You are on page 1of 13

FOLIO SISTEM PEMASANGAN TETAP

--------------------

CIKGU: MOHD DIYA BIN CHE JUSOH

Kumpulan: HBU133ZB

PENGHARGAAN

Assalamualaikum. Terlebih dahulu, kami ingin memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat kami menyiapkan folio Bomba ini dengan jayanya. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kami kerana memberi sokongan kepada kami. Dan terima kasih juga tidak terhingga kepada ahli kumpulan kami iaitu Khairunnisa bt Zaini, Nur Ismaliyana bt Ismail dan Nur Hakimah bt Jamaludin kerana banyak membantu dan memberi pendapat idea semasa menulis buku folio Bomba ini. Semasa menulis buku folio Bomba ini, banyak ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi mengenai sistem pemasangan tetap. Ribuan terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa proses menulis folio ini. Sekian terima kasih.

SISTEM PEMASANGAN TETAP Sistem Pemasangan Tetap ialah sistem Perlindungan Kebakaran secara aktif. Sistem ini diadakan bagi memberi amaran kebakaran kepada penduduk/penghuni sesebuah bangunan tersebut. Selain itu, ia juga diadakan bagi mengawal dan menentang kebakaran secara manual mahupun automatik. Pemasangan sisitem ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Dalam bangunan Luar bangunan Pengudaraan

Tidak semua pemasangan sistem ini sama. Setiap jenis bangunan mempunyai pemasangan yang berbeza. Ia bergantung kepada tahap keluasan dan ketinggian sesebuah bangunan tersebut.

SISTEM PEMASANGAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN YANG PERLU DIKETAHUI 1. Sistem Penggera Kebakaran Sistem yang memberi amaran kebakaran melalui peralatan yang boleh dilihat, didengar dan berkemampuan menggerakkan lain-lain tindakan dan arahan

2. Sistem Penyembur Automatik Sistem ini ialah sistem yang merangkumi semua aspek iaitu mengesan, member amaran dan memadam kebakaran secara automatik sekiranya

berlaku sebarang kebakaran. Sistem ini mampu berfungsi sendiri tanpa bantuan manusia. Sistem penyembur automatik ini ialah sambungan paip-paip kepada SPRINKLER mengikut jarak am yang telah ditetapkan. Pemasangan ini dipasang pada siling setiap bangunan. Paip-paip ini kemudiannya akan disambung pada tangki yang mempunyai pam bagi memberi tekanan untuk ia berfungsi.

3. Sistem Salur Bantu Mula Sistem salur bantu mula adalah satu pemasangan tetap yang dipasang bagi mengawal kebakaran di peringkat awal sebelum pasukan bomba tiba menjalankan tugas. Sistem ini boleh digunakan oleh penduduk/penghuni bangunan tersebut. Sistem ini ditempatkan di setiap tingkat sesebuah bangunan. Biasanya, ia ditempatkan di dalam kurungan tangga, lobi, pintu keluar atau lain-lain lokasi yang sesuai. Terdapat tiga reka bentuk pemasangan sistem ini iaitu menggunakan pam sendiri, tekanan gravity dan gandingan dengan sistem lalu.

4. Sistem Pili Bomba Sistem pili bomba adalah satu alat yang dipasang bagi mengawal kebakaran di peringkat awal sebelum pihak bomba tiba bagi menjalankan tugas. Sistem ini dipasang pada saluran paip atau tangki yang sedia ada bagi mendapatkan air. Tangki yang dimaksudkan itu perlulah mempunyai kandungan tidak kurang daripada 45,000 liter air dan sentiasa dalam

keadaan penuh. Tangki ini mendapat bekalan air dari LAM. LAM mempunyai pam dan mampu memberi tekanan di antara 75-85 psi.

5. Alat Pemadam Api Alat pemadam api amat mudah untuk dikendalikan. Jenis api yang berbeza perlu menggunakan jenis pemadam api yang berbeza. Api Kelas A Api Pepejal Api Kelas B Api Cecair Api Kelas C Api Gas & Wap Api Kelas D Api Logam Kini, terdapat juga jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk api jenis ABC.

