You are on page 1of 164

logo UPSI Original.

gif

MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Penyunting: Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, PhD.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH


MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH


MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Penyelaras: Penulis-penulis: Unit 1: Unit 2: Unit 3: Unit 4: Unit 5: Unit 6: Unit 7: Unit 8: Unit 9: Unit 10:

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, PhD.

Zulkifli Mamat Pau Kee Amelia Mohd Noor Ab. Aziz Mohd Yatim Abdul Malek Abdul Rahman, PhD. Samsiah Mohd Jais Nor Junainah Mohd Isa Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Ahmad Jazimin Jusoh, PhD. Muhammad Bazlan Mustafa Che Anuar Che Abdullah Mohd Noor Idris Nurul Ain Hidayah Abas Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Fauziah Hanim Jalal, PhD. Nurul Hasyimah Mat Rani Noraini Ismail, PhD. Roslinda Mustapha Syed Sofian Syed Salim, PhD. Mohammad Nasir Bistamam, PhD. Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, PhD. Aslina Ahmad Nazariah Ab. Samad

Penyunting: Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, PhD.

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim 2011

ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan Panduan Modul UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 1.1 Pengenalan 1.2 Apa Maksud Pembangunan Sahsiah? 1.3 Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Islam 1.4 Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Barat 1.5 Ciri-ciri Sahsiah 1.6 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembangunan Sahsiah Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 2.1 Pengenalan 2.2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah 2.3 Faktor dan Teras yang Mempengaruhi Sahsiah Rumusan Peta Konsep Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 3 PENDEKATAN PSIKOANALITIK 3.1 Pengenalan 3.2 Pandangan Tentang Manusia 3.3 Perkembangan Personaliti 3.4 Struktur Personaliti 3.5 Perkembangan Personaliti Manusia 3.6 Mekanisme Bela Diri Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 4 PENDEKATAN PEMBELAJARAN 4.1 Pengenalan 4.2 Teori Pembelajaran 4.3 Siapakah Pelopor Teori-teori Pembelajaran? 4.4 Konsep Asas Teori Pembelajaran 4.5 Bagaimana Tingkah Laku Terbentuk? 4.6 Strategi Membangunkan Sahsiah Murid Rumusan i iv 1 1 2 3 4 7 9 13 13 14 17 17 18 24 28 29 29 30 31 31 31 32 35 38 41 43 44 44 46 46 47 47 49 56 58 61

ii

Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 5 PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI 5.1 Pengenalan 5.2 Siapakah Pengasas Teori Pilihan dan Terapi Realiti? 5.3 Teori Pilihan 5.4 Mengapa Manusia Bermasalah Berdasarkan Teori Pilihan? 5.5 Kata Kunci dalam Teori Pilihan 5.6 Terapi Realiti 5.7 Aplikasi Terapi Realiti Berasaskan Sistem WDEP Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 Pengenalan Latar Belakang Abraham Maslow Pandangan Maslow Terhadap Manusia Perkembangan Personaliti: Teori Hierarki Keperluan Ciri-ciri Manusia yang Telah Mencapai Kesempurnaan Faktor-faktor yang Menyebabkan Manusia Gagal Mencapai Kesempurnaan 6.7 Rumusan Teori 6.8 Aplikasi Teori di dalam Bilik Darjah Rumusan Kata Kunci UNIT 7 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI, PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN 7.1 Pengenalan 7.2 Apa Itu Bitara? 7.3 Visi dan Misi UPSI 7.4 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 1: Integriti? 7.5 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 2: Profesional? 7.6 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 3: Semangat Berpasukan? 7.7 Apa Itu Model Pembangunan Pasukan? 7.8 Bagaimana untuk Menanamkan Sikap Interpersonal yang Tinggi? 7.9 Setia Pada Organisasi Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

62 62 64 64 66 66 68 69 72 73 81 81 81 83 83 84 84 86 91 92 93 93 94 95 97 97 99 100 101 104 107 109 110 110 111 111 111

iii

UNIT 8

APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN, PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF 8.1 Pengenalan 8.2 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 4: Berorientasikan Pelanggan? 8.3 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 5: Prihatin Kebajikan Anggota? 8.4 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 6: Kreatif Dan Inovatif ? Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

113 113 115 120 122 126 127 127 128 128 131 133 134 134 137 138 140 141 141 142 145 145 146 147 150 151 152 152

UNIT 9

ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 9.7 Pengenalan Pengertian Etika Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Nilai-nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Profesion Perguruan Aspek-aspek yang Terkandung dalam Etika Perguruan Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan 9.9 Isu-Isu dalam Etika Perguruan Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

UNIT 10

ISU DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU 10.1 10.2 10.3 10.4 Pengenalan Apakah Isu-isu Terkini Berkaitan Pembangunan Sahsiah Guru? Pengkategorian Isu-isu Semasa Sahsiah Guru Cadangan Menangani Isu-isu Semasa Berkaitan Pembangunan Sahsiah Guru Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

iv

PANDUAN MODUL
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus KKD 2063 Pembangunan Sahsiah merupakan kursus yang dibina khusus bagi membina karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan. Justeru, kursus Pembangunan Sahsiah menerapkan pemahaman konsep, pendekatan teori dalam pembangunan sahsiah, aplikasi nilai bitara UPSI dalam kehidupan dan nilai etika seorang guru yang berkesan. Kursus Pembangunan Sahsiah menggabungkan 10 unit pembelajaran yang meliputi Unit 1: Pengenalan Pembangunan Sahsiah, Unit 2: Kepentingan Pembangunan Sahsiah, Unit 3: Pendekatan Psikoanalitik, Unit 4: Teori Pembelajaran, Unit 5: Teori Kognitif: Teori Pilihan dan Realiti Terapi, Unit 6: Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow, Unit 7: Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan, Unit 8: Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif, Unit 9: Etika Profesional Perguruan dan Pembangunan Sahsiah dan Unit 10: Isu dan Pembentukan Sahsiah Guru.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu, bagi kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KKD 2063 Pembangunan Sahsiah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Aktiviti Pembelajaran Membaca modul, ulangkaji dan menyiapkan tugasan Tutorial di Pusat Pengajaran Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 Jumlah Masa Pembelajaran Jumlah Keseluruhan Masa Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka 40 10 46 12 10 2 64

56

120

HURAIAN KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, anda diharap dapat: I. II. III. IV. Membincang dan merumus teori-teori perkembangan sahsiah (C2,P2,A2,TS3) Menghubungkait struktur sahsiah dan perkembangan manusia (C4,P2,A2,LL1) Memberikan respon terhadap sesuatu tingkah laku berdasarkan pertimbangan moral (C3,A3,EM3) Menjelaskan isu-isu sahsiah berdasarkan pertimbangan moral dan teori perkembangan manusia ( C4, A2, EM3 )

SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan teori dan konsep asas pembangunan sahsiah; mengenal pasti ciri-ciri sahsiah guru berlandaskan nilai-nilai moral dan akhlak. Kursus ini juga membincangkan ciri-ciri sahsiah guru seperti nilai-nilai murni, integriti dan etika dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. ISI KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada 10 unit semuanya, iaitu: UNIT 1 TAJUK PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Pengenalan pembangunan sahsiah membincangkan konsep dan definisi pembangunan sahsiah, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam dan Barat, ciri-ciri pembangunan sahsiah dan faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah. KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari sudut perubahan dan pertumbuhan kendiri. Selain itu, unit ini memperihalkan teoretikal sahsiah bagi menjangkakan dan meramalkan tingkah laku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. PENDEKATAN PSIKOANALITIK Pendekatan psikoanalitik membincangkan pandangan tentang manusia dari sudut psikoanalitik, perkembangan personaliti, struktur personaliti dan mekanisma bela diri dalam perkembangan sahsiah manusia. PENDEKATAN PEMBELAJARAN Unit ini membincangkan pelopor-pelopor teori pembelajaran, konsep asas teori pembelajaran, proses pembentukkan tingkah laku dan strategi membangunkan sahsiah murid.

vi

PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI Pembangunan sahsiah dari perspektif kognitif dihuraikan dari sudut Teori Pilihan dan Terapi Realiti yang merangkumi pengasas, penerangan teori pilihan dan proses pembangunan sahsiah berdasarkan Teori Pilihan. PENDEKATAN HUMANISTIK: HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Perbincangan secara terperinci tentang latar belakang Abraham Maslow, pandangan Maslow terhadap manusia, perkembangan personaliti, ciri-ciri manusia yang mencapai kesempurnaan dan perbincangan terhadap faktor-faktor manusia gagal mencapai kesempurnaan kendiri. APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI, PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN Perbincangan mengenai pengenalan nilai Bitara UPSI, visi dan misi UPSI. Seterusnya, aplikasi nilai Bitara UPSI, iaitu Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan dihuraikan dari sudut konseptual dan praktikal. APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN, PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF Perbincangan mengenai nilai dan aplikasi nilai Bitara UPSI Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif dari sudut konseptual dan praktikal. ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Membincangkan pengertian etika, etika kerja dan nilai-nilai utama etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya, sebagai seorang guru dibincangkan juga etika profesion perguruan dan isu-isu dalam etika perguruan di Malaysia. ISU-ISU SEMASA DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Perbincangan dilakukan terhadap isu-isu semasa berkaitan pembangunan sahsiah guru dari perspektif teori, nilai dan etika. Turut dihuraikan cadangan-cadangan bagi menangani isu-isu semasa dalam konteks pembangunan sahsiah guru.

10

vii

PENAKSIRAN Tugasan Kuiz Forum Penulisan Jurnal Refleksi Bincangkan isu-isu semasa dan tempatan berkaitan dengan sahsiah guru dan cadangkan strategi-strategi yang bersepadu bagi menanganinya Jumlah Wajaran (%) 10 20 30 40 Kaedah dan Hasil Tugasan Dalam talian menggunakan MyGuru2 Dalam talian menggunakan MyGuru2 Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email

100

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN


Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain. Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|1

UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah. 2. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru. 4. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru. 1.1 PENGENALAN

pakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkin terbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku seseorang atau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari aspek luaran tanpa meninjau secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan sahsiah dirinya.

Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|2

Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam konteks pembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Pada pendapat anda, apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-murid di sekolah? Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid.

1.2

PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH


elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, mari kita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|3

merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yang anda perolehi. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi sirat terdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekanan penting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|4

bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t, interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999) yang menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses pembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang serta proses pembangunan individu cemerlang. Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atau tingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan. Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju.

1.4

PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT

Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|5

Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh, sila isikan dalam jadual di bawah intipati atau perkara asas yang mendefinisikan sahsiah secara keseluruhan.

Penilaian

Perasaan

Akal

Naluri

Minat

Sikap

Penampilan

Ibadah

Perhubungan Sesama Manusia

Mencari Rezeki

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|6

Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi pembangunan sahsiah berdasarkan pelbagai pendapat dan perspektif Islam.

MyGuru.

Kemudian, bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan dengan pembangunan sahsiah daripada perspektif agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya dalam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|7

1.5 CIRI-CIRI SAHSIAH


Sejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiah yang ada dalam diri anda? Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi. Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu;

a. Hubungan dengan tuhan b. Kejiwaan yang kental c. Konsep kendiri yang mantap

a. b. c. d.

Berfikir secara positif Menangani stress Mengurus keperluan kerjaya Mengurus diri dan kehidupan

a. Mempamerkan tingkah laku b. Penampilan kendiri c. Pengurusan kendiri

a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi b. Penerimaan terhadap orang lain c. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahsiah

Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan AlQuran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|8

tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

|9

1.6

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH

embangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat (rujuk Rajah 1.4).

Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 10

Faktor Baka Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiah individu (Mohd Ismail et al. 2004); a) Saiz Badan Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat. b) Penyakit Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu. c) Kecerdasan Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. d) Temperamen Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi.

Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. Antara faktor persekitaran termasuk keluarga, pengalaman awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. 2004). a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 11

ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan, komputer, alat permainan atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. Dalam erti kata yang lain, terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah, disebabkan persekitaran yang berlainan. b) Pengalaman Awal Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. c) Kebudayaan Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan sahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik. d) Pengaruh Sekolah Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Maka, persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 12

e) Pengaruh Rakan Sebaya Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. f) Media Massa Media massa memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseoran individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. g) Masyarakat Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah nanti. Dengan kata lain, guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 13

Berdasarkan pengalaman hidup anda, kaitkan dengan dua faktor utama yang paling mempengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan sahsiah.

__________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________

Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakin serius berlaku. Terdapat pihak yang menuding jari untuk menafikan tanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. Apakah pendapat anda berkaitan dengan isu tersebut?

RUMUSAN
Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu sendiri.

KATA KUNCI
1. Sahsiah 2. Akhlak 3. Penampilan 4. Baka 5. Persekitaran

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 14

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pembangunan sahsiah. 2. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sahsiah yang tinggi. 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi pembentukan tersebut?

