You are on page 1of 7

SUMBANGAN PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDDIQ 1)Memerangi gerakan al-Riddah Tugas utama yang dilakukan oleh Saidina

Abu Bakar As-Siddiq ialah memerangi golongan al-Riddah sesudah baginda Rasulullah s.a.w wafat.Penentangan terhadap Abu Bakar kian menjadi-jadi selepas beliau dilantik sebagai khalifah.Gerakan penentangan yang berlaku dilancarkan oleh suku-suku Arab yang berselerak di sekitar Semenanjung Tanah Arab timbul dari golongan yang murtad,enggan mengeluarkan zakat dan mengaku menjadi nabi palsu. Peristiwa seperti ini tidak berlaku kepada khalifah-khalifah al-Rasyidin yang lain. Apabila Nabi wafat,golongan yang baru masuk Islam ini mula berpaling tadah. Banyak kabilah-kabilah Arab selain dari Mekah dan Madinah memeluk Islam selepas tahun 9 Hijrah,iaitu dua tahun sebelum Nabi wafat. Oleh sebab itu, keimanan mereka terhadap Islam masih belum begitu mantap pada saat Nabi wafat. Terdapat sebahagian dari golongan ini yang beranggapan bahawa syariat Islam itu hapus,apabila Rasulullah wafat. Orang murtad yang terus keluar dari Islam ada yang menjadi pengikutpengikut Musailamah al-Kazzab,Tulaihah al-Asadi dan Aswad al-Anasi yang masing-masing mendakwa diri sebagai nabi. Ada pula yang mengikuti golongan munafikin yang berpura-pura menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah, tetapi hati sebenarnya masih belum menerima lagi. Keadaan begini boleh berlaku kerana mereka memeluk agama Islam secara ikut-ikut saja, bukan atas ketaqwaan dan keimanan yang sebenarbenarnya kepada Allah atau kerana tidak mahu melibatkan diri dalam peperangan melawan tentera Islam atau kerana mahukan kemegahan dan tamak kepada harta rampasan atau untuk suatu kepentingan yang lain. Sebenarnya,ajaran Islam atau pergaulan mereka dengan masyarakat Islam tidak memberi kesan kepada jiwa mereka. Golongan ini juga masih belum menerima

konsep bahawa setiap orang Islam mesti berada dalam satu keluarga besar iaitu keluarga Islam. Bagi golongan murtad yang menjadi pengikut nabi-nabi palsu,mereka tahu nabi-nabi tersebut palsu dan tidak benar. Tujuan mereka mengikut golongan nabi palsu ini adalah untuk menunjukkan kepada suku kaum Quraisy bahawa mereka mampu menentang kekuasaan kaum Quraisy yang dikatakan hendak memonopoli kekuasaan Tanah Arab dengan mendapat sokongan dan dukungan daripada nabi-nabi palsu ini. Manakala golongan murtad yang enggan membayar zakat beranggapan mereka membayar zakat atas perintah Rasulullah s.a.w.. Tetapi apabila Khalifah Abu Bakar yang berkuasa selaku pemimpin ketika itu,mereka enggan membayarnya kerana kedegilan atau kerana salah mentafsir dan memahami sebahagian ayat al-Quran atau juga kerana menganggap bahawa zakat itu ialah cukai yang diprintah oleh Rasulullah untuk membersih dan menghapuskan dosadosa mereka. Kebanyakan orang yang enggan membayar zakat ini ialah dari negeri Yaman,Yamanah dan Oman. Kemunculan golongan nabi palsu pula yang mendakwa mereka juga boleh menjadi nabi merupakan golongan penentang yang merbahaya. Mereka seolah-olah tidak faham bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan rasul yang terakhir yang diutus oleh Allah. Ada sesetengah nabi palsu tersebut telah pun wujud ketika Rasulullah belum wafat di hari-hari terakhir baginda. Kegiatan tersebut lebih menjadi-jadi setelah kewafatan baginda. Khalifah Abu Bakar yang berpandangan jauh melihat perkara ini dengan lebih mendalam kerana khuatir perkara ini akan mencemarkan kesucian Islam. Maka,beliau menghantar perutusan untuk menyeru golongan itu kembali ke jalan yang benar sebelum mereka diperangi atau ditewaskan oleh tentera-tentera Islam.