6. Sistem Pecah Kaca Sistem pecah kaca ialah sistem yang digunakan secara manual apabila berlakunya sebarang

kecemasan. Sistem ini dipasang pada tembok bangunan, loronglorong jalan keluar, pintu-pintu masuk utama atau tempat-tempat yang mudah untuk dilihat. Sistem ini dihubungkan terus ke peti penggera. Sekiranya berlaku kecemasan, kaca pada sistem ini perlu dipecahkan dan secara tidak langsung alat penggera keselamatan akan berbunyi.

7. Sistem Pengesan Asap Alat ini akan dipasang pada siling setiap bangunan untuk mengesan kehadiran asap. Fungsi : 1) Memberi amaran awal sekiranya berlaku sesuatu kebakaran dimana membolehkan anda bertindak dengan cepat untuk 2) Memberikan amaran segera kepada penghuni lain supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan. 3) Membolehkan anda mengambil tindakan yang perlu untuk memadamkan kebakaran. 4) Memberi anda lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya api dalam keadaan tidak terkawal.

8. Sistem Pengesan Haba Alat pengesan haba ini mampu mengesan kadar haba seperti yang telah ditetapkan. Ia juga mampu mengesan kadar kenaikkan haba kepanasan pada jarak waktu yang ditentukan

9. Sistem Halon / Carbon Dioksida (CO2) Sistem halon ialah sejenis alat pemadam api dimana ia hanya dipasang ruang-ruang tertentu iaitu ruang yang air tidak boleh digunakan sebagai media pemadaman. Ia mengeluarkan gas CO2 dengan automatik apabila berlaku kebakaran. Sistem ini mampu mengesan, memberi amaran dan memadam kebakaran. Contoh tempat yang menggunakan sistem ini ialah bilik jentera, bilik computer dan bilik pendawaian. di

10. Sistem Pancur Basah Sistem pancur basah merupakan pili bomba dalam bangunan untuk kegunaan anggota bomba semasa kejadian kebakaran. Ianya diwajibkan bagi ketinggian bangunan melebihi 30.5m (10 tingkat) dari paras akses perkakasan bomba (rujuk UBBL para 229(1). Komponen sistem pancur basah : 1) Tangki pancur basah 2) Set pam : pam jockey, pam duty, pam stand-by 3) Paip utama (riser): jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 150mm. 4) Paip kembali (return pipe) : jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 100mm disambungkan terus ke tangki. 5) Injap pelantar (landing valve) dipasang pada setiap aras bangunan. 6) Hos kanvas @30m panjang dilengkapi 65mm dia. coupling dan nozel. 7) Four way breeching inlet

11. Sistem Pancur Kering Adalah satu paip menegak yang sentiasa berkeadaan kering (tanpa air di dalamnya) yang di pasangkan pada bangunan untuk tujuan menentang kebakaran, Ia nya di lengkapkan dengan injap pelantar (Landing Valve) dan juga Alir Masuk (Breeching Inlet) bagi membolehkan jentera Bomba membekalkan air ke dalam sesalur paip sistem ini.

12. Sistem Pengudaraan .Sistem yang membantu pemadaman kebakaran objektif-objektif pengudaraan : 1) Membantu menyelamatkan nyawa. Pengudaraan yang betul menghalang kewujudan asap dan haba yang lebih teruk. Ianya juga dapat memudahkan laluan keluar mangsa yang terperangkap serta menjadikan keadaan lebih selamat bagi anggota bomba untuk bekerja. 2) Mempercepatkan proses pemadaman kebakaran Dengan bergerak keluarnya asap dan api daripada dalam bangunan, anggota bomba akan dapat mengawal api dan meneruskan tugas-tugas pemadaman.Pengudaraan juga membantu dalam mengenalpasti arah perjalanan kemerebakan api. Oleh itu, langkahlangkah yang betul dapat diambil untuk mengawalnya. 3) Mengurangkan peluang pada api untuk mushrooming Membuat pengudaraan yang betul pada bangunan yang terbakar boleh mengurangkan kemungkinan haba dan gas-gas api daripada merebak ke bahagian bumbung struktur

bangunan itu. Dengan cara ini, api dapat dibendung pada satu titik yang lebih selamat di mana perolakan haba dapat di tahan atau dikepung daripada terus berolak.

