You are on page 1of 24

1.0 Pengenalan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ).

Cara yang baik untuk merancang dan membuat sesuatu ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) yang merupakan aspek terpenting dalam penyediaan rancangan persediaan item/ soalan. Ia juga menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU yang juga dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification mempunyai kandungan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang). Raminah haji Sabran ( 1991). Kemahiran kognitif hanya dapat ditentukan sekiranya unsur kemahiran dan kandungan digabungkan. Dengan terbentuknya JSU, satu rangka penggubalan butiran yang menyeluruh mengenai aras kemahiran, bilangan item, bentuk soalan dan lain-lain lagi akan terhasil dan memudahkan tugas-tugas guru untuk menggubal dan membina soalan ujian.

Berikut adalah ciri-ciri JSU: 1. Mempunyai kandungan ujian yang hendak diuji (topik-topik pelajaran.) 2. Aras kemahiran kognitif yang diuji adalah bersandarkan kepada taksonomi objektif pendidikan. 3. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. 4. Bentuk-bentuk soalan yang diuji adalah seperti soalan objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. 5. Bilangan item atau soalan yang sesuai mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. 6. Tahap kepayahan atau kesukaran item adalah seimbang ( 20%- 80%)

1.1 Langkah-langkah Membina JSU Berikut merupakan beberapa langkah yang diguna pakai untuk membina jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ).

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Penggubal soalan haruslah menetapkan dahulu tajuk-tajuk yang hendak diuji dan kemahiran-kemahiran bahasa yang ingin diuji kepada pelajar.

2. Menentukan soalan-soalan yang akan dibina itu. Soalan yang hendak dibina perlulah ditentukan bilangannya terlebih dahulu dan bilangannya itu haruslah mengikut pemberatan sesuatu topik yang berpandukan kepada jumlah masa pengajaran topik tersebut. Berikut adalah cara untuk mengira jumlah item.

Jumlah item =

Jumlah masa x Jumlah item Jumlah Masa keseluruhan

3. Menentukan model aras kesukaran item. Lazimnya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom sebagai rujukan aras kesukaran item yang ingin dibina. Tiga domain utama yang terkandung dalam taksonomi ini ialah kognitif, afektif, dan psikomotor.

Berikut merupakan enam aras kesukaran item yang terdapat dalam Taksonomi Pendidikan Bloom.

6. Penilaian 5. Sintesis 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman 1. Pengetahuan

Sukar

Mudah

Rajah 1 : Aras kesukaran Taksonomi Bloom.

4. Menentukan apakah jenis ujian yang akan diuji. Jenis ujian yang diuji boleh berbentuk ujian objektif, ujian struktur, ujian esei, dan lain-lain.

5. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen soalan. Tentukan aras kesukaran soalan yang bermula dari aras soalan mudah, sederhana sehinggalah ke aras sukar. Tetapkan juga markah bagi setiap item yang dibina dan cara pengiraan aras kesukaran item juga telah ditetapkan.

6. Menyatakan mata pelajaran, tahun, dan susunan nombor soalan mengikut tajuk. Penekanan terhadap objektif pembelajaran dan prosedur penilaian haruslah dititik beratkan untuk menjamin kesahan dan

kebolehpercayaan item ujian yang tinggi.

2.0 Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 5

Bil.

Bentuk Soalan Kemahiran Bidang/ topik /topik kecil Tatabahasa 1.1 Kata ganti nama diri 1.2 Kata arah 1.3 Kata nama khas 1.4 Penjodoh bilangan 1.5 Kata kerja 1.6 Kata hubung 1.7 Kata penguat 1.8 Kata adjektif 1.9 Kata ganda 1.10 Imbuhan 1.11 Kata nama am 1.12 Kata perintah 1.13 Kata bilangan 1.14 Perkataan seerti 1.15 Kata dua makna 1.16 Struktur ayat Jumlah Membaca dan memahami

Jam

Objektif Kognitif 1 2 3 4

Jum. item

Struktur Kogntif 2 3 4 5

Jum. item

Esei Kognitif 2 3 4 5

Jum. item

1.0

1 1 1 1 27 1 2 1 1

2 1 1 2 2 3 1 3 2 2 2 1 1 2 2 4 29

1 1 2 1 1 1 1

1 2 1

1 1 1 2

1 1 1

2.0

2.1 Menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi. 2.1.1 Petikan 1 2.1.2 Petikan 2 3.0 Jumlah Peribahasa 3.1 Simpulan bahasa 3.2 Perumpamaan Jumlah 4.1 Bahagian A Tuliskan 5 ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. Jumlah 4.2 Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Jumlah

