You are on page 1of 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Pengenalan Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah. Kejadian ini telah menjadi satu isu yang dikeluarkan melalui akhbar kerana ketidakpuasan hati ibu murid tersebut terhadap guru berkenaan. Kejadian itu berlaku kerana guru disiplin telah menampar murid Tahun Tiga di sekolah sehingga saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan murid tersebut tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian yang menimpanya. Ibu murid tersebut mendakwa bahawa anaknya terlewat tiba ke sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas. Menurut ibu murid berkenaan juga beliau tidak dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku sehinggalah anaknya mengadu setelah pulang dari sekolah. Ibu murid berkenaan telah membawa anaknya ke Pusat Perubatan untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam jangka masa terdekat. Keesokan harinya beliau pergi bertemu dengan guru besar dan guru disiplin tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kejadian yang menimpa anaknya. Namun begitu beliau berasa kesal kerana guru besar dan guru disiplin enggan memohon maaf di atas apa yang berlaku ke atas anaknya itu. Ibu murid berkenaan tidak berpuas hati kerana tindakan guru tersebut menampar anaknya tidak sepatutnya berlaku kerana anaknya seorang murid perempuan dan hanya lewat 10 minit ke sekolah kerana kesesakan lalu lintas.

Muka surat 1 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Jesteru itu beliau telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana mahu anaknya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar. Beliau mahu agar tindakan dikenakan ke atas guru terlibat.

Huraian Isu. Apabila disebut sahaja guru disiplin, kebanyakan orang akan mula membayangkan suatu figure yang agak bengis, garang, bermisai tebal, mempunyai suara yang lantang , tidak peramah dan sebagainya. Guru disiplin juga dianggap sebagai guru yang paling digeruni di sekolah. Guru yang berperwatakan yang sedemikian lebih kerap diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menjalankan tugas yang berat ini dengan sempurna. Namun begitu, ada juga kalangan pendidik yang kurang bersetuju dengan pandangan ini. Ada yang berpendapat bahawa masalah disiplin lebih elok ditangani secara diplomasi, rasional, berpandukan teori psikologi, berlembut, berbincang dan sebagainya. Tindakan keras dipercayai akan lebih memburukkan lagi keadaan. Pelajar mungkin akan menyimpan perasaan benci, dan guru disiplin yang berkenaan pula mungkin tidak dapat menjalankan tugasnya dengan tenang kerana berasa dirinya sentiasa terancam. Masalah yang timbul hanya dapat diselesaikan dalam jangka pendek sahaja, sedangkan secara jangka panjang, masalah itu sebenarnya tidak selesai. Kebanyakan guru akan menolak jika ditawarkan untuk menjadi guru disiplin. Tidak ramai guru yang sanggup menanggung risiko kereta mereka dicalarkan oleh pelajar yang berdendam atau terpaksa pula berdepan dengan ibu bapa yang tidak berpuas hati

Muka surat 2 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

dengan tindakan yang dilaksanakan oleh guru disiplin. Disamping itu, banyak juga kerja perkeranian yang perlu dilakukan ketika menjalankan tugas sebagai guru disiplin disamping tugas sebagai guru mata pelajaran. Masyarakat umum pula tidak menganggap guru disiplin sebagai professional kerana mereka tidak pernah menerima latihan khusus untuk menjalankan tugas sebagai guru disiplin sepenuh masa. Oleh itu, ada kemungkinan berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku semasa mereka menjalankan tugas akibat tidak benar-benar memahami garis panduan tugas mereka terutamanya yang melibatkan undang-undang. Walaupun ada garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, mereka mungkin terlepas pandang kerana ada perkara lain yang lagi yang harus dipandang, terutamanya sebagai guru mata pelajaran. Kejadian yang berlaku pada murid Tahun Tiga ini menunjukkan bahawa guru disiplin telah menjatuhkan hukuman kepada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Tindakan yang dikenakan ialah dengan menampar murid tersebut sehingga murid tersebut trauma untuk ke sekolah.