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A


Keperibadian Penilaian Jasmani Rohani Akal Perangai Sentimen Minat Cita-cita Pembinaan Akidah Penampilan Penghayatan Al-Quran Berkeluarga Perhubungan Sesama Manusia Pembangunan Jiwa / Hati Personaliti Perasaan Perlakuan Akhlak Naluri Kognitif Kecerdasan Sikap Kepercayaan Nilai-nilai Ibadah Pengetahuan Agama Adab Kehidupan Mencari rezeki Budi Pekerti

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 15

RUJUKAN
Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan kepada pemuda Islam. Kuala Lumpur, Penerbitan AlRamadhan. Al-Ghazali (1989). Bimbingan mukmin pada mencari ridha al-Alamin. (Terjemahan oleh Sayyid Ahmad Semait). Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Ltd. Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina kesejahteraan remaja. Bangi: Tekno Edar: Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Unpublished Article. Pp1-17. Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Nawawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari. Mac 2011 daripada

Mohd Ismail Mustari (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status beliabelia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor : Unplished Thesis. Universiti Kebangsaan Islam. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surathman, Abd Basit Abd Samat, Abdul Rahman Hamzah, & Abdul Hafiz Abdullah (2004). Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Kluang, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Nasir Ripin, Azmishah Suratman, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan Zulkiflee Haron, (2006). Kajian Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM. Laporan Kajian. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah

| 16

Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori personaliti dari perspektif Islam, Timur, dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 17

UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan kepentingan mempelajari pembangunan sahsiah. 2. Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari skop bidang pendidikan. 3. Membezakan kepentingan pembangunan sahsiah berdasarkan diri guru, murid dan rakan sekerja. 2.1 PENGENALAN

rofesion perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di Malaysia. Guru dianggap sebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat, berperanan mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu pengetahuan. Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja terhad kepada murid, malah turut melibatkan bagaimana guru membantu rakan sekerja serta dirinya sendiri agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan tugas dengan sempurna. Oleh demikian, bagi merealisasikannya guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal, akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. Bolehkah anda mengenalpasti ciri-ciri sahsiah diri yang anda miliki? Catatkan pada ruang di bawah. Selepas anda selesai mencatatkannya, sila baca semula ciri-ciri sahsiah anda dan kemudian nomborkan secara urutan ciri sahsiah mana yang lebih mencerminkan diri anda secara lebih dominan.

Rajah 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah yang mencerminkan diri saya

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 18

Jadual 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah unggul Mesra Beri peluang Sabar Pragmatik Rebut peluang Berani Periang Bercita-cita Baik hati Menolong Optimis Sensitif Bertoleransi Tenang Boleh dipercayai Pemurah Bermatlamat Dominan Teratur BIjaksana

Bandingkan catatan ciri sahsiah anda dengan senarai ciri-ciri sahsiah di bawah. Adakah terdapat ciri-ciri sahsiah yang sama? Sila tandakan ( ) pada ciri sahsiah anda yang sama sebagaimana ciri sahsiah yang terkandung dalam Jadual 2.1.

Bagaimana pula dengan ciri-ciri sahsiah (rujuk Jadual 2.1) yang setakat ini belum mencerminkan diri anda. Adakah anda boleh memiliki ciri-ciri sahsiah tersebut?

2.2

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri

ecara asasnya, kita berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang diri kita sendiri dan juga diri orang lain. Dalam menganalisis perlakuan sendiri, kita akan tertanya-tanya mengapa kita begitu sukar untuk menentukan corak pengajaran dan pembelajaran mana yang sesuai yang membantu murid yang selaras dengan keupayaan dan kekuatan diri, walhal rakan sekerja yang lain sudah lama membuat keputusan tersebut. Kita juga adakala kelu untuk menjelaskan mengapa ada murid tertentu yang kita selesa dan boleh memberi reaksi yang sangat menggalakkan akan tetapi ada pelajar yang tidak menerima layanan sedemikian daripada kita. Kita juga mungkin berfikir sejenak mengapa kita begitu kompetetif dengan guru yang lain ketika menjalankan tugas sedangkan berada dan bertugas dalam satu sekolah yang sama, malah satu kelab persatuan yang sama. Mengambilkira semula pengalaman-pengalaman yang dilalui dengan individu lain dalam pelbagai bidang sebenarnya dapat membantu diri untuk membuat perubahan yang adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. Ketika proses perubahan, kita berhadapan dengan konflik dalaman yang perlu diselesaikan dan penyelesaian tersebut membawa diri kepada tahap tahap peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup. Menurut Ryckman (2004), pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang dalam bidang sosial.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 19

Rajah 2.2 Proses penilaian kendiri Setiap individu pasti mengalami proses penilaian kendiri sebagaimana dalam Rajah 2.2. Cuba renung sejenak apa yang telah anda lalui dalam kehidupan. Apakah perubahan yang anda lalui ke arah pertumbuhan kendiri yang baik atau sebaliknya. Bagaimana ia berlaku?

Mencorakkan kendiri

etiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa sahsiah yang anda miliki adalah antara aset diri yang paling penting. Melalui sahsiah diri, ia dapat membantu bagaimana anda membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan datang. Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan akan mempengaruhi sahsiah diri anda. Tahukah anda, apabila anda menjangkakan diri anda sebagai guru yang cemerlang, secara tidak langsung anda akan menunjukkan sahsiah diri yang tinggi seperti menjadi rakan sekerja yang suka membantu. Keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan juga sahsiah individu disekeliling anda. Sahsiah diri yang anda miliki juga berupaya menghadkan atau membolehkan anda mencuba segala peluang dan pilihan yang ada. Contohnya, ia juga boleh mengawal anda daripada berkongsi pengalaman atau maklumat tertentu dan boleh membuatkan anda mengambil kesempatan ke atas orang lain. Dengan demikian, sahsiah boleh membuatkan seseorang lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia individu lain.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 20

Rajah 2.3 Cara seseorang mencorakkan kendiri adalah berbeza Fikirkan sejenak pengalaman anda di sekolah. Anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 2.3 di atas. Sila kongsikan pengalaman yang membuatkan anda menampikan sahsiah diri yang sihat dan sebaliknya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ia berlaku disebabkan pengalaman itu sendiri atau cara anda mencorakkannya?

Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh

ekerap mana anda dapat menjelaskan atau menyatakan diri anda sendiri sebagai seorang yang mempunyai sahsiah yang unggul? Bila merujuk kepada sahsiah yang unggul, ia berkait dengan individu yang bersifat mesra, selesa untuk berhubung, peramah dan mudah untuk bergaul. Apakah ciri-ciri rakan sekerja atau murid yang anda selesa? Bagaimana anda boleh memilih dan mengesan individu tersebut? Jika anda sebagai guru kelas, bagaimana anda memilih murid sebagai ketua kelas? Anda biasanya akan dapat mengetahui apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang murid yang anda istilahkan sebagai seorang murid yang teruk. Sahsiahnya kemungkinan dicirikan dengan membuat hal sendiri, agresif, tidak mesra, sukar untuk dibantu, sukar untuk mendapatkan kerjasama ataupun menunjukkan ciri permusuhan. Anda kemungkinan tidak begitu selesa untuk mengajar kelas yang mana muridnya tidak mendengar cakap, membuat kerja sendiri, keras kepala atau banyak cakap. Sebenarnya sebarang keputusan yang anda buat, ia berdasarkan persepsi anda terhadap sahsiah yang dimiliki oleh individu terbabit. Dengan erti kata lain, kita cuba memberikan penjelasan tentang kritieria tertentu

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 21

berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain. Menurut Schultz dan Schultz (2009), keupayaan memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahu yang timbul, akan tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam kehidupan.

Pernahkah anda berhadapan dengan watak guru dan murid yang digambarkan dalam Rajah 2.4 di bawah? Bolehkah anda menyenaraikan kemungkinan ciri-ciri sahsiah mereka? Adakah ciri yang anda senaraikan benar-benar menggambarkan watak mereka dan apa justifikasi anda memerihalkan dengan ciri sedemikian? Bagaimana pula anda melihat diri anda sendiri dalam konteks tersebut?

Rajah 2.4 Interaksi antara guru dengan murid

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 22

Penjelasan secara teoritikal

udah untuk menyatakan seseorang itu sama ada mempunyai sahsiah unggul mahupun sahsiah yang teruk. Namun bukan cara yang betul dan beretika menyatakan keadaan sahsiah itu dengan sekilas pandang ataupun melalui satu atau dua pengalaman dengan individu terbabit. Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah unggul atau sahsiah teruk adalah suatu yang kompleks. Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh berubah berdasarkan situasi dan juga dengan siapa mereka berhubung. Menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Oleh itu, pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby, Day dan Macaskill (2007). Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu. Dengan lain perkataan, selain menggunakan pengalaman sedia ada, olahan makna dan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu individu lain termasuk rakan sekerja, murid mahupun diri sendiri secara efektif. Dalam unitunit seterusnya, penjelasan tentang bagaimana dan apa yang membentuk sahsiah diri dapat difahami melalui aspek teoritikal. Melalui penjelasan secara teori, individu dapat menjelaskan ciri sahsiah secara menyeluruh dan menentukan bagaimana seseorang melihat dunia persekitarannya.

Apabila anda berhadapan dengan murid-murid yang tidak menyiapkan tugasan / kerja sekolah, pada pandangan anda apa yang membuatkan mereka berkeadaan sedemikian? Sila bandingkan pandangan penjelasan anda ini dengan penjelasan dari aspek teoritikal pada unit 3, 4, 5 dan 6. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Menjangkakan dan meramal tingkahlaku

erdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui, lazimnya seseorang akan memperolehi makna dan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah. Kesannya, ia dapat membantu seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimana memberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi. Namun, tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebut dalam pengalaman baru yang bakal ditempuhi. Anda mungkin ada mengenali rakan sekerja, murid atau melihat diri anda sendiri yang mempunyai masalah dalam keyakinan diri atau sukar untuk bersifat terbuka. Namun, permasalahan sahsiah ini tidak dibantu dan malangnya, tiada individu yang mengambil inisiatif untuk membantu walaupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 23

Apa yang diharapkan, secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimiliki setiap murid dan selanjutnya cuba berusaha menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang, khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti ko-kurikulum secara optimum. Kesannya, progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang memandangkan guru dapat memahami personaliti murid dari perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamata sahaja. Apabila anda benar-benar mengetahui tentang sahsiah seseorang, anda berupaya membuat jangkaan tentang bagaimana mereka akan bertingkahlaku. Dengan memahami personaliti diri sendiri dan juga orang lain, banyak perkara yang dapat dilakukan untuk mengatasi sesuatu situasi yang sukar. Bagaimana anda menjangkakan personaliti anda sendiri apabila berhadapan dengan situasi berikut? Jadual 2.2 Jangkaan reaksi guru berdasarkan situasi SITUASI Ketika perhimpunan pagi sekolah sedang dijalankan, terdapat sekumpulan pelajar yang baru tiba ke sekolah. Keadaan itu mengakibatkan gangguan kerana lagu Negaraku sedang dinyanyikan. JANGKAAN REAKSI ANDA

Murid bertingkahlaku seperti memahami apa yang diajar. Apabila soalan diajukan, mereka dapat memberi jawapan yang betul.

Berlaku pertentangan idea ketika mesyuarat guru diadakan.

Anda dilantik sebagai guru penasihat bagi sebuah persatuan/kelab di sekolah.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 24

2.3

FAKTOR DAN TERAS YANG MEMPENGARUHI SAHSIAH

alam kehidupan, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat manusia. Ada sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan diri kita. Umpamanya kita berasa seronok apabila berbincang dengan rakan-rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang sama tentang cara untuk mendisiplinkan murid. Hasilnya, pelbagai idea dan kaedah dapat dikemukakan. Namun adakalanya timbul beberapa idea dan kaedah yang agak berbeza meskipun masing-masing berlandaskan pendekatan yang sama. Apatah lagi jika berbincang dengan kelompok rakan yang sememangnya mempunyai pandangan yang secara terang-terangan sudah berbeza.

