebagai bahasa kebangsaan hampir semua orang akan menghadapi kesukaran sama ada dalam proses pembelajaran mahupun pertuturan. Begitu juga dengan Bahasa Cina. Bahasa Cina tidak mempunyai huruf huruf seperti Bahasa Melayu tetapi perkataan yang mempunyai sebutan yang agak sukar untuk disebutkan. Jadi bagi menggelakkan kesukaran dalam proses pertuturan bahasa yang tidak dikenali, maka bahasa yang sudah dikenali dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM ) Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina tetap dikekalkan dan diperkembangkan dan bukannya dibiarkan mahupun dipupuskan. Kata kata Tan Siew Sin, masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutunya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan
11

dipelihara, mereka setuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas. Kata kata ini merupakan bukti untuk kenyataan yang diberikan di atas. Bukti lain adalah kewujudan sekolah sekolah cina dan tamil di seluruh negara Malaysia. Sekiranya bahasa lain tidak dikekalkan, maka sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan tidak akan diwujudkan ataupun dikekalkan. Hasil daripada pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila di akhir tahun 1980-an, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai tahap perkembangan yang boleh kita sebut mantap atau stabil. Kemantapan ini dapat kita lihat berdasarkan kejayaan dasar itu melahirkan generasi, dari semua kaum, yang terdidik dalam atau melalui BM. Puluhan ribu pelajar kita, baik pelajar Melayu mahupun pelajar bukan Melayu, mampu memperoleh pendidikan peringkat tinggi dalam semua bidang, termasuk bidang sains dan matematik, dalam BM, bukan sahaja di peringkat Ijazah Pertama, tetapi juga di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Oleh yang demikian sewajarnyalah usaha pemerkasaan Bahasa Melayu diteruskan kerana sifat bahasa itu yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan semasa. (http://www.tranungkite.net/v7 ) Maka, secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu memang wajar dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan kerana ia mempunyai rasionalnya yang tersendiri berbanding bahasa bahasa lain yang digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan bahasa pertuturan.

Agama Malaysia ialah sebuah negara berbilang-kaum yang de-facto sekular, pada masa yang sama status rasmi Islam diiktiraf. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam ; 19 peratus agama Buddha ; 9 peratus Kristian ; 6 peratus Hinduisme ; dan 3 peratus Konfusianisme , Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i. Seperti yang diperlukan oleh
12

undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar; seseorang tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina. Agama Islam telah bertapak di Malaysia sejak 600 tahun dulu. Di Malaysia majority rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan menganuti agama Islam. Jadi tidak salah jika agama rakyat majority dijakan sebagai agama rasmi sesebuah Negara. ( : http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia ) Pada zaman penjajah, bidang kuasa agama Islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah.ini bermakna pihak penjajah sedar bahawa setiap orang mempunyai kebebasan beragama dan tiada sesiapa pun berhak untuk memaksa orang lain untuk menganuti mana mana agama. Dalam kes mahkamah telah diiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang undang Islam ialah undang undang negeri dan mahkamah hendakah mengiktiraf dan menggunakan undang undang tersebut. Hal ini bermakna semua orang termasuk pihak atasan sedar bahawa undang undang Islam adalah undang undang yang lengkap dan mempunyai kewajarannya yang tersendiri. Penggunaan undang undang Islam telah diiktiraf di negeri negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan. Hal ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam dan pada masa yang sama mereka boleh mengamalkan kepecayaan mengikut agama masing masing tanpa member apa apa gangguan kepada agama Islam. Contoh Perayaan Thaipusam yang diamalkan oleh penganut agama Hindu dan perayaan Cah Goh Mai yang diraikan oleh penganut agama Buddha. Sekiranya agama lain selain agama Islam tidak dilingdungi maka perayaan perayaan yang dinyatakan di atas tidak akan dibenarkan disambut di Negara kita yang aman dan damai dengan dengan adanya lagi pertolongan dari pihak polis trafik yang juga terdiri dari pelbagai kaum.
13

