You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH RENDAH DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA BIL.

1/2008 Tarikh : 10 Mac 2008 Masa : 8.30 - 5.00 petang Tempat : Dewan Kuliah,SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping Senarai Kehadiran : 1 2 3 4 5 6 7 8 9. 10. 11. 12. 13. 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Hj. Mat Lazim b. Idris En. Khairol Anuar b Khalid En. Razak b. Jamal En. Mohd Sabri b. Md Daud En. Erman b. Tazardin En. Mohd Ravi b. Abdullah En. Zolkefli b. Mastor Hj. Ahmad b Abdullah Pn.Jamilah bt Nordin Pn. Hasmah bt Mohd Yusoff Pn. Narimah bt Bohari Hjh. Nafisah bt Hj. Abu Bakar Hj. Sahak b. Hj. Abd. Wahid Hj. Mohd. Saod b. Aman Pn. Rahimah bt. Hj. Mohd. Alias En. Ab Rahman b Ab Majid Hj. Bahri b. Yahaya En. Omar Kamaruddin b. Ahmad Hjh. Siti Hasnah bt. Mat Hasnan Hj. Ismail b. Hj Hassan Hjh. Azizam bt Ahmad Shaffi En. Abdul Razak b. Ismail En. Zulhaimee b Hashim En. Ab Razak b. Ahmad En. Badzli b. Said En. Razak b. Baharom En. Abdul Halim b. Mat Isa Hj. Mohd Nordin b. Bakir Hjh. Intan bt.Sulaiman En. Ismail b. Rejab Pegawai Pelajaran Daerah LMS Timbalan PPD (Pengurusan Akademik ) Penolong PPD (Sekolah Rendah ) Penolong PPD (Kemanusian ) Penolong PPD (Bahasa ) Penolong PPD (Vokasional Dan Teknik) Penolong PPD (Pendidikan Islam Dan Moral ) Penyelia Pendidikan Islam dan Moral Pegawai Khas Akademik Prasekolah Pengetua SMK Redang Panjang (Model Khas) Guru Besar SK Long Jaafar Guru Besar SK Asam Kumbang Guru Besar SK Laksamana Wakil Guru Besar SK Matang Wakil Guru Besar SK Ngah Ibrahim Guru Besar SK Matang Gelugor Guru Besar SK Simpang Guru Besar SK Sultan Yussuf AMD Wakil Guru Besar SK Taiping Guru Besar SK Seri Aman Guru Besar SK Changkat Larut Guru Besar SK Bendang Siam Guru Besar SK Toh Johan Guru Besar SK Temelok Guru Besar SK Padang Gajah Guru Besar SK Sungai Tinggi Guru Besar SK Batu Hampar Guru Besar SK Changkat Jering Guru Besar SK Jelutong Guru SK Dato Panglima Bukit Gantang

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64

Hj. Jamaludin b. Saad Hjh Salmah bt. Abu Bakar En Ishak b. Awang Kechil Hj Mohd Rasid b. Mohd Jaafar Pn. Asiah bt Amer Pn.Hjh Norizan bt. Musib En. Abd Rahim b. Abd Samad Pn. Noorhasimi bt Ramlee Pn. Hjh Roohaya bt.Osman Hj. Abd Malik b. Tan En. Azlan Shah b. Luckman Hj. Mohammad Zamri b. Ariffin Hjh. Zaharah bt. Hj Sulaiman En. Azizan b. Murad En. Abd Rahman b. Yang Othman Hj. Faizul Arby b. Mohd Shohor Hjh. Bolian bt. Ahmad En Othman b. Yahaya En Ramlee b Ahmad En Mohd Said b. Saaya En Awang b. Lokey Hjh. Latipah bt. Harun En. Mohd. Napiah b. Arshad Hj. Abd Aziz b. Saaod Pn. Hamsiah bt. Mohd Ismail En. Abd Rahim b. Hj Mohd En. Zamri b. Yakin Hj. Mustafa b. Dahalan Hj. Yusof b. Saud En. Abu Bakar b. Awang Pn. Rodiah bt. Abd Hadi En. Khamis b. Rasat Pn. Hjh.Noor Rihan bt Yaakub Hjh. Wan Maznah bt. Alang Ahmad

