You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL. 2/2011 Tarikh : 12.1.

2011 Masa : 2 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kehadiran : Semua hadir Tidak hadir: 1. 2. 3. 4. 5. Bil 1.0 Gan Hua Beng (Pengetua) Norrizan Lee Chin Lee (MC) Norhidayah (MC) Yusmawati Agenda Ucapan Pengerusi Mesyuarat En. Foo selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum mengalualukan serta mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi hadir ke Mesyuarat Ko-kurikulum Kedua bagi tahun 2011. Aktiviti Ko-kurikulum Guru-guru dimaklumkan tentang perubahan dalam senarai tugas kegiatan ko-kurikulum. Tindakan Makluman

2.0 2.1

Makluman

3.0 3.1

Pendaftaran kegiatan Ko-kurikulum 2011 Pendaftaran akan dijalankan pada 18hb Januari pada waktu pertama. Borang pendaftaran akan disediakan dan diletakkan dalam peti surat guru penasihat masing-masing. Guru penasihat Cuma perlu sediakan meja kerusi yang akan digunakan pada hari pendaftaran. Tarikh akhir untuk memasukkan maklumat pendaftaran kedalam computer KK ialah 21.1.2011 Satu cadangan dikemukakan iaitu mulai tahun 2011 ini pelajar buat pendaftaran dan mereka akan kekal dengan kelab/persatuan/pakaian seragam sehingga tingkatan 5. Sebarang pertukaran tidak akan dilayan. Tatacara Memasukki Data Pendaftaran ke Komputer Guru-guru juga diingatkan tentang tatacara memasukkan maklumat data pendaftaran ke dalam komputer

Makluman

4.0

Makluman

5.0

Peringatan

Makluman

1. Seorang pelajar sekurangnya ada 3 jenis kegiatan Ko-kurikulum iaitu a. Kelab atau persatuan b. Pakaian seragam c. Sukan i. Rumah Sukan ii. Wakil sekolah contoh bola sepak, takraw dll 3. Guru tingkatan ingatkan pelajar bahawa sebarang pertukaran tidak akan dilayan. 4. Sila isi dengan betul dan siap pada tarikh yang ditetapkan. 5. Pendaftaran akan dijalankan semasa perhimpunan dan kelab demi kelab serta persatuan dan pakaian seragam akan diumumkan dan pelajar akan beredar ke tempat pendaftaran. 6. Guru penasihat pakaian seragam boleh minta bekas pelajar atau pemimpin terpilih untuk membantu dan mengawal disiplin pelajar. 7. Bagi pakaian seragam dicadangkan tiga meja pendaftaran. 8. Guru penasihat pakaian seragam sediakan 25 orang ahli untuk kawat lintas hormat semasa Hari Sukan. 9. Guru Penasihat Bahasa dan Budaya, Per.BC, Per. Hindu dan Resos sediakan persembahan untuk Hari Guru dan Hari Penyampaian Hadiah/konsert sekolah 10.Guru-Guru digalakkan untuk memakai pakaian seragam setiap Hari Rabu bersama pelajar sebagai teladan. Arahan JPN. 11. Minta kerjasama mematuhi segala tarikh yang ditetapkan untuk melicinkan kegiatan KK di sekolah. 12. Guru Penasihat diminta tanda tangan di buku yang disediakan dipejabat semasa datang untuk latihan rumah dan kegiatan KK.

6.0

Perancangan
1. Buat perancangan dan datang berjumpa PKKK untuk tempah wang perbelanjaan bagi 2011.(Pakai habis) Sekiranya tak dapat habiskan, sila maklum awal.

Makluman

2. Duit kutipan daripada pelajar bagi aktiviti 2011 perlu dihabiskan dan tidak dibenarkan bawa ke tahun hadapan atau buka akaun bank. 3. Guru penasihat yang buat pembelian stok perlu ada kad stok dan disemak stok setiap tahun. 4. Guru yang membuat baju-T kegiatan KK diminta menyerahkan satu salinan contoh untuk diluluskan PKKK. . Hari Rabu ialah Hari Ko-Kurikulum yang ditetapkan oleh KPM-Guru-guru digalakkan memakai pakaian seragam bersama pelajar. 6.Sebarang pertukaran kelab/Persatuan atau pakaian oleh pelajar tidak dilayan selepas pendaftaran kecuali dengan kebenaran PKKK. 7.Guru tingkatan bertanggungjawab membuat pendaftaran pelajar baru untuk kegiatan KK sekolah.

