You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT GURU SMK TAMAN PERWIRA, PERMATANG TINGGI 14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG. BIL.

2/2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 06 APRIL 2011 : 1.05 petang : Bilik Mesyuarat SMK Taman Perwira : Tuan Pengetua : Penolong Kanan Pentadbiran : Penolong Kanan HEM : Penolong Kanan Kokurikulum : Semua Guru Sesi 2011

Bil 1.0 2.0

Agenda Ucapan Pengetua Perkara Berbangkit

Perkara 1.1Pengetua En.Tan Weng Hooi memberi kata-kata aluan. 2.1 Pemberitahuan Mengenai Permohonan Pertukaran Guru Bagi Ambilan April telah bermula. Bagi guru yang baharu sahaja bertukar dari sekolah lain,tidak digalakkan memohon kerana akan berlakunya kesulitan bagi borang Q8 iaitu bagi penetapan gaji guru. Pengetua tidak akan memberi sokongan pertukaran bagi guru yang baharu sahaja berpindah ke sekolah ini. Pertukaran digalakkan hanya pada akhir tahun sahaja iaitu pada setiap bulan November. 2.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia,Mengukuhkan Bahasa Inggeris Seperti sebelum ini sudah dimaklumkan bahawa bermula 2015 peperiksaan SPM bagi matapelajaran Matematik dan Sains tidak lagi digunakan dalam dwibahasa. Sebaliknya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. 1

Tindakan Makluman Semua Guru

Bagi tahun 2012, tingkatan satu tidak lagi diajar dalam Bahasa Inggeris. Buku-buku teks juga akan ditukar sepenuhnya kepada Bahasa Melayu. Begitu juga dengan kerja kursus para pelajar.

2.3 Kod PH kepada PG Bagi peperiksaan SPM dan PMR,sekolah kita tidak lagi di bawah Seberang Perai Selatan, tetapi di bawah Seberang Perai Tengah mulai tahun ini. Ini akan memudahkan sekolah untuk berurusan. 2.4 Pentafsiran Berasaskan Sekolah Bagi setiap kerja kursus dan Ujian Lisan yag telah dijalankan untuk peperiksaan PMR dan SPM,para guru perlu menyimpan bukti tersebut selama 6 bulan. Ini disebabkan kerana jika berlaku semakan pemarkahan semula bagi pelajar yang ingin menyemak semula,mereka perlu menghantar kembali markah bagi kerja kursus atau markah bagi ujian lisan yang telah dijalankan. Pihak pentadbiran telah berusaha untuk menyediakan bilik khusus bagi penyimpanan semua hasil kerja kursus pelajar. Ini akan memudahkan dan menyeragamkan tempat penyimpanan semua bukti tersebut. 2.5 Carta Aliran Pengurusan Perolehan Para guru perlu merujuk lampiran yang telah disediakan. Kenalpasti keperluan dan semak semula stok yang lama. Kenalpasti semakan peruntukan Bagi L/O iaitu kontrak kerajaan tidak dibenarkan borang tersebut dibawa keluar dari pejabat sekolah. Rekod perolehan perlu dilabelkan dan proses pembayaran dibuat dalam tempoh 2 minggu. Semua panitia dielakkan membuat akaun kedua kerana ini akan menyulitkan proses pembayaran. 2.6 Carta Aliran Pengurusan(PBS) Rujuk lampiran yang telah disediakan. Bagi pembelajaran,setiap guru haruslah memberikan markah yang sesuai iaitu bukan sahaja melihat kepada hasil kerja para pelajar tetapi lebih diberi perhatian kepada 2

