You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK KEWARGANEGARAAN MENGUTIP DERMA UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM. 1.

0 Pendahuluan
Projek Kewarganegaraan ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Maka melalui tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat, akiviti Projek Kewarganegaraan Tahun 6 ini akan dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam bilik darjah. Dengan ini, murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana dapat memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

2.0 Matlamat Projek Kewarganegaraan

2.1 Mengaplikasikan

pengetahuan,

kemahiran

dan

nilai

sivik

dan

kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2.2 Menambah pengetahuan tentang nilai-nilai hidup bermasyarakat. 2.3 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
3.0 RASIONAL

Pelajar adalah asset penting dalam pembentukan modal insan untuk masa depan negara. Oleh itu mereka seharusnya didedahkan dengan program-program bagi melatih mereka berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Melalui program ini murid akan didedahkan dengan pelbagai kegiatan kemasyarakatan yang menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. Disamping itu juga program ini akan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada ibu bapa serta anak-anak masyarakat setempat dapat menjaga dan meningkatkan imej sekolah melalui pelbagai aktiviti masyarakat setempat sama ada di sekolah mahupun luar sekolah.

3.0 Objektif : 1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2) 3) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

4.0 Tarikh, masa dan tempat

Tarikh Masa Tempat

: 20 September 2011 :8.00 Pagi 4.15 Petang : i) Sekolah Kebangsaan Berungis Tuaran. ii) Kampung Berungis Tuaran. iii) Rumah Anak Yatim Suria Tuaran.

5.0 Ahli Jawatankuasa Pengelola


GURU BESAR SK. BERUNGIS TUARAN PUAN SARIMAH YAKUB

KETUA PANITIA PSK PUAN RAHMAH ALIM

PENGARAH PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PSK ENCIK RAZIS SELAMAT

SETIAUSAHA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PSK PUAN NURUL SYUKRIYAH

BENDAHARI PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PSK ENCIK ALI ABU

6.0 Ahli Jawatankuasa Kerja


PENGARAH PROJEK SETIAUSAHA BENDAHARI AJK PERALATAN AJK PENGANGKUTAN AJK DOKUMENTASI AJK PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI AJK CENDERAHATI ENCIK RAZIS SELAMAT PUAN NURUL SYUKRIYAH ENCIK ALI ABU MOHD FARIS MOHD HARIS ENCIK ALI ABU PUAN JULITA HAMID PUAN JULITA AHMAD PUAN RAHMAH ALIM

7.0 Bajet Perbelanjaan

Perkara Makanan (tapau)

Catatan Setiap orang murid dan guru pengiring memperoleh satu tapau makanan. Setiap orang murid dan guru pengiring memperoleh satu air kotak. Bayaran minyak dua bas mini untuk pergi dan balik. Sijil penghargaan dan cenderamata untuk jawatankuasa kampung. Jumlah

RM

RM 4.00 x 45

Minuman kotak

RM 1.20 x 45 RM 30.00 x 2

Bas mini

Cenderamata

RM 30.00

RM 324.00

8.0 Atur cara perjalanan projek :

Masa 7.30 a.m

Agenda Murid-murid berkumpul di dataran Sekolah Kebangsaan Berungis Tuaran.

8.00 a.m 8.15 a.m 9.30 a.m

Bergerak dari sekolah Kampung Berungis Tuaran Mendengar ucapan alu-aluan daripada Ketua Kampung. Mendengar taklimat daripada guru dan

jawatankuasa kampung. 10.00 a.m 12.00 p.m 12.30 p.m 2.00 p.m 2.30 p.m 4.00 p.m Member cenderamata kepada Ketua Kampung.

Mengutip derma dari rumah ke rumah. Makan tengah hari dan solat di surau kampung. Rumah Anak Yatim Suria Tuaran. Mendengar ucapan daripada pengarah projek kewarganegaraan. Mendengar ucapan penghargaan daripada

Pengurus Rumah Anak Yatim Suria Tuaran. 4.15 p.m Penyerahan kutipan derma.

Bersurai.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

____________________ (PUAN NURUL SYUKRIYAH ) Setiausaha, Projek Kewarganegaraan SK. Berungis Tuaran ,

_____________________ (PUAN RAHMAH ALIM) Ketua Panitia, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, SK. Berungis Tuaran.

Diluluskan oleh, ______________________ (PUAN SARIMAH YAKUB) Guru Besar, SK. Berungis Tuaran, Sabah.

You might also like