You are on page 1of 47

HAK ASASI MANUSIA

MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

PENGENALAN
Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang

meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi kebahagian dalam kehidupannya. Perkembangan hak asasi manusia dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia dalam

Aspek keselamatan kehidupan Aspek perlindungan diri yang lebih baik

PENGENALAN
What is RIGHT?

A right is the legal or moral entitlement to do,


or refrain from doing something, or to obtain or refrain from obtaining an

action, thing, or recognition in civil society Right serves as rules of interaction between people, and they place constraints and obligations upon the actions of individuals or groups
3

PENGENALAN
Examples:

If one has a right to life, this means that

others do not have the liberty to murder him. If one has a right within a society to a free education, this means that other members of that society have an obligation to pay taxes in order to pay the costs of that educational right

PENGERTIAN HAK
Hak adalah suatu nilai yang diinginkan seseorang bagi

melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan kehidupannya dan mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stayton) Ia memerlukan suatu interaksi yang tidak berbelahbahagi di antara individu dan masyarakat. Hak seseorang bagi melakukan sesuatu memperjelaskan adanya kewajipan individu lain dan masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap individu terbabit.

PENGERTIAN HAK
Donelly (1985) menggariskan DUA (2)

konsep utama hak


politik dan signifikasi moral Hak dilihat sebagai suatu kebenaran moral seperti ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan. Hak juga dilihat sebagai kelayakan seperti dalam tuntutan.

PENGERTIAN HAK
Pengertian hak (dalam Islam) Hak atau haqq dalam perkataan Arab

bermaksud

fakta yang nyata atau kenyataan dalam hukum : kebenaran atau apaapa yang berhubungan dengan fakta.

Ahmad Jalal Hammad pula melihat

hak, kekuatan dan tuntutan adalah pengertian lain yang menonjol daripada haqq.
7

PENGERTIAN HAK

Pengertian hak (A.C Kapur)


1.
2. 3. 4. 5.

6.

7.

Hak muncul daripada masyarakat Setiap hak mempunyai tanggungjawab yang tertentu Hak bukanlah suatu tuntutan Hak semestinya bersesuaian dengan kebaikan umum Negara tidak membentuk hak-hak hanya mengekalkan dan mengkoordinasi hak-hak yang diterima pakai secara sosialnya. Hak mestilah jelas dan tepat terutama dalam mengertikannya. Hak mempunyai kecenderungan berkembang.
8

PENGERTIAN HAK
Haqq dalam bahasa Al-Quran adalah sinonim

dengan perkataan kewajipan. Al-Darini merumuskan definisi haqq

anugerah khusus atau penguasaan atas sesuatu atau sebuah tuntutan kepada pihak lain yang disahkan oleh syariat dengan tujuan mendapatkan manfaat tertentu Yang penting hak ini akan menjamin kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.
9

KLASIFIKASI HAK

Milne (1986) mengklasifikasikan hak kepada TIGA (3) bentuk :1. 2.

3.

undang-undang adat moral

10

KLASIFIKASI HAK

Secara umum, terdapat DUA (2) klasifikasi hak


1. 2.

Hak Positif dan Hak Negatif Hak Individu dan Hak Kolektif

11

KLASIFIKASI HAK
Positive Right (Hak Positif) Hak yang digariskan adalah dijamin oleh negara

(kerajaan) An expectation about what one can do or receive or how one will be treated Specific to individual political systems Hak-hak kebajikan seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan keselamatan sosial. Memerlukan campur tangan pihak kerajaan atau negara.
12

KLASIFIKASI HAK
Negative Right (Hak Negatif / hak normatif)

TWO (2) central beliefs: People can have a right to something they do not actively claim or for which the state would not back them up That rights derive from some source other than the power of enforcement
Kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan berharta,

kebebasan hidup dan kebebasan beragama. Kebebasan ini adalah hak mutlak setiap individu.