Guru Besar SK Changkat Ibul Guru Besar SK Sultan Abdullah Guru Besar SK Toh Sajak Guru Besar SK Kampong Perak Guru Besar SK Kampong Yaman Guru Besar SK Kampung Gudang Guru Besar SK Kampong Repoh Guru Besar SK Kampong Relang Guru Besar SK Jelai Guru Besar SK Pantai Besar Wakil Guru Besar SK Pondok Tanjong Guru Besar SK Ulu Sepetang Guru Besar SK Hj Wan Jaafar Wakil Guru Besar SK Sungai Jernih Guru Besar SK Sri Kurau, Anak Kurau Guru Besar SK Seri Selama Wakil Guru Besar SK Tebing Tinggi Guru Besar SK Bagan Baharu Guru Besar SK Sungai Dendang Guru Besar SK Ulu Mengkuang Guru Besar SK Banggol Jas Wakil Guru Besar SK Sungai Bayor Guru Bsar SK Toh Rakna Sakti, Sg Rambutan Guru Besar SK Sungai Siputeh Guru Besar SK Sultan Idris II,Felda Ijok Guru Besar SK Bukit Bertam Guru Besar SK Sungai Ara Guru Bsar SK RTBK Pondok Tanjong Guru Besar SK Kamunting Wakil Guru Besar SK (Pendikan Khas) Taiping Guru Besar SK Pengkalan Aur Guru Besar SK Ayer Puteh Guru Besar SK Bukit Jana Guru Besar SK Kg Jambu

65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94

Hj. Mohd Nasir b. Abu Bakar Hj Ismail b. Hj Yusuf Cik Alimaton bt. Limat Hjh Norihan bt Nordin En Abdul Habib b. Alapitchay En Abdul Aziz b. Ahmad Cik Mah Yick Fern Hjh Zaharah bt Ismail Hjh Rohana bt Majid Hjh Rokiah bt Ahmad Pn Hjh Jamilah bt Ab Malek Pn Hamimah bt Hashim Hjh Jamaiyah bt Zakaria En Mohd Saleh b. Wahab En Kok Sooi Seng En Teh Show Kiat En Saw Ee Kang En Laeu Boon Teik En Tang Heng Beng Cik Lee Yee Ling Pn Tan Geok Shean Pn Go Ai Knee En Beh Chow Leong En Chong Yow Kat Pn Oh Ka Ching Pn Lim Swee Khim En Tan Boon Ng En Ong Beng Joo Pn Yeap Lay Pin Pn Ng Saw Hong

Guru Besar SK Permatang Raja Guru Besar SK Taman Panglima Guru Besar SK Taman Jana Guru Besar SK Kg Boyan Guru Besar SK King Edward V11(1) Guru Besar SK King Edward V11(2) Wakil Guru Besar SK St George 1 Guru Besar SK Treacher Methodist Guru Besar SK Klian Pauh Wakil Guru Besar SK Convent Guru Besar SK Convent Aulong Guru Besar SK All Saints Guru Besar SK Selama Guru Besar SK Batu Kurau Guru Besar SK Methodist Pokok Asam Guru Besar SJK(C ) Hua Lian 1 Guru Besar SJK( C ) Hua Lian 2 Guru Besar SJK(C) Hua Lian 3 Guru Besar SJK(C) Union Wakil Guru Besar SJK(C) Poay Chee Wakil Guru Besar SJK(C) Ngai Seng Wakil Guru Besar SJK(C) Khay Hwa Guru Besar SJK(C) Aik Hwa Guru Besar SJK(C) Sin Hua Guru Besar SJK(C) Pokok Assam Guru Besar SJK(C) Aulong Guru Baesar SJK(C) Phui Choi Guru Besar SJK(C) Sin Min Guru Besar SJK(C) Kwong Man Wakil Guru Besar SJK(C) Phooi Wah

95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121

Cik Chuah Chong Har En. Lee Choon Hock Pn. Lee Kwai Fong Pn. Foong Siew Fong En.Tan Eng Guan Pn. Ng Guek Hua Cik Lee Lai Yin Pn. Chee Meng Queen En. Oii Eh Bee En. Lee Hin Beng Pn. Gauri a/p Govindasamy En. Muniandy a/l Pareyapayan Pn. Pushparani a/p N.Periasamy Pn. Jiwakomasia a/p Retnam Pn. Lalitha a/p S.Krishnan En. Nanarekam a/l Abel En. Andrew a/l Jacob Dyriam Pn. Retna Kumari a/p Muniandy En. Sivarathnam a/l Ponniah Pn. Rajespree a/p Muthusamy Pn. Pachayammal a/p Rengasamy Pn. Kasthuri a/p S.Moorthy Pn. Letchumi a/p Subramaniam Cik Meenacheamah a/p Sinnathamby Pn. Maragatahan a/p Rajagopal Pn. K.Puvaneswary Pn. Pregasy a/p Lawrance