Nilai-nilai berkaitan isu Berdisiplin Disiplin bermaksud kesanggupan seseorang untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Seseorang itu mesti mempunyai disiplin diri yang kuat supaya tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya pelajar sekolah haruslah mempuyai kekuatan disiplin supaya

Muka surat 3 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

rakan sebaya tidak mempengaruhi mereka untuk melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan sekolah. Dalam kejadian yang berlaku ke atas murid tersebut adalah kesalahan diri murid tersebut kerana telah melanggar peraturan sekolah iaitu lewat ke sekolah. Bagaimana keadaannya sekiranya semua murid berkelakuan seperti murid tersebut dan memberikan alasan yang sama iaitu kesesakan lalu lintas untuk lewat ke sekolah. Ibu bapa sepatutnya memastikan anak mereka tidak lewat ke sekolah dengan mengambil langkah untuk mengelakkan kelewatan seperti keluar awal ke sekolah dan pastikan anak bangun awal untuk ke sekolah. Guru tersebut juga perlu mendisiplinkan diri agar tidak mengambil tindakan di luar kawalan emosi. Tindakan yang dibuat mestilah mengikut panduan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kasih sayang Kasih sayang merupakan satu nilai yang wujud dalam diri seseorang dan dapat ditunjukkan dengan rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang orang yang kita sayang. Kita akan sentiasa mempertahankan orang yang kita sayang dengan apa cara sekalipun. Para pendidik amat wajar menterjemahkan maksud fungsi guru sebagai in loco parentis, iaitu sebagai ibu bapa kepada semua pelajar. Dengan hal yang sedemikian, semua pelajar seharusnya dan sewajarnya dilayan seperti anak-anak sendiri dalam pelbagai konteks dan peringkatnya berdasarkan keperluan dan kesuaiannya. Ini

Muka surat 4 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

memerlukan para pendidik mengenali secara peribadi, akrab dan intim dengan muridnya. Bukan sahaja nama murid yang perlu diketahui namun latar belakang keluarga, dan kedudukan sosioekonominya, kedudukan dan pencapaian akademiknya, status disiplin dan sahsiahnya, pencapaian dan keterlibatannya dalam kurikulum dan sebagainya terutamanya kalangan pelajar yang miskin. Dalam isu Murid Tahun Tiga trauma ditampar oleh guru disiplin ini menunjukkan guru tersebut sayangkan murid tersebut dan mungkin sebagi guru beliau tidak mahu murid tersebut mengulangi kesalahan tersebut. Mungkin tindakan menampar itu sahaja yang mungkin dapat memberi perubahan kepada murid tersebut agar tidak lewat lagi ke sekolah.

Trauma Trauma ialah satu perasaan takut yang teramat kerana pengalaman seseorang terhadap sesuatu kejadian yang menakutkan. Contohnya, sekiranya kita pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, kita akan terbayang-bayang kejadian tersebut buat jangka masa tertentu. Ada orang yang menjadi serik untuk memandu kereta kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang lagi. Perasaan ini akan sentiasa mengganggu emosi seseorang sehingga jangka masa yang tertentu. Ada yang memakan masa yang singkat sahaja, tetapi ada juga yang memakan masa hinggan bertahun lamanya untuk melupakan kejadian yang pernah dialaminya itu. Bagi murid yang kena tampar oleh guru disiplin ini akan terbayangkan peristiwa itu akan berlaku lagi. Oleh itu murid ini akan berasa takut untuk bertemu dengan guru

Muka surat 5 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

tersebut. Ini akan menyebabkan dia takut untuk pergi ke sekolah.Sekiranya dalam jangka masa terdekat dia dapat melupakan kejadian tersebut maka dia akan pergi ke sekolah seperti biasa.

