You are on page 1of 2

HUKUM MENCURI DAN PERLAKSANAAN HUDUD DALAM ISLAM Mencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara

bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu. Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana. (Surah Al- Maidah ayat 38) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas. (Riwayat Bukhari Muslim) CIRI CIRI PERBUATAN MENCURI 1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya. 2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya. 3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya. HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI 1. Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syariyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah: Orang yang berakal Orang yang baligh Dengan kemahuan sendiri 2. Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanakkanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman) (Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam) 3. Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan Lain daripada keduanya) 4. Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud : Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang. (Al- Ashbah dan An Nazhair) Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kearifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :1. Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir. 2. Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan. 3. Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku. 4. Pencurian berlaku dimedan peperangan. 5. Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga. PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD. 1. Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham. 2. Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki. 3. Pencuri itu bukan orang yang mukallaf. 4. Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi. 5. Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu. 6. Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai. 7. Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan. 8. Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang. 9. Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga. 10. Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya). 11. Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya. 12. Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal. HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. 1. Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya. 2. Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan, 3. Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Hadits ini menerangkan tentang kewajiban solat. Barang siapa (siapa saja) yang menjaga solat 5 waktu, maka pada hari kiamat akan dijanjikan surga oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menjaga pada solat 5 waktu, Allah tidak boleh menjanjikan syurga untuknya. Karena di akhirat nanti hanya ada dua Allah. tempat, iaitu surga atau neraka, akan kemanakah orang yang tidak dijanjikan syurga oleh

Dari Jaddid, berkata dia: Bersabda Nabi SAW: Perintahlah kalian pada anak kecil dengan solat ketika telah berumur 7 tahun. Dan ketika telah berumur 10 tahun maka memukullah pada anak karena meninggalkan solat
Nabi memerintahkan kepada umat muslim agar membiasakan anak mereka untuk mengerjakan solat 5 waktu ketika berumur 7 tahun. Dan jika setelah sampai umur 10 tahun anak tersebut belum mau juga untuk mengerjakan solat 5 waktu, maka orang tua agar mengingatkan anak dengan cara memberi pukulan yang mendidik.

HADIS PILIHAN(Hadis Ke-9 Drpd Hadis 40)


Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim) Pengajaran hadis: Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk. Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit. Sifat terlalu suka benya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

You might also like