You are on page 1of 10

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDK3213 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

TAJUK:
Masalah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Disediakan Oleh :

NAMA

: Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen

(201400)

PENSYARAH

Tn. Hj. Abu Hassan Bin Othman


1

Pengenalan Pembelajaran, dan penguasaan bahasa Melayu yang sempurna adalah penting bagi para pelajar. Tanpa penguasaan bahasa yang sempurna, seluruh proses pembelajaran yang menggunakan bahasa Melayu akan menjadi hambar. Perkara ini perlu ditinjau, kerana, walaupun pengajaran bahasa Melayu pada hari ini dapat dikatakan baik pada keseluruhannya, tetapi masih ada kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Penguasaan Kosa Kata yang lemah Kita boleh menyediakan guru yang paling berkelayakkan dan praserana yang serba lengkap, namun tanpa penguasaan kosa kata yang mantap, para pelajar akan menghadapi masalah yang besar dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Bahasa merupakan alat komunikasi antara anggota masyarakat. Seseorang dapat menyampaikan fikiran, perasaan, dan keinginan kepada orang lain melalui bahasa. Penyampaian fikiran, perasaan, dan keinginan kepada orang lain memerlukan penguasaan kosa kata yang baik. Penguasaan kosa kata yang baik memungkinkan seseorang dapat berbahasa dengan baik dan benar pula.

Kosakata merupa unsur bahasa yang perlu dipelajari dan difahami, agar dapat digunakan dengan baik. Untuk menguasai kosakata, aktiviti tertentu diperlukan, seperti aktif dan kreatif, membaca buku-buku bacaan serta memerhati, mendengar informasi dari radio, television, dan lain-lain media. Dengan aktiviti tersebut akan diperolehi, istilah-istilah yang dapat menambah pengetahuan, ketrampilan, dan kemampuan untuk memahami, mengembangkan, dan menerapkan penguasaan kosakata tersebut dalam kehidupan seharian.

Program NILAM

Satu cara yang paling efektif bagi membina perbendaharaan adalah dengan membaca. Pada zaman kanak-kanak kita semua membaca. Ini adalah kerana kurangnya media hiburan lain yang mampu menarik perhatian kita. Kita akan membaca untuk belajar dan kita juga kan membaca sebagi hiburan. Kita juga akan membina kemahiran social kita melalui perbualan dan perbincangan tentang cerita yang kita baca. Melalui aktiviti pinjam meminjam bahan bacaan, kita juga membina nilainilai murni. Pada zaman sekarang, dengan adanya ,media hiburan yang lebih canggih seperti television, komputer dan lain-lain, tabiat membaca semakin ditinggalkan. Walaupun mereka masih membaca, namun jumlah bacaan mereka semakin menguncup. Untuk menangani trend ini, pihak Kementerian Pelajaran telah menganjurkan pertandingan NILAM (Nadi

Ilmu Amalan Membaca) bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan para pelajar kita. NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. NILAM bermatlamat membina tabiat membaca yang berkekalan di kangan murid. Program ini akan menjadikan murid suka membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca di kalangan para pelajarnya.

Program NILAM mempunyai tiga elemen iaitu : i. Rekod Membaca : Setiap murid akan merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca NILAM ii. Pengesahan Pembacaan : Guru akan mengesahkan rekod bacaan murid. iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca. .

Pelaksanaan Program NILAM pula mempunyai dua tahap iaitu : Tahap I : Jauhari Tahap II: Rakan Pembaca

Tahap JAUHARI bertujuan membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat. Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah dengan menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber. Para pelajar akan mula dinilai dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah.

Tahap RAKAN PEMBACA (RP) pula menyuburkan kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca. Apabila seorang murid telah membaca 100 naskah buku yang direkodkan, dia layak memasuki Tahap Rakan Pembaca. Murid akan dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara. Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain. Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca. . 5

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP) a. Bercerita b. Membaca Bersama c. Bicara Buku d. Meminjam buku e. Pidato f. Ulasan buku g. dan lain-lain . Program NILAM berfungsi dengan Sistem Ganjaran dan Pengiktirafan. Setiap Tahunan ganjaran akan diberi setelah mengambil kira Buku Rekod Kemajuan dan Kad Kumulatif. Secara keseluruhan, selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah, rekod pencapaian pelajar dalam Program NILAM akan dicatatkan dalam Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah.

1. Tahap JAUHARI Sekolah Rendah Jumlah Bacaan 90 179 180 269 270 359 360 ke atas Sekolah Menengah Pengiktirafa n Gangsa Perak Emas NILAM

Jumlah Pengiktirafan Bacaan 72 - 143 144 - 215 216 287 288 ke atas Gangsa Perak Emas NILAM

2. RAKAN PEMBACA (RP)

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:

MARKAH 100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 ke atas

PENGIKTIRAFAN Gangsa Perak Emas NILAM

Adalah disarankan agar Program NILAM dijalankan pada satu masa yang khas dan dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa. Dicadangkan juga satu masa khas, SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu). Program NILAM juga boleh dijalankan pada waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan. Para pelajar juga digalakkan menggunakan waktu senggang untuk membaca dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti membaca yang dianjurkan.

Cadangan Aktiviti Program NILAM Antara aktiviti yang dicadangkan sebagai mengisi Program NILAM adalah SEMAI Program IQRA Membaca Bersama Ceramah Buku (Book Talk) Khemah Membaca Bacalah Sayang Kuiz Pengetahuan Pertandingan Bercerita Radio Sekolah Pameran Buku Pidato Akhbar Dalam Darjah Reading Is Fun Klinik Membaca Buku Skrap Membaca Waktu Senggang

Kesimpulan Dalam suasana yang kelihatan tugas guru mendaulatkan bahasa Melayu menjadi semakin sukar dan mencabar. Kita harus secara istiqamah mencari penyelesaian bagi setiap masalah yang akan muncul. Dalam mencuba menyelesaikan masalah ini, kita haruslah terlebih dahulu mengenali masalah tersebut, dan seterusnya mencari penyelesaiannya. Tugas para guru itu tidaklah ringan. Masalah yang wajib diatasi bukanlah masalah bahasa sahaja, bahkan juga masalah sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Seorang guru bahasa Melayu bukan sahaja harus mempelajari selok-belok bahasa, tetapi juga aspek-aspek bukan bahasa. 8

kesemuanya adalah aspek-aspek yang bergabung jalin dengan aspek bahasa dalam kemahiran keseluruhan. Ini adalah wadah perjuangan seorang guru dan inilah juga satu penghormatan kepada seorang yang bergelar guru.

Rujukkan

Profesor Emeritus Abdullah Hassan : http://koleksikertaskerja1.blogspot.com 1. Program NILAM BTPN Perak.

10

You might also like