You are on page 1of 4

Dasar Koperasi Negara 2002-2010

Dasar Koperasi Negara, diluluskan oleh Kerajaan pada sekitar Julai 2002 merupakan harapan dan garis panduan untuk koperator-koperator dan pihak yang ada kepentingan dalam gerakan koperasi. Lapan strategi yang disusun diharap dapat memperkenalkan manfaat berkoperasi dan mempertingkatkan imej gerakan koperasi Malaysia pada taraf antarbangsa.

1. Memastikan prinsip dan falsafah koperasi difahami dan diamalkan dalam gerakan koperasi
Untuk meningkatkan kefahaman koperasi di kalangan anggota koperasi, menentukan koperasi berjalan mengikut prinsip dan falsafah koperasi dan menguatkuasakan perundangan koperasi dengan lebih berkesan.

Koperasi perlu mematuhi prinsip dan falsafah koperasi agar tidak terkeluar daripada tujuan asal penubuhannya. Elemen kawalan tersendiri secara demokrasi dalam koperasi sentiasa diamalkan. Prinsip kebebasan dalam urusan koperasi dikekalkan sebagai satu unsur berdikari bagi membolehkan koperasi bergerak berdasarkan perlembagaannya sendiri. Koperasi yang berautonomi dan bebas akan dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan, dan Memberi pengetahuan kepada semua anggota koperasi.

2. Memperkemaskan undang-undang dan peraturan-peraturan untuk membantu menggalakkan perkembangan sektor koperasi
Untuk mengadakan peruntukan dalam Akta/Peraturan Koperasi yang dapat membantu perkembangan gerakan koperasi.

Perlu ada peruntukan dalam status yang tidak menghalang koperasi menceburi semua jenis bidang ekonomi. Mana-mana undang-undang dan dasar yang menghalang koperasi berkembang pesat hendaklah disesuaikan untuk perkembangan koperasi. Koperasi haruslah mendapat pengiktirafan rasmi melalui peluang bersuara sebagai perwakilan di dalam dan di luar negara. Menggalakkan penyertaan wanita dalam kepimpinan dan pengurusan koperasi, dan Peranan kerajaan hanya sebagai regulator dan penguatkuasaan sahaja.

12

3. Mengiktiraf gerakan koperasi sebagai penggerak dan penyumbang dalam pembangunan ekonomi negara
Untuk memberi pengiktirafan kepada koperasi sebagai penyumbang kepada pembangunan negara dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan koperasi.

Menerima gerakan koperasi sebagai rakan kongsi dalam arus perdana pembangunan masyarakat dan negara. Memberikan komitmen dan layanan yang sama kepada koperasi sebagaimana diberikan kepada pihak swasta dan awam. Membantu koperasi dalam pembangunan sumber manusia, termasuk pendidikan dan latihan dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan ilmu serta amalan koperasi sehingga koperasi boleh berdikari. Menjadikan pelajaran perkoperasian sebahagian daripada kurikulum sistem pendidikan negara, dan Memantapkan kegiatan koperasi puncak dan menjadikannya penggerak koperasi-koperasi serta penghubung di antara koperasi dengan kerajaan.

4. Memperkukuh dan memperkemaskan tadbir urus, pengurusan, kewangan dan kawal selia koperasi
Untuk mewujudkan gerakan koperasi yang cekap dan berkesan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang diberi kepada anggotanya.

Undang-undang kecil koperasi hendaklah menjamin akauntabiliti dan ketelusan. Peruntukan undang-undang kecil yang sedia ada perlu disemak dan dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan kehendak anggota. Akta Koperasi hanya dipakai untuk menentukan ketelusan dan akauntabiliti dipatuhi. Koperasi perlu menentukan prosedur bagi penyelesaian sebarang pertelingkahan dan prosedur-prosedur hendaklah dimaktubkan dalam undang-undang kecil,dan Koperasi bertanggungjawab melatih anggota-anggota, anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan kakitangan mereka.

13

5. Mempertingkatkan sumber modal untuk membolehkan koperasi bersaing dan menghadapi persaingan
Untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan koperasi supaya dapat meningkatkan kemampuan koperasi untuk memberi perkhidmatan kepada anggotanya dan mempertingkatkan kemampuan koperasi untuk bersaing di dalam pasaran terbuka.

Koperasi digalakkan menambah modalnya melalui tiga cara: 1. Penambahan syer/yuran daripada anggota mengikut peraturan yang termaktub dalam undang-undang kecil. 2. Mendapatkan modal dari koperasi lain di dalam dan luar negara, dan 3. Mendapatkan modal dari sumber-sumber lain dengan syarat koperasi berkenaan masih mengekalkan penguasaannya. Koperasi dibenarkan membuat pelaburan dalam koperasi-koperasi lain di dalam atau luar negara tertakluk kepada undang-undang dan peraturan semasa Koperasi juga dibenarkan menerima pelaburan melalui penubuhan anak-anak syarikat dengan syarat koperasi tetap mengawal pengurusan perniagaan anak-anak syarikatnya Mengadakan undang-undang yang menghalang koperasi menyertai aktiviti-aktiviti yang bersifat spekulatif melalui pinjaman luar Mengurangkan cukai ke atas koperasi untuk menggalakkan pertumbuhan koperasi, dan Dasar penswastaan kerajaan hendaklah memberi peluang yang sama kepada koperasi sebagaimana yang diberikan kepada pihak-pihak lain.

6. Meningkatkan kerjasama di kalangan koperasi dan antara koperasi dengan pihak ketiga
Untuk memperkukuh dan mempercekapkan perjalanan aktiviti-aktiviti koperasi melalui kerjasama antara koperasi dan juga dengan pihak ketiga.

Mengadakan prasarana dan persekitaran yang sesuai untuk memupuk kerjasama di kalangan koperasi dan antara koperasi dengan pihak-pihak ketiga, dan Menggalakkan penubuhan koperasi baru dan penggabungan koperasi dalam pelbagai bidang ekonomi.

7. Mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan secara berterusan supaya anggota sentiasa menerima produk dan perkhidmatan yang terbaik
Untuk membolehkan koperasi mengeluarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan-pelanggannya, mempertingkatkan keupayaan koperasi bersaing di pasaran terbuka dan memantapkan rantaian penggunaan ICT untuk memajukan gerakan koperasi.

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan, dan Mempertingkatkan usaha-usaha bagi membolehkan koperasi meneroka bidang-bidang baru dalam k-ekonomi, e-dagang dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa.

14

8. Menubuhkan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK)


Untuk meningkatkan lagi kegiatan-kegiatan koperasi di negara ini dalam bidang ekonomi, menyelaraskan aktiviti-aktiviti koperasi-koperasi yang terletak di bawah kementeriankementerian yang terlibat, menentukan strategi-strategi DKN berjalan lancar dan mendapatkan maklum balas dari kementerian-kementerian mengenai pelaksanaan program-program dan strategi-strategi dalam DKN. MPKK adalah sebagai forum di mana wakil-wakil kementerian/jabatan kerajaan dan gerakan koperasi berbincang dan seterusnya mengambil pendirian bersama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan koperasi supaya perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pengawalseliaan program pembangunan lebih selaras dan berkesan.

15

You might also like