13

KLASIFIKASI HAK
CONTOH (perbandingan antara hak positif

dan hak negatif) Wives have a right not to be beaten by their husbands (negative right). Wives have a right to be free of beating, only if , when they protest beatings, the state (government) takes their side and restrains the husband (positive right)

14

KLASIFIKASI HAK
Hak Individu Mengikut konsep, hak asasi manusia Barat menekankan

sifat individualisme di era Pembaharuan dan Peperangan Agama. Locke menjelaskan individu mempunyai hak-hak yang tidak boleh dipisahkan selaku seorang manusia dan kerajaan seharusnya menghormati hak-hak tersebut. Tradisi individualis menjadi inspirasi kepada pembentukan hak-hak sivil dan hak-hak politik melihat hak asasi manusia adalah hak-hak yang dipunyai oleh individu selaku seorang manusia dan keadaan semulajadi manusia.
15

KLASIFIKASI HAK
Pada abad ke-19, kebebasan sivil diperluas dan

dikaitkan dengan hak-hak berpolitik dan hak-hak penyertaan politik


seperti hak untuk mengundi Hak untuk mengundi ini mencerminkan individu seharusnya diberikan hak untuk menyertai proses pembuatan keputusan negara.

16

KLASIFIKASI HAK
Hak Kolektif Marxisme atau Sosialisme mengutamakan peranan negara

dalam mewujudkan sebarang bentuk kebaikan umum. Negara-negara Dunia Ketiga dikatakan lebih banyak mendukung hak asasi manusia secara kolektif kerana

keterikatan antara budaya, adat dan agama ke atas masyarakat membolehkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kolektif ditekankan berbanding hak-hak individu secara berasingan dan terpisah.

17

KLASIFIKASI HAK
Dalam tradisi agama Islam, Buddha, Hindu dan

Konfusius, individu dilihat terikat dengan masyarakatnya. Masyarakat di Asia menekankan nilai-nilai Asia

melihat komuniti dan keluarga adalah instrumen yang terpenting di dalam sesebuah negara autoriti atau pemimpin dihormati.

18

KLASIFIKASI HAK
Hak individu dan hak kolektif adalah amat penting

sekali untuk kebaikan bersama dan seharusnya kedua-duanya diseimbangkan. PBB telah mengiktiraf kedua-dua hak ini untuk mempelbagaikan sifat dan kedudukan hak asasi manusia.

19

HAK ASASI MANUSIA


Konsep hak asasi manusia satu proses evolusi atau secara

beransur-ansur Kewujudan pemikiran mengenai hak asasi manusia Paine : sejak kewujudan manusia itu lagi Sarjana lain : sejak zaman Greek dan Rom yang dibawa oleh golongan Stocisme Greek yang menekankan konsep hukum semulajadi (natural law) Agama : Islam Al-Quran mendefinisIkannya sejak kurun ke-7 Donelly (1989) tidak terdapat hak asasi manusia dalam agama tetapi lebih kepada kewajipan (duty) oleh pemerintah dan setiap individu Agama berperanan untuk memperkuatkan hak asasi manusia

20

HAK ASASI MANUSIA


John Locke

Pertama mengembangkan teori semulajadi (natural law) Teori ini dilihat sebagai sumber bagi doktrin hak asasi manusia

setiap manusia itu mempunyai hak semulajadi untuk hidup bebas dan berharta.

Thomas Jefferson

menolak hak berharta menitikberatkan soal kebahagiaan.


21

HAK ASASI MANUSIA


DUA (2) falsafah 1. Falsafah Locke Hak manusia adalah sangat efektif Setiap anggota masyarakat menghormati hakhak tesebut Contoh : Revolusi Perancis 2. Falsafah Hobbesian Hak individu kurang dihormati Bergantung kepada kehendak individu sendiri Menggalakkan sistem monarki dan statisme
22

