You are on page 1of 10

HANG TUAH MENGALAHKAN TAMING SARI

SINOPSIS Raja Melaka diiringi oleh pengawai- pengawai kerajaan dan pembesar negeri menghadap seri Betara Majapahit.Seri Betara Majapahit menpersilakan Raja Melaka menjamu selera di peseban.Tiba-tiba parajurit tua kerajaan majapahit bernama Taming Sari mengamuk.Sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya akan dibunuhnya.Melihat yang demikian,Seri Betara memimpin Raja Melaka masuk ke istana.Tun Tuah berasa gembira tindakan Seri Betara itu.TunTuah mencaricari patih gajah Mada yang dikatakan sungguh berani, tetapi telah menghilangkan diri. Tun Tuah naik ke peseban untuk bertaruh dengan Taming Sari.Tun Tuah menikam Taming Sari dengan kerisnya tapi tubuh Taming Sari tidak lut.Oleh itu,TunTuah mencari helah, kononnya mahu merampas takhtah Majapahit dan kemudian melantik Taming Sari sebagai Ratu dengan syarat mereka bertukar senjata.Setelah bertukar senjata,Tun Tuah menikam Taming Sari sehingga mati.Tun Tuah mempersembahkan keris Taming Sari kepada Seri Betara.Seri Betara telah menganugerahkan keris Taming Sari, kawasan anak sungai Jemaja dan jawatan Laksamana kepadaTun Tuah. TEMA Tema cerita ini tersirat melalui watak Tun Tuah pahlawan Melayu Melaka yang handal dan bijaksana ketika menentang Taming Sari dan berjaya mengalahkannya. PERSOALAN ] Setiap negeri mempunyai pahlawan negara yang gagah perkasa lagi berani Contoh: Hang Tuah rela bertarung dengan Taming Sari yang sedang mengamuk. ] Kebijaksanaan berfikir dan bertindak bagi menghapuskan kejahatan dan kekejaman Contoh: Hang Tuah menggunakan kebijaksanaannya untuk menipu Taming Sari bagi mendapatkan keris tersebut.

WATAK DAN PERWATAKAN

Hang Tuah ] ] ] ] ] Mengiringi Raja Melaka ke Majapahit Gagah, berani, tangkas bermain senjata Berpangkat Laksamana Taat dan setia kepada raja Bijaksana

Taming Sari ] ] ] ] ] ] Memiliki senjata Taming Sari Perajurit tua dari Majapahit Bertubuh kebal dan tidak lut senjata Kejam membunuh Mudah terpedaya tipu muslihat Hang Tuah Mati dibunuh Hang Tuah

Betara Majapahit

] ] ] ]

Pemerintah kerjaan Majapahit Menghormati tetamu Bertanggungjawab Pemurah dan mengenang jasa Hang Tuah

LATAR Latar tempat ] ] ] ] ] Negeri Majapahit Di istana RatuMjapahit Di luar pintu Peseban Di Peseban Di tengah Pesara

Latar masa ] Zaman Kesultanan Melayu Melaka Latar masyarakat ] ] ] ] ] ] Golongan istana (Betara Majapahit dan Raja Melaka) Golongan pembesar ( Patih Gajah Mada, Perdana menteri, laksamana) Negeri yang diperintah oleh Raja Masyarakat Jawa di Majapahit Masyarakat yang setia kepada raja Golongan pahlawan

PLOT ] Permulaan Seri Betara dan rakyat Jawa meraikan kedatangan Raja Melaka dan rombongan di istana Majapahit. ] Perkembangan Taming Sari mengamuk.Dia mebunuh banyak orang.Seri Betara memimpin Raja Melaka ke dalam istana. ] Perumitan Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari ] Klimaks Tun Tuah menikam Taming Sari tapi tubuhnya tidak lut.TunTuah mencari helah dengan mengatakan akan melantik Taming Sari sebagai Ratu Majapahit jika mereka berjaya merampas Kerajaan Majapahit. Meraka bertukar senjata. Tun Tuah menikam Taming Sari.Taming Sri mati. ] Peleraian Seri Betara mengurniakan gelaran Laksamana , keris Taming Sari dan kawasan anak sungai Jemaja kepada Tun Tuah. GAYA BAHASA ] Bahasa Klasik

