You are on page 1of 4

sedikit tentang mati

--------------------------------------------------------------------------------

tidak perlu kita takut kepada mati. selagi kita bertaqwa kepada allah dan mengikut
ajaran yang di tunjukan oleh nabi besar kita muhammad s.a.w. tetapi jika
sebaliknya ingatlah janji allah yang menyadiakan ajab yang pedih. ingatlah di
akhirat nanti ada syurga dan neraka.

manusia ini bolih lah di bahgikan kepada tiga peringkat berhubung dengan mati.

1. orang yang tidak berhajat kepada mati dan sangat takut kepada mati.
2. orang yang ingin kepada mati tetapi masih takut kepada mati.
3. orang yang ingat kepada mati dan ia tidak takut kepada mati.

allah berfirman dalam surah al-jumu'ah ayat 8.

yang bermaksud: katakanlah (wahai muhammad): "sebenarnya maut yang kamu melarikan
diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan
dikembalikan kepada allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu
ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

allah berfirman dalam surah a-li 'imraan ayat 185.

yang bermaksud: tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.
dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.

allah berfirman dalam surah al-munaafiquun, ayat 10 & 11.

yang bermaksud: dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami
berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau
tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " wahai tuhanku!
alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa
yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi
dari orang-orang yang soleh ". dan (ingatlah), allah tidak sekali-kali akan
melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai
ajalnya; dan allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu
kerjakan.

allah berfirman dalam surah al-mu'minun' ayat 99 & 100.

yang bermaksud: kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut
kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "wahai tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "supaya aku mengerjakan amal-amal
yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". tidak! masakan dapat?
sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal
tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

allah berfirman dalam surah al-mulk ayat 29.

yang bermaksud: tegaskan (wahai muhammad, kepada mereka): "allah dia lah yang maha
pemurah, yang kami beriman kepadanya, dan yang kepadanya kami berserah diri; oleh
itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

allah berfirman dalam surah qiaamah ayat 26 hingga 30.

yang bermaksud: sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat.


ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal
kerongkong, dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "siapakah yang
dapat menawar jampi ( dan mengubatnya)?" dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya
saat itu saat perpisahan; serta kedahsyatan bertindih-tindih; (maka) kepada
tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).

hadis rasulullah s.a.w :

diriwayatkan daripada abdullah bin mas'ud r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda:
sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan allah dengan sesuatu nescaya akan
memasuki neraka. maka aku berkata iaitu perawi hadis: aku dan orang-orang yang
tidak mensyirikkan allah dengan sesuatu, akan memasuki syurga

diriwayatkan daripada abu zar r.a katanya: nabi s.a.w bersabda: jibril a.s telah
mendatangi aku lalu memberitahu berita gembira, iaitu sesiapa yang mati di
kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan allah dengan sesuatu, nescaya dia
akan dimasukkan ke dalam syurga. aku bertanya: walaupun dia berzina dan mencuri?
rasulullah bersabda: walaupun dia berzina dan mencuri

hadis ma'qil bin yasar r.a: diriwayatkan daripada hasan r.a katanya: aku pernah
mendengar rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang ditaklifkan oleh allah untuk
memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya allah
mengharamkan ke atasnya syurga

diriwayatkan daripada abu hurairah r.a katanya: rasulullah s.a.w pernah bersabda:
apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahhud, maka hendaklah dia
memohon perlindungan kepada allah dari empat perkara dengan berdoa: yang
bermaksud: ya allah! sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadamu dari siksaan
neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta
dari kejahatan fitnah dajjal

diriwayatkan daripada aisyah r.a isteri nabi s.a.w katanya: nabi s.a.w sering
berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata: yang bermaksud: ya allah! sesungguhnya
aku memohon perlindungan kepadamu daripada siksa kubur dan aku memohon
perlindungan kepadamu daripada fitnah dajjal. aku juga memohon perlindungan
kepadamu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. ya allah! aku memohon
perlindungan kepadamu dari segala dosa dan hutang. aisyah berkata lagi: seseorang
telah berkata kepada rasulullah s.a.w: alangkah banyaknya kamu memohon
perlindungan dari beban hutang wahai rasulullah! lalu rasulullah bersabda:
sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata
dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari

diriwayatkan daripada abu musa r.a katanya: daripada nabi s.a.w, baginda bersabda:
perumpamaan rumah yang disebutkan nama allah di dalamnya dengan rumah yang tidak
disebutkan padanya nama allah ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang
mati

diriwayatkan daripada abu hurairah r.a katanya: sesungguhnya rasulullah s.a.w


bersabda: kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur
seorang lelaki lain dan berkata: kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu
(mati)
diriwayatkan daripada ibnu umar r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda: apabila
seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. sekiranya
dia di kalangan ahli syurga, akan diperlihatkan kepadanya syurga. sekiranya dia
dari kalangan ahli neraka, akan diperlihatkan kepadanya neraka. diberitahu
kepadanya: inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh allah pada hari kiamat

diriwayatkan daripada abu said al-khudri r.a katanya: nabi s.a.w bersabda: seorang
lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh
sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. setelah
ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut
kemudian berkata: aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang
manusia, adakah taubatku masih diterima? pendeta tersebut menjawab: tidak.
mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus
orang manusia yang telah dibunuhnya. tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang
yang paling alim. setelah ditunjukkan kepadanya seorang ulama, dia terus berjumpa
ulama tersebut dan berkata: aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.
adakah taubatku masih diterima? ulama tersebut menjawab: ya! siapakah yang boleh
menghalang kamu dari bertaubat? pergilah ke negeri si polan, kerana di sana ramai
orang yang beribadat kepada allah. kamu beribadatlah kepada allah s.w.t bersama
mereka dan jangan pulang ke negerimu kerana negerimu adalah negeri yang sangat
hina. lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. ketika berada di
pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan malaikat rahmat dan malaikat
azab bertelingkah mengenainya. malaikat rahmat berkata: dia datang dalam keadaan
bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada allah s.w.t. manakala malaikat azab pula
berkata: dia tidak pernah melakukan kebaikan. lalu malaikat yang lain datang dalam
keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: ukurlah jarak di
antara dua tempat. mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. lantas mereka
mengukurnya. ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri
yang ditujunya. akhirnya dia diambil oleh malaikat rahmat.

diriwayatkan daripada saidatina aisyah r.a katanya: rasulullah s.a.w pernah


bersabda: sesiapa yang suka bertemu allah, nescaya allah juga suka bertemu
dengannya. begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu allah, nescaya allah juga
tidak suka bertemu dengannya. aku bertanya: wahai nabi allah! apakah kita perlu
membenci mati? di mana kami semua membenci mati. baginda bersabda: bukan begitu.
seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat allah,
keredaannya dan syurganya nescaya dia pasti suka untuk bertemu allah dan allah
juga suka bertemu dengannya. sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa
serta murka allah, dia tidak akan suka bertemu allah dan allah juga tidak suka
bertemu dengannya.

diriwayatkan daripada saidatina aisyah r.a katanya: rasulullah s.a.w pernah


bersabda: sesiapa yang suka bertemu allah, nescaya allah juga suka bertemu
dengannya. begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu allah, nescaya allah juga
tidak suka bertemu dengannya. aku bertanya: wahai nabi allah! apakah kita perlu
membenci mati? di mana kami semua membenci mati. baginda bersabda: bukan begitu.
seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat allah,
keredaannya dan syurganya nescaya dia pasti suka untuk bertemu allah dan allah
juga suka bertemu dengannya. sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa
serta murka allah, dia tidak akan suka bertemu allah dan allah juga tidak suka
bertemu dengannya

diriwayatkan daripada abu hurairah r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda:


janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya
mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. sesungguhnya apabila kamu mati,
akan terputuslah segala amalan kamu. sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang
mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.
dari itu ingatlah jangan sekali-kali kita mensyrikkan allah dengan sesuatu. semua
makhluk di dunia ini akan menemui mati, tetapi keadaan kematiannya berlainan
mengikut keimanan sesaorang. sama ada ia mati dalam keimanan atau sebaliknya.

~ a l h a m d u l l i l l a h ~

You might also like