Marah Marah merupakan satu perasaan negatif yang wujud dalam diri kita. Perasaan marah berlaku apabila kita tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara yang berlaku kepada kita.. Perasaan itu boleh ditunjukkan dengan mimik muka yang masam, kata-kata yang kasar dan ada juga yang menunjukkan kemarahan dengan perbuatan seperti memukul dan sebagainya. Dalam kejadian yang berlaku di sekolah ini, mungkin guru disiplin itu terlalu marah dengan sikap murid tersebut yang seringkali ponteng, atau pun mungkin kata-kata yang dikeluarkan oleh murid tersebut yang mencabar kesabaran guru tersebut. Maka guru tersebut menunjukkan kemarahannya dengan perbuatan menampar murid tersebut. Ibu murid tersebut pula marah dengan tindakan guru disiplin tersebut kerana merasakan bahawa guru tersebut tidak sepatutnya menampar anaknya. Perasaan marahnya memuncak apabila beliau pergi mendapatkan penjelasan daripada pihak guru besar dan guru disiplin tersebut tetapi guru besar dan guru disiplin tersebut enggan memohon maaf ke atas kejadian yang berlaku. Kemarahannya ini telah membawa kepada tindakan beliau untuk membuat laporan polis tentang perbuatan guru tersebut menampar anaknya hingga trauma. Tindakan ini dilakukan kerana beliau tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu. Beliau mahu supaya tindakan undang-undang dikenakan ke

Muka surat 6 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

atas guru tersebut agar guru disiplin tersebut tidak mengulangi kesalahan itu lagi pada masa-masa akan datang.

Kaitan Isu dengan bidang pendidikan Kejadian yang berlaku ini boleh menimbulkan pandangan yang kurang baik terhadap golongan guru terutamanya guru disiplin. Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalahkan guru bulat-bulat ke atas apa yang berlaku tanpa usul periksa. Kementerian Malaysia juga mengarahkan supaya dalam mesyuarat Agung PIBG, agenda khas disiplin pelajar dibincangkan. Laporan khas daripada guru disiplin akan dapat mendedahkan ibu bapa tentang tahap disiplin pelajar di sekolah terbabit dan langkah-langkah pencegahan atau kawalan yang akan diambil dibincangkan bersama. Pencapaian dan kecemerlangan sekolah bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi masalah disiplinnya turut diambil kira. Itulah sekolah cemerlang yang boleh menjana modal insan yang cemerlang. Hukuman merotan tidak akan menyelesaikan masalah .(Dato Noh Omar 2006). Contohnya hukuman gantung sampai mati bagi pesalah pengedaran dadah. Hukuman itu tidak menginsafi pengedar lain dan kegiatan itu masih ada. Hukuman kadangkala akan menimbulkan perasaan dendam dan geram. Tetapi guru masih boleh menjatuhkan hukuman mereka yang bersalah dengan menggunakan keadilan hukuman mengikut peraturan. Sebagai contoh, merotan boleh dilakukan tetapi mengikut peraturan hanya Pengetua, Guru Besar, atau wakil yang dibenarkan sahaja. Jumlah merotan tidak melebihi tiga kali, tempat merotan ialah di tapak tangan atau dipunggung yang berlapik, kena ada

Muka surat 7 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

saksi dan hanya pelajar lelaki sahaja yang boleh dirotan. Selepas hukuman, guru kaunseling akan memberikan penjelasan kenapa dia dihukum dan menasihatinya agar timbul insaf dan tidak mengulangi kesalahannya. Kalau peraturan ini diikuti, ibu bapa akan faham dan menerima hukuman ini dengan hati terbuka. Tetapi sekiranya peraturan yang ada tidak diikuti, hukuman boleh bertukar menjadi penderaan. Beliau menyeru supaya bekerjasama untuk memperkasakan profesion sebagai guru ini agar dipandang mulia, dihormati dan disegani. Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tangguingjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberikan kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan , komitmen, dan hubungannya dengan Allah. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksana penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada Negara pada masa