Contoh: Peseban, ceterua, sida-sida, bentara, piala, penjurit, pendua, memekis, penggawa, pelenter, papan khambi, tertitar-titar, lamun ] Bahasa Istana Contoh: Santap, tuanku, duli, patik, baginda, ratu, titah dll. ] Bahasa Jawa Contoh: Pakanira, manira, kiai, adipati ] Kata pangkal ayat Contoh: hatta, maka ] Simile Contoh: i. datangnya itu seperti baling-baling ii. bernyala-nyala seperti ap NILAI ] Keberanian Contoh: Hang Tuah menunjukkan sifat beraninya apabila telah tampil ke hadapan untuk melawan Taming Sari yang sedang mengamuk sedangkan pahlawan Majapahit yang lain melarikan diri. ] Rasional, berfikir secara kritis, dan bernas untuk mengelesaikan masalah Contoh: Hang Tuah telah bertindak bijak dengan memperdayakan Taming Sari yang sukar dibunuh dengan adanya keris Taming Sari itu. Hang Tuah membuat helah untuk mendapatkan keris itu agar Taming Sari dapat dibunuh.

] Berterima kasih Contoh: Betara Majapahit menghadiahkan anak sungai Jemaja dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah setelah berjaya membunuh Taming Sari. PENGAJARAN ] Kita hendaklah menggunakan akal fikiran untuk menewaskan musuh dan bukan mengantung pada kekuatan fizikal sahaja ] Keberanian untuk mempertahankan tanah air tercinta perlu ada pada diri setiap rakyat agar nama baik dan maruah negara terpelihara. ] Kita hendaklah menjalankan tugasnya yang diamnahkan pada kita ] Kita hendaklah mengenang jasa orang lain terhadap kita ] Kita hendaklah berfikir dengan bijaksana supaya tidak terpedaya dengan tipu helah orang lain PATUNG KENCANA DARI KURIPAN SINOPSIS Ratu Kuripan mendengar berita bahawa Ratu Daha kematian isteri.Permaisuri meninggal dunia kerana memakan racun akibat terlalu kecewa dengan sikap Ratu Daha yang amat menyayangi isteri mudanya, iaitu Paduka Liku.Semenjak kematian bondanya ,Raden Galuh Cendera Kirana

sentiasa bersedih oleh itu ,Ratu Kuripan menyuruh Raden Inu Kartapati ,iaitu tunang Raden Galuh cendera Kirana membuat anak-anakan (patung) untuk menghiburkan hati Raden Galuh Cendera Kirana . Raden Inu Kertapati membuat dua anak-anakan yang diperbuat daripada emas dan perak.Anakanakan yang dibuat daripada emas dibungkus dengan kain buruk manakala anak-anakan yang diperbuat dari perak dibungkus dengan kain sutera dewangga .Kedua-dua anak-anakan itu dihantar ke negeri Daha . Raden Galuh Ajeng,iaitu anak Paduka Liku telah memilih bungkusan yang dibungkus dengan kain sutera dewangga .Bungkusan sebuah lagi diserah kepada Raden Galuh Cendera Kirana.Raden Galuh Cendera Kirana berasa sungguh sedih tetapi apabila bungkusan itu dibuka ,dia berasa amat gembira kerana mendapat anak-anakan yang diperbuat dari emas bermata belian .Raden Galuh Ajeng hanya mendapat anak-anakan dibuat dari perak bermata batu.Raden Galuh Cendera Kirana berasa amat gembira menerima pemberian daripada tunangnya .

