You are on page 1of 19

PENGENALAN

Dalam perguruan, sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar -pelajarnya dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi. Tugas seorang guru bukanlah semata -mata satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang positif adalah sebagai satu petunjuk kepada pelajarnya supaya bertingkahlaku secara baik. Dalam tugasan ini akan membincangkan

konsep personaliti dan juga pendapat dari pengkaji sosial sebelum ini dan bagaimanakah guru berperanan membentuk personaliti p elajar menjadi positif.

KONSEP PERSONALITI

Personaliti berasal dari perkataan L atin, persona yang bermaksud face mask iaitu topeng muka. Persona ialah imej atau tingkah laku terbaik individu di luaran tetapi berbeza dengan dirinya yang sebenar. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan mengenai personaliti:

MISHEL (1968) Pendapat Mishel menyatakan bahawa personaliti adalah p ola-pola individu atau tingkahlaku seseorang yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing masing. Maknanya, kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat menggambarkan personaliti mereka yang sebenar.

ALPORT (1961) Alport pula mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik bermaksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkahlaku seseorang individu. Organisasi me mbawa implikasi pada semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang me mpunyai asas fizikal dalam urat saraf dan tubuh badan.

HANS EYSENCK (1981) Menurut Eysenck, personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

KAGEN. J & SEGAL, J (1988) Kagen, J dan Segal, J mentafsirkan personaliti sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

WA S Wat apat ahawa personaliti erupakan teori tingkahlaku

seseorang an ehaviorisme.

KA US

IA

WEBS E i efinisikan sebagai sifat atau iri iri ang kompleks alam

Personaliti dan emosi.

membezakan individu atau bangsa atau kumpulan; kese luruhan tingkahlaku individu alam erti lain, personaliti adalah bagaimana watak asas individu dipamerkan kepada keseluruhan dunia.

KU

EWI ingkahlaku ditetapkan melalui personaliti individu faktor dalaman) dan

bagaimana ia berinteraksi dengan persekitaran faktor luaran).

Secara umumnya, personaliti boleh didefinisikan sebagai kombinasi sifat daripada aspek-aspek tingkahlaku, tabiat, emosi dan mental yang unik terhadap seseorang individu. Personaliti adalah dilahirkan daripada kuali ti-kualiti di dalam

individu itu sendiri yang akan sentiasa konsisten dalam kehidupannya. Personaliti yang baik akan terbentuk jika adanya faktor positif mempengaruhi tingkah laku seseorang itu. abungan dari semua pendapat tersebut mengatakan bahawa

personaliti seseorang individu mengandungi aspek -aspek berikut:

cara berfikir motivasi nilai

aspekaspek
kebijaksanaan

personaliti
sikap

fobia

kebolehan

Personaliti meliputi dua aspek iaitu watak dan tret. Watak merupakan kombinasi kualiti-kualiti yang membezakan satu individu dengan yang lain. Kualiti -kualiti

tersebut merujuk kepada kejujuran, kepercayaan, kebersihan, toleransi, baik hati dan belas kasihan. Manakala tret (sifat atau perangai) merupakan ciri -ciri individu yang kekal dan boleh diramalkan. pembelajaran dari persekitaran. seperti introvert dan ekstrovert. Tret biasanya diperolehi sejak lahir melalui Biasanya ia meliputi kriteria -kriteria yang kekal

TEORI PSIKOANALISIS
Pengenalan

Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau merupakan seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis. Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna. Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada umur 83 tahun. Belia u mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari niversiti Vienna. Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang meluas dalam bidang itu mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja. Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong beliau meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada tahun 1886. Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed pula menyatakan bahawa psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui fahaman triadisi pu la psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi. Freud memperkenalkan teori psikoanalisis. kefahaman tentang kesedaran. Sumbangan terbe sar beliau adalah

Beliau menyatakan bahawa terdapat tiga tahap

kesedaran iaitu sedar (conscious), prasedar (preconscious) dan bawah sedar (unconscious). Seterusnya, beliau membahagikan personaliti manusia kepada tiga iaitu id, ego dan superego.
5

pe s

manus a

id

eg

supe eg

ID Merupakan bahagian bawah sedar manusia yang merupakan naluri semulajadi untuk kepuasan diri. sedari awal lagi. Id biasanya telah wujud dalam diri manusia itu

