You are on page 1of 7

DASAR AUTOMOTIF NEGARA

Rangka DAN diisytiharkan pada 19 Oktober 2005. Dasar ini dapat melindungi pengeluar kereta nasional (Proton Holding Bhd) untuk bersaing dengan kenderaaan keluaran luar negara secara terbuka disebabkan ikatan perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

OBJEKTIF RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONAL


Untuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya, pembagunan sektor automotif Malaysia akan berteraskan lima objektif utama iaitu:

1. Untuk menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanya pembuat kereta nasional 2. Untuk menjadi hab serantau untuk pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaan automotif 3. Untuk meningkatkan nilai tambah dan keupayaan tempatan di dalam sektor automotif 4. Untuk menggalakkan pembuat kenderaan dan vendor komponen Malaysia yang berorientasikan eksport 5. Untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan meluas di dalam sektor pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponen

16

RANGKA DASAR BAGI SEKTOR AUTOMOTIF


1. Untuk menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanya pembuat kereta nasional
Kerajaan akan menyediakan sokongan dan insentif untuk meningkatkan daya saing pembuat kenderaan automotif di negara ini, terutamanya pembuat kereta nasional Proton dan Perodua, serta memberi sokongan yang diperlukan kepada pemasang kenderaan automotif yang sedia ada untuk terus berdaya maju di Malaysia. Kerajaan akan memastikan dasar yang mantap untuk meningkatkan daya saing jangka panjang di kalangan pembuat komponen automotif, memandangkan sumbangan penting mereka terhadap daya saing pembuat dan pemasang kenderaan automotif. Pengimportan kenderaan automotif akan terus dibenarkan, tetapi apa-apa perubahan yang perlu akan dilaksanakan kepada dasar dan prosedur yang sedia ada. Sebaik-baiknya, pengimport akan dapat merintangi rantaian nilai dan menjadi pemasang ataupun pembuat di masa hadapan. Kerajaan akan menggalakkan peningkatan daya saing pembuat dan pemasang kenderaan automotif, dalam hal pilihan model, kualiti serta harga, bagi meningkatkan penawaran kenderaan yang mampu dimiliki kepada orang ramai, termasuk golongan berpendapatan rendah.

2. Untuk menjadi hab serantau untuk pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaan automotif
Kerajaan akan terus menyediakan insentif dan infrastruktur serta melaksanakan dasar yang sesuai bagi menarik para pembuat dan pemasang kenderaan automotif untuk terus bertapak atau untuk melabur di Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada pembuat dan pemasang yang berhasrat untuk menggunakan Malaysia sebagai landasan untuk membekal kepada pasaran serantau dan antarabangsa. Kerajaan juga akan terus menyediakan dasar dan insentif untuk menarik pembuat komponen automotif untuk melabur di Malaysia. Ini penting kerana tren industri automotif global masa kini menjurus kepada penggunaan perkhidmatan luaran (outsourcing).

17

3. Untuk meningkatkan nilai tambah dan keupayaan tempatan dalam sektor automotif
Kerajaan akan terus melaksanakan dasar yang perlu bagi menggalakkan perkembangan nilai tambah di sepanjang rantaian pembekalan automotif, serta meningkatkan keupayaan tempatan. Pembangunan nilai tambah dan keupayaan tempatan tersebut dapat dilaksanakan melalui penambahbaikan aliran proses, teknologi dan modal insan.

4. Untuk menggalakkan pembuat kenderaan dan vendor komponen Malaysia yang berorientasikan ekspot
Kerajaan akan terus menyediakan hala tuju dan bantuan kepada mereka yang terbabit dalam sektor ini untuk mempelopori atau mengembangkan pasaran eksport, terutamanya melalui insentif promosi ekspot. Kerajaan juga akan memanjangkan sokongan untuk melengkapkan pembuat dengan prasyarat yang diperlukan untuk berjaya di pasaran eksport, yang mana termasuk sijil kualiti, piawaian ujian dan lain -lain. Keutamaan akan diberikan kepada pembuat automotif serta vendor komponen milik tempatan, dalam usaha untuk membangunkan keupayaan tempatan.

5. Untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan meluas di dalam sektor pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponen
Kerajaan akan menyediakan sokongan dan insentif bagi meningkatkan penyertaan dan tahap daya saing syarikat Bumiputera dalam sector automotif. Ini termasuk tahap ekuiti saham Bumiputera, memastikan perkembangan modal insan Bumiputera yang progresif dan memupuk keusahawanan Bumiputera dalam bidang-bidang yang berkaitan.

18

LANGKAH-LANGKAH UNTUK PERLAKSANAAN SERTA-MERTA


Bagi mencapai objektif-objektif bagi sektor automotif, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

1. Memperkenalkan Dana Pelarasan Industri (Industrial Adjustment Fund) Dana Pelarasan Industri akan diperkenalkan untuk membantu pembuat tempatan menghadapi cabaran-cabaran yang dibawa oleh peningkatan persaingan dan liberalisasi. Insentif ini boleh diberikan di dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman tanpa faedah dan geran sepadan (matching grant), dan meliputi aspek-aspek seperti automasi, menaiktaraf mesin dan peralatan, kos pembangunan komponen serta pembangunan teknologi. Dalam mengeluarkan dana ini, keutamaan akan diberikan kepada sektor automotif iaitu pembuat dan pemasang automotif serta pembuat komponen.

2. Pemberian Insentif kepada syarikat pembuat komponen a) Projek Kerjasama Projek kerjasama dengan rakan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) (FTA) akan dimanfaatkan untuk meningkatkan dayasaing industri automotif tempatan, terutamanya pembuat komponen. Bidang-bidang yang berpotensi untuk diwujudkan jalinan kerjasama tersebut ialah bidang-bidang seperti peningkatan kualiti, peningkatan peluang pasaran, peningkatan kemahiran dan pewujudan pusat-pusat ujian di Malaysia. b) Sokongan terhadap Program Bekalan Global (Global Supply Program) Program Bekalan Global ini akan dilaksanakan untuk membolehkan pembuat komponen tempatan berkembang dan menembusi rantaian bekalan global syarikat-syarikat automotif utama. Program ini akan dilaksanakan melalui penglibatan di dalam sektor-sektor keutamaan ASEAN selain daripada melalui FTA-FTA dan perundingan.

3. Mewujudkan Geran-Geran Latihan Geran-geran latihan akan dipertimbangkan untuk pembuat dan pemasang automotif serta pembuat komponen yang menyediakan peluang-peluang latihan untuk kakitangan mereka bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan mereka. Latihan yang diberi boleh berbentuk in-house, atau latihan yang dijalankan oleh institut-institut tempatan dan luar negara yang diluluskan. Insentif ini akan diberi sebagai tambahan kepada geran latihan yang diperuntukkan melalui Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

19

4. Mewujudkan Geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Geran Penyelidikan dan Pembangunan akan diberikan kepada pembuat automotif serta pembuat komponen yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasuk merekabentuk, membuat prototaip, serta bagi pembangunan dan penambahbaikan produk.

5. Menetapkan Pusat-Pusat Pengeluaran untuk Sektor Automotif Kawasan-kawasan berikut akan ditetapkan sebagai kawasan pembuatan atau pengeluaran automotif, iaitu: Gurun (Kedah); Bertam, Seberang Perai (Pulau Pinang); Pekan (Pahang); Tanjung Malim (Perak); Shah Alam dan Rawang (Selangor). Syarikat berkaitan automotif akan diberi galakan dan insentif untuk beroperasi di kawasan-kawasan tersebut. Tertumpunya syarikat berkaitan automotif di kawasan tersebut akan menggalakkan perkongsian kos pembangunan infrastruktur dan kemudahan setempat, di samping membolehkan pengeluaran just-in-time yang lebih efisien. Dengan itu, Kerajaan tidak akan menggalakkan penubuhan pusat-pusat pengeluaran lain untuk sector automotif.