Guru Besar SJK(C) Khea Wah Guru Besar SJK(C) Poay Eng Guru Besar SJK(C) Yuk Chuan Guru Besar SJK(C) Siu Sin Guru Besar SJK(C) Sungai Rotan Guru Besar SJK(C) Chi Seng 1 Wakil Guru Besar SJK(C) Redang Panjang Guru Besar SJK(C) Sungai Terap Guru Besar SJK (C ) Padang Gajah Guru Besar SJK ( C ) Chi Seng 2 Guru Besar SJK(T) Kamunting Guru Besar SJK(T) YMHA Guru Besar SJK(T) St Teresas Convent Guru Besar SJK(T) Ulu Sepetang Guru Besar SJK(T) Jalan Sir Chulan Guru Besar SJK(T) Pondok Tanjong Guru Besar SJK(T) Ladang Holyrood Wakil Guru Besar SJK(T) Ladang Malaya Guru Besar SJK(T) Ladang Sin Wah Guru Besar SJK(T) Ladang Lauderdale Guru Besar SJK(T) Ladang Matang Wakil Guru Besar SJK(T) Kg Jebong Lama Guru Besar SJK(T) Kg Baru Batu Matang Guru Besar SJK(T) Ladang Getah Taiping Wakil Guru Besar SJK(T) Ladang Allagar Guru Besar SJK(T) Ladang Temerloh Wakil Guru Besar SJK(T) Ladang Stoughton

Tidak Hadir Bersebab : 1. En. Mohamad b. Abdullah 2. En. Rustam b. Siis

- Pegawai Khas Pendidikan Islam & Moral - Pegawai Khas Pendidikan Khas/Pemulihan Khas

Bil
1. Ucapan Pengerusi

Agenda

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru besar dan wakil. 1.2 Harap semua telah mendapat bahan yang telah dibekalkan.Kekerapan mesyuarat 4 kali setahun. Jadual mesyuarat diberikan di dalam takwim Unit Akademik.

1.3 Objektif mesyuarat pertama lebih tumpukan perancangan akademik peringkat daerah. Akan dibentangkan oleh Unit Akademik dan aktiviti Unit Akademik. 1.4 1.5 1.6 Diharapkan sekolah telah jalankan post mortem punca peningkatan atau penurunan peratus lulus UPSR 2007. Pengerusi menekankan tentang pencerapan pentadbir terhadap p & p guru-guru. Ambil kira masalah murid yang masih tidak menguasai dan murid tercicir. Elemen-elemen KBSR yang bersesuaian boleh digunapakai jika perlu.

1.7 Fokus Akademik Tahun 2008 1.7.1 Pemantapan guru besar sebagai pemimpin kurikulum. 1.7.2 Peningkatan kualiti kecemerlangan peperiksaan. 1.7.3 Peningkatan kualiti kecemerlangan peperiksaan awam.Sasaran melebihi norma negara dan kebangsaan tahun 2007. 1.7.4 Peningkatan kualiti sekolah cemerlang.Sasaran pencapaian 100% dari segi kuantiti dan 30% mendapat semua A dalam peperiksaan awam. 1.7.5 Memastikan p & p dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi menghasilkan p & p berkualiti dan berkesan. 1.7.6 Memantapkan perlaksanaan Headcount untuk semua tahun dengan memastikan semua murid mempunyai graf potensi diri. 1.7.7 Memastikan pengurusan kurikulum meliputi komponen asas pengurusan iaitu perancangan,pelaksanaan,kepimpinan,pemantauan dan penilaian kurikulum dilaksanakan dengan jayanya oleh pentadbir. 1.7.8 Memperkasakan p & p Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 1.7.9 Memastikan semua dasar dan program kurikulum dilaksanakan sepenuhnya di sekolah.Contohnya PPSMI, Dasar 60:40,MPV dan Pembestarian Sekolah.

1.7.9.1 Peningkatan penggunaan ICT dalam p & p i) Manafaatkan penggunaan IT di sekolah. ii) Budayakan IT, bermula daripada guru besar sendiri. iii) Masa akan datang,minit mesyuarat akan dihantar melalui e-mail dan pihak sekolah juga menghantar semula maklum balas dalam bentuk e-mail. 1.7.10 Peningkatan Gred Tahap Pengurusan PSS dan Program Nilam. 1.7.11 Memastikan Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah berperanan dengan berkesan. Tindakan : Guru besar

2.

Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.3/2007.


2.1 2.2 Minit Mesyuarat Bil. 3/2007 dibentangkan. Majlis bersetuju minit mesyuarat disahkan. Pencadang En. Abd.Razak b. Hj. Ismail (SK Bendang Siam) dan disokong oleh En. Awang b. Lokey (SK Banggol Jas)

3.

Perkara-perkara berbangkit
3.1 Perkara 1.5 - Sekolah Cemerlang akan dinilai pertengahan Mac. Perjumpaan dengan sekolah yang berkenaan akan diadakan jika ada kesempatan. 3.2 Perkara 1.6 - Pengerusi berharap dan mendoakan semua guru besar cemerlang yang dicalonkan akan berjaya. 3.3 Perkara 1.8 - Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana persediaan akhir tahun dan awal tahun berjalan lancar dan tidak ada isu besar ditimbulkan hanya ada satu atau dua isu yang telah dibangkitkan dalam media dan pihak berkenaan telah diminta beri penjelasan. Diharapkan pada masa akan datang,sebarang isu diselesaikan terlebih dahulu tanpa perlu melalui media termasuk semua perkara berkaitan Pengurusan Sekolah dan Organisasi. 3.4 Perkara 6.4 -Jika ada guru masih tidak guna SAL,buat laporan kepada Unit Akademik,PPD. 3.5 Perjawatan pentadbir biar ikut peringkat supaya semua bidang diketahui. 3.6 Untuk lahirkan guru besar yang mantap,perlu ada Grooming of Leadership. 3.7 Dalam setiap kerja,perlu letakkan target di tahap yang tinggi bukan lagi pada tahap biasa. 3.8 Tn. Hj.Jamaluddin b.Mohd.Saad (SK Changkat Ibul) menyuarakan mengapa tidak digredkan sekolah yang menjadi pemenang AGA daerah untuk memudahkan sekolah tersebut dicalon. Tindakan : PPD/Guru besar

4.

Maklum balas Mesyuarat


4.1 Pengerusi mencadangkan bagaimana untuk mewujudkan satu format maklumbalas untuk daerah.Diharap MGB Zon membawa hal tersebut dalam mesyuarat dan dibentangkan. 4.2 Tn. Hj.Faizul Arby (SK Sri Selama) memaklumkan, untuk peringkat zon akan fokuskan perkara atau isu yang penting sahaja. 4.3 En. Ong Beng Joo (SJKC Sin Min) menjelaskan bahawa setiap sekolah berbeza maklum balasnya,PPD perlu pilih beberapa sekolah yang menjalankan pemantauan. 4.4 Pengerusi bersetuju highlight ikut zon tetapi setiap sekolah juga perlu hantar maklumbalas. 4.5 En. Laeu Boon Teik (SJKC Hua Lian 3) meminta supaya semua ejaan dalam minit mesyuarat betul kerana ia akan diedarkan kepada semua guru. 4.6 Pengerusi mengharapkan supaya Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah diedarkan kepada guru untuk makluman semua. 4.7 Pengerusi meminta supaya pengerusi zon mengadakan mesyuarat penyelarasan kurikulum zon sebelum dibawa ke peringkat daerah. Tindakan : PPD/Guru besar

5.

Pembentangan Laporan Peningkatan Akademik


5.1 SK Taman Jana 5.2 SK Selama

6.

Pembentangan/Makluman Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Perak Bil.1/2008 (Timbalan PPD Pengurusan Akademik)
6.1 Kertas Cadangan Program Peningkatan Prestasi Peperiksaan Awam 2008. 6.2 Kertas Cadangan Program Sistem Audit Prestasi Akademik (SAPA) 2008. 6.3 Kertas Cadangan Anugerah Gemilang Akademik 2008. 6.4 Kertas Cadangan Program latihan Wajib Jawab (WAJA) Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Program PPSMI Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan 5. 6.5 Kertas Makluman Perlaksanaan Program Intervensi PPSMI 2008 Untuk Murid Tahun 6. 6.6 Kertas Makluman Pelaksanaan Program Pemulihan 3M (PROTIM).

Makluman dan Tindakan : Guru besar 7

7.