Id menggalakkan seseorang individu itu bertindak tanpa

memikirkan apakah kesannya dari tindakannya. Dua matlamat utama id ialah untuk menikmati kepuasan dan mengalakkan dari kesakitan. Contohnya, bayi yang masih kecil hanya mempunyai id dalam diri mereka. Mereka tidak akan terfikir secara logic, nilai dan moral. Apa yang dia inginkan adalah memuaskan kehendaknya sendiri. Misalnya, apabila ia ingin buang air, dia tidak akan terfikir dimanakah ia perlu buang air dan bolehkah dia buang air di situ sahaja. Bayi tersebut tidak akan terfiki r bahawa jika ia buang air di tempatnya, maka ia akan mengotorkan tempat tersebut. Ini kerana bayi itu hanya mempunyai id dalam dirinya. EGO Ego adalah minda sedar yang berkembang melalui pengalaman dan reality.
Berbeza dengan Id, Ego tidak wujud secara semulajadi, sebaliknya berkembang

secara berperingkat, penuh dengan persepsi, menginginkan kemajuan diri serta berkemampuan menyesuaikan fungsinya mengikut is u dan persekitaran. Elemen
6

Ego mula bertapak dan berkembang melalui proses sosialisasi dan identifikasi diri dengan individu lain serta objek-objek yang wujud di persekitarannya selepas dilahirkan. Ianya juga dilihat sebagai elemen yang berkemampuan membuat keputusan, mengawal perlakuan, memberikan pertimbangan malah berupaya merungkaikan permasalahan dalam kehidupan. Kemam puan ini wujud dan terbentuk melalui pengalaman, proses sosialisasi dan kebolehan memanfaatkan tenaga pemikiran secara realiti. Justeru, Ego disifatkan sebagai kuasa eksekutif dalam struktur personaliti yang beroperasi berlandaskan prinsip realiti dalam ke hidupan. Ini membolehkan perancangan teliti dalam memuaskan kedua -dua matlamat id dan superego. Contoh dari id, bayi tadi sudah besar, sedang dia bermain dia rasakan dirinya nak buang air. Id dalam dirinya menyatakan untuk terus melakukannya

namun setelah ego wujud dalam dirinya, ego mempertimbangkan untuk terus melakukannya di tempat lain. Ego cuba menyelesaikan permasalahan tersebut

sehingga keputusan tercapai. Ego menyatakan bahawa buang air di tepi pokok lebih baik dari buang di tempat lain. Jadi, ia akan melakukannya. S PEREGO Super-Ego merupakan elemen yang mengimbangi dan mengaw al konflik antara Id dan Ego. Ianya berkemampuan mengenalpasti nilai -nilai positif dan negatif hasil proses sosialisasi kehidupan individu di dalam institusi ke keluargaan dan kemasyarakatan. Superego juga boleh disifatkan sebagai pemantau yang mengawal gerak geri dan perlakuan individu dalam mempraktikkan amalan dan larangan yang wujud di dalam kehidupan masyarakatnya. Perlakuan yang ideal dan moralistik adalah tunjang yang menjadi matlamat utama kepada peranan elemen Superego di dalam pembentukan personaliti manusia. Kenyataan ini di dasarkan kepada tanggungjawabnya menghalang individu mempraktikkan perlakuan yang

bertentangan dengan nilai -nilai positif, malah juga bertindak memotivasikan individu untuk mempraktikkan nilai-nilai yang boleh diterima oleh masyarakatnya. Contohnya, bayi tadi telah meningkat dewasa dan telah mempelajar pelbagai ilmu mengenai moral, agama dan adat resam. Apabila dirinya terasa ingin buang air, setelah adanya id akan menyatakan supaya terus melaku kannya dan ego akan mempertimbangkannya. Apabila merasakan bahawa keputusan yang dicapai oleh ego tidak baik, superego akan mempertimbangkan dengan berdasarkan pada ajaran
7

