You are on page 1of 1

Nama: Loh Kian Guan Kelas: 5P Sekolah: Sekolah Methodist Wesley Selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru

Bahasa Melayu saya, Puan Anelyza dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, topik yang akan saya sampaikan ialah Atlet Sukan Malaysia. Tumpuan atlet sukan Malaysia hari ini ialah Dato Lee Chong Wei. Beliau merupakan pemain badminton yang terhandal di dunia dan kejayaannya dalam dunia badminton telah mengharumkan nama negara Malaysia. Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town,Pulau Pinang ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan. Dato Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Dato Lee Chong Wei telah banyak menghadapi halangan dan cabaran dalam usahanya. Pemain lawan yang tercabar kepadanya ialah Lin Dan dari China. Kedua-dua orang itu banyak bertembung dalam pertandingan antarabangsa dan Dato Lee Chong Wei kalah lebih banyak daripada menang menandinginya. Walaupun begitu, beliau tidak pernah berputus asa rajin berlatih dan akhirnya dapat kekalkan kedudukannya sebagai johan dalam pertandingan Badminton Terbuka Seluruh England. Kualiti Dato Lee Chong Wei harus dipelajari anak Malaysia untuk meningkatkan imej dan nama baik Malaysia di mata dunia.

You might also like