You are on page 1of 1

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.

w dan keluarga serta para sahabat baginda. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana dengan hidayahMu kami dapat berkumpul pada pagi ini untuk sama-sama mendoakan keselamatan pergi dan balik kepada Puan Fauzah binti Mohamad serta suami yang akan melaksanakan ibadah haji pada.......................................

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanannya agar selamat sampai ke destinasi iaitu Makkatul Mukaramah. Kurniakanlah mereka kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanannya. Permudahkanlah juga perjalanan dan berikanlah kepadanya sepanjang perjalanan tersebut tubuh badan yang sihat kekuatan samaada dari segi fizikal dan mental. Sampaikanlah ia ke tempat yang akan ditujui sehingga sempurna hajatnya iaitu Haji Mabrur.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid Maha Suci Allah yang memudahkan segala urusan hambaMu dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

You might also like