atau ilmu yang telah diperolehi oleh bayi tadi sehingga dewasa. Jadi, superego aka n menyatakan bahawa buang air dekat pokok akan mencemarkan alam sekitar dan seterusnya akan mewujudkan rasa malu dalam diri. Jadi, buang air dalam tandas adalah lebih baik. Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri. Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali didorong oleh keinginan sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia itu biologikal atau dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma harus ada, maksudny a manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dalam masyarakat. Jika ego tidak dibentuk menjadi superego yang mempunyai asuhan agama dan moral atau didikan yang lain, personaliti tidak akan terbentuk dengan sempurna. Kita lihat sekarang ini, terlalu banyak kegiatan tidak bermoral berlaku di negara kita. Sekarang, masyarakat kita sudah tidak ada perasaan malu kepada orang ramai atau takut kepada Tuhan dek kerana asuhan yang tidak sempurna. Contohnya, kes

hubungan seks dikalangan remaja sehingga mengakibatkan kehamilan di luar nikah dan akhirnya timbul pula kes pembuangan bayi. Ini kerana, mereka hanya mempunyai id dalam diri untuk memuaskan kehendak mereka. Ego pula tidak ada dalam diri akibat rendahnya pertimbangan diri dan superego tidak membantu oleh kerana tiada asuhan moral dalam diri mereka. Ketiga-tiga komponen tersebut perlulah seimbang kerana ia saling berhubungan antara satu sama lain.

PANDANGAN AL-GHAZALI

Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111) merupakan tokoh Islam atau ulama yang sangat berpengaruh. Beliau adalah pakar undang -undang dan pemikir mistik. Beliau dianggap oleh ramai tokoh sejarah sebagai guru Islam yang terhebat pada zamannya. Beliau telah menulis dan mengamalkan amalan -amalan sufi sehingga kematiannya pada tahun 1111.
8

Al-Ghazali menyatakan ada empat unsur dalam diri manusia:

Qalb (hati)

Aql (akal)

Nafs (eg , nafsu atau kehendak) Ruh (jiwa)

Nafs merupakan prinsip yang paling rendah dalam diri manusia. Berbeza dengan Qalb dan ruh, ia merupakan prinsip yang paling tinggi. Beliau menyatakan bahawa manusia itu perlu ada kemahuan untuk menjadi seorang yang ideal atau sempurna dan berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan. Kehendak-kehendak fizikal boleh dipenuhi dengan dua komponen iaitu nafsu makan dan nafsu marah. Bagi roh atau jiwa, ianya berhubung terus de ngan Tuhan. Jiwa melibatkan seluruh aspek dalam diri manusia iaitu jasad, minda dan rohani. Ianya akan berkembang secara beransur-ansur dalam pelbagai tahap, mengenalpasti dan menghindarkan kelemahan dan mengenalpasti kekuatan. Matlamatnya ialah untuk m encapai

keseimbangan dari kekuatan yang dibina dari aspek tersebut. Al-Ghazali menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pembentukan personality iaitu:

Hati Akal Nafs

A I Beliau menyatakan bahawa personality individu adalah dipengaruhi oleh hati. ati

mempunyai elemen kecerdikan dan kebijaksanaan. Ia adalah sesuatu yang halus, suci dan bersifat ketuhanan serta rohaniah. ati juga mempunyai pengetahuan yang berprinsipkan perasaan dan gerak hati berbanding dengan pemikiran yang logic atau rasional. Beliau menyatakan bahawa hati yang bersih dan baik akan mendorong atlamat setiap individu adalah untuk

pembentukan personality yang positif.

membina personality dengan hati yang ikhlas, penuh dengan kasih saying dan belas kasihan. Individu yang mempunyai hati yang baik akan melakukan sesuatu perkara dengan penuh kebijaksanaan tanpa melakukan perkara yang bertentangan. AKA Akal membolehkan manusia menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik dengan membuat pertimbangan secara rasional. anusia mempunyai keupayaan untuk

berfikir kerana hanya manusia sahaja yang dikurniakan akal. Beliau menyatakan bahawa manusia mempunyai tiga jenis cara berfikir iaitu:
10