9 1 2 1 2 1 1 1 5 4 9 4 1 22 1 1 1 2 5 5

4.0

5 13 1 1 1 1 1 1

4.3 Tulis beberapa nilai murni yang terdapat dalam

petikan di bawah. Panjang jawapan mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan dalam satu perenggan. Jumlah

3.0 Contoh Soalan Ujian Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


7

3.1 SOALAN OBJEKTIF Nama : _____________________________________ SULIT 011 Bahasa Melayu Tahun : ____5____

50 minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

______________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 1 Lima puluh minit ______________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

011 2011 Hak Cipta Terpelihara

SULIT

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ___________ akan kemaskan bilik ini. kata Hizam dan Amin kepada Cikgu Farah. A. B. Saya Awak C. D. Anda Kami

2. Mengapakah _______ tidak hadir ke rumah saya semalam ? tanya Faiz kepada tiga orang rakanya. A. B. C. D. kalian beliau kita dia

3. Pak Ali perlu membelok ke ____________ untuk menuju ke Kuala Lumpur. A. B. C. D. hadapan kiri atas bawah 9

4. Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah __________. A. B. C. D. Gunung Tahan Gunung Everest Gunung Kinabalu Gunung Himalaya

5. Faizah menerima se ____________ cincin daripada tunangnya. A. B. C. D. Laras Bentuk Utas Urat

6. Kumpulan pengakap itu menggunakan se ___________ kayu untuk membuat unggun api. A. B. C. D. Potong Batang Berkas Laras

7. Setiap hari, Khusri akan _____________ basikal bersama adiknya untuk pergi ke sekolah. A. B. C. D. membawa menunggang mengayuh memandu

8. Sampah sarap yang __________ ke dalam sungai itu menyebabkan pencemaran. 10

A. B. C. D.

dilontar dibaling dibuang dicampak

9. Mak Midah menangis teresak-esak __________ diberitahu oleh polis bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya. A. B. lalu apabila C. D. sekiranya walaupun

10. _________ dia tinggal bersama neneknya di kampung, perangainya mula berubah. A. B. C. D. Sejak Sebelum Sekiranya Sementara

11. Encik Razali merupakan penternak kambing yang berjaya. ____________, dia juga melibatkan diri dalam penternakan ayam untuk menambah pendapatannya. A. B. C. D. Di samping itu Tambahan pula Oleh itu Namun demikian

12. Saerah tidak menyedari kedatangan neneknya kerana dia terlalu _________ membaca buku cerita yang ditulis oleh penulis kegemarannya. A. B. C. D. ghairah asyik khusuk Tekun

11

13. Tun Syed Nasir seorang ___________ yang terkenal. Beliau mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. A. B. C. D. biduan karyawan wartawan negarawan

14. Selain memperolehi ________________ yang baik dalam bidang akademik, kita juga perlu mengambil bahagian yang aktif dalam bidang sukan dan persatuan. A. B. C. D. percubaan pelajaran perubahan Pencapaian

15. Dayang sungguh gembira kerana dapat memerhatikan ______________ yang berkerlipan di langit. A. B. C. D. lampu-lampu kelip-kelip bayang-bayang bintang-bintang

16. Pasukan bola jaring itu dibarisi pemain _______________. A. B. C. D. muda-mudi muda-muda belia-belia kanak-kanak

17. ____________ kawasan itu mengalami banjir kilat. 12

A. B. C. D.

Setiap Seluruh Segala Sebilangan

18. ___________ kamu datang lewat lagi , kata Cikgu Malik kepada Rahim. A. B. C. D. Sila Harap Tolong Jangan

19. Apa boleh buat, dia memang _____________ dan sebab itulah dia menerima hukuman , kata Laksamana Hang Kasturi. A. B. C. D. bersalah disalahkan tersalah Menyalahkan

20. Perlawanan badminton akan berlangsung di _________ yang telah disediakan oleh pihak penganjur. A. B. C. D. taman padang gelanggang Sekolah

Soalan 21 hingga Soalan 22 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

21. Perkampungan di sepanjang Sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu berperanan penting dalam pemuliharaan penyu di Asia Tenggara. A. B. bererti bersifat 13

C. D.

bermain berfungsi

22. Setiap peserta yang bertanding dalam acara perahu layar perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. A. B. C. D. bersaing berlumba berkayuh berentap

23. Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur.

Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan frasa ini. A. B. C. D. Seperti rusa masuk kampung Seperti kumbang putus tali Seperti kucing kehilangan anak Seperti kera mendapat bunga

Soalan 24 dan Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul

24.

I. II. III. IV.

Beliau merupakan bekas guru Kajian Tempatan saya. Hubungan Kak Lina dengan bekas suaminya masih baik. Ibu memasukkan biskut-biskut itu ke dalam bekas plastik. Parut-parut lama itu masih bekas di lengan kirinya.

A. B. C. D.

I dan II sahaja I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

14

25.

I. II. III. IV.

Durian yang gugur itu dimasukkan ke dalam bakul Pahlawan itu gugur di medan perang Budak itu gugur dari pokok Rambutnya banyak yang gugur

A. B. C. D.

I dan II sahaja I dan III sahaja I, II, dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja

Soalan 26

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

26. Wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya. A. Di manakah wanita itu pengsan sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya? B. Bagaimanakah keadaan wanita itu sebaik-baik sahaja mendengar berita tentang kematian suaminya? C. Siapakah yang menyampaikan berita tentang kematian suaminya kepada wanita itu? D. Bilakah wanita itu mendapat berita tentang kematian suaminya?

Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

27. Semua penduduk menyambut baik program menanam sayur-sayuran secara hidroponik. A. Sambutan menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua penduduk. 15

B.

Semua penduduk yang menanam sayur-sayuran menyambut baik program hidroponik.

C.

Program menanam sayur-sayuran secara hidroponik disambut baik oleh semua penduduk.

D.

Penduduk menyambut baik sayur-sayuran yang ditanam secara program hidroponik.

28. Masak lemak ini sedap dan tidak pedas , kata Nenek Pah kepada Firdaus. A. Nenek Pah dan Firdaus diberitahu bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas. B. Nenek Pah memberitahu Firdaus bahawa masak lemak itu sedap dan tidak terlalu pedas. C. Firdaus memberitahu Nenek Pah bahawa masak lemak itu sedap dan tidal terlalu pedas. D. Nenek Pah dan Firdaus memberitahu tentang masak lemak itu sedap dan tidak pedas.

Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul.

29.

I. II. III. IV.

Ayah telah menebas di belakang rumah rumput. Bidang teknologi maklumat semakin berkembang pesat di negara kita. Tarikh bermulanya cuti semester persekolahan bilakah? Ikmal berbaring lalu tertidur di Sofa.

A. B. C.

I dan II sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja 16

D.

I, II, III dan IV

30.

I. II. III. IV.

Kami berjoging di setiap petang di Taman Tasik Taiping Semua rumah musnah di kampung itu dipukul ribut. Gulai itu tidak termakan oleh Yusman kerana terlalu pedas. Syafik menebas di belakang rumahnya semak samun.

A. B.

III sahaja. II dan III sahaja

C. D.

III dan IV sahaja. II, III dan IV sahaja.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang sering dikunjungi ialah hutan rekreasi, bukit peranginan, pulau-pulau, tasik-tasik dan tempat-tempat bersejarah. Kita dapat mengenali keindahan flora dan fauna serta cara hidup masyarakat setempat dengan lebih dekat. Selain itu, dengan melancong ke tempat yang bersejarah, kita dapat mengetahui sejarah negara kita sendiri. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan, rakyat digalakkan melancong dalam negeri. Selain menyeronokkan, melancong dalam negeri lebih menjimatkan. Dengan mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja kita dapat melancong bersama-sama keluarga ke tempat-tempat yang menarik. Melalui pelancongan, kita dapat mengenali budaya, pakaian dan cara hidup pelbagai kaum. Aktiviti pelancongan juga dapat membantu pengusaha kraf tangan meningkatkan pendapatan. Pelancong-pelancong boleh membeli hasil kraf tangan seperti anyaman tikar, tembikar, hiasan dinding dan tenunan kain di gerai-gerai yang disediakan. Dengan melancong ke luar negara pula, kita berpeluang melihat keindahan negara lain yang mempunyai pelbagai cuaca. Kita juga dapat melihat cara masyarakat setempat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di negara mereka. 17

