You are on page 1of 2

SMK Haji Zainul Abidin Jalan Hamilton, Pulau Pinang Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah Bil 3/2011 Tarikh

: 20 Julai 2011 Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kehadiran: Semua hadir

Tidak Hadir Bersebab : Mohd Nasir Othman, Husmaliesha Che Hussien, Kaliyanee Valaksen, Ahmad Shukri Abd. Rahman,Gunaselan Ramasamy, Ho Eeow Khin, Lee Chin Lee, Mohd Shukri Shaari, Noorazah Mohamed Noah, Norhidayah Hassan Tan Hock Lye, Tay Hee Lim

1.0

Ucapan Pengerusi Majlis Penolong Kanan Kokurikulum, En. Foo Chuat Meng selaku pengerusi majlis mengalualukan kehadiran guru ke mesyuarat kali ini. Makluman: Semua Guru

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu Cadangan: En. Mohd. Sadri Bin Abdul Latip Sokongan: Puan Prema a/p Sonamuthu Makluman: Semua Guru

3.0

Kongsi Maklumat 3.1 Guru-guru diharapkan dapat bersama-sama menjayakan Hari Kantin dan Informasi yang bakal diadakan pada 30 Julai 2011 akan datang. 3.2 Guru-guru juga diwajibkan membayar RM50 untuk Hari Kantin dan ini merupakan keputusan yang telah dibuat semasa Mesyuarat PIBG yang lepas. 3.3 Guru-guru boleh mendapatkan maklumat AJK pelaksana Hari Kantin di dalam server. 3.4 Sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada hari Jumaat ini, guru-guru Penasihat Kokurikulum dinasihatkan mengemaskini papan kenyataan masingmasing. 3.5 Guru-guru Penasihat Kokurikulum juga dinasihatkan supaya mengemaskinikan buku kegiatan kokurikulum di dalam server.

3.6

Kegiatan kokurikulum perlulah dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Tindakan : Semua Guru

4.0

1M1S (1MURID 1 SUKAN) 4.1 Guru-guru Penasihat Permainan boleh merancang untuk mengadakan pertandingan sepanjang bulan Ogos sehingga November. Contohnya Piala Merdeka dan sebagainya. 4.2 Terdapat beberapa Kelab permainan di sekolah iaitu Kelab Bola sepak, Kelab Ping-pong, Kelab Bola Keranjang, Kelab Bola Jaring, Kelab Sepak Takraw dan Kelab Badminton. Tindakan : Guru Penasihat Permainan

5.0

Hal-hal lain 5.1 Kelab Muzik bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar belajar bermain alat muzik dan dikenakan yuran sebanyak RM10 sebulan. 5.2 Pada Bulan Ogos, semua warga sekolah digalakkan mengumpul surat khabar lama dan ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk mendapatkan alat muzik yang baru. 5.3 Pengerusi Majlis mempromosikan beg yang berharga RM10 dan bayaran perlulah dibuat menggunakan kupon. Hasil julan tersebut akan disumbangkan ke tabung PIBG. 5.4 Starwalk 2011 masih terbuka dan guru-guru yang berminat bolehlah mendaftar. Setakat ini terdapat 30 orang pelajar yang telah mendaftar. 5.5 Program Cabaran Mutiara (Jemputan Asean) siri ke-7 tahun 2011 telah ditangguhkan dan tarikh, tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian oleh JPN. 5.6 Program Bulan Merdeka akan dilaksanakan dan ini dianjurkan oleh Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kelab Rukun Negara. Makluman : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh,

---------------------------------------( SHAKIRAH BINTI SHARIFF ) Setiausaha Kokurikulum, SMK Haji Zainul Abidin.

------------------------------------------( EN. SEAH SOO CHYE ) Pengetua, SMK Haji Zainul Abidin.

You might also like