Jadi di sini boleh dinyatakan bahawa memang wajar agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Malaysia dan pada masa yang sama agama lain juga dikekalkan. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak Orang Melayu adalah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan menganuti agama Islan. Mereka mengamalkan adat istiadat Melayu. Bumiputera Sabah ialah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahikan di Sabah manakala bumiputera Sarawak terdiri daripada mana mana kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kjang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaun tersebut. ( Syaza Yasmin Binti Ismail ) Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawk terkandung dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia. Kewajaran bagi perkara ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Misalnya, kerakyatan, perkhidmatan awam, ekonomi, pendidikan, dan perniagaan. Apabila kita lihat dari aspek kerakyatan, semasa Malayan Union prinsip Jus soli telah diperkenalkan sebagi hak kerakyatan bagi semua orang. Walaupun ada penentangan, tetapi orang Melayu terima prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800, 000 bukan Melayu, maka orang bukan Melayu perlu menerima hakikat keistimewahan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak. Hal ini adalah berdasarkan nilai bertolak ansur yang harus wajud dalam diri setiap rakyat Malaysia bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian serta kemegahan negara tercinta. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM ) Aspek seterusnya adalah aspek perniagaan. Sejak dulu lagi orang Melayu kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing. Hal ini adalah kerana sejak dulu lagi mereka hanya menjalani aktiviti tradisional bagi tujuan keperluan kehidupan harian mereka. Mereka tidak mengembangkan aktiviti mereka secara komersel menyebabkan bilangan orang Melayu yang menceburi bidang perniagaan sangat sedikit berbanding dengan orang bukan Melayu. Jika keadaan ini berterusan mungkin pada masa akan datang bilangan orang Melayu yang
14

melibatkan diri dalam perniagaan akan lagi berkurang atau pun pupus terus. Bagi memastikan keadaan seperti itu berlaku, maka unsur ini diwujudkan. Seterusnya adalah perkhidmatan awam. Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan. Maka unsur keistimewahan orang Melayu ini diwujudkkan untuk menentukan rezab bilangan jawatan dan ia diimbangi dengan tidak melucut jawatan sedia ada. Pada tahun 1968, bilangan pegawai Melayu yang meliputi perkhidmatan awam hanya tiga puluh enam peratus (36 %) sahaja. Dengan adanya unsur ini, maka dianggap bahawa bilangan orang Melayu akan meningkat dalam perkhidmatan awam dan ianya telah berlaku. Jadual ... dalam lampiran akan menunjukkan kajian semula pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat. Aspek seterusnya adalah ekonomi. Pada tahun 1970, kemiskinan orang Melayu adalah sebanyak 64.8 % dan jurang pendapatan antara etnik adalah melebar kerana kawasan penempatan yang berbeza dan pekerjaan yang berbeza. Kemiskinan orang Melayu menyebabkan negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur. Pada tahun 1970, pemilikan kekayaan Negara bagi Melayu hanya 2.4 %. Peristiwa 13 Mei merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah Negara kita yang tidak dapat kita lupakan. Peristiwa ini menyebabkan wujudnya kesedaran bahawa pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik. Aspek pendidikan juga merupakan salah satu aspek yang diberi keutamaan dalam unsur keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak. Hal ini adalah kerana fakta menunjukkan bahawa bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu. Pada tahun 1970, peratusan golongan profesional bumiputera hanya 4.9 % berbanding bukan bumiputera 84.3 %. Ini bermakna orang Melayu masih tidak begitu maju. Jadi tidak dapat dinafikan jika dikatakan bahawa unsur keistimewahaan orang Melayu diwujudkan bagi meningkatkan taraf orang Melayu dalam bidang pendidikan. Jika di lihat pada kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang di buka khusus untuk orang Melayu turut di buka kepada bukan Melayu. Dalam hal ini bagi memastikan bilangan bumiputera tidak berkurangan,
15

Perkara 153 memainkan peranan yang penting. Ramai orang beranggapan bahawa kewujudan Institut Pengajian Tinggi Awam hanyalah untuk member peluang yang banyak kepada ramai bumiputera. Bagi mengimbangi masalah ini Institut Pengajian Tinggi Swasta telah diwujudkan. Maka ramai pelajar bukan Melayu memilih IPTS untuk meneruskan pengajian mereka. Walaupun IPTS diwujudkan bagi mengimbangi bilangan bumiputera di IPTA, masalah kewangan mungkin boleh mencetuskan konflik baru kerana IPTA memberikan biasiswa manakala IPTS memberikan pinjaman. Bagi mengatasi masalah ini biasiswa telah ditukarkan kepada PTPTN. Jadi di sini dapat dilihat bahawa walaupun Perkara 153 memberi keutamaan kepada orang Melayu, namun kebajikan orang bukan Melayu tidak diketepikan sama sekali. Kewujudan IPTS dan penukaran biasiswa kepada PTPTN adalah bukti bagi kenyataan ini. Jadi wajarlah kewujudan Perkara 153. ( Mahyuddin Khalid & Ashrof Zaki, UiTM )

Pemerintahan Beraja Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istimewa Raja Raja Melayu. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amalan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat, raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. ( Monosin Sobri : Kuasa Raja Raja Melayu )
16