Rajah 2.5 Perbezaan pandangan dan penilaian antara individu terhadap perkara yang sama Mari kita fikirkan sejenak tentang situasi dalam Rajah 2.5 di atas. Mengapakah wujudnya perbezaan pandangan? Apakah punca yang menyebabkan individu mempunyai pegangannya tersendiri dan tidak sama dengan individu lain? Bagaimana pandangan memberi impak dalam sahsiah diri? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun sebaliknya mengikut peredaran masa. Namun ada pandangan yang mengatakan sebaliknya. Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervone dan Pervin, 2008). Mengapakah ini berlaku? Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar dari kesilapan. Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang, semakin sukar untuknya berubah. Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama kerana mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diri bukanlah suatu yang mudah. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya. Oleh yang demikian kefahaman tentang sahsiah dari pelbagai aspek dan landasan asas diperlukan bagi membolehkan perubahan personaliti dapat dicapai.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 25

Rajah 2.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah Faktor-faktor di atas (Rajah 2.6) adalah faktor umum yang mempengaruhi sahsiah seseorang. Namun, adakah anda sedar yang pembentukkan sahsiah anda sebenarnya turut dipengaruhi beberapa teras yang lain?. Secara asasnya, terdapat tiga teras utama yang turut mempengaruhi lapan faktor yang telah dinyatakan iaitu wawasan negara; Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan. Sekarang giliran anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tiga teras utama yang membentuk sahsiah guru. Cuba dapatkan maklumat berkaitan Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan dan buat perbandingan. Berasaskan matlamat pembangunan negara, Malaysia mendokong wawasan dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah merangkumi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 26

Mari kita bandingkan pula antara tiga teras utama tersebut dengan lapan faktor-faktor umum yang mempengaruhi sahsiah diri. Berdasarkan kategori faktor-faktor umum dan tiga teras utama sebagai sandaran, catatkan bagaimana kedua-dua perkara tersebut dapat membina sahsiah diri anda sekarang.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 27

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 28

RUMUSAN
1. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan mengalami perubahan. Proses yang dialami ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat sebagai proses pertumbuhan kendiri. 2. Dengan memahami situasi, jenis individu yang kita berhubung serta peraturan, kesemua ini akan menggambarkan diri individu. 3. Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan baik, bijak membuat keputusan dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan, ia sebenarnya bermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkan sahsiah secara menyeluruh dan objektif. 4. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita untuk mendapatkan gambaran tentang keperibadian sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Ini kerana melalui pemahaman teori kita akan berupaya menapis unsur bias pengalaman peribadi dalam memahami sahsiah diri dan juga orang lain. 5. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan peningkatan usia, sahsiah juga merupakan satu unsur yang stabil. Oleh demikian, sebagai guru kita dapat menjalankan tugas dengan lebih baik kerana dapat membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku yang dipamerkan oleh rakan sekerja dan murid. 6. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah. Walaupun secara dasarnya, manusia mempunyai faktor yang sama, namun kita menggunakan faktor yang berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah diri.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 29

PETA KONSEP

Berdasarkan enam aspek kepentingan pembangunan sahsiah yang dibincangkan dalam unit ini, sila senaraikan penjelasan setiap aspek kepentingan dari sudut diri anda sebagai guru, diri murid dan juga rakan sekerja di dalam Jadual 2.3 di muka surat sebelah. Jadual 2.3 Kepentingan pembangunan sahsiah dari aspek diri sendiri (guru), murid dan juga rakan sekerja.

ASPEK Proses pertumbuhan kendiri Mencorakkan kendiri Memerihalkan sahsiah Penjelasan teoritikal Meramal tingkahlaku Perkara yang mempengaruhi sahsiah

Anda sebagai guru

Murid

Rakan sekerja

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Kepentingan sahsiah Pertumbuhan kendiri Corak kendiri Penjelasan teoritikal Faktor-faktor

Kepentingan Pembangunan Sahsiah

| 30

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan sebab mengapa anda perlu mempelajari dan memahami pembangunan sahsiah? 2. Apakah perbezaan utama kepentingan pembangunan sahsiah terhadap diri, murid serta rakan sekerja? Bagaimana perbezaan kepentingan ini wujud?

RUJUKAN
Cervone, D., Pervin, L. A. (2008). Personality: Theory and research. (10th Ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons, Inc. Maltby, J., Day, L., dan Macaskill, A. (1007). Personality, individual differences and intelligence. London: Pearson Education Ltd. Ryckman, R. M. (2004). Theories of personality. (8th Ed.) Belmont, CA: Wadsworth/ Thomson Learning. Shultz, D. P., dan Schultz, S. E. (2009). Theories of personality. (9th Ed.) Belmont, CA: Wadsworth.

Pembangunan Sahsiah |1

UNIT 3 PENDEKATAN PSIKOANALITIK


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. Menerangkan pandangan pendekatan psikoanalitik terhadap pembentukan tingkah laku manusia. Membincangkan dan merumuskan pembentukan personaliti berdasarkan pendekatan psikoanalitik. Melakarkan dan melaporkan konsep utama pendekatan psikoanalitik.

PENGENALAN

igmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui

perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu.

PANDANGAN TENTANG MANUSIA


Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya. Manusia juga dilihat sebagai individu yang tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkahlaku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka dikatakan telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Walau bagaimana pun

Pembangunan Sahsiah |2

desakan-desakan kejahatan ini perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialisasi. Sekiranya sosialisasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakatitu sendiri.

Adakah anda bersetuju dengan pandangan tentang manusia dari perspektif psikoanalitik ini? Berikan pendapat anda. Anda juga boleh melawati laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan teori psikoanalitik. http://www.victorianweb.org/science/freud/index.html http://www.apsa.org/ABOUT_PSYCHOANALYSIS.aspx

NALURI DAN PEMBENTUKAN PERSONALITI


Naluri adalah elemen asas dalam personalti yang mendorong sesorang manusia itu untuk bertingkah laku dan menentukan arahnya. Naluri adalah satu bentuk tenaga fisiologi yang menghubungkan keperluan tubuh dengan keinginan fikiran. Rangsangan seperti lapar dan haus adalah naluri yang bersifat dalaman. Apabila kita menerima rangsangan seperti rasa lapar dalam badan, ia akan menghasilkan eksitasi fisiologi atau tenaga. Fikiran mengubah tenaga dalam tubuh (keperluan fisiologi) ini menjadi sebuah keinginan. Keinginan inilah yang mendorong naluri bertingkah laku dengan cara yang dapat memenuhi keperluan fisiologi. Oleh itu, seseorang yang lapar, misalnya, akan bertindak untuk memenuhi keperluannya dengan mencari makanan. Kesimpulannya, jika kita dalam keadaan yang berkeinginankan sesuatu, kita akan mengalami perasaan ketegangan atau tekanan. Matlamat naluri adalah untuk memuaskan keperluan dan dengan cara itu dapat mengurangkan ketegangan. Oleh itu, teori psikoanalitik boleh dianggap sebagai satu teori yang menggunakan pendekatan homeostatik kerana teori ini menunjukkan bahawa manusia akan terdorong untuk memulihkan dan mengekalkan keadaan euilibrium fisiologi, atau keseimbangan, untuk menjaga tubuh badan agar bebas dari ketegangan. Freud percaya bahawa kita selalu mengalami ketegangan naluri dan kita sentiasa bertindak untuk mengurangkan ketegangan itu. Kita juga tidak boleh melarikan diri dari tekanan keperluan fisiologi seperti kita melarikan diri dari beberapa stimulus yang mengganggu dalam persekitaran luaran kita. Ini bermakna bahawa naluri selalu mempengaruhi tingkah laku kita dalam kitaran keperluan yang mengarah ke pengurangan keperluan tersebut.

Pembangunan Sahsiah |3

Setiap orang boleh mengambil jalan yang berbeza untuk memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh, dorongan seksual mungkin akan puas dengan tingkah laku heteroseksual, homoseksual, atau melalui aktiviti lain yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Frued menyatakan bahawa tenaga psike (psyche) boleh dipindahkan untuk menukar objek, dan perpindahan ini adalah yang paling penting dalam menentukan keperibadian individu. Walaupun naluri eksklusif adalah sumber tenaga bagi tingkah laku manusia, tenaga yang dihasilkan boleh digunakan dalam pelbagai kegiatan. Hal ini membantu menjelaskan kepelbagaian yang kita lihat dalam tingkah laku manusia. Freud percaya bahawa semua kepentingan, keutamaan, dan sikap yang ditunjukkan oleh orang dewasa adalah pindahgantian tenaga dari objek yang asal kepada sesuatu tingkah laku yang memenuhi keperluan naluri.

JENIS-JENIS NALURI
Freud mengklasifikasikan naluri kepada dua kategori iaitu naluri hidup (life instincts) dan naluri mati (death instincts). Naluri hidup, juga dikenali sebagai eros, bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup individu dan spesies dengan berusaha untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, air, udara dan seks. Naluri kehidupan berorientasi kepada pertumbuhan dan pembangunan. Tenaga psike dimanifestasikan oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido. Menurut Freud, naluri kehidupan yang dianggap paling penting kepada personaliti adalah seks, yang ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan. Seks di sini tidak semata-mata merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable). Freud menambah dan memperluaskan lagi konsep seksualiti daripada yang biasa kita fahami. Beliau melihat seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan. Keinginan yang erotik timbul dari zon erogenus tubuh seperti mulut, dubur dan organ-organ seks. Beliau menyatakan bahawa manusia pada dasarnya adalah makhluk yang sentiasa mencari kesenangan atau keseronokan dan banyak teori personalitinya berkisar tentang keperluan menghalang atau menekan keinginan seksual (untuk keseronokan dan kesenangan). Selain naluri kehidupan, Freud juga mengutarakan konsep naluri kematian, juga dikenali sebagai thanatos, iaitu naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri kehidupan. Konsep yang diambil dari biologi ini menyatakan dengan jelas tentang fakta kehidupan bahawa semua makhluk yang hidup akan mati dan mereput. Freud percaya bahawa manusia mempunyai keinginan tidak sedar (unconscious wish) untuk mati. Salah satu komponen naluri kematian ialah dorongan agresif (aggressive drive) yang memaksa kita untuk menghancurkan, menakluk, dan membunuh. Rajah 3.1 memperincikan pembahagian tenaga menurut teori psikoanalitik dan aplikasi dalam kehidupan seharian seoarang guru.

Pembangunan Sahsiah |4

Tenaga Psyche/ Tenaga Libido

Eros- naluri untuk kelangsungan hidup

Thanatos-naluri yang mendatangkan kemusnahan

Menambaik bahan pengajaran

Patuhi peraturan sekolah

Sering tidak masuk kelas

Tidak mahu bekerjasama dengan guru lain

Rajah 3.1 Pembahagian Tenaga Dalam Psikoanalitik

Naluri merupakan satu konsep penting dalam teori psikoanalitik. Apakah maksud naluri mengikut fahaman psikoanalitik. Sebagai seorang guru bagaimana konsep naluri Eros (life instinct) dan Thanatos (death instinct) mempengaruhi personaliti anda.

TAHAP KESEDARAN DAN PERSONALITI


Freud membahagikan personaliti kepada tiga tahap iaitu tahap sedar (concious), prasedar (preconscious), dan bawah sedar (unconcious) (rujuk Rajah 3.2). Tahap sedar (conscious) mempunyai maksud yang biasa kita gunakan sehari-harian. Ini merangkumi semua rangsangan dan pengalaman yang kita sedar pada suatu masa yang tertentu. Misalnya ketika anda membaca modul ini, anda mungkin menyedari pen yang anda sedang pegang, menyelak halaman modul ini, idea-idea dari pembacaan yang anda cuba untuk memahami, dan mungkin anda terdengar bunyi enjin kereta dari luar rumah anda. Frued menganggap tahap sedar merupakan satu aspek personaliti yang terhad kerana hanya sebahagian kecil pemikiran, rangsangan dan memori wujud di tahap kesedaran ini pada bila-bila masa. Freud menyamakan pemikiran (minda) dengan bongkah ais di mana bahagian tahap sedar berada di atas permukaan air (hanya di puncak bongkah ais).

Pembangunan Sahsiah |5

Menurut Freud lagi bahagian lebih penting dalam pemikiran manusia ialah tahap bawah sedar di mana tahap ini adalah lebih besar dan berada di bahagian yang tidak terlihat iaitu di dasar bongkah ais. Tahap bawah sedar merupakan fokus dalam teori psikoanalitik. Ianya sangat luas dan meliputi sebahagian besar naluri manusia (kehendak dan keinginan yang mengarah tingkahlaku manusia). Tahap bawah sedar mengandungi tenaga penggerak utama terhadap semua tingkahlaku dan merupakan sekumpulan kekuatan (tenaga) yang tidak dapat kita lihat atau kawal. Tahap prasedar pula berada di antara tahap sedar dan tidak sedar. Ia boleh dianggap sebagai gudang segala ingatan, persepsi, dan fikiran yang kita tidak sedar pada satu ketika tetapi kita boleh mengingatinya semula apabila tumpuan secara bersungguh-sungguh dilakukan. Contohnya, sekiranya fikiran anda merayau-rayau dari mukasurat ini dan anda mula berfikir tentang rakan-rakan atau tentang apa yang anda telah lakukan semalam, anda akan memanggil bahan-bahan daripada tahap prasedar kepada tahap sedar anda. Kita sering mendapati perhatian kita berpindah bolak-balik dari pengalaman pada ketika itu kepada peristiwa dan kenangan di tahap prasedar.

Bezakan antara tahap pemikiran sedar (conscious), prasedar (preconscious) dan bawah sedar (unconscious) dan jawab yang berikut. Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap pemikiran bawah sedar (unconscious) ke tahap sedar Terangkan kepentingan memahami aspek unconscious dalam menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Pembangunan Sahsiah |6

STRUKTUR PERSONALITI

M
moral.

enurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan

Rajah 3.2 Model struktur personaliti

Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripda interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psikik untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku. Rajah 3.3, 3.4 dan 3.5 memberikan gambaran ringkas ciri-ciri id, ego dan superego.