Pembentangan Head Count (Timbalan PPD Pengurusan Akademik) 7.1 Diharap semak semula peratusan dengan gred menguasai. 7.2 Pada hujung bulan Mac,harap semua sekolah telah siap Data Kutipan 2. 7.3 Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan bila digabungkan dengan Sistem Head Count ada kekangan. 7.4 Pegawai-pegawai PPD mungkin akan adakan taklimat pada wakil setiap sekolah. 7.5 Pengerusi meminta supaya diwujudkan Hari Bersama Pelanggan untuk berjumpa ibu bapa bagi memberi laporan akademik anak-anak mereka. 7.6 En. Laeu Boon Teik (SJKC Hua Lian 3) mempersoalkan mengapa target daerah lebih rendah daripada target Jabatan Pelajaran Perak.

Tindakan:PPD/Guru besar
8.

Laporan PKG (En. Abdul Manap b. Ibrahim, PKG Taiping)


8.1 Bagi Program NILAM, daerah Larut,Matang dan Selama telah mendapat tempat pertama. 8.2 Penghantaran data mengenai status perlaksanaan NILAM ke PKG ialah sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Mac,Jun dan September. 8.3 Instrumen pemantauan telah dihantar ke sekolah.Pihak sekolah diminta melengkapkan penilaian kendiri. 8.4 Guru Penyelaras Nilam menyatakan kurang kerjasama daripada guru-guru lain. 8.5 8.6 Kelas Tahun 1 dan 6 tidak dilibatkan sepenuhnya dalam Program Nilam. Tahun 1 hanya terlibat pada 6 bulan kedua dan Tahun 6 pada pertama. Pencapaian murid dalam Program Nilam 8.6.1 Perlu dinyatakan tahap pencapaiannya dalam kad pelaporan murid. 8.6.2 Pengikhtirafan dalam bentuk sijil berhenti sekolah. 8.6.3 Masih ada sekolah yang belum ada papan tanda mengenai NILAM. Dicadangkan supaya diadakan PSS Cemerlang dan Seminar Membaca peringkat daerah. Menjawab soalan tentang pemenang AGA daerah,data yang dikumpulkan ialah sebelum penilaian AGA 2007.Pada masa itu tidak ada yang mencapai lima bintang. SK Kampung Jambu akan mewakili kategori Pusat Sumber ke peringkat negeri.

8.7 8.8

8.9

8.10 Tahun 2008 ialah Tahun Memperkasa Bahagian Teknologi Pendidikan. Oleh itu BTP peringkat negeri dan PKG perlukan kerjasama daripada pihak sekolah. 8.11 Penggunaan PKG oleh guru-guru 8.11.1 Masalah guru tidak mahu pergi ke PKG. 8.11.2 En.Ong Beng Joo (SJKC Sin Min) menyuarakan mengenai: i)Bahan-bahan jurnal harap dikemaskini kerana banyak pinjaman yang tidak dipulangkan semula. ii) Peralatan kamera yang tidak dapat dipinjam. iii) Khidmat nasihat yang diperlukan tidak diperolehi kerana kekangan masa Pegawai Teknologi Pendidikan. 8.11.3 Pengerusi berharap pengerusi zon harus berusaha untuk buat program,modul dan mohon ganti alatan yang tidak dapat digunakan. 8.12 Makluman daripada En. Abdul Manap 8.12.1 Peruntukan dihantar tetapi berkala menyebabkan bahan tidak mencukupi. 8.12.2 Koleksi majalah/jurnal sentiasa dikemaskini. 8.12.3 Pengunaan peralatan dengan konsep gunasama iaitu digunakan bersama dengan pegawai. 8.12.4 Untuk bantu sekolah,khidmat latihan diberi bagi sekolah yang telah ada alatan. 8.13 Pengerusi meminta supaya guru besar memantau guru media di sekolah. 8.14 Pengerusi mengharapkan semua guru besar mengambil berat tiga elemen iaitu PSS,NILAM dan ICT. Makluman dan Tindakan:PPD/PKG/Guru besar 9.

Pelaporan Jemaah Nazir Sekolah (Tn.Hj. Mohd.Isa b.Dan)


9.1 Program jangka pendek (JPN) dan jangka panjang (sekolah).

9.2 Headcount- peranan panitia mata pelajaran. 9.3 NILAM 9.3.1 Pengurusannya tidak diuruskan dengan baik dan dipantau oleh guru besar. 9.3.2 Minta guru media melapor dalam mesyuarat tentang status perlaksanaan. 9.3.3 Kecemerlangan program NILAM bergantung kepada guru media. 9.3.4 Guru besar perlu pantau,beri bimbingan serta khidmat nasihat. 9.3.5 Pengurusan Pusat Sumber bergantung kepada minat guru. 9.4 Program Penaziran 9.4.1 Penarafan kendiri berdasarkan standard kualiti KPM. i) Minta pihak sekolah menarafkan sendiri. ii) SKPM banyak bantu guru contohnya bagaimana hendak menjadi guru besar. iii) Hantar rumusan penarafan kepada pihak nazir.