HAK ASASI MANUSIA


Masyarakat sivil mewujudkan suatu bentuk kontrak

sosial(social contract) di antara individu dan negara(state). Negara hanya diberi hak untuk menguatkuasakan hak-hak semulajadi dan bukan hak-hak negara tersebut. Kegagalan negara menjaga hak-hak tadi memberikan hak pada masyarakat untuk melancarkan revolusi. (Weston (1984:258)) Kontrak sosial dua pihak seharusnya memenuhi antara satu sama lain apa yang telah dipersetujui dan menghormatinya Locke telah memperkenalkan teori individualistik bagi mencabar kuasa mutlak raja-raja dan mencabar kedaulatan Parlimen.
23

HAK ASASI MANUSIA


Konsep hak individualisme banyak mempengaruhi pelbagai peristiwa dan falsafah Revolusi Perancis : menekankan kepada TIGA (3) perkara hak semulajadi iaitu
1.

2.
3.

Liberte Egalite Fraternite

Revolusi Amerika : setiap manusia diwujudkan setaraf yang dikurniakan Pencipta bersama hak-hak yang tidak boleh diketepikan, antaranya hak untuk hidup, kebebassan dan kebahagian
24

HAK ASASI MANUSIA


Pertembungan antara doktrin Individualism

(liberalisme) dan Collectivism (sosialisme) Marx hak individu adalah abstrak (merujuk kepada hak-hak borjuis)

Sistem kapitalis mengandungi dua kelas iaitu Kelas majikan : borjuis Kelas pekerja : proletariat Individu mengetahui haknya apabila memenuhi matlamat komunisme Melalui revolusi, golongan proletariat menjatuhkan golongan borjuis Akhirnya, sosialisme terbentuk
25

HAK ASASI MANUSIA


Pengaruh aliran individualisme dan sosialisme

usaha-usaha permulaan untuk mewujudkan hak asasi manusia yang bersifat sejagat Contohnya penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dibentuk pada tahun 1948

sebagai suatu standard minimum yang patut dicapai bagi setiap masyarakat antarabangsa telah dibentuk pada tahun 1948.
26

HAK ASASI MANUSIA


Soviet Union yang berfahaman sosialisme tidak

mengiktiraf deklarasi sejagat ini kerana tidak bersetuju dengan:i) Jaminan kebebasan asas bagi setiap manusia yang dikaitkan dengan kedaulatan sesebuah negara ii) Jaminan hak asasi manusia dipraktikkan dalam bidang ekonomi, sosial dan suasana kebangsaan yang lazimnya terdapat di setiap negara. iii) Suatu definisi kewajipan warganegara ke atas negara, rakyat dan kerajaan.
27

HAK ASASI MANUSIA


Hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak

Asasi Manusia tidak dapat diterima Sebilangan besar negara sedang membangun atau negara Dunia Ketiga seperti hak kebebasan beragama, kebebasan individu dan sebagainya Sebahagian besar negara di Asia dan Afrika tidak mengiktiraf taraf SEJAGAT (universal) hak asasi manusia yang terdapat dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. Menunjukkan berlakunya pertembungan antara universalisme dan relativisme

Hak asasi manusia masih belum lagi bersifat sejagat


28

GENERASI HAK ASASI MANUSIA

Terdapat TIGA (3) Generasi Hak Asasi Manusia


1. 2.

3.

Generasi Pertama Generasi Kedua Generasi Ketiga

29

GENERASI HAK ASASI


Generasi Pertama (Generasi Hak Sivil dan Politik) Menekankan hak-hak sivil dan politik Abad ke-17 dan ke-18 yang mempunyai hubungan dengan revolusi Inggeris, Amerika dan Perancis Hasil melalui pemikiran politik individualisme, dan liberalisme doktrin ekonomi dan sosial, dan pasaran bebas Konsep hak asasi manusia bentuk negatif (kebebasan untuk melakukan sesuatu) menekankan usaha tidak campur tangan kerajaan

30

GENERASI HAK ASASI


Pendekatan Demokrasi Liberal SEMBILAN (9) perkara yang digariskan 1. Kekuasaan yang sebenar di tangan pihak pegawai yang terpilih dan dipilih. 2. Pengehadan kuasa eksekutif oleh perlembagaan. 3. Keputusan pilihanraya tidak ditentukan. 4. Kebudayaan, etnik, agama dan kumpulan minoriti dan majoriti tidak ditegah daripada meluahkan kepentingannya di dalam proses politik dan daripada menggunakan kebudayaaan dan bahasanya
31

GENERASI HAK ASASI


5.