13. Sistem Pendawaian Sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, perlindungan mekanikal, dan aksesori-aksesori elektrik. Sistem jenis pendawaian : 1) Sistem pendawaian tersembunyi 2) Sistem pendawaian penyokong katenari 3) Sistem pendawaian konduit.

14. Sistem Jalan Keluar Sistem ini dipasang pada laluan-laluan pintu keluar. Biasanya di tangga dan lobi.

15. Sistem Tangki Air Tangki air adalah satu sistem yang sangat perlu di setiap pembinaan yang dilakukan. Setiap tangki air perlulah mempunyai kandungan air tidak kurang dari 45,000 liter dan perlulah sentiasa penuh. Tangki air ini mendapatkan air terus dari LAM. Tangki air ini dilengkapi dengan 1 set pam yang terdiri daripada PAM JOCKEY, PAM UTAMA dan PAM KEDUA.

16. Sistem Pam-Pam Terdapat 3 jenis pam iaitu pam jockey,pam utama dan pam kedua. Pergerakkan pam-pam ini boleh dilakukan secara manual mahupun automatik. Jika secara manual, ia akan digerakkan secara terus manakala jika ia secara automatik, ia digerakkan melalui kejatuhan tekanan. Pergerakan pam ini dihubungkan kepada sistem penggera kebakaran.

17. Sistem Lampu Kecemasan Sistem ini juga dipasang pada siling setiap bangunan. Selain itu, ia juga dipasang di jalan-jalan keluar bangunan. Sistem ini bertujuan menerangi bangunan kerana jika berlaku kebakaran, biasanya bekalan elektrik akan terputus secara tidak langsung. Oleh itu, penduduk.penghuni bangunan boleh mencari jalan keluar. Sistem ini mempunyai bateri yang mampu bertahan selama 2 hingga 3 jam.

SISTEM PEMASANGAN PENGUDARAAN BANGUNAN 1. Penting kepada penghuni bangunan dan bomba: Untuk menjamin keselamatan penghuni keluar dari bangunan semasa selamatkan diri Memudahkan anggota bomba lakukan kerja menyelamat dan memadam kebakaran.

2. Jenis-jenis sistem pengudaraan pada bangunan adalah pengudaraan biasa seperti tingkap dan struktur terbuka. 3. Tujuan pengudaraan diadakan: Beri pengudaraan kepada jalan-jalan keluar keselamatan ; lobi melawan kebakaran, tangga keselamatan dan koridor terkawal. Elak kemasukan asap ke dalam kawasan terlindung Kurangkan kemerebakan kebakaran disebabkan oleh asap.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN SISTEM PEMASANGAN TETAP Sistem pemasangan tetap adalah sangat penting sebagai satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi (uncontrollable stage ). Untuk itu setiap pelan bangunan yang akan di bina perlu menyediakan sistem pemasangan tetap untuk mendapatkan kelulusan pembinaan. Menurut AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974, UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN, (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1985, SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL, BAHAGIAN VIII, PENGGERA KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES MENENTANG KEBAKARAN menyatakan : 235. Pemasangan tetap hendaklah sama ada sistem banjir seluruh atau sistem pelindung unit

bergantung kepada jenis proses berbahaya dan pendudukan sebagaimana dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Bomba.

236.

Tempat-tempat yang mempunyai bahaya atau risiko khas disebabkan oleh jenis storan,

tred, pendudukan atau saiznya adalah dikehendaki supaya dilindungi oleh pemasangan tetap, sistem alat pelindung, dan pemadam api khas sebagaimana dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Bomba.

237. (1) Penggera kebakaran hendaklah disediakan mengikut Jadual Kesepuluh Undang-Undang Kecil ini.

(2) Semua premis dan bangunan yang mempunyai keluasan lantai kasar, tidak termasuk tempat letak kereta dan kawasan storan, yang melebihi 9290 meter persegi atau melebihi 30.5 meter tinggi hendaklah dilengkapkan dengan sistem penggera kebakaran dua peringkat di mana isyarat pengungsian (isyarat berterusan) diberi dengan serta merta di bahagian premis itu yang terjejas sementara suatu isyarat bahaya (isyarat sela-menyela) diberi di bahagian yang bersampingan.

You might also like