Disebabkan oleh pemerintahan beraja telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu, jadi tidak adil jika sistem ini dipupuskan. Sejak dulu lagi Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar pembesar yang dilantik. Walaupun pemerintahan beraja merupkan sistem pemerintahan tradisional, namun institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem pemerintahan demokrasi. Raja Berperlembagaan bermaksud raja bertindak mengikut lunas lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Dalam satu artikal, Monosin Sobri menyatakan bahawa kuasa Raja raja Melayu dalam soal agama mesti dihormati. Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bahawa semua pihak mestilah mematuhi Raja Raja Melayu dalam soal urusan agama Islam dan Adat Melayu di semua negeri bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Bagi menjamin keadaan tersebut, titah baginda, pandangan dan pendirian Raja Raja Melayu perlu terlebih dahulu dirujuk dalam apa juga perkara berkaitan Agama Islam dan Adat Melayu sebelum sesuatu fakta, dasar, arahan pentadbiran atau penubuhan sebarang institusi diputuskan atau diumumkan. Baginda membayangkan jika prinsip asas ini mula diketepikan, adalah dibimbangkan ia berpotensi menjadi pencetus kepada salah faham, kekeliruan dan pengeseran di antara pelbagai pihak yang bertanggungjawab. Secara keseluruhan boleh dikatakan bahawa keempat empat unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia merupakan isu isu yang sensetif dan pada masa yang sama ia amat penting bagi memastikan Peristiwa 13 Mei tidak berulang dan bagi mengekalkan perpaduan telah wujud kalangan rakyat Malaysia.

17

4.0 RUMUSAN Perlembagaan Malaysia atau pun juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan bertulis yang mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual. Ia merupakan satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak dan lain lain. Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat empat unsur unsur tradisi iaitu bahasa kebangsaan, agama, keistimewaan orang Melayu dan pemerintahan Beraja. Unsur unsur ini adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Malaysia merupakan satu negara yang
18

unik kerana rakyatnya terdiri dari pelbagai agama, kaum, bahasa pertuturan dan cara hidup. Walaupun terdapat pelbagai unsur yang membezakan rakyat Malaysia, tetapi rakyat Malaysia tetap hidup dengan aman dan damai kerana adanya Perlembagaan Malaysia yang menyatukan semua orang dengan kewujudan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undang undang. Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli ( pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu ). Perkara 152 merupakan salah satu perkara dalam unsur tradisi yang menyentuh mengenai bahasa iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa bahasa lain dan seterusnya memperuntukan bahawa tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Perkara 152 ini wajar diamalkan kerana walaupun bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan tetapi bahasa lain juga dikekalkan penggunaannya. Misalnya kewujudan sekolah sekolah Tamil dan Cina menjadi saksi kepada kenyataan ini. Pengeluaran surat khabar dan majalah majalah dalam pelbagai bahasa juga menjadi saksi untuk kenyataan ini. Hal ini bermaksud, walaupun bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan, namun bahasa bahasa lain juga turut dikekalkan dan dipelihara. Perkara 3 mengatakan bahawa agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan di mana mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk :

Menguruskan hal agamanya sendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang undang.
19

Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan tetapi agama agama lain tidak dilarang untuk diamalkan. Buktinya adalah kewujudan kuil kuil, tokong Cina dan gereja di seluruh negara. Maka, Perkara 3 juga mempunyai rasional dan kewajarannya yang tersendiri. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatnya kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya. Kewujudan Perkara 153, tidak sama sekali menggugat kejayaan orang orang bukan Melayu tetapi member peluang yang lagi banyak kepada semua kaum dengan kemunculan IPTS dan syarikat syarikat swasta. Hal ini membuktikan bahawa Perkara 153 diwujudkan dalam Perlembagaan Malaysia untuk menaik taraf kehidupan orang orang Melayu tanpa menggugat kejayaan orang orang bukan Melayu. Perkara 38 dalam Perlembagaan Malaysia ialah pemerintahan beraja yang telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar pembesar yang dilantik. Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi. Sekiranya sistem pemerintahan beraja tidak diamalkan, maka rakyat akan hilang ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan negara manakala Raja pula akan kehilangan rasa ketaatan kepada negara dan bertanggungjawab kepada rakyat. Jika hal ini berlaku, maka besar kemungkinan Peristiwa 13 Mei akan berulang di negara kita yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa. Jadi, kewujudan Perkara 38 amat penting untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan negara dan rakyat jelata.

20

Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa setiap unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia mempunyai kelebihan dan kewajarannya yang tersendiri. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita harus menghormati Perlembagaan Malaysia dan mengikutinya.