Penentangan golongan al-Riddah yang kian mengancam itu akhirnya dipatahkan oleh Abu Bakar dengan pengiriman pasukan-pasukan tentera di bawah pimpinan panglima-panglima berwibawa untuk menghapuskan golongan yang derhaka terhadap agama Islam serta menggugat kewibawaan Abu Bakar selaku Khalifah yang telah dipilih. Khalifah Abu Bakar telah membahagikan pasukan tenteranya di bawah sebelas orang panglima tentera untuk menghadapi golongan murtad. Pertama, Khalid al-Walid diperintahkan untuk menghadapi Tulaihah dan anak buahnya. Selesai di sana harus segera menghadapi Malik bin Nuwairah dan anak buahnya daripada kabilah Tamim. Kedua,Ikrimah bin Abu Jahal diperintahkan untuk menghadapi MUsailamah di Yamamah. Ketiga,Muhajir bin Abu Umayyah ditugaskan untuk menghadapi sisa-sisa pengikut Aswad al-Anasi yang masih murtad selepas kematian Aswad kemudian,meneruskan perjuangan menghadapi kaum murtad Kinda. Keempat,Khalid bin Said bin al-Asy dikirim ke Masyarif di Syam. Kelima, Amru bin al-Ash mendapat perintah menghadapi Quzaah. Keenam, Hudzaifah bin Mihshan. Dia diperintahkan untuk menghadapi penduduk Daba. Ketujuh, Arfajah bin Harthama pula dikirim untuk memerangi golongan Muhra. Kelapan, syurahbil bin Hasanah dikirim sebagai bala tentera bantuan membantu Ikrimah dalam memerangi Musailamah dan seterusnya meneruskan ke Quzaah untuk membantu Amru al-Ash. Kesembilan, Tarif bin Hajiz mendapat perintah menghadapi suku Sulaim dan sekutu-sekutunya dari Hawazin. Kesepuluh,Suwaid bin Muqarrin mesti menghadapi golongan murtad di Tihamah,Yaman. Akhir sekali, al-Aala bin al-Hadhrami dikirimkan untuk menghadapi kaum murtad di Bahrain. 2)Menubuhkan majlis syura Khalifah Abu Bakar membentuk sebuah Badan Penasihat yang dikenali sebagai Majlis Syura yang dianggotai oleh sahabat-sahabat terulung Rasulullah s.a.w. bagi membantunya

dalam mentadbir pemerintahan sebuah Negara Islam, melalui perundingan bagi meraih permuafakatan hasil ijtihad dan muzakarah. Anggota yang dipilih dalam Majlis Syura berasakan khidmat baktinya terhadap Islam,komitmen atau iltizam yang diperlihatkan dalam memartabatkan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. Penubuhan majlis syura ini diteruskan oleh khalifah-khalifah yang lain sepanjang pemerintahan khulafak ar-Rasyidin. 3) Pengumpulan ayat-ayat suci al-Quran Terdapat sebilangan besar sahabat-sahabat Rasulullah yang menghafaz atau memahami ayat-ayat suci al-Quran di dalam hati. Mereka ini dikenali sebagai hafiz. Pada mulanya,ayat-ayat yang diturunkan itu ditulis atas pelepah daun,kulit kayu atau kulit haiwan. Tidak ada pengumpulan atau penyusunan dilakukan dalam bentuk naskhah lengkap atau mashaf sehingga wafatnya Rasulullah s.a.w.. Pada masa itu dikhuatiri tulisan-tulisan itu akan tercicir itu akan hilang disebabkan gugurnya para huffaz sebagai syuhada dalam medan pertempuran. Oleh sebab iu,terlintas di hati Umar al Khattab betapa petinngnya ayat-ayat itu dihimpun dengan lengkap bagi megelakkan bahaya lenyapnya ayat-ayat al-Quran yang menjadi panduan utama umat Islam. Lalu Umar mengemukakan usul pengumpulan dan penyusunan ayat-ayat al-Quran yang masih tertulis di pelepah-pelepah daun dan kulit kayu dan haiwan terutamanya hasil dari para sahabat yang menghafaz al-Quran,ke dalam satu naskhah yang rapid an lengkap agar dapat dikekalkan bagi bacaan umat Islam sepanjang zaman. Pada mulanya Abu Bakar berat hati untuk menerima usul Umar al-Khattab kerana Rasulullah sendiri tidak pernah melakukannya. Walaubagaimanapun,setelah dirunding dan dibincangkan semula dengan para sahabat,Khalifah Abu Bakar bersetuju untuk menerima idea