sepanjang proses pembelajaran. 2.7 Keputusan SPM Bagi peperiksaan SPM,SMK Taman Perwira telah menduduki tempat yang ke 2003 daripada 2198. SMK Taman Perwira telah mendapat band yang keenam dan para guru haruslah berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya band lima. Kita sedia maklum bahawa bagi matapelajaran bahasa Melayu SMK Taman Perwira adalah lemah. EN.Balasandran akan membuat dua program untuk meningkatkan kecemerlangan Bahasa di sekolah ini. Bagi program pertama, pelajar dari tingkatan tiga dan lima yang terlibat dan bagi program kedua pula, kelas peralihan akan menyertai program Pemulihan Bahasa. Jumlah Skor: 47 Markah=band enam Keputusan Peperiksaan PMR=40% SPM=60% *nilai markah bagi sekolah ditentukan oleh pihak nazir 2.8 Aduan Pelajar Para guru perlulah menegur pelajar dengan baik dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Sejak kebelakangan ini, banyak kes telah diadukan kepada pengetua dimana guru telah mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada pelajar. Sesetengah para pelajar tidak boleh dimarahi dengan kata-kata kesat. 3.0 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Penolong kanan Pentadbiran En. Govindasmy memberikan kata-kata aluan. makluman 4.0 Makluman 4.1 Aliran Trafik Semua guru telah dimaklumkan dengan aliran trafik disekolah kita. Maka,tidak ada sebarang alasan untuk melanggar arahan tersebut. Ini sebagai peringatan para guru supaya tidak lagi melanggari aliran trafik disekolah untuk melancarkan perjalanan trafik di sekolah kita. Semua Guru

4.2 Kehadiran Guru Para guru perlulah menandatangani kehadiran didalam buku rasmi kedatangan iaitu di dalam buku kedatangan pada setiap hari sebelum masuk ke dalam kelas. Ini disebabkan buku kedatangan adalah buku rasmi kedatangan para guru dan bukannya Punch Card. Seperkara lain, para guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah ketika waktu persekolahan bermula melainkan meminta kebenaran dari pengetua sekolah. 4.3 Pelekat Rasmi Kenderaan Mulai minggu hadapan,setiap kenderaan yang ingin memasuki sekolah ini perlulah mempunyai pelekat kenderaan supaya tidak berlaku kecelaruan bagi pengawal untuk memastikan antara staf sekolah ini dan pelawat yang ingin memasuki sekolah ini. Ini termasuklah motosikal dan kenderaan lain. Bagi memastikan kelancaran sistem ini,para guru haruslah membeli pelekat kenderaan dan menampalnya. Tarikh akhir pembelian adalah pada minggu ini dan semua diharap melekatkan pada minggu hadapan. 4.4 Kerja-kerja Pembaikan Setiap kerja pembaikpulih di dalam sekolah perlulah melaporkan kepada En.Govindasamy terlebih dahulu dan tidak harus terus kepada kontraktor. Ini disebabkan untuk memudahkan para guru dan memudahkan pihak sekolah dalam membuat penyelenggaraan. 4.5 Guru Bertugas Setiap guru di sekolah ini sudah sedia maklum bahawa setiap minggu akan diberi tugas iaitu bagi guru sesi pagi 3 orang akan bertugas,manakala sesi petang pula 2 orang akan bertugas bagi memastikan kelancaran persekolahan pada setiap minggu. Diharap para guru dapat memberi kerjasama dengan hadir awal pada minggu bertugas dan menjaga setiap kawasan terutama di kantin dan tapak perhimpunan. Ini merupakan tanggungjawab setiap guru dan diharap tiada guru yang tidak berpuas hati dengan tugas 4

yang telah diberikan. 4.6 Tempat Letak Kereta Pentadbir Tempat letak kenderaan bagi pentadbir adalah khas untuk para pentadbir sahaja. Para guru sudah sedia maklum bahawa dilarang untuk meletak kenderaan dikawasan tersebut. Tetapi terdapat juga para guru yang telah mengingkari arahan tersebut dengan meletak motosikal ditempat kenderaan para pentadbir. 4.7 Perhimpunan Rasmi Sekolah Setiap hari isnin iaitu hari permulaan sekolah perhimpunan rasmi akan bermula. Semua guru diwajibkan hadir dan tidak melakukan kerja lain serta memastikan tidak bersembang sesama sendiri ketika perhimpunan bermula. Para guru adalah contoh bagi para pelajar dan guru tidak harus bising ketika perhimpunan dijalankan. Perhimpunan pagi bermula=7.25 pagi Perhimpunan petang bermula=6.15 petang 4.8 Pencerapan Pada bulan ini pencerapan para guru akan bermula dan pada bila-bila masa sahaja pihak pentadbir akan membuat pemantauan ketika guru menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Diharap para guru bersedia dengan pengajaran didalam kelas. 4.9 Semakan Buku Latihan Mengikut takwin tahunan sekolah,semakan buku latihan dilakukan pada akhir bulan April,tetapi proses ini dilakukan awal dari tarikh yang ditetapkan bagi melancarkan lagi proses tersebut. Borang telah disediakan dibilik guru. Para guru bolehlah mengambil tindakan segera kerana tarikh tutup semakan adalah pada 15 April ini. 4.10 Displin Pelajar Bagi pelajar yang mendatangkan masalah ketika proses P&P dijalankan para guru berhak membawa pelajar yang bermasalah itu ke pihak pentadbir untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini disebabkan setiap pelajar yang telah mengganggu kelancaran proses P&P akan membantutkan tumpuan 5

