You are on page 1of 5

REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB

MINGGU TAJUK

: :

KEEMPAT (BULAN MAC) 1) 2) REFLEKSI MINGGUAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

BIL

PERKARA

ULASAN Kebanyakan bilik darjah di SK Putrajaya Presint 11(2) dilengkapi dengan pemancar LCD. Selain itu, satu makmal komputer disediakan bagi penggunaan oleh para guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Mengikut jadual waktu pembelajaran, terdapat satu slot yang merangkumi dua waktu dalam seminggu telah diperuntukkan untuk subjek Computer Literacy bagi setiap kelas. Dalam subjek-subjek lain, saya dapati guru-guru lebih cenderung untuk pergi ke makmal komputer daripada menggunakan pemancar LCD di dalam kelas jika mereka memerlukan kemudahan teknologi semasa P&P dijalankan.

1)

REFLEKSI UMUM

2)

KEKUATAN

Pada pendapat saya, salah satu kekuatan dalam pengurusan ICT di sekolah ini adalah penggunaan jadual yang tersusun supaya setiap kelas dapat menjalankan kelas di makmal komputer tanpa ada pertembungan dengan kelas lain. Di samping itu, guru yang menggunakan makmal tersebut dikehendaki membuat catatan di dalam buku daftar yang disediakan. Ia membuatkan penggunaan makmal komputer lebih sistematik kerana wujudnya sistem pengumpulan serta penyimpanan maklumat tentang pengguna. Buku daftar tersebut boleh dijadikan bahan rujukan pada bila-bila masa.

3)

KELEMAHAN

Pemancar LCD di bilik-bilik darjah jarang digunakan oleh guruguru termasuk saya mungkin kerana ia memakan masa yang banyak untuk disiap sediakan. Jadi, guru-guru lebih memilih untuk pergi ke makmal komputer untuk menggunakan fasiliti ICT. Berdasarkan pengalaman yang lepas, saya dapati sesebuah sekolah kebiasaannya mempunyai lebih dari satu bilik yang menawarkan kemudahan komputer. Sekolah ini mempunyai tiga bilik komputer, tetapi hanya satu sahaja yang dibuka untuk penggunaan oleh semua guru dan murid. Tambahan pula, bukan kesemua komputer di dalam makmal tersebut boleh berfungsi dengan sempurna. Jadi, terdapat kekurangan sumber akses kepada kemudahan ICT.

4)

Secara umumnya, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah ini adalah baik. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang boleh dibaik pulih bagi memantapkan lagi pengurusan ICT. Pada pendapat saya, guru-guru boleh diberi CADANGAN DAN pendedahan tentang cara-cara menggunakan pemancar LCD di PENAMBAHBAIKAN dalam kelas secara maksima dan berkesan. Selain itu, saya mencadangkan supaya pemantauan dan penambahbaikan fasiliti komputer dilakukan dengan lebih kerap supaya kemudahan akses kepada ICT dapat dipertingkatkan. Pengurusan ICT yang baik akan malancarkan perjalanan P&P, sekaligus memajukan lagi pembangunan sekolah ini.

REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB

MINGGU TAJUK

: :

PERTAMA (BULAN APRIL) 1) 2) REFLEKSI MINGGUAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

BIL

PERKARA

ULASAN Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan yang baik dari segi perkhidmatan untuk guru dan juga untuk murid. Contohnya, telefon awam telah disediakan di luar pejabat sekolah untuk memudahkan murid-murid menghubungi penjaga mereka. Bagi guru pula, salah satu contoh kemudahan perkhidmatan yang amat penting yang disediakan adalah kemudahan mesin fotostat dan fax. Staf-staf sokongan di pejabat banyak membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan mesin tersebut.

1)

REFLEKSI UMUM

2)

KEKUATAN

Apabila telefon awam disediakan, ia membuktikan bahawa pihak sekolah mengambil berat tentang kebajikan murid. Ia juga membuatkan urusan di pejabat lebih teratur kerana murid-murid tidak menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi ibu bapa mereka. Bagi kemudahan perkhidmatan mesin fotostat dan faks, ia memainkan peranan yang besar dalam pembangunan bahanbahan mengajar untuk P&P. Guru-guru dapat membuat salinan lembaran kerja bagi setiap murid di dalam kelas.

3)

KELEMAHAN

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemudahan perkhidmatan yang disediakan di dalam bilik guru adalah terhad. Terdapat satu mesin pencetak yang disediakan, tetapi tiada mesin fotostat untuk guru-guru gunakan bagi membuat salinan lembaran kerja.

4)

Semasa saya berkhidmat sebagai guru pelatih, sekolah di mana saya berkhidmat itu menyediakan sebuah mesin fotostat, dua buah komputer serta satu mesin pencetak di dalam bilik guru. Untuk meningkatkan mutu kemudahan perkhidmatan di sekolah CADANGAN DAN ini, kemungkinan SK Putrajaya 11(2) boleh menyediakan PENAMBAHBAIKAN kemudahan-kemudahan tersebut bagi mengurangkan penggunaan mesin fotostat di pejabat oleh guru-guru. Manfaatnya adalah urusan di pejabat akan menjadi lebih terancang.

REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB

MINGGU TAJUK

: :

KEDUA (BULAN APRIL) 1) 2) REFLEKSI MINGGUAN PENGURUSAN AKTIVITI PIBG DAN KOMUNITI

BIL

PERKARA

ULASAN Ibu bapa atau penjaga boleh berhubung dengan pihak sekolah melalui pelbagai mekanisme iaitu secara bersemuka, melalui telefon ataupun melalui e-mel. Pihak sekolah sentiasa menitikberatkan pandangan serta pendapat ibu bapa kerana ia merupakan tanggungjawab sekolah untuk mendidik dan menjaga keselamatan anak mereka. Sebagai contoh, semasa mesyuarat agung PIBG yang diadakan pada 26 Februari, semua usul yang dikemukan oleh ibu bapa telah dibincang bersama untuk kepentingan kedua-dua belah pihak iaitu pihak penjaga dan pihak sekolah.

1)

REFLEKSI UMUM

2)

KEKUATAN

Seperti yang dimaklumkan, pihak sekolah tidak memandang remeh segala maklum balas yang diterima daripada ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa mencuba untuk bertindak serta merta apabila sesuatu perkara perlu diselesaikan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana hak mereka sebagai pelanggan perlu dijaga supaya kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh sekolah dapat dipertingkatkan.

3)

KELEMAHAN

Murid-murid banyak terlibat dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum sama ada di sekolah ini ataupun di tempat lain. Penglibatan dan pencapaian mereka disokong dan dibanggai oleh ibu bapa mereka. Namun begitu, alat umum yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk melihat atau menonton kejayaan anak-anak mereka adalah sangat terhad.

4)

Sekolah boleh mewujudkan blog atau laman web supaya ibu bapa dapat sama-sama menyaksikan pencapaian murid-murid secara virtual. Dengan cara tersebut, ibu bapa dapat menonton video atau melihat gambar anak-anak mereka di samping CADANGAN DAN memberi pendapat. Sekolah ini mempunyai blog tetapi ia kurang PENAMBAHBAIKAN diaktifkan. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menampal gambar-gambar penglibatan murid di papan kenyataan di sekolah untuk tontonan ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menghargai pencapaian sekolah dalam mendorong anak-anak mereka menjadi murid yang berjaya.

You might also like