6.

7.

8.

9.

Melangkaui parti dan hubungkait pilihanraya. Kebebasan berpersatuan dan pluralisme, kewujudan sumber maklumat alternatif. Individu mempunyai kebebasan untuk percaya, meluahkan pendapat, perbincangan, berucap, penerbitan, berkumpul, demonstrasi dan petisyen. Rakyat secara politiknya adalah sama dalam undang-undang. Peraturan undang-undang melindungi rakyat.
32

GENERASI HAK ASASI


Generasi Kedua (Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya)

Bermula pada awal abad ke-19 melalui tradisi sosialis. Lebih merujuk pada hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan Timbul hasil perasaan tidak puas hati ke atas perkembangan kapitalis yang mendasari konsep kebebasan individu yang mengabsahkan eksploitasi ke atas kelas pekerja dan masyarakat yang dijajah. Lebih mewakili hak-hak positif
33

GENERASI HAK ASASI


Berdasarkan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Perkara 22-

27, merangkumi hak keselamatan sosial, hak bekerja dan perlindungan daripada pengangguran, hak berehat dan beriadah termasuklah cuti bergaji, tahap kesihatan yang mencukupi, kesejahteraan diri serta keluarga, hak mendapat pendidikan dan hak mendapat perlindungan daripada dijadikan pengeluaran saintifik, kesusasteraan dan artistik. Memerlukan peranan kerajaan kerana terdapatnya tuntutan ke atas pelbagai keperluan kebendaan Ini membawa penekanan kepada konsep kesamarataan.

34

GENERASI HAK ASASI


Generasi Ketiga (solidarity / persaudaraan)
Mengandungi EMPAT (4) hak iaitu

hak bagi pembangunan hak bagi persekitaran yang sihat dan seimbang daripada segi ekologinya hak bagi keamanan, dan hak bagi pemilikan warisan bersama manusia. Vasak menjelaskan generasi ini adalah baru dalam erti kata ia mungkin dituntut terhadap negara tetapi hanya boleh direalisasikan melalui tindakan bersama semua ahli dalam masyarakat, sama ada individu, negara, badan awam dan swasta atau masyarakat antarabangsa amnya.

35

GENERASI HAK ASASI


Weston berpendapat terdapat ENAM (6) bentuk hak asasi manusia

Generasi Ketiga (Perkara 28 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia)

Menuntut setiap orang harus mematuhi tata sosial dan antarabangsa bagi membolehkan hak-hak yang termaktub di dalam deklarasi dilaksanakan
TIGA (3) daripada hak terbabit memberi kesan pada kebangkitan nasionalisme negara-negara Dunia Ketiga dan revolusi TIGA (3) hak yang lain ialah hak untuk aman, hak untuk persekitaran yang sihat dan seimbang dari segi ekologinya dan hak untuk bantuan kemanusiaan. Kesemua ENAM (6) hak merupakan hak kolektif dan BUKAN hak individu.

36

KEBEBASAN ASASI
Kebebasan asasi adalah suatu bentuk hak yang

harus dimiliki oleh setiap warganegara atau rakyat yang berada di bawah sesebuah pemerintahan demokrasi. Demokrasi adalah suatu sistem yang memberikan peluang kepada rakyat bagi melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar.

37

KEBEBASAN ASASI
Robert A.Dahl menghuraikan demokrasi tidak hanya tergantung pada suatu bentuk persaingan dan penyertaan politik semata-mata tetapi demokrasi juga meliputi suatu tahap kebebasan asasi kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, akhbar dan sebagainya membolehkan rakyat membentuk atau meluahkan kecenderungan politik mereka kepada sesuatu yang lebih bermakna.