Muka surat 8 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Profesion guru amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin masyarakat. Tidak dinafikan , sehingga hari ini, guru telah menyumbangkan khidmat bakti dalam pembanggunan bangsa dan Negara. Lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahuluperlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, Contoh teladan guru inilah yang bayak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini. Dari satu sudut lain, Abdul Al-Muhammadi (1991) menjelaskan, guru ialah agen keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun system pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika agen yang menyampaikannya tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah criteria peribadi yang tidak boleh dipisahkan sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan. Seseorang guru itu haruslah bertindak dengan wajar tanpa mengikut perasaan. Dalam kejadian yang berlaku terhadap murid Tahun Tiga tersebut, menunjukkan kelemahan seorang pendidik. Masyarakat akan memandang serong perbuatan guru

Muka surat 9 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

tersebut. Guru tersebut sepatutnya memberi amaran pertama sekiranya murid tersebut baru laki pertama melakukan kesalahan. Sekiranya kejadian lewat ke sekolah itu berulang lagi, perlu adanya amaran kedua dan amaran ketiga. Sekiranya murid tersebut tetap melakukan kesalahan yang berulang, guru disiplin baru boleh mengambil tindakan seterusnya. Namun begitu, guru disiplin tidak boleh menghukum murid dengan menampar murid kerana di dalam profesion perguruan, kita terikat dengan undang-undang dan peraturan profesion. Segala tindakan yang akan kita ambil mestilah merujuk kepada panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai guru juga kita mesti prihatin dengan anak murid kita. Contohnya, sekiranya terdapat murid yang menangis di dalam kelas, bagi sesetengah murid menangis itu bukanlah tindakbalas pada sesuatu yang berlaku kepada mereka, sebaliknya kerana ingin mendapat respon daripada orang lain seperti untuk mendapatkan perhatian atau simpati. Murid-murid telah membuat tanggapan bahawa menangis merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Sebagai guru yang prihatin, guru perlu tenangkan murid yang berasa tertekan, berikan respon secara lembut supaya dapat menurunkan tekanan perasaannya.

Muka surat 10 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Cerpen: Cikgu Long Walaupun Cikgu Long masih dipandang serong oleh segelintir orang-orang kampong yang menjadi musuhnya, dia tetap tidak berganjak daripada keputusan asalnya untuk menabur khidmat di sekolah ini. Di sekolah, Cikgu Long satu-satunya guru Bahasa Inggeris yang begitu rajin dan amanah dalam menjalankan tugasnya. Meskipun beberapa kali dia pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti, Cikgu Long tetap setia berkhidmat di sekolah rendah di kampungku. Sekolah kecil yang jauh terpinggir dari segala kemudahan asas, tanpa bekalan elektrik yang menerangi malam, Cikgu Long masih mampu bertahan di kampungku. Menyemai benih sumbangan kepada anak-anak desa yang memerlukan ilmu pengetahuan. Tanpa bekalan air bersih, Cikgu Long terus gigih menyambung tugas sebagai guru. Pernah di suatu ketika, semasa aku luka parah tersusuk besi tajam di dadaku sewaktu aku bermain dengan rakan-rakan di padang sekolah. Cikgu Longlah yang memberi rawatan kepadaku sebelum memandu kereta buruknya sejauh lebih lima puluh kilometer untuk menghantarku mendapatkan rawatan lanjut di hospital yang terletak di pekan berdekatan. Mujurlah aku di bawa segera ke hospital, jika tidak barangkali keadaanku lebih serius akibat luka yang dalam. Selepas kejadian itu, ayahku mula menyesali perbuatannya membenci Cikgu Long dengan pelbagai tuduhan. Ayah kemudiannya dengan rela hati datang ke rumah Cikgu Long memohon maaf atas kesilapannya. Kata ayah, budi Cikgu Long tidak terbalas olehnya.