TEMA Tema cerita ini ialah kebijaksaan dalam menentukan pilihan yang terbaik.Watak wira dan wirawati cerita Patung Kencana Dari Kuripan mengambarkan mereka berdua bijak kerana memilih untuk menyembuyikan sesuatu yang baik dan cantik dalam bungkusan yang buruk dan kelihatan kurang menarik.Umumnya, tanggapan orang lain sebaliknya.Galuh Cendera Kirana yang mendapat bungkusan yang dibalut dengan kain buruk akhirnya mendapat anak-anakan yang dibuat dari emas. PERSOALAN ] Hubungan kekeluargaan yang baik dengan ahli keluarga akan menjalinkan kemesraan dengan ahli keluarga .Ratu Kuripan menunjukkan sikapnya yang prihatin dengan menghadiahkan anakanakan emas kepada Galuh Cendera Kirana yang sedang kesedihan kerana kematian bondanya .Demikian juga Raden Inu,tunangnya Galuh Cendera Kirana yang membuat sendiri anak-anakan itu menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain yang amat erat.Hubungan kekeluargaan yang terbentuk sudah pasti akan semakin erat. ] Sesuatu yang kelihatan cantik tidak semestinya mengambarkan kebaikan isi di dalamnya.Ramai orang yang terpedaya dengan gambaran luaran yang menarik hati .sesuatu yang cantik dan menarik diluar tidak semestinya mengambarkan kecantikkan didalamnya.Demikianlah,anakanakan perak yang berbungkus kain sutera menjadi pilihan Galuh Ajeng,manakalan anak-anakan emas yang berbungkus kain buruk telah diberikan kepada Galuh Cendara Kirana.

WATAK DAN PERWATAKAN Galuh Cendera Kirana ] Puteri Ratu Daha ] Tunangan Raden Inu Kertapati ] Telah kematian bondanya ] Tidak diperdulikan oleh ayahandanya yang sudah terpengaruh dengan kata-kata isteri mudanya,Paduka Liku. ] Mempunyai saudara perempuan,Galuh Ajeng,anak Ratu Daha dengan Padika Liku. ] Berasa sedih dan sugul atas nasib yang menimpa dirinya. ] Mempunyai dua orang ibu tiri,PadukaLiku dan Mahadewi yang mengambil berat tentang dirinya. ] Taat dan Patuh kepada orang tuanya. ] Dikasihi dan disayangi oleh Ratu Kuripan. Ratu Kuripan ] Raja Negeri Kuripan

] Bersaudara dengan Ratu Daha ] Ayahanda Raden Inu Kertapati ] Bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Galuh Cendera Kirana ] Mencari jalan untuk mengembirakan hati Galuh Cendera Kirana ] Amat mengasihi Galuh Cendera Kirana ] Sangat marah apabila mengetahui Ratu Daha tidak memperdulikan Galuh Cendera Kirana keran sudah terpengaruh dengan Paduka Liku. Galuh Ajeng ] ] ] ] ] Anak Puteri Daha dengan Paduka Liku. Saudara Galuh Cendera Kirana yang berlainan ibu. Disayangi oleh Ratu Daha melebihi Galuh Cendera Kirana Terlalu manja Bertindak keanak-anakan dan bodoh.

Ratu Daha ] Ayahanda Galuh Cendera Kirana dan Galuh Ajeng. ] Baru kematian permaisuri ] Mempengaruhi Paduka Liku ] ] ] ] ] Isteri muda ratu negeri Daha Mengenakan ilmu pengasih kepada ratu Daha agar mendengar katanya Penyebab permaisuri meracuni dirinya sendiri, bonda galoh Cendera Kirana kerana cemburu Pentingkan diri sendiri Ibu tiri yang jahat

PLOT

] Permulaan Ratu Kuripan mendapt berita tentang kematian permaisuri Ratu Daha kerana memekan racun.Ratu Kuripan murka kerana Ratu Daha sangat menurut kehendak Paduka Liku iaitu isteri mudanya.