Pembangunan Sahsiah |7

Sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi

Bersifat primitif

id
Tiada pengaruh dunia realiti atau dunia tamadun

Mementingkan diri sendiri

Rajah 3.3 Struktur personaliti - Id

Bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran

Mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut kehendak moral & piawaian etika masyarakat

ego
Prinsip realiti mengiktiraf pemintaan atau kehendak masyarakat yang realistik
Beroperasi berpandukan kepada prinsip realiti bukan kepada prinsip keseronokan yang dipengaruhi id

Rajah 3.4 Struktur personaliti Ego

Cuba tanya pada diri anda yang manakah selalunya mendominasi diri anda - id, ego atau superego?

Pembangunan Sahsiah |8 Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibubapa secara melampau, dia akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi keterlaluan. Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat. Hal ini menyebabkan kanakkanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya.

Apabila kanak-kanak yang mempunyai supergo punitif ketika meningkat remaja, mereka berkemungkinan menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan superego tersebut. (Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan kehendak superego yang melampau).

superego
Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibubapa secara melampau, sia akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi keterlaluan. Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibubapa berperanan sebagai 'conscience' sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya.

Rajah 3.5 Struktur personaliti - Superego

Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai ragam dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajarpelajar semasa guru sedang mengajar. Bayangkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar anda semasa anda mengajar berdasarkan struktur personaliti Id, Ego dan Superego pada Rajah 3.6 . Catitkan jawapan anda pada ruangan kosong yang disediakan.

id ego

pelajar rasa mengantuk semasa cikgu mengajar lalu tidur

superego

salah dan perlu hormati guru dan tidak boleh tidur semasa cikgu mengajar

Rajah 3.6 Struktur personaliti id.ego, superego

Pembangunan Sahsiah |9

PERKEMBANGAN PERSONALITI MANUSIA


Menurut Frued, perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat yang berikut: Peringkat Mulut/Oral Peringkat Dubur/Anal Peringkat Falik Peringkat Pendaman/Latency Peringkat Shahwat/Genital 0 - 1 Tahun 1 - 3 Tahun 3 - 6 Tahun 6 - 12 Tahun 12 - Dewasa

Pada setiap peringkat perkembangan psikoseksual tersebut individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi desakan nalurinya. Jika kepuasan dicapai maka individu akan membentuk sahsiah yang menepati norma masyarakat. Sebaliknya, jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila dewasa. Peringkat Mulut/Oral (lahir hingga 1 tahun) Di peringkat ini kanak-kanak didorong oleh rasa laparkan susu ibu dan kepuasan diperoleh melalui aktiviti mulut dengan menyusu. Seharusnya kanak-kanak disusui dibelai dan dilayan mesra oleh ibunya. Jika tidak lekatan akan berlaku dan natijahnya terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan melalui mulut. Peringkat Dubur/Anal (1 hingga 3 tahun) Di peringkat ini kepuasan diperoleh melalui aktiviti dubur dengan membuang air besar dan air kecil. Seharusnya kanak-kanak diajar cara-cara membuang air. Mereka tidak boleh dipukul atau dimarah secara keterlaluan jika berlaku kesilapan dari segi membuang air. Jika dimarah mereka akan rasa tertekan keranan keliru terhadap apakah cara sebenarnya membuang air dan ini akan menyebabkan lekatan perkembangan personaliti mereka. Implikasi letakan di peringkat ini akan membina tingkah laku yang kedekut, agresif dan pendendam, degil dan obsesif-kompulsif. Peringkat Falik (3 hingga 6 tahun) Di peringkat ini perkembangan motor, kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanakkanak. Mereka telah beralih daripada penerima yang pasif (passive receptive) kepada penguasaan yang aktif (active mastery). Di peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka. Kecenderungan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak. Kepuasan diperoleh melalui hayalan memperoleh keinginan seksual. Introjeksi akan berlaku dalam mana anak lelaki

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 10

akan berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dapat menawan hati ibunya. Manakala anak perempuan akan meniru tingkah laku ibunya agar dia dapat menawan hati ayahnya. Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan. Bagaimanapun, sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah. Gangguan atau kekaburan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik. Peringkat Pendaman/Latency (6 hingga 12 tahun) Semasa melalui peringkat perkembangan pertama, kedua dan ketiga, individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman. Ego dan superego semakin terbina. Di peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah rendah. Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina. Di samping belajar, masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain. Kanakkanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya. Kanak-kanak lelaki memainkan peranan sebagai bapa, manakala perempuan memainkan peranan sebagai ibu. Jika tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantina mereka. Proses pendaman ini berterusan hingga kanak-kanak dewasa atau baligh. Peringkat Syahwat/Genital (Dewasa) Di peringkat ini individu telah dewasa dan boleh menyalurkan desakan syahwatnya melalui perkahwinan mengikut landasan agama dan moral. Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri, keluarga dan masyarakat. Kemudian mereka akan bergerak keluar dari alam remaja ke alam dewasa yang matang. Mereka kini lepas dari pengaruh ibu bapa, membina hubungan dan mula membina hubungan yang intim. Kemahiran berhubung dan kecenderungan mementingkan orang lain mula terbina. Kepuasan dicapai melalui bekerja dan berkasih sayang.

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 11

Berikut adalah peringkat perkembangan psikoseksual menurut Frued. Isikan tempat kosong di bawah dengan ciri-ciri dan implikasi yang sesuai jika lekatan terjadi. Peringkat Psikoseksual Ciri-ciri Implikasi Lekatan dependant/ incoperative merokok, makan banyak dan cakap banyak. assertive/aggressive suka memberi komen yang menyakitkan. Kepuasan- kebolehan mengawal pergerakan `bowel melalui aktiviti latihan tandas mempengaruhi trait- trait persenaliti kelak Kepuasan daripada manipulasi organ-organ jantina. Perkembangan perasaan terhadap ibubapa berlainan jantina; i) Oedipus Kompleks ii) Elektra Kompleks Khayalan atau fantasi pada usia kanak-kanak muncul semula. Lebih matang dan bebas drpd pengaruh ibubapa Nilai sosial, altruistik dan nilai masyarakat. Era kasih sayang / kerja Kekeliruan identity sexrole Kesulitan bergaul atau bersosial

Peringkat Mulut / Oral (Lahir 1 tahun)

Peringkat Dubur / Anal (1 3 tahun)

Peringkat Falik / Phallic (3 6 tahun)

Peringkat Pendaman / Latensi (6 12 tahun)

Peringkat Shahwat / Genital (12 tahun dewasa)

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 12

Mekanisme Bela Diri


id

ego

superego

Ketenangan

Kerisauan

Mekanisme Bela Diri

Rajah 10.6 Interaksi id, ego dan superego

Menurut Freud, mekanisme bela diri ialah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah seda. Menurut Schultz (1993) pula mekanisme bela diri sebagai satu proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna. Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego. Berikut adalah deskripsi ringkas dan contoh-contoh strategi mekanisme bela diri yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian.

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 13

Represi (Repression) Represi adalah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan paling asas dalam teori personaliti Frued. Represi berlaku apabila seseorang itu menolak fikiran, keinginan dan kenangan yang tidak boleh diterima, dan mengusir mereka ke alam bawah sedar (motivated forgetting). Contohnya, kita cuba melupakan penderaan seksual yang berlaku semasa kanak-kanak kerana begitu traumatik. Penafian (Denial) Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan ("Ini tidak mungkin berlaku"). Jika represi lebih merupakan motivated forgetting untuk melupakan maklumat, penafian pula adalah satu assertion bahawa maklumat tersebut salah. Contohnya, menafikan diagnosis doktor tentang kanser dan cuba mendapatkan pendapat dari doktor yang lain. Rasionalisasi (Rationalization) Apabila seseorang itu berusaha untuk membuktikan bahawa tindakan mereka adalah rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu wajar diterima, maka individu ini dikatakan menggunakan strategi rasionalisasi. Contohnya, seorang pelajar yang ingin pergi menonton wayang berkata ...terlalu banyak baca buku pun bukannya elok sangat. Seseorang yang terlepas temuduga jawatan kosong akan berkata Saya sebenarnya tidak begitu inginkan pekerjaan tersebut. Pindahgantian (Displacement) Dengan mengalihkan perilaku atau fikiran jauh dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam, pindahgantian membolehkan orang terlibat dalam perilaku dengan kecemasan yang kurang. Contohnya, seseorang yang marah dengan ketua atau profesornya akan melepaskan kemarahannya kepada seseorang yang berstatus kurang mengancam kepadanya. Regresi (Regression) Kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan yang tidak begitu matang, regresi merupakan usaha seseorang menghadapai peranannya untuk mengelakkan kecemasan. Dengan mengambil peranan keanak-anakkan, seseorang itu dapat melarikan diri dari tanggung jawab dan kembali ke hidup yang mungkin lebih selamat. Contohnya, mengasingkan diri, menangis, meronta-ronta apabila mendengar berita sedih.

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 14

Tahukah anda apakah strategi mekanisme bela diri anda ? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Projeksi (Projection) Projeksi pula adalah perasaan bersalah tentang sesuatu tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Contohnya, seseorang terjumpa wang kertas yang bernilai 100 Ringgit Malaysia lalu beliau tidak menyerahkan kepada guru sebaliknya menggunakan wang tersebut. Beliau akan memberi alas an sekiranya orang lain terjumpa dengan wang sebanyak itu tentu mereka juga akan bertindak serupa. Pembentukan Reaksi (Reaction Formation) Pembentukan reaksi ialah bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebatidengan jiwanya. Contohnya seorang pelajar yang mempunyai tingkah laku baik tetapi oleh kerana ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang baru dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun bertentangan dengan sifat asalnya. Oleh kerana ingin diterima sebagai rakan, mereka sanggup berubah sikap asal, seterusnya menghancurkan diri dan masa depan. Sublimasi (Sublimation) Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan mernanfaat serta kreatif. Contohnya, menyanyi, melukis, drama dan semuakegiatan kreatif dan kesenian. Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak. Kesimpulannya, mekanisme bela diri tidak semestinya tidak sihat seperti yang anda lihat dari contoh di atas. Malahan, ketiadaan mekanisme bela diri atau ketidakupayaan menggunakannya secara efektif seringkali boleh menyebabkan masalah dalam hidup. Namun, adakalanya kita menggunakannya pada masa yang salah atau berlebihan, yang juga boleh boleh merosakkan.

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 15

Mekanisme bela diri yang primitif dan tidak matang hanya membantu mengekalkan masalah bukannya menyelesaikan masalah. Gunakan strategi mekanisme bela diri di atas untuk menjelaskan kenyataan ini.

RUMUSAN
1. Sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Perilaku manusia ditentukan oleh kekuatan tidak rasional yang tidak disedari (bawah sedar) dari dorongan biologikal dan dorongan naluri psikoseksual tertentu pada enam tahun pertama dalam kehidupan manusia 2. Tahap kesedaran menurut perspektif psikoanalitik terbahagi kepada tiga iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar 3. Tahap bawah sedar merupakan tahap yang paling penting kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang. 4. Struktur personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu id, ego, dan superego. Pembentukan personaliti adalah berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluan untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai Superego. 5. Perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat Mulut/Oral (0 -1 tahun), peringkat Dubur/Anal (1-3 tahun), peringkat Falik/Phallic (3-6 tahun), peringkat Pendaman/Latency (6 - 12 tahun) dan peringkat Shahwat/Genital (12-dewasa). 6. Mekanisme bela diri digunakan untuk melindugi ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. Ia juga digunakan untuk mengelak kutukan dari superego.