a) Manusia yang mempunyai keupayaan akal yang rendah tidak akan dapat berfikir secara panjang akibat dari tindakan yang diambil. b) Bagi yang berfikiran sederhana, ia mungkin mampu memikirkan akibat dari tindakan atau tingkahlaku yang diambil. c) individu yang berfikiran tingg i akan mampu memikirkan kesan dari tingkahlaku mereka dan dapat mengagak kesan-kesan dari perbuatan mereka itu. Individu ini mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai hala tuju yang jelas. NAFS (KEHENDAK) Setiap manusia mempunyai kehendak atau nafsu sendiri. Ego atau nafsu adalah sesuatu yang berterusan dan berpotensi untuk mencapai tahap positif atau negative. Manusia yang berfikiran rendah selalunya akan terlibat perkara yang tidak baik jika ia terdorong oleh emosi, kehendak dan kepuasan. Manusia yang mempunyai

kehendak yang negative akan mempunyai personaliiti yang tidak bermoral manakala manusia yang mempunyai kehendak positif akan sentiasa bersyukur dan berakhlak mulia. Kesimpulannya, bagi al-Ghazali, pembentukan personality seseorang it u adalah berdasarkan pada unsur interaksi antara hati, akal dan kehendak. Dengan tahap pemikiran yang pelbagai dalam diri manusia, ia akan mempengaruhi pembentukan personality individu itu sama ada ideal, seimbang atau keliru. Individu yang mempunyai personality yang seimbang akan mempunyai unsur hati dan minda yang boleh mengawal semua kehendak.

11

PERANAN G R

MEMBINA PERSONALITI BAIK DALAM KALANGAN PELAJAR

Guru boleh mengambil pelbagai langkah untuk membantu murid -murid dalam pembinaan personality yang positif. Flanders(1960) telah mengkaji tentang jenis dan cara pengaruh guru, sikap pelajar dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan sains sosial. Beliau melaporkan bahawa terdapat empat ciri positif guru yang dianggap sangat kuat pengaruhnya terhadap motivasi, sikap dan pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah: a) Guru yang boleh memain peranan yang spontan dalam pelbagai situasi yang berbeza, iaitu daripada yang pasif kepada yang aktif , sama ada peranannya sebagai pengawas atau pembantu dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. b) Guru yang boleh menukar peranannya dengan serta merta menurut kehendak situasi, dan tidak terikat hanya kepada satu cara berinter aksi tanpa memikirkan caralain yang lebih sesuai. c) Guru yang cepat membuat diagnosis mengenai situasi, dan cepat membuat keputusan mengenai sesuatu tindakan yang seharusnya dijalankan.

d) Guru yang sensitive dengan keadaan persekitaran bilik darjah dan sekolah seterusnya mengambil tindakan berd asarkan situasi yang berlaku. Thorndike, Hull dan B.F.Skinner(1971) telah membuat kajian yang

menunjukkan bahawa pembelajaran dapat dicapai dengan berkesannya apabila usaha seorang pelajar diikuti oleh satu perasaan pencapaian (pengukuhan). Cara untuk mendapatkan pelajar membuat sesuatu dengan cepat dan menyukai kerja sekolah ialah dengan memberi perhatian kepada kerja -kerja yang baik yang dibuat oleh mereka. Semasa memenuhi keperluan untuk pencapaian ini pada semua pelajar, guru seharusnya mengendalika n aktiviti bilik darjah pada tahap pencapaian semasa bagi setiap pelajar. J.S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.
12

Dalam kajian ini, enam orang g uru tahun satu telah dipilih, tiga orang daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda. Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilaku kan di sekolah. Setiap orang pelajar yang ditanya kenapa dia memikirkan kelakuan yang tidak sopan itu buruk.

Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua -dua kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda

menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi pemikiran tersebut tidak begitu tekal. Guru yang mempunyai personaliti yang baik dapat mempengaruhi personaliti pelajar itu sendiri. Guru adalah model terbaik untuk seseorang pelajar mencontohinya. Jika guru itu sering melakukan tingkahlaku yang tidak baik sep erti datang lewat ke sekolah, lewat masuk kelas atas sebab yang tidak munasabah. Setiap perlakuan guru di sekolah akan diperhatikan oleh pelajar. Jika pelajar itu bertingkahlaku tidak baik di sekolah, guru tersebut akan disalahkan kerana tidak berupaya m embentuk personality pelajarnya sendiri. Bagi Dr. Ragbir (2010), terdapat lima cara guru -guru boleh membantu membentuk personality pelajar menjadi positif:

elakkan dari melabel membina pernyataan positif dalam diri murid pembentukan positif murid penilaian akademik yang fleksibel

murid-murid adalah unik dan berbeza

13

membina imej diri yang sihat

a) Elakkan dari melabel Seorang guru tidak seharusnya melabelkan pelajarnya dengan perkataanperkataan yang negative seperti bodoh, lembab, jahat dan sebagainya. Ini kerana ia akan merendahkan tahap keyakinan pelajar tersebut dan dia akan sentiasa menganggap dirinya negative. Ini akan mempengaruhi personality pelajar itu sendiri dengan bertingkahlaku tidak baik. b) Penilaian akademik yang fleksibel Guru yang bijak akan membuat penilaian secara fleksibel kepada pelajarnya berdasarkan pada pencapaian mereka. sentiasa berubah. Ini kerana, pencapaian mereka

Guru haruslah mempelbagaikan cara pembelajaran

supaya dapat menilai pencapaian setiap pelajar. Guru boleh menggunakan cara atau metadologi seperti kuiz, ujian, kerja projek, penulisan sumatif dan sebagainya. Ini adalah untuk member peluang kepada pelajarnya

menunjukkan pencapaian d an potensi mereka. c) Membuat pernyataan positif dalam diri pelajar Guru perlu menggalakkan pelajar membuat kenyataan positif dalam diri pelajar. Contoh, saya suka diri saya, saya adalah pelajar rajin , saya suka tulisan saya. Dengan pernyataan positif, ia akan meningkatkan tahap keyakinan dalam diri pelajar dan membina personality yang positif. Selain itu, guru juga boleh menggalakkan pelajar menghasilkan lakaran yang menunjukkan sifat positif mereka dan hasilkannya dengan seberapa banyak yang mung kin. Hasil

tersebut boleh di kumpulkan dan dijadikan sebagai buku untuk sumber inspirasi mereka. d) Melayan murid-muris sebagai individu yang unik dan berbeza Guru tidak boleh membandingkan pelajar antara lain kerana setiap pelajar itu adalah berbeza. Contoh, Iman lebih baik dari kamu, kenapa kamu tak boleh buatn macam dia. Mungkin pelajar itu ada kelemahan yang perlu
14

diperbetulkan oleh guru.

Guru juga tidak boleh menjangkakan bahawa

prestasi pelajar adalah sama tinggi. Ada yang akan ke bawah dan ada ya ng akan berada di tempat teratas. Mungkin ada kelas yang mempunyai pelajar yang memerlukan lebih dorongan dan perhatian. e) Membina imej diri sendiri yang sihat Guru perlu mendidik pelajar membina imej diri yang positif dan memiliki identity yang sihat. Ini dapat dicapai dengan mengajar mereka supaya lebih berkeyakinan dan berdikari dengan mendedahkan mereka pada pelbagai kemahiran belajar dan kemahiran berkomunikasi. Pelajar juga harus diberi peluang untuk memberikan pendapat mereka sendiri. Guru haruslah

memberikan seberapa banyak peluang kepada pelajar sebagai membina imej individu dalam suasana yang bebas dan selamat.

15

KESIMP LAN Pelajar harus mempunyai personaliti yang positif untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kera na jika mereka mempunyai personality yang positif, mereka akan mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Mereka akan sentiasa maju dalam pembelajaran dan akan sentiasa bertingkahlaku baik. Keperluan psikologi diri perlulh seimbang supaya dapat mewujudkan per sonaliti yang positif pada diri pelajar itu sendiri. A suhan dan didikanperlu mencukupi dari segala aspek. Jika tidak, akan berlakulah perkara yang tidak bermoral seperti yang berlaku pada masa kini. Sekarang, pelajar sudah berani mengugut guru dan ada y ang