5.0 REFLEKSI Saya Vidhya A/P Subrahim berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Proses penyempurnaan tugasan ini banyak memberi faedah kepada diri saya dari segi ilmu pengetahuan mahupun nilai moral dalam diri saya. Pada awalnya apabila pensyarah menyatakan perkataan Perlembagaan Malaysia, saya tidak tahu pun bagaimanakah rupa perlembagaan sebenarnya. Saya ingatkan bahawa ia adalah satu buku yang sangat besar dan berat dan sulit. Jika saya tidak tahu akan rupanya juga, manakan saya tahu apakah isi kandungannya. Semasa pensyarah memberi taklimat mengenai tugasan ini, saya betul betul tidak faham satu perkara pun. Tetapi saya takut untuk tanya pada pensyarah, maka saya diam diri. Pada akhir waktu, pensyarah memberitahu bahawa Perlembagaan Malaysia adalah satu buku kecil yang berwarna oren dan harganya adalah RM 10.00. Jadi langkah pertama saya ialah membeli Perlembagaan Malaysia di kedai buku. Buku yang saya beli adalah buku kecil yang berwarna oren tetapi tajuknya bukan Perlembagaan Malaysia tetapi Perlembagaan Persekutuan. Saya menjadi keliru kerana saya tidak tahu sama ada kedua duanya adalah sama ataupun berbeza. Bagi mengatasi masalah ini saya mencari maklumat mengenai Perlembagaan
21

Malaysia dalam Internet dan saya telah mendapat kepastian bahawa kedua keduanya adalah sama. Perkara ini merupakan pemerolehan yang pertama saya dari segi pengatahuan am dalam tugasan ini sebelum memulakannya. Langkah seterusnya adalah mengkaji Perlembagaan Persekutuan yang dibeli. Walaupun soalan tugasan hanya berfokus kepada unsur unsur tradisi tetapi saya telah baca seluruh Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat beberapa Perkara yang sangat panjang lebar dan saya menghadapi kesukaran untuk memahami, namun saya tetap baca semua. diketahui oleh semua orang. Seterusnya apabila saya mencari maklumat dari laman web, saya telah mengetahui langkah langkah kewujudan Perlembagaan Malaysia dan seterusnya rasional kewujudan unsur unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Saya pernah berfikir mengapakah Bahasa Melayu perlu menjadi Bahasa Kebangsaan sementara di negara kita terdapat Bahasa Cina dan Bahasa Tamil? Mengapakah agama Islam menjadi agama rasmi, manakala banyak lagi agama yang terdapat di negara dan dunia ini? Dan kenapa bilangan orang orang Melayu dalam segala jenis pekerjaan terutamanya pekerjaan awam adalah ramai berbanding orang orang bukan Melayu?. Tetapi soalan soalan ini tidak pernah saya tanya pada sesiapa kerana saya tahu bahawa semua perkara yang ingin saya tanyakan adalah isu isu sensetif. Tetapi tugasan ini telah membantu saya untuk mencari jawapan bagi kesemua kemusykilan yang wujud dalam fikiran saya. Tugasan ini tidak saya sempuenakan berasaskan satu sumber tetapi pelbagai sumber yang bermakna. Proses pencarian maklumat telah memberi saya satu kesedaran tentang kepentingan Perlembagaan Malaysia kepada negara kita dan kewajaran seseorang guru untuk mengetahui dan memahaminya. Hal ini adalah kerana guru adalah pembentuk masyarakat yang berwawasan dan berilmu. Jika seorang guru tidak tahu tentang kepenting undang undang maknakan dia akan memberitahu anak anak muridnya. Jadi saya saya dapat rasakan bahawa diri saya menjadi semakin sempurna untuk menjadi seorang guru yang berkeliber. Secara keseluruhan ingin saya nyatakan bahawa, proses penyempurnaan tugasan ini telah memberikan satu impak yang sangat positif kedapa diri saya dari
22

Proses ini telah memberi banyak

pengatahuan baru kepada saya tentang undang undang negara kita yang harus

segi pemikiran mahupun perlakuan. Untuk itu, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana telah memberikan tugasan ini kepada kami.

6.0 RUJUKAN
1. Dr. Ahmad Atory Hussain ( 1996 ) : Politik Dan Dasar Awam Malaysia .

Utusan Publications : Kuala Lumpur.


2. Farid Mat Zain. ( 2007 ) : Islam DI Tanah Melayu Karisma Publications:

Shah Alam. 3. Ishak Shari ( 1988 ) : Pembangunan dan Kemunduran . Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. 4. Kadir H. Din ( 1996 ) : Development and the Muslims . Penerbit UKM : Bangi.
5. Katiman Rostam ( 2002 ) : Prinsip Asas Persekitaran Manusia .

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi.


6. Malan

Ibrahim.

(2008):

Islam

Pasca

Kemerdekaan.

Karisma

Publications : Shah Alam 7. Nik Mustapha Nik Hassan ( 1996 ) : Konsep Pembangunan Sepadu Sabah Menjelang abad 21. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) : Kuala Lumpur
8. Shamsul Amri Baharuddin : Modul Hubungan Etnik 23

9. Yusof Ismail. ( 2007 ): Dasar dasar Kerajaan Malaysia. Percetakan

Zafar : Kuala Lumpur.

24

You might also like