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 16

KATA KUNCI
1. Tenaga psike 2. Libido 3. Eros 4. Thanatos 5. Id 6. Ego 7. Superego 8. Tahap bawah sedar 9. Peringkat psikoseksual 10. Mekanisme bela diri

PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimanakah pandangan tentang manusia dari perspektif psikoanalitik? 2. Apakah yang anda faham mengenai tenaga psike dan libido? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan Eros (life instinct) dan Thanatos (death instinct)? 4. Terangkan perbezaan di antara tahap sedar, prasedar dan bawah sedar. 5. Terangkan hubungan saling interaksi di antara Id, Ego dan Superego. 6. Terangkan lima tahap perkembangan psikoseksual Freud secara ringkas 7. Apakah konflik-konflik yang boleh berlaku pada setiap tahap perkembangan psikoseksual Freud dan bagaimana ianya boleh memberi kesan pada personaliti dewasa? 8. Terangkan beberapa strategi mekanisme bela diri yang boleh digunakan untuk melindungi ego dari memenuhi kehendak id dan superego

P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 17

RUJUKAN
Corey, G. (2008). Theory and practice of counseling and psychotherapy. (8th Ed.). Pacific Grove, CA : Brooks / Cole. Corsini, R. J, Wedding, D. (2008). Current psychotherapy. (8th Ed.). Pacific Grove, CA : Brooks / Cole. Friedman, H.S, & Schustack, M.W. (1999). Personality: Classic teories and modern research. Bostan: Allyn and Bacon.* James, R.K. & Gilliland, B.E. (2003). Theories and strategies in counseling & psychotheraphy (5th Ed.). USA : Pearson. Merrens, M.R. & Brannigan, G.G. (1998). Experiences in personality: Research, assessment, and change. New York: John Wiley & Sons, Inc.* Parott, L. (2003). Counseling and psychotherapy. (2nd Ed.). Pacific Grove, CA : Brooks/ Cole. Sharf, R.S. (2008). Theories of psychotherapy and counseling : Concepts and casess. (4th Ed.). Pacific Grove, CA : Brooks / Cole. Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth Cengage Learning.* Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality Development: Core concepts in therapy. Great Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.*

Pendekatan Pembelajaran | 46

UNIT 4 PENDEKATAN PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda akan dapat: 1. Menerangkan konsep-konsep asas dalam teori pembelajaran. 2. Mengaitkan prinsip-prinsip tingkah laku dengan sikap murid di sekolah. 3. Mencadangkan strategi membangunkan sahsiah murid di sekolah. 4.1 PENGENALAN

ernahkah anda mendengar kisah mengenai seorang penjual topi dan monyet-monyet liar yang mencuri topi-topinya? Apakah yang dilakukan oleh penjual topi tersebut untuk mendapatkan semula topi-topi yang diambil oleh monyet-monyet berkenaan? Mari kita imbas kembali kisah teladan ini sebelum membincangkan dengan lebih lanjut isi kandungan pembelajaran.
Pada zaman dahulu, di sebuah desa tinggal seorang penjual topi yang rajin bekerja. Setiap malam dia akan membuat topi-topi pelbagai bentuk, warna dan saiz untuk dijual di pasar. Suatu hari, ketika berjalan kaki pulang dari pasar si penjual topi ini merasa sangat mengantuk. Kemudian dia ternampak sebatang pokok yang besar dan rendang. Oleh itu tanpa melengahkan masa, dia pun meletakkan bakul berisi topi di perdu pokok itu dan terus berbaring. Selepas itu tidak lama kemudian, dia pun terlelap dan tertidur tanpa menyedari terdapat sekumpulan monyet liar di atas pokok berkenaan. Monyet-monyet tersebut telah turun dan membuka bakul berisi topi. Mereka melarikan topi-topi itu ke atas pokok sambil menjerit-jerit. Penjual topi bangun dan sangat terkejut apabila mendapati hanya satu topi yang tinggal di dalam bakulnya. Topi-topi yang lain telah dipegang dan ada yang digigit oleh monyetmonyet berkenaan. Penjual topi cuba mendapatkan semula topi-topinya tetapi tidak berjaya kerana monyet-monyet itu bergayut di dahan yang tinggi. Setelah puas memikirkan cara untuk mendapatkan semula topi-topinya, akhirnya penjual topi itu mendapat satu akal. Dia mengambil topi yang ada di dalam bakul dan memakainya. Kemudian, dia membuang topi itu ke bawah. Perbuatannya ini telah ditiru oleh monyet-monyet berkenaan. Oleh itu, tanpa membuang masa, si penjual topi terus mengutip topi-topi yang jatuh ke tanah dan membawanya pulang ke rumah.

Rajah 4.1 Kisah penjual topi dan monyet-monyet liar

Pendekatan Pembelajaran | 47

Apakah yang dapat anda simpulkan daripada kisah yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1? Pada pendapat anda, sekiranya yang mengambil topi itu adalah manusia, adakah dia juga akan meniru perbuatan yang dilakukan oleh si penjual topi? Mengapa anda berpendapat sedemikian?

4.2

T
4.3

TEORI PEMBELAJARAN

ahukah anda, tingkah laku yang kita pamerkan sebelum ini, hari ini dan akan datang adalah hasil pembelajaran terhadap pengalaman yang kita lalui setiap hari? Adakah anda sedar bahawa kita boleh membentuk tingkah laku yang diinginkan dan mengubah tingkah laku yang tidak diingini? Jika anda percaya bahawa tingkah laku boleh dipelajari dan perkembangan manusia disebabkan oleh adaptasi terhadap persekitaran, maka anda memiliki pandangan yang serupa dengan ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori-teori pembelajaran. Mari kita mengenali tokoh-tokoh dan meneliti konsep-konsep asas teori bagi memahami bagaimana tingkah laku terbentuk, serta mencadangkan strategi untuk membangunkan sahsiah murid yang baik melalui pendekatan pembelajaran.

SIAPAKAH PELOPOR TEORI-TEORI PEMBELAJARAN?

endekatan pembelajaran berkembang pada awal abad ke-20 seiring dengan gelombang pendekatan psikodinamik yang pada ketika itu sangat mempengaruhi dunia psikologi (Comer & Gould, 2011). Jika pendekatan psikodinamik memfokuskan kepada minda sedar dan separa sedar, pendekatan pembelajaran pula memberi perhatian terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dikaji secara saintifik. Antara tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan jasa dalam aliran ini termasuklah Ivan Pavlov (1849 1936), Edward Thorndike (1874 1949), John Watson (1878 1958), B.F. Skinner (1904 1990), dan Albert Bandura (1925 - ).

Pavlov

Thorndike

Watson

Skinner

Bandura

Rajah 4.2 Tokoh-tokoh yang berjasa dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran

Pendekatan Pembelajaran | 48

Bagi memudahkan anda memahami sumbangan tokoh-tokoh tersebut, berikut dirumuskan serba sedikit jasa mereka dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran yang menjadi rujukan dan amalan ramai pihak termasuk golongan guru dan bakal guru seperti anda.

Rajah 4.3 Perkembangan dalam teori pembelajaran

Pendekatan Pembelajaran | 49

Mari kita kembali kepada kisah penjual topi dengan monyet-monyet liar dalam Rajah 4.1 tadi. Bolehkah anda mengaitkannya dengan konsep-konsep yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi seperti yang terkandung dalam Rajah 4.3? Pada pendapat anda, konsep manakah yang terbaik untuk menjelaskan situasi dalam kisah tersebut? Apa yang menyebabkan anda berpendapat sedemikian?

4.4

KONSEP ASAS TEORI PEMBELAJARAN

erdapat dua teori pembelajaran yang utama, iaitu teori behaviorisme dan teori pembelajaran sosial. Behaviorisme memberi perhatian kepada aspek pelaziman klasik dan pelaziman operan, manakala teori pembelajaran sosial pula mengutamakan proses peniruan tingkah laku individu-individu di sekeliling (Papalia et al. 2004). Umumnya, behaviorisme beranggapan minda tidak diperlukan bagi menjelaskan sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam kata lain, rangsangan, gerak balas dan kesan terhadap tingkah laku sudah cukup memadai untuk menghuraikan perkara tersebut. Namun, teori pembelajaran sosial turut mengetengahkan kepentingan peranan proses mental dan faktor sosial selain daripada faktor pelaziman itu sendiri (Eysenck dan Flanagan, 2000). Bagi memahami perkara ini dengan lebih lanjut, mari kita teliti konsep-konsep asas yang terdapat dalam kedua-dua teori tersebut. Pelaziman klasik

Rajah 4.4 Limau kasturi yang selalu dijadikan perisa dalam makanan

Apabila anda memandang Rajah 4.4, apakah yang berlaku kepada diri anda? Dapatkah anda merasai perubahan-perubahan fizikal seperti air liur terasa cair, tekak mula mengembang, atau tiba-tiba rasa bertenaga dan segar? Adakah berkemungkinan juga anda langsung tidak terkesan dengannya? Rajah di atas merupakan satu rangsangan atau juga dipanggil sebagai stimulus. Sama ada anda sedar atau pun tidak, anda memberikan reaksi ketika memandangnya. Reaksi atau perubahan yang berlaku pada diri anda ini disebut sebagai gerak balas atau respon. Hubungan antara rangsangan dan gerak balas

Pendekatan Pembelajaran | 50

sebagaimana yang anda alami ini merupakan salah satu situasi yang dapat menjelaskan konsep asas dalam teori pembelajaran, iaitu pelaziman klasik. Pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran yang diperkenalkan oleh Pavlov (1849 - 1936). Berdasarkan konsep ini, tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadap rangsangan di persekitaran. Rangsangan dan gerak balas yang tidak dipelajari dikategorikan sebagai semulajadi atau tidak lazim, manakala yang sebaliknya dianggap sebagai terlazim. Mari kita lihat contoh dalam rajah di bawah:
Sebelum pelaziman

Rangsangan neutral Anak patung tidak merangsang bayi untuk menangis Sebelum pelaziman

Bayi tidak menangis

Rangsangan semulajadi

Bayi menangis ketakutan (gerak balas tidak terlazim)

Bunyi kuat merupakan rangsangan semulajadi yang menyebabkan bayi menangis Semasa pelaziman

Rangsangan semulajadi

+
+

Rangsangan neutral

Bayi menangis ketakutan (gerak balas tidak terlazim)

Anak patung ditunjukkan kepada bayi bersama-sama bunyi yang kuat menyebabkan bayi menangis Selepas pelaziman

Rangsangan terlazim

Bayi menangis ketakutan (gerak balas terlazim)

Anak patung menjadi rangsangan terlazim yang menyebabkan bayi menangis apabila melihatnya

Rajah 4.5 Pelaziman klasik bagi tingkah laku menangis seorang bayi

Pendekatan Pembelajaran | 51

Berdasarkan proses dalam Rajah 4.5, dapat kita fahami bahawa setelah bayi itu kerap didedahkan dengan bunyi yang kuat setiap kali anak patung diberi, dia akan menangis walaupun hanya anak patung yang ditunjukkan. Hal ini kerana bayi tersebut telah belajar bahawa kehadiran anak patung pasti diikuti dengan bunyi yang menakutkan. Walau bagaimanapun, sekiranya bunyi itu tidak lagi didengar oleh bayi berkenaan, lama-kelamaan dia kembali melihat anak patung itu sebagai objek yang tidak memberi gangguan kepadanya. Jika di sekolah, contoh pengaplikasian pelaziman klasik dapat anda lihat salah satunya melalui penggunaan loceng setiap kali waktu rehat dan tamat pembelajaran. Rajah 4.6 menunjukkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas bagi penggunaan loceng di sekolah.

Sebelum pelaziman Bunyi loceng Rangsangan neutral Murid tidak merasa lapar

Bunyi loceng tidak merangsang murid untuk merasa lapar Sebelum pelaziman Makanan Rangsangan semulajadi Murid merasa lapar (gerak balas tidak terlazim)

Makanan merangsang murid untuk merasa lapar Semasa pelaziman Makanan Rangsangan semulajadi + + Bunyi loceng Rangsangan neutral Murid merasa lapar (gerak balas tidak terlazim)

Loceng dibunyikan pada waktu rehat sebelum murid dibenarkan untuk makan Selepas pelaziman Bunyi loceng Rangsangan terlazim Murid merasa lapar (gerak balas terlazim)

Murid merasa lapar setiap kali loceng berbunyi pada waktu rehat

Rajah 4.6 Penggunaan loceng sebagai rangsangan terlazim di sekolah

Pendekatan Pembelajaran | 52

Sekarang giliran anda pula untuk memberikan satu contoh pelaziman klasik bagi mana-mana tingkah laku yang pernah anda buat dalam kehidupan. Sila lengkapkan rajah di bawah untuk menunjukkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas terhadapnya.
Sebelum pelaziman _______________________ Rangsangan neutral ________________________

_________________________________________________________________________________ Sebelum pelaziman _______________________ Rangsangan semulajadi ________________________ (gerak balas tidak terlazim)

_________________________________________________________________________________ Semasa pelaziman _____________ Rangsangan semulajadi + + _____________ Rangsangan neutral _______________________ (gerak balas tidak terlazim)

_________________________________________________________________________________ Selepas pelaziman _______________________ Rangsangan terlazim _______________________ (gerak balas terlazim)

_________________________________________________________________________________

Pelaziman operan Thorndike (1874 - 1949) dan Skinner (1904 1990)percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkah laku tersebut (Burger, 2000). Kesan yang meningkatkan atau menyebabkan tingkah laku itu diulang semula diistilahkan sebagai