Melancong boleh menimbulkan perasaan cinta akan alam semula jadi dan melihat kesan-kesan sejarah. Justeru, melancong juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

31. Apakah faedah melancong dalam negeri? A. B. C. D. Merapatkan hubungan pelbagai kaum Membeli kraf tangan tempatan Meningkatkan perbelanjaan harian Mengenali budaya pelbagai kaum

32. Pelancong-pelancong boleh membantu kemajuan perusahaan kraf tangan sekiranya A. B. C. D. membeli hasil kraf tangan. membeli-belah sambil melancong. melancong ke gerai-gerai kraft tangan. melancong bersama-sama keluarga

33. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A. B. C. D. Pelancongan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Melancong dapat mengetahui pelbagai perkara. Melancong bersama-sama keluarga dapat menjimatkan wang. Melancong dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam semula jadi.

34. Yang berikut ialah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negara kita, kecuali A. B. C. D. hutan rekreasi pulau dan tasik bukit- bukau tempat bersejarah

35. Rangkai kata masyarakat setempat dalam petikan bermaksud 18

A. B. C. D.

orang yang tinggal sebentar di sesuatu tempat. orang yang akan tinggal tetap di sesuatu tempat. orang yang tinggal di sesuatu tempat. orang yang pernah tinggal di sesuatu tempat.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas.

Sang Kancil : Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas? Sang Agas : Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.

Sang Kancil : Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi? Sang Agas : Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi. Sang Kancil : Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba. Sang Agas : Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini sejari besarnya. Sang Kancil : (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba. Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu. Sang Agas : Mengapa tuan hamba berkata demikian? 19

Sang Kancil :

Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil duri yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.

Sang Agas

Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.

Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui kebijaksanaan Sang Agas.

36. Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat? A. B. C. D. Teguran Sang Agas Bunyi dengung di atas kepalanya Jeritan Sang Agas Cerita Sang Agas tentang perutnya

37. Apakah punca bunyi tersebut? A. B. C. D. Duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi. Perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang Kerbau. Tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi. Perut Sang Agas lapar

38. Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong? A. B. C. D. Sang Agas memang suka berbohong. Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang Agas. Badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang Kerbau. Mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas.

39. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali A. perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau. 20

B. C. D.

badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum. duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi. Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak.

40. Sang Kancil tidak menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak _________. A. B. C. D. seperti katak di bawah tempurung. seperti harimau menyembunyikan kukunya. seperti tikus membaiki labu. seperti mengajar itik berenang. KERTAS SOALAN TAMAT 3.2 SOALAN STRUKTUR DAN ESEI Nama : _____________________________________ SULIT 012 Bahasa Melayu Tahun : ____5____

1 1/4 minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ ______________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 Satu Jam Lima Belas Minit ______________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C. 21

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapantambahan (jika ada) hendaklah diikat

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

012 2011 Hak Cipta Terpelihara BAHAGIAN A [ Masa yang dicadangkan : 15 minit ] [ 10 markah ] Tuliskan lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

SULIT

22

BAHAGIAN B

[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] [ 30 markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal .

ATAU 2. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan baik anda untuk mengajaknya bercuti di kampung anda.

ATAU

3. Lengkapkan cerita di bawah. Aku mengayuh basikal bersama rakan-rakan dengan lajunya. Cuaca begitu gelap sekali menandakan hari akan hujan. Aku perlu segera sampai kerumah. Tiba-tiba. 23

BAHAGIAN C

[ Masa yang dicadangkan : 20 minit ]

[ 20 markah ]

Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari, Amran pergi ke sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan makanan kegemarannya iaitu nasi lemak.

Ibunya selalu menasihati Amran supaya makan dulu sebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu akan kesannya jika tidak bersarapan pagi.Walaupun begitu, Amran tidak mempedulikannya.

Selain tidak bersarapan pagi, Amran juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia habiskan masa rehat itu dengan bermain. Suatu hari, ketika mengikuti 24 pendidikan jasmani, Amran pengsan. Doktor mengesahkan Amran mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Amran menyesal kerana tidak mendengar nasihat

You might also like