You are on page 1of 7

PENGENALAN Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial.

Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada masa inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta melepak tidak lagimemeranjatkan kita.

GENGSTERISME Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat sepertimenganggotai kumpulan samseng seperti gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjataapi mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalism, penyalahgunaandadah , minum minuman keras, terbabit dengan video lucah dan sebagainya. Keadaanseperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malahdisekolah luar bandar.Gejala samseng atau gengsterisme di sekolah menengah di seluruh negara juga semakinmembimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidaktakut untuk melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenalpasti pelajar di 456sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukansedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan.Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Kumpulanini mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindik (lelaki),kepala botak, logo pada beg sekolah dan banyak lagi.

mengedardadah, alkohol,Gangsterisme, vandalismedanjenayahseksual ... ajinbgagah.blogspot.com

FAKTOR-FAKTOR GENGSTERISME Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti masalah keluarga, sekolah, persekitaran, media massa, siber dan hiburan, masalah ekonomi,pengaruh rakan sebaya,masalah kakitangan sekolah dan masalah PIBG 1. Pengaruh hiburan, media massa dan siber: Hiburan memang menyeronokkan.

Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan. Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas menjaditarikan.Pengaruh daripada media massa pula dapat di kategori kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai adegan dan perlakuan negatif yang ditayangdalam pelbagai media.Mereka ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan melayari internet. Dengan wujudnya cyber cafe telah memudahkan para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa. 2. Masalah keluarga: Institusi keluarga akan porak-peranda jika keluarga suka bertengkar, sentiasa mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak. Suka memburukkan keluarga kepada anak-anak, suka melepaskan geram dan mengamalkan sikap pilih kasih kepada anak anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk, mengamal sikap benci membenci, tidak suka bergaul dengan masyarakat dan tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa. Selain itu juga, kurangnya didikan agama dalam sesebuah keluarga dan sikap ibubapa yang mementingkan kekayaan dan ini akan menyebabkan anak - anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang, lalu mereka mencari alternatif lain untuk meluahkan perasaan. Anak - anak menjadi mangsa, terbiar, stres, dan mengalami tekanan perasaan. Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar, merokok, mengambil dadah, menghidu gam, membuli dan menjadi samseng. 3. Pengaruh rakan sebaya: Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk melakukan aktiviti tidak sihat ini akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir

secara rasional. Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar. Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebihlebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remehdan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. 4. Masalah ekonomi: Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan mereka tidak mampu membayar yuran persekolahan dan anak anak berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleksmembeli belah.Jika ekonomi tidak mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang tidak baik seperti mencuri, menyeluk saku, bunuh orang, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu dan pembohong. Mereka lebih mementingkan kemewahan dan tidak takut kepada undangundang. 5. Masalah di sekolah: Di sekolah, terdapat guru yang pentingkan status dan terlalu tegas. Mereka mementingkan bidang akademik tetapi kurang beri perhatian kepada bidang kokurikulum dan sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan yang seimbang. Ada guru suka menggunakan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar. Pendidik tidak menggunakan budi bicara dan psikologi dalam segala urusan dan permasalahan serta tidak menganggap pelajar seperti adik atau anak. Asyik memikirkan soal gaji dan aktiviti menambahkan pendapatan sahaja. Kaunselor sekolah gagal memberi kaunseling yang berkesan kepada pelajar bermasalah dan pelajar bermasalah bertambah pada hujung tahun. Guru disiplin pula berlagak garang tetapi pelajar-pelajar tidakmengindahkannya. Pengawas sekolah yang bermuka-muka, suka melihat rakan didenda dan membuatkan pelajar-pelajar lain berdendam. Warden asrama pula tidak diberi kursus khas untuk mengendalikan hal-hal berkaitan pelajar. Mereka tidak tegas terhadap pelajarpelajar di asrama. Ramai yang menghisap rokok dan membuli pelajar junior. Pelajarpelajar junior tidak boleh mengadu, kerana ugutan dari pelajar senior dan memberi jawapan palsu kepada guru. Manakala PIBGberperanan membantu memajukan

sesebuah sekolah hingga cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan keceriaan sehingga zero defect. Terdapat PIBG sekolah kurang aktif dan membiarkan sekolah terumbang-ambing dan suka mencampuri hal pentadbiran sekolah. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi role modelkepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan. Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial. Implikasinya, prestasi sekolah akan merosot. Masalah disiplin pelajar hari ini memang sudah sampai ke tahap seriu. LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG GENGSTERISME Beberapa idea telah dicadangkan untuk mengatasi masalah gangsterism ini,antaranya ialah: * Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi dan hormati maruah. * Jangan menangani masalah keras dengan tindakan yang keras kerana risikonya tinggi dan tiada kesudahannya. * Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar. Anggapan pelajar sekolah rendah mereka sudah dewasa dan pelajar sekolah menengah anggap mereka sudah matang kedewasaannya. * Jangan dikerasi, dicabar, ditengking, dimalukan dan dibohongi. Pelajar akan bersikap liar, panas baran, drastik dan melawan. * Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai teladan. * PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan

moto 'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'. * Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesukahati danberi kuasa mendenda kepada pelajar senior. * Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan. * Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan. Jikaamalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibubapa, pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadiorang) yang berharga dan berguna satu hari nanti. * Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.

KESIMPULANNYA

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya

menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan

pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk

menangani masalah ini.

You might also like