Pendekatan Pembelajaran | 53

peneguhan. Contohnya, apabila murid memberi salam, anda sebagai guru menjawab salam tersebut sambil tersenyum. Tingkah laku anda ini merupakan peneguh yang akan membuatkan murid itu merasa dihargai dan gembira. Oleh yang demikian, setiap kali berjumpa anda, murid berkenaan akan mengucapkan salam kerana mendapat peneguhan positif daripada perbuatan tersebut. Bagaimana pula jika anda seorang guru yang garang? Murid takut untuk berjumpa dan selalunya mereka akan menjauhkan diri apabila ternampak anda. Situasi ini merupakan contoh bagi peneguhan negatif. Tingkah laku menjauhkan diri ditunjukkan oleh murid disebabkan oleh diri anda yang merupakan rangsangan aversif kepadanya. Apabila murid berkenaan dapat melarikan diri daripada anda, dia akan merasa selesa. Tingkah laku ini akan sentiasa diulang kerana murid berkenaan tidak mahu perasaan takut menyelubungi dirinya jika berhadapan dengan anda. Bayangkan pula, setiap kali murid memberi salam kepada anda, ucapan tersebut dibalas dengan wajah yang mencuka dan jelingan yang tajam. Pada pendapat anda, adakah murid tersebut akan memberi salam kepada anda lagi? Sudah tentu tidak! Ini kerana anda telah mengenakan hukuman kepadanya. Wajah anda yang tidak mesra itu merupakan penghukum kepada tingkah laku memberi salam menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan atau berkurangan. Situasi-situasi seperti mendenda murid apabila membuat kesalahan, atau merotan murid yang bergaduh merupakan contoh bagi hukuman positif dengan syarat tingkah laku itu tidak lagi diulang. Jika murid masih melakukannya, maka walaupun anda memberikan rangsangan aversif yang sepatutnya membuatkan dia tidak selesa tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Murid berkenaan sebenarnya mendapat peneguhan daripada tingkah laku melanggar disiplin yang ditunjukkan. Kemungkinan dia inginkan perhatian anda dan melalui perbuatan tersebut, dia berjaya memperolehinya walaupun dihukum. Hukuman yang diberi telah bertukar menjadi peneguhan! Berbeza dengan hukuman positif, hukuman negatif tidak melibatkan pemberian rangsangan aversif (penghukum). Bagi hukuman negatif, sesuatu yang merupakan peneguh diambil atau disingkirkan apabila tingkah laku yang tidak diingini telah dibuat. Contohnya, di sekolah murid menyukai aktiviti melukis. Disebabkan dia mengganggu rakan dan bercakap dengan kuat, anda sebagai guru telah mengarahkannya duduk di penjuru kelas. Dia tidak dibenarkan untuk melukis bersama-sama rakan yang lain dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Hukuman yang diterima ini akan mengurangkan dan menghentikan perbuatan tersebut daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana murid berkenaan telah mempelajari bahawa dirinya akan diasingkan daripada melakukan aktiviti menyeronokkan sekiranya berbuat bising. Cuba anda fikirkan sejenak. Pejamkan mata dan bayangkan semula pengalamanpengalaman yang pernah anda lalui ketika di peringkat sekolah rendah. Dapatkah anda mengenalpasti tingkah laku yang telah diteguhkan serta masih lagi diulangi pada masa sekarang? Bagaimana pula dengan hukuman? Pernahkah anda menunjukkan sesuatu tingkah laku dan dihukum sehingga menyebabkan anda tidak lagi mengulanginya?

Pendekatan Pembelajaran | 54

Setelah anda meneliti pengalaman hidup yang lalu, sudah tentu anda berjaya mengenalpasti tingkah laku yang mendapat peneguhan dan hukuman. Anda boleh menguji pemahaman anda mengenai pelaziman operan dengan melengkapkan jadual di bawah menggunakan input-input daripada pengalaman tersebut.
Respon
Contoh: Tolong guru angkat beg. 1. (Peneguhan positif) 2. (Peneguhan positif) 3. (Peneguhan negatif) 4. (Peneguhan negatif) 5. (Hukuman positif) 6. (Hukuman positif) 7. (Hukuman negatif) 8. (Hukuman negatif) Guru puji dan ucap terima kasih. Tolong guru angkat beg pada hari-hari seterusnya. (Peneguhan positif)

Kesan

Hasil

Pendekatan Pembelajaran | 55

Pembelajaran sosial Pernahkah anda mendengar pepatah guru kencing berdiri, murid kencing berlari? Pada pendapat anda apakah yang cuba disampaikan oleh datuk nenek moyang kita melalui ungkapan ini? Sebagai guru atau bakal guru, apakah pula pandangan anda? Mari kita lihat rajah di bawah. Dapatkah anda kaitkan pepatah itu dengan rajah tersebut?

Rajah 4.7 Murid tekun memerhatikan perbuatan yang dilakukan oleh guru sebelum menirunya. Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah anda jawab tadi, salah satu kesimpulan yang mungkin anda temui ialah tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan. Proses memerhati dan meniru tingkah laku sosial ini diistilahkan sebagai pembelajaran pemerhatian. Melalui pemerhatian, kanak-kanak dan golongan muda, khususnya dapat mewarisi dan mempamerkan sikap yang diterima oleh keluarga, masyarakat dan negara. Tingkah laku yang menjadi ikutan ini pula kebiasaannya bersesuaian dengan norma, pegangan agama serta budaya tempat masing-masing. Selalunya, tingkah laku yang ditiru adalah tingkah laku yang menerima peneguhan. Contohnya, jika seorang murid menolong guru mengutip sampah dan guru tersebut memujinya, tingkah laku ini akan ditiru oleh murid-murid yang lain. Ini kerana mereka belajar bahawa perbuatan tersebut disukai oleh guru dan mereka akan disayangi sekiranya berbuat sedemikian. Dalam membuat pemerhatian dan peniruan, terdapat empat proses yang terlibat, iaitu perhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Mari kita ambil contoh tingkah laku mengutip sampah. Pertama, murid memerhatikan bagaimana rakannya mengutip sampah dan di mana sampah itu dibuang. Dia juga melihat rakannya dipuji oleh guru setelah melakukan perbuatan tersebut. Kemudian, murid ini cuba mengingati apa yang telah diperhatikan tadi. Keesokan harinya dia melakukan perkara yang sama sebagaimana yang dilihat dan diingat. Sekiranya murid ini mendapat pujian daripada guru setiap kali

Pendekatan Pembelajaran | 56

melakukannya, maka tingkah laku mengutip sampah akan menjadi amalan. Jika sebaliknya, kemungkinan murid itu enggan lagi mengutip sampah. Lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan empat contoh situasi yang dapat menggambarkan proses pembelajaran sosial dalam kalangan murid di sekolah.
Jenis Tingkah laku Contoh: 1. 2. Kutip sampah Proses Peniruan Penyimpanan Pengeluaran
Murid mengingati segala perlakuan rakannya mengutip sampah Murid mencuba tingkah laku mengutip sampah sebagaimana yang dilihat dan diingat

Perhatian
Murid memerhati perlakuan rakannya mengutip sampah

Motivasi
Murid mengutip sampah pada harihari seterusnya apabila mendapat peneguhan

3.

4.

5.

4.5

BAGAIMANA TINGKAH LAKU TERBENTUK?

rinsip-prinsip dalam pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran sosial dapat menjelaskan kepada kita tentang bagaimana tingkah laku terbentuk. Selain daripada peneguhan positif, peneguhan negatif, hukuman positif, hukuman negatif, dan peniruan tingkah laku, prinsipprinsip seperti generalisasi, diskriminasi, penghapusan, dan membentuk (shaping) juga dapat memberitahu kita tentang tingkah laku seseorang murid. Bagi membolehkan anda memahaminya dengan lebih mudah, berikut disenaraikan intipati bagi prinsip-prinsip tersebut: Peneguhan positif ganjaran atau peneguh positif seperti pujian, hadiah dan penghargaan diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang. Peneguhan negatif rangsangan aversif, iaitu apa sahaja yang tidak disukai atau membuatkan rasa tidak selesa dikeluarkan menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada

Pendekatan Pembelajaran | 57

masa akan datang. Contohnya, murid yang tidak suka membuat tugasan hanya dibenarkan keluar bermain setelah menyiapkan tugasan tersebut. Hukuman positif penghukum atau rangsangan aversif diberi menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Sebagai contoh, murid yang diarahkan berdiri di atas kerusi apabila mengganggu rakan tidak lagi berkelakuan sedemikian kerana malu didenda guru. Hukuman negatif peneguh positif ditarik balik atau disingkirkan menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Contohnya, murid tidak dibenarkan bermain alat muzik dengan rakanrakannya kerana telah menconteng meja sewaktu kelas muzik diadakan. Peniruan tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan. Selain melihat perangai individu di persekitaran, pembelajaran tingkah laku juga boleh berlaku apabila seseorang itu menonton televisyen atau melihat gambar-gambar. Generalisasi tingkah laku yang mendapat peneguhan atau hukuman akan digeneralisasikan kepada situasi lain yang hampir sama. Contohnya, murid dipuji apabila menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru A, maka dia akan menyempurnakan tugasan yang diarahkan oleh guru-guru lain. Diskriminasi kebolehan untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza mengikut rangsangan atau situasi yang berbeza. Contohnya, murid melintas ketika lampu isyarat berwarna hijau, dan berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah. Penghapusan tingkah laku yang diberi peneguh sebelumnya, kini tidak lagi diberikan menyebabkan tingkah laku itu dihentikan. Contohnya, guru mendiamkan diri sehingga kesemua murid berhenti bercakap sebelum memulakan kelas. Perhatian yang tidak diberikan oleh guru tadi menyebabkan murid tidak lagi berbuat bising. Membentuk - tingkah laku yang diingini dibentuk sedikit demi sedikit menggunakan peneguhan, penghapusan, generalisasi dan diskriminasi. Contohnya, guru mahu murid membaca dengan lancar. Pertama, murid belajar mengenal huruf dan dipuji apabila berjaya melakukannya. Kemudian, guru hanya memuji apabila murid boleh membaca dua suku kata. Proses ini berterusan sehinggalah murid berkenaan berupaya mencapai tahap kecekapan yang diingini oleh guru.

Dapatkah anda membezakan kesemua prinsip tingkah laku yang disenaraikan? Cuba anda berikan contoh bagi tingkah laku yang terbentuk berdasarkan prinsip generalisasi, diskriminasi, penghapusan, dan membentuk.

Pendekatan Pembelajaran | 58

Seorang murid telah didenda berdiri di luar pintu kelas kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun telah beberapa kali didenda dengan cara yang sama, dia masih mengulangi perbuatan tersebut. Apakah yang boleh dijelaskan daripada senario ini?

4.6

STRATEGI MEMBANGUNKAN SAHSIAH MURID

Cuba anda perhatikan Rajah 4.8 di bawah. Pada pendapat anda, adakah tingkah laku muridmurid itu bersesuaian dengan norma dan budaya di sekolah? Jika anda bersetuju dengan pandangan ini, apakah strategi yang sesuai untuk menggalakkan murid membudayakannya? Jika tidak, sebagai guru, apa yang anda boleh lakukan untuk menghentikan tingkah laku tersebut?

Rajah 4.8 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar Gembira Menyambut Hari Guru 2010

erdapat pelbagai cara untuk membangunkan sahsiah murid di sekolah. Amalan yang selalu dilakukan termasuklah memberikan senyuman, mengucapkan kata-kata semangat dan penghargaan seperti tahniah!, terima kasih, bagus, cuba lagi!, dan baik, memberi tanda bintang apabila murid membuat tugasan dengan cemerlang, mengusap kepala murid dengan penuh kasih sayang, serta memberikan hadiah pada majlis akhir tahun. Peneguhan positif yang diberi ini dapat menggalakkan pelajar bertingkah laku baik sepanjang berada di sekolah. Selain itu, melalui sambutan hari-hari tertentu di sekolah seperti Hari Sukan, Hari Ko-Kurikulum, dan sambutan Hari Raya, murid-murid dapat belajar bersosial serta mempraktikkan tingkah laku baru bersama-sama rakan dan guru. Mereka dapat memerhatikan tingkah laku rakan-rakan yang mendapat peneguhan, dan cuba untuk melakukannya dalam perhubungan interpersonal di sekolah, umumnya dan dalam masyarakat di sekitar, khususnya. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat murid yang melakukan kesalahan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Situasi ini selalunya membuatkan guru berada dalam keadaan dilema untuk mengambil intervensi yang sesuai bagi menanganinya. Adakah guru perlu menghukum murid dengan cara merotan,

Pendekatan Pembelajaran | 59

memiat telinganya, atau memarahinya dengan kata-kata yang kesat? Sudah tentu jawapannya tidak! Hal ini kerana hukuman yang dibuat akan menyebabkan berlakunya kecederaan emosi terhadap murid seperti rasa terhina dan malu. Malah, murid mungkin akan menunjukkan sikap yang lebih teruk kerana tidak puas hati dengan hukuman tersebut. Selain itu, ada murid meniru pelaksanaan hukuman yang diterima dan melakukannya pula kepada orang lain. Hal ini menunjukkan bahawa murid berkenaan telah belajar tingkah laku yang tidak sesuai daripada guru di sekolah. Berdasarkan implikasi-implikasi yang dinyatakan, maka sebaik-baiknya hukuman menjadi pilihan terakhir bagi guru untuk menghentikan tingkah laku murid yang tidak dikehendaki. Adalah lebih baik jika guru mengenalpasti peneguh bagi tingkah laku itu dan membuat penghapusan agar kekerapan murid melakukannya dapat dikurangkan dan dihentikan. Selain daripada strategi-strategi yang telah dinyatakan, berikut dicadangkan satu lagi cara yang boleh diambil oleh guru bagi membangunkan sahsiah murid, iaitu latihan kemahiran tingkah laku: Latihan kemahiran tingkah laku Latihan kemahiran tingkah laku merupakan satu prosedur untuk mengajar kemahiran-kemahiran baru seperti asertif dan pencegahan kepada golongan kanak-kanak dan dewasa. Terdapat empat langkah dalam melaksanakan prosedur ini, iaitu modeling, arahan, latihan, dan maklum balas. Keempat-empat langkah ini perlu dilaksanakan supaya prosedur yang dijalankan berkesan (Miltenberger, 2008). Mari kita kenalpasti bagaimana prosedur latihan kemahiran tingkah laku dapat membantu murid melindungi diri daripada diculik oleh individu yang tidak dikenali berdasarkan contoh di bawah:
Cikgu Hanip telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan satu program kepada murid-murid yang baru mendaftarkan diri ke Tahun 1. Program ini bertujuan untuk mendidik mereka agar dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa penculikan. Beliau telah menayangkan satu sedutan filem animasi yang menunjukkan situasi seorang murid yang enggan menerima pelawaan orang asing untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kemudian, beliau berlakon sebagai murid, manakala Cikgu Ani pula sebagai penculik supaya murid-murid dapat melihat dan mempelajari cara yang betul untuk menyelamatkan diri. Seterusnya, Cikgu Hanip meminta murid-murid untuk menunjukkan respon mereka apabila didatangi individu yang mencurigakan. Kali ini, guru-guru lain pula memainkan watak mereka sebagai penculik. Setiap kali murid bertingkah laku yang sepatutnya, mereka diberikan hadiah. Jika tingkah laku yang ditunjukkan kurang sesuai, Cikgu Hanip akan memberikan arahan dan tunjuk ajar semula bagi membantu murid membetulkan kesilapannya. Murid telah dilatih berulangkali melalui aktiviti main peranan ini sehingga mereka mahir. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai taktik penculikan sehingga mampu memberikan respon berbeza mengikut situasi yang berbeza.