38

KEBEBASAN ASASI
C.F Strong menghuraikan

demokrasi adalah suatu corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat turut sama mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan.

39

KEBEBASAN ASASI
John Locke melalui karyanya Second Treatise on Civil

Government (1690)

mengandaikan beberapa hak kebebebasan asasi itu adalah bersifat semulajadi hak kebebasan asasi manusia termasuklah hak untuk tidak dibunuh, diperhamba, diseksa atau dimiskinkan oleh pemerintah. Pemerintah juga bertanggungjawab mempertahankan kebebasan asasi individu kerana masyarakat sivil dan kerajaan ditubuhkan di atas prinsip keuntungan umum manusia sentiasa bersiap sedia dan sanggup mentaati pemerintah dan menerima keputusan majoriti supaya harta mereka dilindungi.
40

KEBEBASAN ASASI
Joseph Raz melalui bukunya The Morality of

Freedom (1986)

identifikasi kepada kebebasan asasi adalah bergantung kepada bagaimana kerajaan melihat dan menilai kebaikan awam. kebebasan haruslah mempunyai satu alasan perlindungan yang istimewa ke atas kepentingan individu dan pada masa yang sama melindungi kebaikan awam, iaitu suatu aspek kepada budaya masyarakat awam

41

KEBEBASAN ASASI
John Stuart Mill menilai kebebasan daripada sudut

hubungan individu dengan negara.


Seseorang individu seharusnya dibiarkan bebas. Negara hanya wajar campurtangan dalam kebebasan individu berdasarkan DUA (2) alasan:i) Tindakan seseorang individu itu tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada masyarakat selagi tindakan itu hanya untuk diri sendiri dan tidak berkaitan dengan orang lain. ii) Hal tindakan yang menimbulkan prasangka ke atas kepentingan orang lain.

42

KEBEBASAN ASASI
Golongan Marxis pula melihat kebebasan

membebaskan suatu golongan tertindas daripada cengkaman atau pemerasan ekonomi. Kesamarataan ekonomi hanya akan wujud apabila berlakunya revolusi menjatuhkan golongan borjuis oleh golongan proletariat. Kebebasan mutlak hanya diperolehi sekiranya manusia memasuki komunisme.

43

KEBEBASAN ASASI
1.

Amartya Sen menggariskan LIMA (5) mekanisme penting mengenai erti kebebasan Kebebebasan politik
dikenali sebagai hak sivil Peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa yang memerintah dan prinsip pemerintahan Contoh : kebebasan memilih parti politik yang berbeza, kebebasan berpersatuan

2.

Kemudahan ekonomi
Peluang yang ada kepada individu untuk menikmati sumber-sumber ekonomi Hak-hak ekonomi yang dimiliki dan boleh diperolehi
44

3. Peluang Sosial

Susunan sosial yang dibentuk oleh masyarakat bagi memperolehi peluang pendidikan, penjagaan kesihatan etc, untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik dan penglibatan dalam aktiviti politik dan ekonomi

45

4. Jaminan ketelusan

Keterbukaan yang membolehkan rakyat bebas berurusan antara satu sama lain Mencegah kegiatan rasuah, meningkatkan akauntabiliti etc 5. Perlindungan keselamatan Membekalkan kawalan sosial untuk mengelakkan daripada melarat, kebuluran etc

46

KESIMPULAN
Perkembangan idea berkenaan hak asasi manusia adalah

manifestasi daripada pemikiran liberalisme sehinggalah terbentuknya satu deklarasi yang dibei nama Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia. Dengan tidak menafikan fahaman dan agama, hak individu dan kebebasan asasi yang dibawa oleh pemikiran liberal berjaya menginstitusikan hak asasi manusia tersebut. Walaupun kekejaman dan kezaliman manusia tidak dapat dikawal sepenuhnya di sekitar dunia, namun usaha-usaha bagi mendaulatkan hak asasi manusia ini harus diteruskan bagi menjamin kelangsungan dan kebahagiaan generasi akan datang.
47

You might also like