] Perkembangan Ratu Kuripan memerintahkan orang membuatkan anak patung bagi menghiburkan hati Galoh Cendera Kirana

] Perumitan Raden Inu Kartapati membuat dua buah anak-anakan daripada emas dan perak .Kedua-duanya dibungkus dalam bungkusan yang berbeza.Bungkusan itu dihantar ke negri Daha ] Klimaks Di istana Ratu Daha ,Raden Galuh Ajeng disuruh terlebih dahulu memilih bungkusan yang disukainya.Dia memilih bungkusan yang cantik tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada perak bermata batu. ] Peleraian

Raden Galuh Kirana berasa gembira walaupun menerima bungkusan yang dibungkus buruk tetapi didalamnya terdapat anak-anakan yang dibuat daripada emas bermata berlian.

LATAR Latar tempat ] di negeri Daha dan Kuripan ] di istana Kampong Karangan,Kuripan Latar masa ] Berlaku pada zaman kerajaan Jawa lama Latar masyarakat ] ] ] ] ] ] ] ] ] Masyarakat yang mengamalkan system beraja masyarakat tradisi di jawa mengamalkan poligami Masyarakat yang taat kepada pemimpin dan setia melaksanaakan perintah masyarakat yang memiliki belas kasihan Masyarkat yang kreatif dalam pertukangan tangan Masyarakat tradisional yang bijak berfikir Masyarakat yang mengamalkan petunangan di kalangan keluarga diraja masyarakat yang mengamalkan budaya hormat-menghormati masyarakat yang mengamalkan budaya berkirim salam

GAYA BAHASA ] Bahasa Istana Contoh: baginda, bersemayam, santap, memanda, permaisuri, ratu dan paduka ] Bahasa klasik Contoh: amarah, warta, anak-anakan, kencana ] Bahasa Arab Contoh: wallahu alam ] Simile Contoh : seperti perkataan yang dikatakan oleh ibunya sendiri ] Hiperbola Contoh: i. bersuka-suka dengan tiada berkeputusan ii. serta dipalu bunyi-bunyian terlalu amat ramainya NILAI ] keadilan Contoh: Kita perlu sentiasa berlaku adil. Sikap Ratu Daha yang tidak adil sering mementingkan isteri mudanya daripada permaisuri dan Galoh Cendera Kirana. ] Belas kasihan Contoh: Ratu Kuripan amat mengasihani Galoh Cendera Kirana yang baru kematian ibunya.

] Kasih-sayang Contoh: Sebagai ibu tiri, kita sepatutnya mempunyai perasaan kasih terhadap anak tirinya tetapi berbeza dengan sikap isteri muda Ratu Daha terhadap Galoh Cendera Kirana yang amat membencikan anak tirinya. ] Baik hati Contoh: Kita harusnya mengamalkan sikap baik hati bukannya hasad dengki. Isteri muda Ratu Daha amat cemburukan permaisuri hingga menyebabkan permaisuri membunuh diri dengan meminum racun. PENGAJARAN ] Kita janganlah menilai sesuatu benda dengan melihat dari segi luaran saja kerana kita akan tertipu dengannya ] Seseorang suami janganlah pilih kasih dalam memberikan kasih sayang, sebaliknya berilah kasih sayang yang saksama kepada anak-anak dan isteri-isteri ] Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang bernasib malang setelah kematian orang yang dikasihinya ] Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu pekerjaan