Rajah 4.9 Pelaksanaan Prosedur Latihan Kemahiran Tingkah Laku Bagi Mendidik Murid Melindungi Diri Daripada Menjadi Mangsa Penculikan

Pendekatan Pembelajaran | 60

Berdasarkan Rajah 4.9, dapatkah anda mengenalpasti langkah-langkah dalam prosedur latihan kemahiran? Cuba senaraikan langkah-langkah tersebut dalam ruangan yang di sediakan di bawah.

Rajah 4.9 Langkah-langkah dam prosedur latihan kemahiran tingkah laku

Pendekatan Pembelajaran | 61

Seorang guru di sebuah sekolah rendah bercadang untuk memberi pendidikan pencegahan merokok kepada murid-muridnya. Beliau mendapatkan sebuah filem yang membincangkan bahaya rokok dan pentingnya menjauhkan diri daripada gejala tersebut. Filem itu berulangkali menyampaikan mesej agar murid seharusnya menyatakan tidak kepada rokok. Berdasarkan filem itu juga ada menunjukkan adegan murid menyatakan tidak kepada individu yang cuba memberi rokok kepadanya. Guru telah menayangkan filem itu di dalam setiap kelas dan bertanyakan kepada murid-murid sekiranya mereka ada sebarang persoalan.

Berdasarkan situasi di atas, huraikan kesilapan yang dilakukan oleh guru dalam melaksanakan prosedur latihan kemahiran tingkah laku. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

RUMUSAN
1. Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua yang utama, iaitu teori tingkah laku 2. 3. 4. 5. 6. 7.

behaviorisme dan teori pembelajaran sosial. Konsep asas teori pembelajaran adalah pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran sosial. Pelaziman klasik memberi fokus kepada hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Dalam pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan tersebut. Tingkah laku dianggap terhasil daripada pemerhatian dan peniruan yang melibatkan proses mental sebagaimana dikemukakan dalam teori pembelajaran sosial. Melalui peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk, dan latihan kemahiran tingkah laku, murid dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Hukuman positif dan hukuman negatif menghentikan tingkah laku murid yang dianggap tidak sesuai. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya menjadi pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan kepada pertimbangan etika yang sewajarnya.

Pendekatan Pembelajaran | 62

KATA KUNCI
1. Tingkah laku 2. Pelaziman klasik 3. Pelaziman operan 4. Pembelajaran sosial 5. Peneguhan 6. Hukuman 7. Pemerhatian 8. Peniruan 9. Membentuk (shaping) 10. Latihan kemahiran tingkah laku

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. Senaraikan tokoh-tokoh utama teori pembelajaran berserta sumbangan mereka. Apakah perbezaan utama antara peneguhan dan hukuman? Apakah yang membezakan hukuman positif dan hukuman negatif? Berikan contoh-contoh bagi peneguhan positif yang boleh diamalkan di sekolah. Pada pendapat anda, apakah implikasi pelaksanaan hukuman positif di sekolah? Adakah anda akan melakukan prinsip ini apabila murid anda membuat kesalahan? Jika tidak, apakah yang akan anda lakukan?

RUJUKAN
Burger, J. M. (2000). Personality. (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Comer, R.; & Gould, E. (2011). Psychology around us. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc. Eysenck, M. W.; & Flanagan, C. (2000). Psychology for AS level. East Sussex: Psychology Press Ltd. Miltenberger, R. (2008). Behavior modification: Principles and procedures. (4th ed). Pacific Grove CA: Brooks & Cole Publishing. Papalia, D. E.; Olds, S. W.; & Feldman, R. D. (2004). Human development. (9th ed). Boston: McGraw-Hill.

Pendekatan Pembelajaran | 63

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


Kemungkinan suasana kelas dan tugasan merupakan rangsangan aversif kepada murid. Hal ini A menyebabkan murid lebih suka untuk berdiri di luar pintu kelas dan mendapat peneguhan negatif daripadanya. Murid juga berkemungkinan mendapat peneguhan positif sepanjang menjalani dendaan yang dipanggil time-out ini. Contohnya, dia dapat berbual dengan murid lain yang lalulalang di koridor sekolah atau dapat memerhatikan keindahan persekitaran sekolah sepanjang hari tanpa perlu belajar.

Prosedur latihan kemahiran tingkah laku.

Filem yang ditayangkan oleh guru hanya memberikan arahan dan menunjukkan model. Oleh sebab guru tidak melaksanakan latihan kepada murid dan memberi maklum balas, maka murid C hanya memperoleh maklumat dan penerangan. Murid tidak berpeluang untuk mencuba tingkah laku yang dimodelkan melalui aktiviti main peranan, dan tidak dapat menerima maklum balas daripada latihan yang dijalankan. Selain itu, murid mungkin boleh meniru tingkah laku berdasarkan tayangan filem tetapi tidak dapat memastikan sama ada pelaksanaannya sesuai ataupun tidak.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 64

UNIT 5 PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan fitrah manusia berdasarkan Teori Pilihan. 2. Membincangkan konsep-konsep dalam Teori Pilihan dan Terapi Realiti. 3. Mengaitkan Teori Pilihan dan Terapi Realiti dengan pembangunan sahsiah guru.

5.1

PENGENALAN

eori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku, Teori Rasional Emotif Tingkah Laku, Teori Pilihan Terapi Realiti dan lain-lain. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan Kognitif adalah semua masalah individu dianalisis berdasarkan kognitif. Manakala perbezaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar. Dalam penulisan teori kogitif ini, Teori Pilihan Terapi Realiti telah dipilih sebagai teori yang dibincangkan. Ini disebabkan banyak kajian-kajian sebelum ini Teori Pilihan Terapi Realiti sesuai digunakan dalam konteks pendidikan dan persekolahan. Seterusnya, dalam Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. Setiap individu bebas untuk membuat pilihan. Oleh itu, Teori Pilihan Terapi Realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 65

Jika kau fikirkan boleh, Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usaha mu tidak menentu, Jika kau fikirkan kegagalan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan, Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Berfikir boleh melakukan, Fikirkan boleh, Percaya apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Bertindak atas kemampuan, Engkau boleh.

Rajah 5.1 : Lagu Fikirkan Boleh

Pernahkah anda mendengar lagu Fikirkan Boleh? Apa yang anda faham tentang lirik lagu tersebut? Adakah apa yang kita fikirkan mempengaruhi tingkah laku kita? Siapa yang membuat pilihan untuk berfikir dan bertingkah laku?

Rajah 5.2 : Buah rambutan dan epal Berdasarkan kepada gambar di atas, yang mana satukah pilihan anda? Adakah anda ingin memilih salah satu atau kedua-duanya? Mungkinkah anda juga tidak mahu memilih keduadua buah tersebut? Siapakah yang menentukan keputusan untuk diri anda?

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 66

Setiap kehidupan kita ditentukan oleh pilihan kita sendiri. Apa yang kita pilihnya biasanya datang daripada hati sanubari kita. Walaupun hakikat kadang-kadang kita suka, tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Dalam ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka. Salah satu teori teori yang membincang tentang pemikiran dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan.

5.2

SIAPAKAH PENGASAS TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI?


eori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California.

Rajah 5.3 : William Glasser (1925 hingga sekarang)

5.3

TEORI PILIHAN

eori Pilihan (Choice Theory) membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas (basic needs) tidak dipenuhi. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas atau dinamakan juga basic needs (Glasser 2001). Menurut Glasser (2001) pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami basic needs

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 67

individu yang merangkumi aspek fisiologi dan psikologi. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang sekeliling. Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai, dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas dalam Teori Pilihan bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih apa yang sewajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Seterusnya, keperluan terhadap keseronokan adalah keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan berekreasi. Selain itu keperluan dari aspek psikologi itu tidak cukup sekiranya tidak ada aspek fisiologi. Fisiologi ini merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan, dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi keperluan yang diingini. Glasser (1998) menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan kepada realiti yang sebenar.
Apa yang saya inginkan dalam kehidupan ini?

Kebebasan?? Kuasa??

Kasih sayang dan kepunyaan?? Kelangsungan hidup??

Keseronokan??

Rajah 5.4 : Keperluan asas psikologi dan fisiologi manusia

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 68

5.4

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH BERDASARKAN TEORI PILIHAN?

ndividu bermasalah berdasarkan Teori Pilihan apabila apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi, penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan kelangsungan hidup). Begitu juga konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak. Keadaan ini, boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu. Keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal. Personaliti gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Personaliti gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. Personaliti gagal akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Individu yang gagal ini akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.

Rajah 5.5 : Individu gagal dan individu berjaya

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 69

Mana satu pilihan anda individu gagal atau individu berjaya? Siapa yang membuat pilihan tersebut?

Mana satu pilihan individu: Individu berjaya atau Individu gagal? Terdapat dua kategori pilihan tingkah laku dalam kehidupan iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif . Individu yang berjaya mempamerkan tingkah laku yang efektif: a. Sentiasa menyokong orang lain b. Sentiasa mendapat galakan c. Kemahiran mendengar yang tinggi d. Mudah menerima orang lain e. Mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain f. Menghormati orang lain g. Selalu berunding Individu yang gagal mempamerkan tingkah laku tidak efektif: a. Selalu mengkritik b. Selalu menuduh orang lain tanpa bukti c. Sentiasa tidak bepuas hati d. Selalu berleter e. Rasa terancam f. Buat sesuatu kerana takutkan hukuman g. Terlalu mengawal orang lain

5.5

KATA KUNCI DALAM TEORI PILIHAN


a. Apakah kehendak kualiti (quality world)? Setiap individu mempunyai kehendak/harapan atau impian masing-masing. Ianya bergantung kepada sejauhmana pengalaman kita dengan orang lain, benda, kepercayaan dan situasi yang kita alami. Quality World menghasilkan satu kehendak/idaman/harapan yang kita inginkan.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 70

b.

Apakah keperluan asas (basic needs)? Keinginan kita banyak ditentukan oleh basic needs (keperluan asas). Manusia mempunyai empat jenis keperluan psikologi dan satu keperluan fisiologi. Keperluan psikologi adalah: Menyayangi dan ingin dimiliki o ii. Inginkan penghargaan o iii. Inginkan kegembiraan o iv. Inginkan kebebasan Keperluan fisiologi adalah untuk terus hidup. Apakah tingkah laku keseluruhan (total behaviour)? Kesemua perlakuan, pemikiran, perasaan dan fisiologi adalah tingkah laku keseluruhan. Kita boleh kawal apa yang kita buat dan kita fikir tetapi bukan kepada perasaan atau badan kita sebab kita bukan robot.

c.

d.

Apakah identiti berjaya dan identiti gagal? Identiti berjaya :Mengalami rasa cinta, rasa dihargai dan keperluan psikologikalnya. Identiti gagal :Tidak ada rasa dicintai, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa.

e.

Individu bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidupnya Setiap pilihan berdasarkan kepada keperluan asas. Setiap pilihan mempunyai risiko. Individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif. Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya. Tingkah laku tidak efektif membentuk identiti gagal.

f.

Perlakuan tidak efektif dan efektif Rasa tidak gembira kerana hubungan yang tidak baik di sebabkan oleh pengaruh kawalan luaran. Rasa menderita kerana hubungan yang tidak baik Keperluan psikologi dan fisiologi tidak dapat dipenuhi Fizikal dan mental Diri rasa kecewa

Psikologi yang tidak tenteram Memilih tingkah laku yang tidak berkesan Rajah 5.6 : Tingkah laku tidak efektif

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 71

Rasa gembira kerana Gembira kerana hubungan yang mempunyai hubungan yang baik baik disebabkan pilihan Keperluan psikologi dan fisiologi sendiri dipenuhi Psikologi yang sihat dan gembira

Tiada simptom Kepuasan hidup Memilih tingkah laku berkesan

Rajah 5.7 : Tingkah laku efektif

RUMUSAN DALAM TEORI PILIHAN (CHOICE THEORY) a. Kita boleh mengawal tingkah laku kita b. Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan c. Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan. d. Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud e. Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang f. Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki, inginkan penghargaan, inginkan kebebasan, inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup. g. Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita h. Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 72

Rajah 5.8 : Kerangka Teori Pilihan Berdasarkan rajah 5.5, huraikan pembentukan identiti yang berjaya dan identiti gagal? Terdapat banyak masalah disiplin yang berlaku seperti ponteng sekolah kerana murid bertingkah laku tidak efektif. Pada pendapat anda, apa yang menyebabkan murid berkelakuan sedemikian?