9.4.2 Penilaian Anugerah Sekolah Cemerlang i) 17 hingga 19 Mac 2008. ii) 14 kategori. iii) Tarikh akhir pada 18 Febuari dengan profil sekolah. 9.4.3 Program SEGAK i) Ganti Ujian Tenaga Asas. ii) Dilaksana oleh guru Pendidikan Jasmani. 9.4.4 Pengurusan HEM akan dinilai pemeriksaan i) Kelab dan persatuan ii) Program Sekolah Selamat iii) Program RIMUP iv) Biasiswa Kecil Persekutuan Makluman dan Tindakan : Guru besar 10.

Hal-hal lain
10.1 En. Laeu Boon Teik (SJKC Hua Lian 3) bertanya mengenai : 10.1.1 J-Qaf sama ada wajib atau tidak untuk SJKC dan di mana untuk dapatkan bukunya. 10.1.2 Modul keselamatan jalanraya. 10.1.3 Pensiswahan guru besar, sama ada terus ke DG 48. 10.1.4 Masalah guru GSTT,kepada pegawai mana perlu dirujuk. 10.1.5 Apakah tindakan perlu diambil jika sekolah kekurangan guru Bahasa Cina. 10.1.6 Bolehkah guru agama di SJKC mengajar subjek lain kerana mereka hanya mengajar 15 waktu seminggu. 10.2 Perkara 10.1.4 - Pengerusi memaklumkan sekolah yang kurang guru opsyen Bahasa Cina,sekolah boleh cari calon. 10.3 Makmal komputer Fasa 2,penyelenggaraan sekolah di bawah PPD dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. 10.4 Ingatan daripada Pengerusi ; 10.4.1 Pegawai Bahagian Sekolah telah menerima satu surat daripada BPR mengenai : i) Tuduhan tentang guru besar daerah LMS yang menerima komisyen daripada daripada syarikat percetakan. ii) Guru besar menerima komisyen daripada syarikat pembekal buku dan alat tulis. iii) Guru besar digunakan oleh PPD untuk jalankan tugas-tugas PPD di PPD. Kemungkinan BPR akan turun,PPD diminta maklumkan kepada semua guru besar. 10.4.2 Laporan Kewangan Harta Modal dan Inventori i) Banyak sekolah belum hantar laporan kewangan ke PPD. ii) Sekolah yang belum hantar,hantar dengan kadar segera sebelum 12 Mac.

10

10.4.3 Sekolah yang belum menghantar jadual SBT,hantar dengan kadar segera ke Unit Akademik,PPD. 10.4.4 Semak bahan-bahan yang dihantar (PPSMI) BSS pada mula-mula. 10.4.5 Maklumat dari En.Erman(Penolong PPD Bahasa) 10.4.5.1 KIA 2M i)Pada tahun lepas,selepas Pelepasan 3 masih ada murid yang tidak menguasai 2M. Murid-murid tersebut perlu dipulihkan melalui kelas Pemulihan. ii) Bagi sekolah yang murid KIA kurang daripada 15 orang dan SKM,sepatutnya sudah selesaikan masalah 2M. iii) Ambil berat dan monitor kelas KIA 2M. iv) Jika kelas KIA 2M khas ambil sebagai anak angkat oleh pengurusan sekolah. 10.4.5.2 PROTIM i) Untuk tahun 2008 diperkenalkan di Tahun 4 Modul tahap 2 ii) Rentetan sama dengan KIA. iii) Selepas tahun 5,jika belum melepasi tahap teruskan dengan modul yang sama. 10.5 Ucapan penangguhan 10.5 .1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. 10.5.2 Diharapkan mesyuarat akan datang dapat diadakan di tempat lain yang lebih selesa bagi memperuntukkan masa yang lebih mencukupi dan sesuai untuk pembentangan agenda. Makluman dan Tindakan : PPD/ Guru besar Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.48 petang.

Pencatat: Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Rendah Daerah Larut,Matang dan Selama.

11

You might also like