Muka surat 11 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Semenjak itu, hubungan keluargaku dengan Cikgu Long semakin erat setelah aku berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah rendah. Lebih membanggakan, mata pelajaran Bahasa Inggeris juga mencatat keputusan yang membanggakan. Cikgu Longlah guru pertama yang mengucapkan tahniah kepadaku. Air mataku menitis saat itu mengenangi usahaku tidak sia-sia. Terima kasih Cikgu. Saya terhutang budi kepada Cikgu, kataku di hadapan Cikgu Long yang mengumumkan aku sebagai pelajar terbaik sekolah. Cikgu hanya membantu dan membimbing kamu untuk menggunakan kebijaksanaan yang sememangnya sudah ada pada kamu. Selebihnya usaha kamu sendiri. Kamu ada keyakinan.. balas Cikgu Long merendah diri. Cikgu Long juga berusaha untuk mendapatkan boring kemasukan ke sekolah asrama penuh di Bandar dan membantuku mengisi boring sebelum dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri. Dua bulan kemudian, aku secara rasmi menjadi pelajar pertama di kampungku yang tepilih memasuki sekolah berasrama penuh. Paling tidak dapat kulupakan, dalam keadaan keluargaku yang serba kekurangan, Cikgu Long menghulurkan bantuan kewangan kepadaku supaya aku dapat belajar dengan tenang dan selesa. Sebelum berangkat, aku memohon restu dan kemaafan daripada Cikgu Long atas segala ketelanjuranku selama ini. Belajarlah rajin-rajin, Fitri. Jangan hampakan emak dan ayah kamu di kampong. Mereka mahu melihat kamu berjaya. Saya juga ingin melihat kamu lebih berjaya daripada saya, pesan Cikgu Long yang terus kekal berbekas di hatiku.

Muka surat 12 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Sesudah belajar dan tinggal di asrama, aku jarang-jarang pulang ke kampong kecuali hari curi panjang. Hubunganku dengan Cikgu Long juga semakin renggang. Hanya sesekali bila terasa rindu, aku menulis surat kepadanya dan menceritakan perkembangan pembelajaranku di sekolah menengah. Cuma yang aku ketahui, Cikgu Long masih terus menabur khidmat sebagi pendidik di kampungku. Kami jarang-jarang bertemu lagi selepas itu. Hanya sekali sekala, apabila aku pulang ke kampong tidak kulupa membuawa buah tangan untukku hadiahkan kepadanya. Apa yang menghairankanku, dalam usianya lewat tiga puluhan, Cikgu Long masih terus membujang. Semua orang tahu, ramai gadis kampong menaruh hati kepadanya. Apabila persoalan itu aku ajukan kepadanya, pasti dia akan tersenyum memandangku. Macam Cikgu ni, siapalah yang nak, Fitri. Kalau kamu ada kakak bolehlah kamu jadi adik ipar Cikgu, gurau Cikgu Long dalam ketawa kecil sambil terus memberi perangsang kepadaku supaya rajin belajar dan tabah menempuh kepayahan. Katanya, dia teringin melihatku menjadi seorang pakar perubatan atau jurutera yang berjaya apabila dewasa nanti. Agak lama kemudian, barulah aku ketahui rahsia, mengapa Cikgu Long enggan berkeluarga. Rupa-rupanya dia mengidap penyakit barah paru-paru yang berada di tahap yang serius. Rahsia tersebut disampaikan sendiri oleh ayahku yang datang menziarahiku di asrama sekolah. Ayahku juga memberitahu bahawa keadaan kesihatan Cikgu Long sudah mula tidak menentu. Aku tidak dapat menahan sebak semasa mendengar berita ini. Pada hujung minggu itu juga, aku segera pulang ke kampung.

