You are on page 1of 2

Tugasan pertama 1.

Zaman remaja semasa zaman persekolahan pasti menjadi memori manis bagi semua orang yang melaluinya. Begitu juga remaja-remaja dalam komik ini yang

bersama-sama mencipta memori tersendiri pada zaman persekolahan mereka. Watak dalam komik ini terdiri daripada Siv, Aken, A.D, Caely dan Alicia. Terdapat juga beberapa watak tambahan lain yang turut menceriakan suasana. Cerita dimulakan dengan perpindahan Siz , watak utama cerita ke, ke sekolah di mana Aken belajar. Di sini, konflik pertama bermula di mana Siv, bertindak mencabar semua pelajar- pelajar bemasalah di situ untuk beradu kekuatan dengannya untuk menjadi pelajar yang paling berkuasa di sekolah itu. Aken juga tidak terkecuali menjadi sasaran Siv. Pergaduhan mereka telah menarik perhatian A.D, ketua kelab kaunseling sekolah itu, untuk menarik mereka menyertai kelabnya. Dia berpendapat bahawa Siv dan Aken merupaka pelajar yang sesuai untuk menjadi ahli kelabnya memandangkan kelab tersebut belum mempunyai ahli. Walaupun pada mulanya Siv dan Aken menolak sekeras-kerasnya, akhirnya mereka menyertai juga kelab tersebut atas tujuan tersendiri. Siv bersetuju kerana A.D seorang yg kaya, maka dia boleh menggunakan duit A.D untuk membeli permainan video idamannya yang mahal. Manakala Aken pula telah jatuh hati dengan adik A.D, Caley, sejak sekolah rendah lagi. Pelbagai rintangan telah dilalui mereka dalam tempoh mengukuhkan kedudukan kelab kaunseling di sekolah itu. Tambahan pula, kelab mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan bilik aktiviti kelab dengan kelab bola sepak memandangkan bilik-bilik di sekolah tersebut tidak mencukupi. Walaupun cara yang digunakan oleh Aken dan Siv agak kasar dan keterlaluan, kelab

kaunseling dapat dipertahankan. Pelbagai kes dapat diselesaikan oleh mereka dengan jayanya dan mendapat pujian daripada pengetua sekolah mereka. Kes terbesar mereka adalah berjaya menumpaskan sindiket pengedar dadah di mana ketuanya telah menyamar sebagai salah seorang guru di sekolah mereka dan mempergunakan pelajar-pelajar sekolah untuk kegiatan haramnya. Pelbagai hubungan juga dapat disatukan kembali daripada usaha kelab ini. Dalam menjalankan tugas, mereka telah memperolehi pelbagai pengalaman yang mengajar mereka untuk berfikiran secara matang. Siv, dengan tujuan asalnya, telah berjaya memperoleh PSP daripada A.D dan Aken pula telah berjaya memiliki hati Caely. Cerita diakhiri dengan bunyi loceng menandakan zaman

persekolahn mereka semua sudah tamat. Dua tahun kemudian, mereka semua bertemu kembali dengan membawa identity tersendiri. Ada yang sudah berubah dan ada juga yang masih seperti di zaman persekolahan.

You might also like