sanggup mencedarakan guru. Pokoknya, guru itu sendiri harus bijak menangani masalah pelajar mereka supaya mereka berasa dihargai dan diberi perhatian. Apa yang dinyatakan oleh kedua-dua tokoh psikologi tersebut adalah benar. Bagi al-Ghazali, beliau amat menekankan interaksi antara unsure, hati, kehendak dan akal. Ini kerana ketiga-tiga elemen tersebut amat mempengaruhi personality seseorang individu. Individu yang mempunyai personality seimbang dengan ketiga tiga elemen tersebut akan menjadi seoran g yang positif dalam apa jua keadaan. Begitu juga dengan Sigmund Freud, ketiga -tiga komponen yang dinyatakan adalah saling berkait antara satu sama lain. Jika satu komponen tidak dibentuk dengan sempurna, akan berlakulah ketidakseimbangan pertimbangan dalam diri dan akhirnya berlakulah perkara yang tidak bermoral seperti yang berlaku pada hari ini. Jadi, ketiga-tiganya haruslah seimbang supaya dapat membentuk peribadi positif dalam diri pelajar itu nanti.

16

R J KAN Ragbir Kaur Joginder Sigh (PhD) (2010). Panduan ilmu pendidikan komprehensif untuk KPLI (sekolah rendah).Kumpulan Budiman Sdn, Bhd. Subang Jaya, Selangor.
asir07.files.wordpress.com/2007/07/ personaliti.doc eprints.utm.my/6608/1/Full_Tesis_shoba.pdf

http://logik-guru.blogspot.com/2010/01/guru -professional.html www.amaljaya.com/guru/Psikologi/Topik1_konsepasaspsikologi.pdf


www.slideshare.net/.../topik -1-konsep-asas-psikologi - Amerika Syarikat www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/.../10petua.htm

17

REFLEKSI Pada mulanya saya tidak begitu memahami apa itu id, ego dan superego. Ada juga rakan yang membantu menerangkan kepada saya maksudnya tetapi saya masih belum jelas. Sehinggalah saya melayari internet mencari bahan -bahan untuk rujukan dan saya terjumpa satu blog yang agak ringkas dengan penjelasannya. Dari situlah saya mula faham tentang perkara tersebut. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan bahan yang lebih baik kerana musim cuti, namun seya teruskan juga usaha untuk melengkapkan tugasan ini. Id, ego dan superego adalah komponen personality yang telah dinyatakan oleh Sigmund Freud. Menurut beliau, ketiga-tiga kompone ini saling berhubungan untuk membentuk satu personality. Jika satu personality tidak lengkap, Begitu juga pendapat al -Ghazali.

keseimbangan personality akan pincang.

Personality manusia adalah dipengaruhi oleh akal, hati dan nafsu. Hanya manusia dikurniakan akal, hati yang cerdik dan nafsu yang pelbagai. Manusia yang

mempunyai kehendak yang negative akan mempunyai peribadi yang tidak bermoral. Dari pengalaman saya sendiri, manusia sekarang ini tidak menggunakan akal dengan baik. Ramai yang lebih mengutamakan nafsu dan tidak menggunakan

kecerdikan hati untuk pertimbangan tindakan. Jika superego tidak diisi dengan ilmu agama dan moral yang baik, maka manusia itu akan hanya berlandaskan id dan ego sahaja. Kita lihat pada masa kini, terlalu banyak masalah social yang berlaku Alas an yang paling utama adalah keseronokan tanpa

dikalangan pelajar.

memikirkan akibatnya. Kesannya, berlakulah seks bebas dikalangan remaja, rempit, pengunaan dadaha dan sebagainya. Ini kerana jika nafsu ne gatif menguasai diri, maka seseorang itu akan mempunyai personality yang tidak baik. Kita sebagai guru haruslah sentiasa menunjukkan sifat positif pada pelajar supaya dapat membentu pada pembentukan kendiri mereka. Guru haruslah mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan sebagai sumber untuk pendidikan di sekolah nanti. Palajar yang mempunyai personality yang positis akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran hidup dan juga mampu membantu mereka mendapat pen capaian akademik yang tinggi.
18

Akhir sekali, personaliti yang baik akan mampu menjanjikan satu konsep kendiri yang positif dalam diri pelajar kita. yang mampu mengubah diri seseorang itu. Guru haruslah memainkan peranan Hanya ilmu sahaja

penting untuk memupuk minat mereka dalam pembelajaran.

19

You might also like