RAJA BERSIUNG SINOPSIS Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit kepada menterinya.Menteri yang melihat giginya itu memberitahu bahawa ada siung tumbuh diantara gigi manis.Seorang menteri mencadangkan Raja Ong tidak memakan gulai lecek batang bayam lagi.Raja Ong enggan kerana gulai tersebut sangat digemarinya semenjak kecil lagi.Semenjak itu Raja Ong digelar Raja Bersiung. ` Pada suatu hari, ketika sedang memasak, jari tukang masak itu terluka dan darah dari jarinya menitis ke dalam gulai bayam.Raja Bersiung merasakan gulai itu bertambah lazat dari hari-hari yang sebelumnya. Oleh itu, dia memaksa tukang masak memberitahu hal yang sebenar.Tukang masak terpaksa memberitahu segala yang berlaku.Semenjak hari itu, Raja Ong mengarahkan menteri membunuh rakyat yang bersalah dan rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan darah dan hatinya.Rakyat jelata berada dalam ketakutan. Pada suatu hari, seorang pahlawan bernama Kampar dari Seri Gunung Ledang datang ke negeri Raja Bersiung.Dia sengaja membuat jahat supaya ditangkap sewaktu bertarung dengan Raja Bersiung,Kampar bertukar menjadi seekor babi tunggal,seekor ular tedung sela dan seekor harimau yang garang.Apabila Kampar bertukar menjadi harimau,dia terkena bedil pemuras lalu melarikan diri kedalam hutan. Selepas peristiwa itu,menteri keempat telah menasihati raja supaya menghentikan tabiat gemar memakan hati dan darah manusia.Raja Bersiung enggan.Oleh itu,menteri keempat menghimpunkan rakyat dan tentera untuk menyerang Raja Bersiung.Mereka masuk ke istana tetapi Raja Bersiung melarikan diri ke dalam hutan.Menteri keempat gagal menjejaki Raja Bersiung.Akhirnya,baginda tinggal dengan orang bertanam sirih di sebuah dusun di sempadan Patani.Baginda tidak dikenali oleh sesiapapun TEMA Tema cerita Raja Bersiung adalah tentang kejahatan dibalas dengan kejahatan, iaitu Raja Bersiung yang zalim akhirnya dihalau oleh rakyat negaranya sendiri. PERSOALAN. ] Raja yang baik dijunjung, raja yang zalim disanggah. Contoh:

Raja Bersiung yang membunuh rakyat demi untuk memuaskan nafsu seleranya telah dihalau oleh rakyat dari negaranya sendiri. ] Bersatu membawa berkat. Contoh: Menteri keempat, rakyat jelata, dan tentera telah bekerjasama mengusir Raja Bersiung yang zalim.Akhirnya mereka berjaya. ] Raja sangat berkuasa dan nasib rakyat ditentukan oleh raja dalam sesebuah negeri. Contoh: Rakyat dalam negeri Kedah dalam ketakutan kerana raja mereka zalim. WATAK DAN PERWATAKAN Raja Bersiung ] Nama sebenarnya Raja Ong Maha Perita Derita.Pemerintah negeri Kedah. ] Gemar makan gulai lecek batang bayam dengan daunya hingga tumbuh siung antara gigi manisnya. ] Raja yang zalim dan memetingkan diri sendiri.Menitahkan rakyat yang bersalah dan tidak bersalah dibunuh untuk mendapatkan darah dan hati mereka. ] Seorang yang berani kerana sanggup melawan rakyat dan pembesar negeri seorang diri ] Terpaksa melarikan diri kedalam hutan dan tinggal dengan orang yang menanam sirih di dusun di sempadan Patani. Menteri keempat ] ] ] ] ] ] Pembatu raja bersiung Suka menasihati rajanya Bersifat penyayang Bermuafakat untuk menentang Raja Bersiung Mereka berani menyerang istanaRaja bersiung demi menyelamatkan rakyat yang tidak berdosa Tindakkan berjaya menghalang Raja Bersiung

Kampar ] ] ] ] ] ] ] Orang jahat berasal dari Seri Gunung Ledang Memiliki ilmu kebal Senggaja melakukan kesalahan supaya ia di tangkap Berani menegur Raja Bersiung yang hendak membunuhnya Dapat menangkis orang yang hendak membunuhnya Menjelma sebagai harimau

