You are on page 1of 8

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK KULAI BESAR, PUAN HAJAH FOUZIAH BINTI ABU HAMID SEMPENA MAJLIS ANUGERAH

CEMERLANG TAHUN 2011 Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis, bismillahirrahmanirrahim, ajmain. Yang Berbahagia Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato Hj A. Shamsudin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya. Yang Berbahagia _____________________________, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya. Yang Berusaha Tuan Sayed Abd. Rahim bin Syed Abd Rahman, YDP PIBG SMK Kulai Besar, Kulaijaya dan ahli jawatankuasanya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, ibu bapa/ penjaga, guru-guru dan murid-murid yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Pertamanya, bagi pihak sekolah saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, YDP PIBG, ibu bapa/penjaga, dan muridmurid cemerlang SMK Kulai Besar dalam Majlis Anugerah Cemerlang tahun ini. Sesungguhnya majlis yang merupakan majlis tahunan ini diatur sebagai salah satu program untuk meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan PMR, SPM dan murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik serta alhamdullilahi rabil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasah bihi

kokurikulum pada tahun 2010. Kepada calon-calon SPM tahun 2010 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, hari ini merupakan kemuncak kepada usaha yang dilakukan untuk menuai hasil yang selalu diimpikan iaitu kecemerlangan. Kepada murid-murid cemerlang PMR dan murid-murid yang menerima Anugerah Cemerlang pada tahun ini, jadikanlah hari ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya pada tahun-tahun seterusnya. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa SMK Kulai Besar merupakan antara sekolah pilihan pada masa ini. Buktinya, pada tahun ini, Jumlah murid SMK Kulai Besar secara keseluruhannya adalah berjumlah 2044 orang. Daripada jumlah tersebut terdapat seramai 1081 orang atau 53% daripada jumlah keseluruhan murid adalah terdiri daripada kalangan murid-murid lelaki manakala, seramai 963 orang atau 47% daripada jumlah keseluruhan murid pula adalah terdiri daripada murid-murid perempuan. Jika dilihat pecahan mengikut kaum pula, seramai 1144 orang atau 55.9% murid-murid adalah terdiri daripada kalangan murid-murid Melayu, 594 orang atau 29.3% daripada keseluruhan murid adalah terdiri daripada kalangan murid Cina, 300 orang atau 14.6% daripada jumlah keseluruhan murid adalah terdiri daripada murid-murid India dan selebihnya iaitu 6 orang atau 0.2% adalah terdiri daripada murid-murid lain-lain kaum.

Daripada jumlah keseluruhan murid di SMK Kulai Besar ini, pihak sekolah telah membuka sebanyak 30 buah kelas pada sesi

persekolahan pagi dan 28 buah kelas pada sesi persekolahan petang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan PPD Kulaijaya kerana telah meluluskan permohonan sekolah untuk membina kabin bagi menampung pertambahan murid-murid di sekolah ini. Hasilnya, pada bulan Februari 2011, empat buah kelas telah dapat beroperasi pada satu-satu sesi dalam kabin yang dibina iaitu kelas tingkatan 5 Sains1, 5 Sains2, 3RK1, dan 3RK2 untuk sesi persekolahan pagi manakala, pada sesi persekolahan petang pula kelas yang beroperasi dalam kabin adalah kelas dari tingkatan 1RK1, 1RK2, 2RK1 dan 2RK2 . Keadaan ini tentunya memberi keselesaan kepada murid-murid untuk belajar. Walau bagaimanapun, pertambahan kelas ini masih belum mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan kelas yang beroperasi di sekolah ini. Akibatnya, sebanyak 2 buah kelas terapung pada sesi persekolahan pagi telah dibuka oleh pihak sekolah untuk menampung keperluan tersebut. Dua buah kelas terapung ini telah ditempatkan di dalam makmal sains. Hadirin sekalian, Sebagai organisasi yang bertanggungjawab melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani dan rohani, SMK Kulai Besar juga tidak mengenepikan bidang kokurikulum sebagai salah satu aspek penting dalam penilaian kecemerlangan. Pada tahun ini, pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang kokurikulum telah dicapai oleh SMK Kulai Besar. Antaranya, wakil SMK Kulai Besar telah berjaya memperoleh pingat emas dalam acara lompat jauh dan 400 meter Lelaki 18 dalam kejohanan MSSD baru-baru ini. Pingat Perak

