You are on page 1of 1

Abstrak

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik permainan "Petak Ajaib" kepada murid tahun 3 SK Kota Warisan. Hasil penggunaan teknik permainan " Petak Ajaib " oleh guru akan meningkatkan minat murid kepada Bahasa Arab, mewujudkan penglibatan aktif murid di dalam kelas, menggalakkan murid untuk berkomunikasi sesama mereka dalam Bahasa Arab dan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran Bahasa Arab. Responden terdiri daripada 10 murid tahun 3 SK Kota Warisan. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ke atas responden sebagai instrumen kajian serta kaedah "ujian sebelum dan selepas" yang dilaksanakan menggunakan soalan-soalan berdasarkan apa yang telah murid pelajari di dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa teknik permainan "Petak Ajaib" yang digunakan dalam kajian ini boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab kepada murid.

You might also like