Muka surat 13 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Kulihat wajahnya begitu pucat dan cengkung. Matanya tersorot jauh ke dalam. Tubuhnya semakin kurus itu hampir sahaja tidak kukenali. Apabila melihat aku datang, dia cuba mengukir senyuman, tetapi ternyata hambar kerana menahan kesakitan. Fitri, Cikgu mungkin tidak dapat melihat kejayaan kamu. Tapi, Cikgu tahu kamu ada keupayaan dan kekuatan untuk berjaya. Jangan lupa, Bahasa Inggeris mesti skor. Jangan sampai orang kata kita di kampong tak pandai berbahasa Inggeris, pesannya dengan suara yang amat perlahan. Kesedihan mula merayap jauh di lubuk hatiku melihat keadaan dirinya yang masih tetap menjalankan tugas sebagai guru walaupun dalam keadaan uzur. Genap seminggu pertemuan itu, aku mendapat berita Cikgu Long menghembuskan nafas terakhir di rumah guru berhadapan bangunan sekolah. Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk menerima berita seperti itu, lebih-lebih lagi dalam kekalutanku bersiapsiap menghadapi peperiksaan SPM. Aku pulang ke kampong untuk memberi penghormatan terakhir kepada Cikgu Long. Sebelum kematiannya, pesannya, dia mahu jenazahnya dikebumikan di kampong kelahiranku. Katanya lagi, kampong pinggir pendalaman itu banyak menyimpan kenangan suka duka buat dirinya. Tatkala, Cikgu Long disemadikan di tanah perkuburan di hujung kampong, suasana begitu hening. Ramai penduduk kampong dan bekas pelajarnya tidak dapat menahan air mata untuk mengiringi seorang guru yang baik sepertinya. Aku juga tidak terkecuali. Dia guru Bahasa Inggerisku yang pertama. Sumbangan dan jasanya kepadaku terlalu banyak. Setiap kali cuti sekolah, aku tidak akan

Muka surat 14 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

lupa meluangkan sedikit waktu untuk menziarahi pusaranya sambil berdoa agar ruhnya dirahmati Allah. Hari ini, meskipun hasratnya untuk melihat aku menjadi pakar perubatan atau jurutera tidak menjadi reality tetapi aku tetap berbangga kerana dapat menyambung perjuanganku menabur bakti sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di pinggir pedalaman. Jasa dan ingatanku kepada Cikgu Long tetap kekal terpahat kekal terpahat dan tidak pernah luput dari ingatanku. Apabila pulang ke kampong, aku tidak lupa menatap wajah bangunan sekolah yang telah berubah. Sekolah yang dahulunya berdindingkan kayu, kini digantikan dengan bangunan cantik tersergam empat tingkat. Rumah guru yang pernah didiami oleh Cikgu Long serta tempat aku dan rakan-rakan belajar Bahasa Inggeris juga telah tiada. Di situ kini terbina bangunan makmal computer yang indah dan cantik.

Oleh: Husna Nazeri

Muka surat 15 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

Penutup Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan empat strategi utama untuk memartabatkan profesion perguruan iaitu: memantapkan aspek pemilihan bakal guru dalam latihan memantapkan kareir perguruan memperbaiki persekitaran kerja guru. Meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion perguruan.

Dalam Islam guru adalah murabbi, muallim, muaddib, mudarris atau ulama. Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang, nescaya Allah meluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan ingatlah Allah itu maha Mengetahui terhadap apa-apa sahaja yang kamu kerjakan, Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.? (surah al-Zumar, ayat 9 ) Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Islam memberi penghormatan tinggi kepada ahli ilmu. Oleh itu, golongan pendidik haruslah menyampaikan ilmu yang diperolehi

Muka surat 16 / 17

MURID TAHUN TIGA DAKWA TRAUMA DITAMPAR GURU DISIPLIN]

SGRN 1013

kepada insan yang memerlukan. Bagi guru atau pendidik, mereka tidak mengharapkan ganjaran atau balasan. Guru bukan sahaja contoh terbaik kepada masyarakat malah peranan mereka terbukti apabila Negara ini mampu melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang. Kesimpulannya profesion perguruan tetap akan disanjung ke akhirnya. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa guru ialah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia di dunia menerusi penyebaran ilmu kepada masyarakat. Dengan yang demikian, semua guru mesti menyedari tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik selaku pendidik dan pemimpin masyarakat yang menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur.

Rujukan http://berita harian online. Com/murid-tahun-tiga-dakwa-trauma-ditampar-gurudisiplin/ http://group.yahoo.com/group/PMH-UiTM/massage/577/1=1. Sikap Ruhuma (kasih sayang ) dalam berdakwah Pendidik ( 2006 ) bil 27.Tangani masalah disiplin pelajar.Ampang: Widad Publication Sdn Bhd.

Muka surat 17 / 17

You might also like