You are on page 1of 8

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

Kematangan biologi. baka/genetik.

Proses

pemikiran

yang

dipengaruhi

oleh

faktor

Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Proses mencapai keseimbangan.


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.

Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanakkanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b. Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skem baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan

terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut. Pengenalan Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsepkonsep penting tersebut adalah : 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanakkanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut. d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asasyang berlaku iaitu : Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanakkanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang

menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

You might also like