6. Memastikan Pematuhan Standard dan Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan Vehicle Type Approval (VTA), yang melibatkan pematuhan terhadap piawaian keselamatan antarabangsa. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menguatkuasakan piawaian emisi dan penggunaan bahan api. Penguatkuasaan terhadap piawaian mandatori bagi barangan pembuatan seumpama ini akan memastikan bahawa tiada produk yang tidak melepasi standard akan diimport.

7. Memperluaskan Dana Perolehan Teknologi Dana Perolehan Teknologi (TAF) akan diperluaskan kepada sektor automotif. Setakat ini, syarikat milik tempatan yang memerlukan teknologi baru untuk memperkukuhkan kemampuan teknologi mereka boleh memohon geran sebahagian (partial grant) daripada dana ini.

20

8. Mewujudkan Geran Pembangunan Pasaran Geran Pembangunan Pasaran akan disediakan bagi Industri Kecil dan Sederhana untuk digunakan bagi usaha mengembangkan pasaran eksport. Dalam konteks ini, syarikat-syarikat boleh memperolehi geran sepadan sebanyak 50 peratus daripada kos aktiviti yang dibenarkan.

9. Mewujudkan Insentif Khas (Customised Incentives) Insentif Khas akan disediakan bagi syarikat yang melabur di dalam industri automotif tempatan, setelah ianya diberi pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Insentif ini akan diberikan bertepatan dengan keperluan spesifik pelabur berkenaan. Pada masa ini, Insentif Khas ini, termasuk insentif cukai dan bukan cukai, akan hanya diberikan kepada projek yang layak di dalam sektor pembuatan. Insentif insentif ini termasuklah pengecualian cukai korporat, geran latihan dan R&D dan juga pinjaman kadar rendah (soft loans). Pemberian Insentif Khas ini akan dipertimbangkan berdasarkan criteria berikut:

nilai tambah yang tinggi; tahap pemindahan teknologi; peningkatan dalam tahap kepakaran; tahap pendapatan tukaran asing; pengukuhan rantaian nilai pembuatan; pembangunan jaringan di dalam industri; dan tahap R&D yang dijalankan.

21

10. Pindaan terhadap Lesen Import (AP ) Kajian yang mendalam terhadap isu berhubung Lesen Import telah dijalankan. Lesen Import yang secara asasnya digunakan untuk pemantauan dan pengumpulan data, akan dilupuskan dalam jangka masa panjang. Buat masa ini, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

a) Membekukan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kereta berjenama baru Pertukaran pegangan ekuiti dalam syarikat pemegang AP francais bagi jenama sedia ada, dapat dipertimbangkan untuk kelulusan

b) Menghentikan pengeluaran AP francais untuk pe ngimportan kenderaan tuned-up, bermula 1 Januari 2006 Pemegang AP francais bagi kenderaan tuned-up tidak akan dibenarkan untuk meneruskan perniagaan di dalam bidang ini selepas 1 Januari 2006; Pemegang AP terbuka boleh mengimport kenderaan tuned-up dengan menggunakan kuota AP terbuka mereka, tetapi kenderaan-kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rapi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan tahap dan pematuhan terhadap spesifikasi tuned-up itu.

c) Membenarkan Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera untuk memohon AP secara langsung Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera akan dikecualikan daripada memenuhi syarat pegangan ekuiti Bumiputera tidak kurang dari 70 peratus bagi AP francais; Sebelum ini, Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera terpaksa menggunakan pengimport perantaraan untuk mengimport kenderaan. Dengan pengecualian ini, Kerajaan menjangkakan syarikat seperti DRB Hicom Bhd dan Sime Darby Bhd, yang pada masa ini merupakan pemegang francais jualan eksklusif untuk jenama kenderaan tertentu, akan mengimport kenderaan secara langsung tanpa perlu menggunakan pengimport perantaraan.

d) Menghadkan pengimportan kenderaan terpakai melalui AP terbuka kepada kenderaan yang berusia satu (1) hingga lima (5) tahun sahaja Kenderaan terpakai yang berusia kurang daripada satu (1) tahun tidak boleh diimport. Pengimportan seumpama ini pada masa lalu ada melibatkan penyelewengan

22

You might also like