You are on page 1of 1

Mereka Bingung akan Sebabnya

Mereka bingung akan sebabnya, Bagai tiada rasa pada apa yang menjadi kerjanya, Apabila jiwa-jiwa takut kepada ayat-ayat tinta, Helaian dilayan bagaikan suhuf mencarik keutamaan. Mereka bingung akan sebabnya, Seolah apa sahaja yang diketahui massa, Tersisa begitu sahaja bersama tinta-tinta mereka, Hanya tertulis di sana, melayan helaian-helaian. Mereka bingung akan sebabnya, Apabila hilangnya rasa dan kasih tiada, Massa gelabah mencari punca, Mengapa yang satu itu pun gagal disebar. Mereka bingung akan caranya, Menggapai seratus kurang satu yang dijanji di sana, Sedangkan yang satu di sini pun tiada tegaknya, Pun begitu, masih juga bebal untuk kembali bertanya, Apa, siapa, mengapa, bagaimana? Nah, akibat sombong kepada helaian yang dikurnia, Maka hambakanlah diri kepada helaian-helaian bencana, Malah memuja pula sesiapa yang menguasainya, Tiada kasih dijanji atas kebebalan sepertinya, Tiada janji yang bisa dituntut di sana, Selagi terus kekal, bingung dan bebal.

You might also like