You are on page 1of 2

ASAL-USUL TULISAN JAWI

Tulisan Jawi asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh orang melayu.Oleh sebab huruf-huruf arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang untuk fonem melayu maka beberapa huruf Arab yang telah di Parsikan telah dipinjamdan bertambahlah huruf jawi.Huruf-huruf tambahan ini adalah huruf Gha,Pa,Nya,Cha,dan Nga untuk (c,ny,p,g,ng ). Walaupaun tulisan dan ejaan Jawi telah lama dipelajari oleh orang melayu namun tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa terdapat orang Melayu yang mengkajinya.Tetapi pada zaman terakhir ini,Pendeta Zaba telah mengkaji tulisan Jawi ini dengan mendalam sehingga beliau telah berjaya menyusun satu panduan ejaan Jawi. Selain Pendita Zaba terdapat juga orang lain yang tidak kurang gigihnya dalam menggarap sistem ejaan Jawi,tetapi penyebaran tulisannya hanya berkisar di negeri Johor sahaja iaitu tempat beliau tinggal dan bertugas.Beliau adalah Mejar DatoHaji Mohd Said Bin Haji Sulaiman. Pengkaji ejaan Jawi yang paling ramai jumlahnya adalah dari Barat.Mereka telah mempelajari ejaan dan tulisan Jawi dengan bersunggah-sungguh.Mereka berusaha dengan gigih kerana tujan tertentu dan antara salah satu tujuannya ialah untuk mengetahui tentang bahasa Melayu dan hasil karya sastera.Antara peminat dan pengkaji pengkaji tulisan ini ialah Warnagli,Willim Marsadim,Kelingkar dan lainlain.Diantara mereka ini ada yang mengkaji bertujuan untuk penterjemahan kitab Injil(Bibble) kedalam bahasa Melayu.

Selepas Zaba,tidak ada orang yang mengkaji tulisan dan ejaan Jawi.Yang ada hanyalah penerbitan buku untuk kegunaan mengajar,menulis dan membaca Jawi seperti yang diusahakan oleh Cikgu Haji Abdul Al-Razak Hamid.Pada tahun 1983 Dewan Bahasa dan Pustaka baru bergerak kuat dan mula memendang serius tentang system ejaan Jawi.Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa untuk mengkaji sisyem ejaan Jawi.Walaupun begitu pedoman ejaan yang dibuat oleh Pendeta Zaba masih menjadi pedoman utama.Satu kertas kerja telah dibentangkan tentang system ejaan Jawi baru dengan beberapa tambahan dan pindaan telah dibentangkan dalam Konvensyen Ejaan Jawi yang diadakan di Kuala Terengganu pada tahun 1984.Pada tahun 1986 telah diterbitkan Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan. Dan pada tahun 1988 telah diterbitkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,kajian. Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti

batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya ukiran-ukiran pada masjid , istana azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

You might also like