You are on page 1of 4

Ingatlah.. bahawa STPM bukanlah penamat kepada perjalanan kamu untuk belajar dan terus memajukan diri kamu...

STPM hanyalah satu persinggahan atau checkpoint dalam perjalanan untuk sampai ke destinasi sebenar kamu itu...

PP Kertas 2: FOKUS : BAB KOMUNIKASI

1.Definisi & Proses:Konsep, jenis saluran, proses komunikasi 2.Bentuk komunikasi : 3 Bentuk, sehala dan dua hala 3.Komuniasi Lisan dan Bukan lisan: Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan dan bukan lisan, Jenis komunikasi lisan dan jenis komunikasi bertulis 4.Media Komunikasi: Media persendirian 5.Komunikasi berkesan:Kemahiran mendengar yang baik 6.kemahiran berunding: prinsip berunding 7.Halangan komunikasi: semantik, fizikal, sosiologi, psikologi

Halangan Komunikasi

a. Psikologi i. pengurus cawangan mungkin mempunyai tanggapan berbeza dengan Encik Roslan atas sesuatu mesej yang disampaikan. ii. Keemosian gangguan yang disebabkan oleh emosi, perasaan marah, sayang, benci dan sebagainya yang mengganggu keberkesanan mesej yang diterima. iii. Kurang minat penerima atau penghantar mesej mungkin kurang minat dengan mesej yang diperbincangkan. b. Semantik i. perbezaan istilah antara Encik Roslan dengan pengurus cawangan kerana istilah yang digunakan membawa makna yang berbeza. c. Fizikal i. kebisingan mengganggu pendengaran penerima maklumat dan menjejaskan ketepatan taksiran maklumat yang diterima. ii. pencemaran, bunyi bising, suhu dan bau busuk boleh menjejaskan keberkesanan penerimaan maklumat. d. Sosiologi i. perbezaan demografi umur, ras, jantina, taraf pendidikan, taraf hidup dan latar belakang kehidupan. ii. perbezaan budaya, adat resam, negara, bahasa dalam organisasi.

Saluran Komunikasi Media Elektronik


E-mail merupakan mesej atau surat yang dihantar menerusi kaedah elektronik menggunakan talian telefon atau internet. Faksimili penghantaran gambar, dokumen bertulis atau teks dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan talian telefon. Mel suara gabungan telefon dan komputer di mana dua pihak boleh berhubung antara satu sama lain. Penghantaran mesej adalah dalam bentuk suara. Telesidang kaedah elektronik yang membolehkan seorang atau lebih individu berhubung secara bersemuka dengan pihak lain ditempat yang jauh. Ia boleh terdiri daripada kaedah video sidang, komputer sidang atau audio sidang. Telefon perbualan lisan menerusi gagang telefon atau telefon bimbit atau huraian yang bersesuaian.

Prinsip kemahiran berunding


Jelaskan tiga prinsip perundingan secara berkesan. [3] Jawapan : Prinsip perundingan: Responsif - memberikan tindak balas yang rasional - memerlukan kejujuran dan keikhlasan Bersopan - mematuhi adab, prosedur dan tatacara yang sepatutnya Saling membantu - saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah Mempunyai objektif yang jelas terhadap item yang dirundingkan Merujuk kepada jawatankuasa apabila timbul kesangsian Bersiap sedia dengan data-data organisasi Memberi perhatian penuh terhadap apa yang dirundingkan Mengenalpasti motivasi atau kehendak pihak lain Menghormati kepentingan dan menjaga maruah pihak lain Mengawal emosi

Mendengar dengan baik dan berkesan


Terangkan kaedah kemahiran mendengar yang baik dan berkesan. [10] Jawapan: Amalan mendengar yang baik dan berkesan 1. Menumpukan perhatian semasa mendengar

- Penerima mesej perlu menumpukan perhatian kepada pemberi mesej dan tidak sibuk dengan aktiviti lain seperti bercakap,menulis 2. Bersifat sabar semasa mendengar - Penerima mesej perlu bersabar untuk menerima mesej yang panjang lebar, putar belit atau padat - Pendengar seharusnya tidak menyampuk percakapan pemberi mesej 3. Tidak prejudis atau tanggapan awal - Pendengar perlu menerima mesej dengan perasaan terbuka tanpa prejudis atau tanggapan awal yang buruk terhadap pemberi mesej 4. Cuba memahami mesej - Pendengar perlu memahami mesej yang disampaikan 5. Mengenal pasti isi kandungan penting - Kenalpasti maklumat atau hujah penting yang ingin disampaikan 6. Memberi maklum balas/respon - Boleh diberi dalam bentuk soalan, penegasan atau pengesahan - Penerima boleh mengolah semula apa yang didengar dalam bahasa sendiri mengikut apa yang difahami

Komunikasi berkesan & efektif


Huraikan secara ringkas enam elemen supaya komunikasi dalam sesebuah organisasi lebih efektif. [6] Jawapan : Elemen-elemen yang perlu dipatuhi supaya komunikasi lebih efektif i. Elakkan diri daripada beremosi semasa berkomunikasi ii. Berfikiran terbuka/ kikis persepsi negatif iii. Saling percaya antara penghantar dan penerima iv. Perjelaskan idea sebelum berkomunikasi v. Perjelaskan idea semasa berkomunikasi vi. Adanya keseragaman dalam penyampaian dan penerimaan maklumat vii. Menentukan tujuan sebenar mengapa komunikasi itu diadakan viii. Mengambil tindakan susulan selepas menghantar maklumat ix. Pastikan tindakan seiring dengan apa yang dikomunikasikan x. Adakan perundingan terlebih dahulu sebelum mengadakan komunikasi sebenar xi. Pastikan tempat proses komunikasi itu berlaku dan sesuaikan dengan cara/ kaedah berkomunikasi xii. Memudahkan bahasa dan aliran maklumat yang digunakan xiii. Mendengar secara aktif dengan berkomunikasi

You might also like