PLOT ] Permulaan Raja Ong Maha Derita digelar Raja Bersiung kerana tumbuh suing diantara gigi manisanya. ] Perkembangan Raja bersiung ketagih darah dan hati manusia apabila baginda merasakan gulai lecek batang bayam lebih lazat apabila bercampur dengan darah tukang masak. ] Perumitan Rakyat yang bersalah dan rakyat tidak bersalah dibunuh kerana Raja Bersiung mahukan darah dan

hati manusia.Raja Bersiung bertaruh dengan Kampar yang boleh menyerupai pelbagai binatang.Kampar melarikan diri ke hutan .Menteri keempat menasihati Raja Bersiung supaya berhenti daripada membunuh rakyat jelata.Raja Bersiung enggan. ] Klimaks Menteri keempat,tentera, dan rakyat menyerang Raja Bersiung.Raja Bersiung terpaksa melarikan diri ke hutan. ] Peleraian Raja Bersiung tinggal dengan orang menanam sirih di dusun di sempadan Patani. LATAR Latar masa ] Pada zaman dahulu iaitu pada kerajaan Kedah Lama ] Pada masa itu Kedah berada di bawah naungan Siam Latar tempat ] Di istana Raja Bersiung ] Di sebuah kampung yang letaknya si sempadan Kedah dengan Patani Latar masyarakat ] Masyarakat pada zaman feudal yang diketuai oleh seorang raja ] Pemerintahan yang kejam kerana membunuh rakyat sesuka hati untuk mendapatkan darah dan hati ] Masyarakat yang hidup dalam ketakutan kerana kekejaman Raja Bersiung ] Masyarakat yang memiliki ilmu kesaktian ] Masyarakat yang suka memberikan nasihat ] Masyarakat yang berkerjasama untuk menghapuskan kezaliman ] Masyarakat yang berani untuk kepentingan rakyat GAYA BAHASA ] Dialek Contoh: dialek Kedah (lalu, tiada sangga ,nyiur, penggodam) ] Bahasa istana Contoh: tuanku, patik, sembah, biduanda, santap, beta ] Bahasa klasik Contoh: kemasyghulan, dusun, keluaran, hatta,maka,adapun,bermula,tatkala ] Ayat panjang Contoh: Demi dilihat oleh ular makin banyak datang itu,.tiada sanggan bunyi lagi dengan suara manusia . ] Simile Contoh: i. Besarnya seperti perdu nyiur ii. Bergemuruh bunyinunya bagaikan kiamat suaranya itu iii. Seperti akan tercabut kota iv. Licin seperti minyak

] Hiperbola Contoh: Tiada dimakan oleh besi tubuhnya, dan ...... pelurunya itu pun habislah terpelanting ke sana kemari menjadi kemik pelurunya. NILAI ] Keadilan Contoh: Raja Bersiung tidak menunjukkan keadilan dalam pemerintahannya. Sebaliknya rakyat terpaksa hidup menderita akibat sikap raja yang mementingkan diri sendiri. Baginda mahu membunuh rakyatnya kerana mahukan darah. ] Bertanggungjawab Contoh: Baginda tidak memikul tanggungjawab sebagai raja tetapi 4 orang menterinya yang menjaga kepentingan rakyat serta bersepakat untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi kesejahteraan rakyat. ] Keberanian Contoh: Kampar dengan beraninya menentang Raja Bersiung. ] Kerjasama Contoh: Kerjasama antara rakyat dengan pembesar istana untuk menjatuhkan Raja Bersiung dari takhta demi mewujudkan kembali keamanan dan kesejahteraan rakyat. ] Berperikemanusiaan Contoh: Raja tidak berperikemanusian kerana sanggup membunuh dan mengorbankan rakyat yang tidak berdosa semata-mata untuk memuaskan nafsunya. PENGAJARAN ] ] ] ] Pemerintah tidak harus bertindak zalim terhadap golongan rakyat Seseorang raja hendaklah mendengar nasihat daripada menteri-menterinya Kita hendaklah berani bertindak demi menjaga keselamatan bersama Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

You might also like