pula diraih dalam kategori Lompat Kijang, Lompat Tinggi dan 800 meter Lelaki 18. Pingat Gangsa juga diperoleh dalam acara 4 x 400 meter Perempuan 13. Selain itu, SMK Kulai Besar juga mendapat tempat naib johan keseluruhan dalam acara boling MSSD Kulaijaya. Hadirin yang dihormati sekalian, Fizikal sekolah yang ceria sebenarnya menyumbang kepada kecemerlangan murid-murid di dalam sesebuah sekolah. Atas kesedaran ini, pihak sekolah telah mengambil beberapa langkah proaktif bertujuan menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan yang kondusif sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu. Antara perubahan yang dilakukan adalah menaik taraf Bilik Mesyuarat, lorong pejalan kaki murid, bilik solat untuk murid-murid lelaki, menceriakan bilik darjah, bilik-bilik khas dan papan-papan kenyataan. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga telah mengecat dinding dengan mural dan perkataan-perkataan yang dapat memberi info kepada murid-murid. Selain itu, taman dalam sekolah ini juga telah dinaik taraf bertujuan untuk membentuk persekitaran fizikal yang lebih hijau. Jika tuan-tuan dan puan-puan lihat di sekeliling, kantin juga telah dinaik taraf bertujuan memberi keselesaan kepada murid-murid.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Sehingga bulan Mac ini, pelbagai program telah dijalankan oleh pihak sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun

kokurikulum. Antaranya adalah Larian Perdana Mahkota yang diadakan pada 12 Februari 2011, Majlis Watikah Perlantikan Pengawas yang dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kulaijaya, diikuti Kem Kepimpinan Pengawas selama 2 hari 1 malam di Savannah Hill Ulu Tiram, Johor. Selain itu, pihak sekolah juga mengadakan Gotong Royong Perdana dengan kerjasama Jabatan Kesihatan daerah Kulaijaya, Aku Janji PMR 2011 dan Kem Endurance yang dijalankan selama tiga hari pada cuti persekolahan yang lalu khas untuk muridmurid yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai seorang pengetua, semestinya beberapa matlamat telah ditetapkan untuk menghasilkan murid-murid cemerlang, guru-guru gemilang yang dapat membawa SMK Kulai Besar sebagai sebuah sekolah yang terbilang. Antara matlamat yang ditetapkan pada tahun ini adalah pengukuhan disiplin murid-murid, Zero Vendalisme, pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, menaik taraf persekitaran taman dan kelas-kelas agar lebih kondusif sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Saya mewakili seluruh warga sekolah ini ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid SMK Kulai Besar yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2010.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua guru, PIBG, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya serta pihak-pihak lain sama ada dari kerajaan dan swasta yang telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini. Secara keseluruhannya, pencapaian SMK Kulai Besar dalam PMR tahun 2010 adalah sebanyak 57.75%. Daripada jumlah keseluruhan ini, terdapat seramai 8 orang murid telah memperoleh perfect score. Dalam peperiksaan SPM tahun 2010 yang baru sahaja diumumkan pada hari 23 Mac iaitu pada hari Rabu barubaru ini, SMK Kulai Besar telah mencapai keputusan berjumlah 80.52%. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Semoga prestasi cemerlang murid-murid di hadapan saya ini akan menjadi cabaran kepada murid-murid lain di SMK Kulai Besar. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan daripada semua pihak, SMK Kulai Besar mampu merealisasikan impian menjadi sekolah yang terbilang dalam daerah Kulaijaya ini khususnya dan dalam daerah Johor amnya. Kepada murid-murid yang diraikan, Kejayaan yang anda capai hari ini adalah kejayaan kita bersama pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Kejayaan yang kita tuai pada hari ini juga adalah berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa anda semua. Inilah hadiah yang paling berharga bukan sahaja buat diri anda, tetapi keluarga dan sekolah. Dalam perjalanan hidup ini, kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecemerlangan diri. Jadikanlah keputusan cemerlang anda ini sebagai landasan untuk meneruskan

kecemerlangan pada peringkat seterusnya. Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar murid-murid dapat mencapai impian dalam bidang akademik dan kerjaya. Insyallah. Bob Budler (1992) dalam bukunya bertajuk "You Can Do It!" telah menyunting beberapa pendapat dan pandangan pakar-pakar motivasi. Antara ungkapan yang cukup menarik perhatian dalam buku tersebut adalah "You Have to Pay kejayaan itu tiada ternilai harganya. the Price". Ini bermakna Kita perlulah bersedia

mengorbankan tenaga, berdedikasi dan berusaha dengan gigih sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapai. Dalam erti kata yang lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri murid-murid. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri. Saya berharap agar usaha gigih anda ini akan menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid lain di sekolah ini. Akhir kata, Tahniah sekali lagi kepada semua murid yang menerima Anugerah Cemerlang pada hari ini dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato Hj A. Shamsudin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulaijaya. Yang Berbahagia _____________________________, wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulai kerana sudi hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Kepada semua ibu bapa/penjaga tahniah atas kejayaan anak-anak tuan/ puan. Tidak lupa terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SMK Kulai Besar yang tidak pernah jemu memastikan kejayaan anak-anak murid kita, begitu juga PIBG yang

sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Cemerlang kerana telah berjaya mengelolakan majlis ini dengan jayanya. Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah Wassalamualaikum

warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like