7.0

PENGGUNAAN FOLDER DALAM KOKU 2011 Langkah-Langkah 1. Pergi ke My Network places 2. Klik Pengetua folder on adminserver 3. Pilih Pengurusan Ko-Kurikulum 4. Pilih KoKu 2011 5. Pilih Folder yang berkaitan 6. Selalu kemaskini folder sendiri dari semasa ke semasa. Pembaharuan Pengurusan Kegiatan KK 2011 1. E-buku kegiatan ko-kurikulum mula tahun ini. 2. Takwim kegiatan ko-kurikulum boleh diakses di kalendar google dengan syarat buka akaun gmail. 3. Konsert akan diadakan oleh Kelab Muzik dengan bantuan Piano World pada 13 Mei 2011 diDewan Sri, Pulau Pinang. Semua warga sekolah diminta memberi sokongan. 4. Tarian Singa dan kompang di minta mencerminkan konsep 1Malaysia dengan mengambil pelajar dari bangsa lain.

Makluman

8.0

Makluman

9.0

Pengongsian Maklumat 1. Peruntukan wang KK 2011 adalah : RM10.00 untuk kegiatan KK (kelab/per/uniform) RM6.00 untuk KK sukan iaitu kelab sukan setiap pelajar. 2. Wang ini perlu dihabiskan kerana tak boleh dibawa

Makluman

ke tahun depan. 3. Perikatan Unit KK pelajar tidak dibenarkan menyediakan peralatan tetapi hanya sebagai peserta. Kes pelajar mati semasa menyediakan peralatan flying fox 4. Guru diingatkan supaya tidak mereka cipta kegiatan kokurikulum yang membawa risiko tinggi. 5. Segala kegiatan melalui prosedur yang betul dan maklum pada JPN untuk kebenaran.(Tragedi Perahu Naga) 6. JPN ada program Cabaran Mutiara setiap tahun. . Segala kegiatan hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah khususnya PK K0ko. 8. Pekeliling dan garis panduan kegiatan KK boleh didapati di blog unit KK JPN iaitu http://ukkpp.blogspot.com 9. Unit KK JPN kini ada di 33, Tingkat 8, Bangunan Mara, 10300, Pengkalan Weld, Pulau Pinang. 10.Semua warga sekolah dikehendakki memakai uniform setiap Rabu. 11.Segala aktiviti di luar sekolah hendaklah dengan kebenaran JPN. 12. Dalam upacara rasmi pelajar lelaki diwajibkan memakai seluar panjang. 13. Laman MSSPP ialah www.msspp.com 14. URL Blog Unit Koko Timur laut ialah www.unitkokotl.blogspot.com 15. Garis panduan akan dimasukkan ke folder KK di pengetua folder.

10

10.1

Cadangan 1. Kekalkan pendaftaran kegiatan ko-kurikulum pelajar. 2. Mulai tahun ini pelajar daftar sekali sahaja. Mereka akan ikut kelab/pakaian seragam sehingga tingkatan 5 3. Bagi kes rayuan, baru boleh tukar. Hal-Hal Lain 1. Pelajar baru perlu diminta markah ko-kurikulum dari sekolah lama. Tindakan guru tingkatan/PK Hem 2. Contoh pelajar masuk ke sekolah ini semasa tingkatan 4, maka perlu serahkan markah kokurikulum Tingkatan 1, 2 dan 3 kepada PK KK. 3. Rancangan Tahunan MSSPP 2011 ada dalam folder sukan/permainan.

Makluman

11

Makluman

11.1

Guru guru boleh rujuk. 12. Penangguhan Mesyuarat Pengerusi mesyuarat mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan harap semua guru akan berusaha untuk membangkitkan prestasi ko-kurikulum di sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.45 petang

Pencatat,

Disahkan oleh,

________________________ Nor Suhaila

____________________ (FOO CHUAT MENG) Pk Ko-kurikulum

You might also like