para pelajar lain untuk belajar di dalam kelas. Selain itu,jika para guru tidak mengambil tindakan segera ini,jika berlaku kemalangan di dalam kelas,para guru akan dipertanggungjawab atas kemalangan tersebut.

4.11 Fail Panitia Fail panitia perlu dikemaskini setiap tahun. Fail tersebut juga perlulah lengkap dengan maklumat-maklumat panitia dan setiap dokumen yang memasuki fail tersebut perlulah dibuat salinan kepada pejabat. 5.0 6.0 Ucapan Penolong Kanan HEM Makluman 5.1 Penolong Kanan HEM En. Choo Seng Hwa memberi kata-kata aluan. 6.2 Semakan Buku Daftar Masuk Pelajar Masih lagi terdapat pelajar dari kelas peralihan tidak ditulis dalam buku daftar masuk pelajar. Bagi guru kelas peralihan 1 dan 2 sila membuat tindakan segera. Ini disebabkan buku daftar masuk pelajar sangat penting untuk dijadikan rujukan kepada para guru. Semua guru tingkatan sila pastikan maklumat pelajar lengkap. 6.3 Ketidakhadiran Pelajar Bagi kelas 2B5 dan 3B4,semakin ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Guru kelas untuk kedua-dua kelas ini sila mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat amaran kepada mereka yang melebihi had yang telah ditetapkan. Bagi pelajar yang melakukan masalah displin ketika P&P dijalankan. Para guru diharap dapat memberi kerjasama dengan menulis nama pelajar berkenaan didalam buku pemantauan. 6.4 Sistem Maklumat Murid(SMM) Sistem maklumat pelajar masih lagi tidak lengkap. Diharap semua guru dapat mengemaskini maklumat para pelajar. Ini memudahkan pihak pentadbiran membuat urusan. 6.5 Yuran/Bayaran-bayaran Lain Bagi pelajar yang tidak lagi memberi bayaran tambahan,guru kelas bolah mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat 6 Makluman Semua Guru

7.0 8.0

Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum Makluman

peringatan kepada waris pelajar tersebut. 7.1 Penolong Kanan Kokurikulum En.Tang Ming Yang memberi kata-kata aluan 8.1 Aktiviti Kokurikulum Sekolah Kehadiran pelajar sangat memberansangkan apabila pihak pentadbir membuat tindakan. Diharap semua guru juga dapat menjalankan tugas dengan baik. Jika guru tidak dapat hadir pada hari tugasan, diharap perlulah memaklumkan kepada guru lain supaya terdapat penganti untuk akitiviti yang telah dirancang pada hari tersebut. Semua guru diharap menulis kehadiran di buku yang telah disediakan. Bagi keselamatan pelajar ketika aktiviti dijalankan adalah tanggungjawab para guru yang bertugas. Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, mereka dikecualikan melakukan aktiviti yang berat. 8.2 Hari Kokurikulum Semua guru telah sedia maklum bahawa hari kokurikulum dibuat pada tarikh 7 Mei 2011. Pada tarikh ini jatuh pada hari Sabtu iaitu hari ganti persekolahan mengganti cuti tambahan perayaan Deepavali. Diharap para guru bersedia dengan aktiviti pameran kelab dan sukan,pertandingan permainan dan pertandingan kawad kaki. Guru penasihat boleh menuntut bayaran sebanyak RM100 bagi setiap kelab dan persatuan untuk membuat persiapan pada hari tersebut. Bagi persatuan yang ingin membuat latihan tambahan bolehlah meminta kebenaran dengan menulis surat rasmi kepada pihak pentadbiran.

Makluman Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan ucapan terima kasih oleh Pengetua

Disediakan oleh, (SUZANA BT ABDULLAH SANI)

Disemak dan disahkan oleh, . (TAN WENG HOOI) Pengetua, SMK Taman Perwira, Permatang Tinggi, 14100 Simpang Ampat, 7

Pulau Pinang.

You might also like