You are on page 1of 3

LAMPIRAN A1

PROSEDUR PERMOHONAN KWAPM BAGI DATA SEDIA ADA 2012


PERANAN SEKOLAH 1. Sekolah mengenal pasti pendapatan ibu bapa/penjaga murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berdasarkan Borang Maklumat Murid (BMM) bagi murid Tahun 1 hingga 5 pada tahun 2011.

2. Borang Permohonan Individu KWAPM hanya diberikan kepada murid Tahun 1 hingga 5 pada tahun 2011 yang pendapatan ibu bapa/penjaga mereka berada di bawah PGK Nasional.

3. Keluarga

murid mengisi borang permohonan individu KWAPM dan mengemukakan semula kepada pihak sekolah bersama dokumen sokongan seperti:

i) ii)

Salinan sijil lahir/kad pengenalan murid yang disahkan; Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan

4. Murid yang telah menerima KWAPM DSA pada tahun 2011, perlu menandakan

() SAMBUNGAN di ruangan kategori pada Borang Permohonan Individu KWAPM manakala bagi murid yang baru kali pertama memohon KWAPM DSA, perlu menandakan () PERMOHONAN BARU di ruangan yang sama di dalam borang tersebut.

5. Pihak sekolah mengumpul semua borang permohonan dan Jawatankuasa

Bantuan Peringkat Sekolah menyaring setiap borang berdasarkan perkaraperkara berikut:

i)

Murid tidak menerima Bantuan persekolahan dalam bentuk kewangan daripada pihak Yayasan, kerajaan negeri dan swasta atau apa-apa elaun seperti dinyatakan dalam SPK Bil 6 Tahun 2010 mengenai KWAPM.

ii) iii)

Murid adalah daripada keluarga yang tidak berkemampuan berdasarkan PGK Nasional. Bagi permohonan baru, Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah perlu melaksanakan pemantauan secara rawak ke rumah murid bagi mengesahkan status kemiskinan yang diisytiharkan oleh keluarga murid.

6. Pastikan semua maklumat diisi dengan LENGKAP terutamanya:

(i)

No Surat Beranak/ No Kad Pengenalan murid

(6 aksara bagi No SB, 12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarak-space) Pendapatan kasar dan bilangan tanggungan TIDAK BOLEH diletak 0 (Kosong) atau tiada
(ii)

(iii)

Nama dan No Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga

(12 aksara bagi No KP, TIDAK PERLU tanda sempang atau jarakspace) (iv) 2012 Umur dan Darjah murid yang diisi ialah umur dan Darjah pada tahun

7. Pihak sekolah membuat pemilihan murid yang layak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah.

8. Pihak sekolah menyediakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) Format Baru

dan dikemukakan ke JPN/PPD/KPM (3 salinan saiz A4 dan saiz A3) dalam bentuk hardcopy dan softcopy pada 22/09/2011. Borang selengkap diemailkan sahaja ke zainuddin@ppdjasin.edu.my

Terima kasih.

ZAINUDDIN ABDULLAH

You might also like