tersebut. Tugas pengumpulan dan penyusunan al-Quran ini diserahkan kepada Zaid bin Thabit kerana beliau sering mencatit wahyu diturunkan Allah kepada baginda Rasulullah s.a.w.. Sebagaimana Abu Bakar,beliau juga turut keberatan untuk melakukannya atas alasan yang sama. Walaubagaimanapun,setelah beliau menerima sedikit nasihat dan kata-kata dari Abu Bakar,maka Zaid bin Thabit melakukannya. Setelah ayat-ayat al-Quran itu berjaya disempurnakan dalam bentuk Mushaf, naskhah al-Quran tersebut disimpan oleh Khalifah Abu Bakar. Setelah beliau meninggal, Khalifah umar pula yang menyimpannya,kemudian berpindah ke tangan isteri baginda Rasulullah s.a.w.,Hafsah binti Umar untuk simpanannya. Kenyataan juga dikeluarkan kepada kepada sesiapa yang ingin menyalin atau merujuk ayat-ayat alQuran mestilah pergi kepada Hafsah kerana simpanan ayat-ayat al-Quran di tangan Hafsah adalah satu-satunya Mushaf al-Quran yang sahih sebagai rujukan utama. Walaupun idea ini dikemukakan oleh Umar al-Khattab, tetapi jika tiada kata putus dari Abu Bakar sebagai khalifah pada masa itu pastinya kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan alQuran tidak akan terjadi. Jadi ,Abu Bakar memainkan peranan penting dan menyumbangkan jasa yang sangat besar dalam mengekalkan kitab suci al-Quran sebagai panduan yang kekal hingga ke hari ini. 4) Pembahagian wilayah Semenanjung Tanah Arab Dalam melancarkan pengurusan dan pentadbiran Negara maka pembahagian wilayah dilakukan mengikut luas kawasan dengan pantai timur dan bahagian tengah Semenanjung mempunyai sepuluh wilayah iaitu Madinah,Makkah,Taif,Sanaa,Hadramaut,Khaulan,Zubaid,Jund,Bahrain dan Najran. Sementara kawasan-kawasan Iraq terdiri daripada wilayah-wilayah Hirah, Daumatull Jandal dan Muzaiyah

dan di Syria meliputi wilayah-wilayah Hims, Damsyik, Palestin dan Jordan. Dalam menyelaraskan pentadbiran negara, Khalifah Abu Bakar melantik seorang pentadbir di setiap wilayah yang akan bertanggungjawab dari sudut oenyeliaan tentera,pengawasan nilai moral, pungutan cukai dan zakat, keadilan undang-undang dan peraturan, kelancaran seliaan penghakiman dan kesempurnaan perkhidmatan awam. Setiap pentadbir juga akan dibantu oleh pegawai-pegawai tertinggi yang terdiri dari kadhi dan Amil. 5)Institusi Mufti Institusi ini bermula apabila Khalifah Abu Bakar bertindak sebagai Mufti yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa dan menentukan hukum selaras dengan isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Beliau melantik sahabat-sahabatnya untuk bertindak sebagai mufti, antaranya ialah Umar al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan,Abdul Rahman bin Auf, Muaz bin Jabal, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Dengan perlantikan sebagai mufti maka individu-individu atau pihak-pihak lain tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa atau menentukan hukuman yang berkait dengan perundangan Islam, bagi mengelakkan tindakan bertindih, kekalutan dan kekeliruan di kalangan umum. SUMBANGAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB 1)

You might also like