5.6

TERAPI REALITI

erapi Realiti adalah salah satu teori yang besar dalam pendidikan psikologi kaunseling. Terapi ini adalah sebahagian daripada pendekatan Kognitif. Terapi Realiti tidak boleh dipisahkan dengan Teori Pilihan. Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia itu bertingkah laku manakala Terapi Realiti adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terapi ini adalah suatu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya. Terapi Realiti berfokus kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid. Proses dalam Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 73

5.7

APLIKASI TERAPI REALITI BERASASKAN SISTEM WDEP

DEP merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu tersebut. Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan) manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited). Tegasnya, strategi WDEP merupakan langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid. Namun begitu sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP ini adalah perlu untuk guru mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan, penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar.

Rajah 5.9 Akromin WDEP bagi menerangkan aplikasi Terapi Realiti Guru Mewujudkan Suasana Perbincangan Yang Kondusif Pembinaan perhubungan yang tulen, mesra, tidak menghukum, menerima dengan seadanya, menunjukkan empati, fokus pada isu murid, berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor adalah merupakan suasana yang yang wajar diwujudkan sebelum sistem WDEP itu diterapkan. Selain itu guru hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan, menuduh, mengkritik, memaksa murid, tidak menghargai murid, mewujudkan ketakutan dan mudah berputus asa.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 74

Guru Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi Murid Penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants, Needs & Perception) di mana guru akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya. Apakah harapan murid di dalam hidupnya? dan apakah yang tergambar dalam kotak fikiran murid terhadap keinginan yang mereka tidak dapat?. Guru juga berkongsi dari segi sejauh manakah keperluan asas psikologi dipenuhi mengikut Terapi Realiti iaitu keperluan untuk disayangi dan menyayangi, keperluan membuat pilihan di atas kebebasan yang diberi, kuasa untuk menghargai dan dihargai oleh orang lain, rasa kegembiraan yang wujud di dalam diri dan sejauh manakah kehidupan ini dapat diteruskan hasil daripada keperluankeperluan tadi dapat dipenuhi. Hasil daripada perkongsian antara guru dan murid akan melahirkan rasa komitmen di kalangan murid untuk meneruskan pilihannya mengadakan perbincangan dengan guru. Guru Meneroka Arah Tuju Pelajar (Doing and Direction) Setelah penglibatan diperolehi daripada murid, langkah yang seterusnya adalah guru hendaklah bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya. Elemen D (Doing & Direction) akan muncul apabila guru perlu memfokuskan kepada tingkah laku semasa murid. Walaupun tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan guru adalah kepada tingkah laku semasa murid. Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh murid. Terapi ini juga tidak melihat pengalaman lampau sebagai asas penerokaan masalah murid tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu tingkah lakunya pada masa kini. Murid Membuat Penilaian Terhadap Diri Mereka (Evaluation) Setelah mendapat maklumbalas daripada guru tentang usaha yang ingin dilakukan oleh murid untuk mengubah tingkah lakunya, penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan-perlakuan yang ingin dijalankan. Guru bukan sekadar menilai tingkah laku yang wujud tetapi ianya juga melibatkan persepsi, komitmen dan kesediaan murid untuk berubah. Penilaian yang dibuat adalah berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya. Guru Berbincang Tentang Pilihan Murid Membuat Tindakan (Planning and Commitment) Langkah yang terakhir dalam penggunaan terapi ini adalah guru menggunakan konsep P (Plan of Action). Dalam konteks ini guru membantu murid membuat perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah. Perancangan yang dirancang bersama murid perlu mudah, boleh dicapai oleh murid, boleh diukur, segera dibuat oleh murid, penglibatan murid, murid mengawal setiap perancangannya, murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan. Pelan dan perancangan yang dibuat adalah untuk membantu murid. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian murid. Masalah yang timbul apabila murid tidak mengikut perancangan dengan baik. Di sini pentingnya komitmen murid untuk memastikan murid bersungguh-sungguh untuk berubah.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 75

Sila isi maklumat berikut berdasarkan prosedur dalam WDEP

Jadual 5.10: Analisis diri Analisis Diri Want (Kemahuan) Doing (Buat ) Evaluation (Penilaian) Plan (Perancangan)

CONTOH PENGGUNAAN TERAPI REALITI OLEH GURU Guru hendaklah mewujudkan hubungan erat dengan murid. Guru hendaklah memahami kehendak (quality world) dan keinginan murid yang sebenar. Contoh : Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid

: : : : : : : : : :

Salam saudara. Apa khabar? Baik sahaja Apa yang boleh saya bantu saudara? Saya terlibat dalam tingkah laku buli. Boleh anda ceritakan dengan lebih jelas... (Meneroka kehendak murid berdasarkan kepada keperluan asas) Saya ejek mereka...Saya kata macam-macam pada kawan saya tu. Ok...Teruskan Kadang-kadang saya minta duit daripada mereka. Kalau mereka tak bagi saya denda mereka. Denda bagaimana tu? Biasanya saya suruh murid tu jalan itik ke, ketuk ketampi

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 76

ke, pumping ke dan lain-lain lagi lah. Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru : : : : : : : : : Apa yang anda rasa setelah membuli orang lain? Saya rasa seronok sangat. (Keperluan keseronokan) Apa yang anda fikirkan bila anda buat orang lain begitu? (Meneroka tingkah laku keseluruhan) Saya fikir semua orang mesti ikut cakap saya Apa yang awak dapat? Saya rasa, saya hebat (Keinginan terhadap ingin dihargai) Bila rasa hebat, apa yang awak dapat? Saya dapat tunjukkan pada orang lain bahawa saya berkuasa (Keinginan dihargai) Ok.. apa yang saya faham anda bertingkah laku buli kerana ingin menunjukkan bahawa anda berkuasa. Dan dalam masa yang sama anda seronok membuli orang lain. Ya...memang benar.

Murid

Pada tahap yang pertama, guru telah cuba mengenal pasti apa keinginan sebenar yang menyebabkan murid itu membuli. Keinginan yang dikenal pasti adalah murid itu ingin dilihat sebagai berkuasa dan seronok dengan aktiviti buli tersebut. Seterusnya, guru cuba melihat apa kesan kepada perasaan, pemikiran dan tingkah laku sekiranya murid tidak mendapat apa yang dia inginkan. Guru : Ok..sekiranya anda tidak dapat membuli orang lain, apa yang anda rasa? (Meneroka tingkah laku keseluruhan) Saya rasa tak puas cikgu...Mana boleh cikgu saya senior mestilah ada power berbanding dengan junior. (Keinginan untuk dihargai) Ok...apa yang anda fikirkan bila anda ada power? Mestilah saya lebih daripada orang lain. Orang lain mesti ikut cakap saya. Selama ni siapa yang hargai saya. Inilah

Murid

Guru Murid

: :

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 77

masanya untuk saya mengajar sedikit budak-budak junior tu. (Keinginan ingin dihargai) Guru Murid Guru Murid : : : : Saya dengar anda tidak dihargai oleh orang lain. Benar cikgu. Siapa kat sekolah hargai saya....? (tunduk muka kesedihan) Maksud anda? Yelah... Mana ada orang hargai saya. Baik cikgu atau pelajar. Saya terkenal dengan perangai jahat. Saya tak layak jadi baik. Saya memang jahat cikgu. Ibu bapa saya pun tak pernah sayang saya. Mereka tahu marah dan pukul saja. Hidup saya tak pernah bahagia. Saya rasa diri saya ni macam sampah. Saya nak orang hargai saya. Saya juga manusia cikgu. Saya ada hati dan perasaan. Saya nak orang ikut cakap saya macam saya ikut juga cakap mak bapak saya. Macam saya ikut juga cakap cikgu. (Keinginan untuk rasa disayangi) Ok..apa yang saya faham anda ingin dihargai macam orang lain juga. Bila orang tidak hargai anda, maka anda rasa ada hak untuk kawal orang lain agar ikut cakap anda. Ya...benar cikgu.

Guru

Murid

Guru membuat penilaian terhadap kehendak sebenar murid. Guru : Adakah anda rasa bila anda membuli orang lain, orang akan hormat kepada anda? (Membuat penilaian terhadap keinginan ingin dihargai) Tak pasti Adakah dengan membuli sahaja salah satu cara untuk membolehkan orang hormat kepada anda? (Membuat penilaian terhadap ingin dihargai) Setakat ini, itulah cara yang paling berkesan Sejauhmana kesannya? (Penilaian terhadap kesan) Tak tahu... Adakah tak ada cara lain yang lebih baik?

Murid Guru

: :

Murid Guru Murid Guru

: : : :

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 78

Murid Murid Guru

: : :

Apa caranya? Saya pun tak tahu sebab saya rasa diri saya bukan baik sangat Ianya berbalik kepada matlamat anda datang ke sekolah ini. Apa tujuan anda datang ke sekolah ini? (Penilaian terhadap matlamat diri) Memanglah datang kat sekolah ni nak belajar Ok..jika anda datang nak belajar, adakah tingkah laku anda selaras dengan matlamat anda datang ke sekolah (Penilaian terhadap keinginan dan tingkah laku) Tak tahu...belajar-belajarlah. Tapi kalau orang tak hormat saya, saya tibailah Adakah dengan cara anda tibai murid lain ianya membantu anda dalam kehidupan seorang pelajar? (Penilaian terhadap tingkah laku murid) Tak pasti. Ok, bagaimana sekiranya setelah anda didapati bersalah membuli orang lain dan kemudiannya anda dibuang sekolah. Adakah anda sanggup berhadapan dengan risiko ini? Tak nak cikgu. Jika tak nak, adakah anda ingin mengekalkan tingkah laku buli sedangkan anda ada pilihan lain untuk orang hormat anda dengan cara yang lebih baik. (Penilaian terhadap pilihan murid) Bagaimana cikgu ?

Murid Gurur

: :

Murid Guru

: :

Murid Guru

: :

Murid Guru

: :

Murid

Jika pelajar bertanyakan ayat Bagaimana cikgu? ini menandakan bahawa pelajar bersetuju untuk berbincang dengan guru untuk memilih tingkah laku yang lebih sesuai selaras dengan kehendak psikologinya. Pada tahap seterusnya guru berbincang dengan murid apa rancangan beliau seterusnya Guru : Bagaimana anda ingin mebolehkan orang hormat anda tanpa menyakiti orang lain? (Penilaian terhadap perancangan murid) Saya mesti berbuat baik dengan mereka

Murid

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 79

Guru Murid Guru Murid

: : : :

Buat baik bagaimana? (Semak perancangan secara spesifik) Saya mesti hormat mereka. Bagaimana anda hormat mereka? (Semak perancangan secara realistik) Saya kena bagi salam kat mereka ke...Senyum sikit pada mereka...Anggap mereka juga ada perasaan seperti saya... Bantu mereka ke dan macam-macam lagi. Bagus...Nampaknya anda tahu apa yang anda nak buat.Tapi adakah ianya sesuai dengan diri anda dilakukan dalam masa sekarang (Memberi sokongan dan menilai kesesuaian dengan diri murid) Jika saya rasa sesuai, saya buatlah. Mana yang lebih sesuai sekarang? (Menyemak perancangan masa kini) Saya rasa saya tak nak buli orang lagi, saya cuba nak faham bahawa orang lain juga ada perasaan. Bagaimana anda nak buat? (Menilai perancangan yang sesuai) Saya buat tak tahu je dan kalau jumpa orang senyum je lah Adakah itu langkah yang baik? (Menilai perancangan secara boleh diukur) Buat masa sekarang ni itulah yang saya mampu sekurang-kurang saya tak buli orang lain Bagus...Kita sama-sama tengok tingkah laku anda dalam masa sebulan ni. Apa reaksi anda bila anda berjumpa dengan junior anda. (Beri sokongan terhadap klien) Ok cikgu saya cuba. Anda sekadar nak cuba atau memang anda nak berubah Saya rasa nak berubah tapi saya tak pasti sejauhmana kekuatan saya Ok..anda lakukan dulu mana yang anda mampu kemudian mulai sebulan dari

Guru

Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru

: : : : : : : :

Murid Guru Murid Guru

: : : :

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 80

sekarang kita akan jumpa kembali. (Beri harapan terhadap pilihan klien) Murid : Terima kasih cikgu, saya akan lakukan.

Terdapat seorang murid di dalam kelas anda yang berasa dirinya tidak dipedulikan oleh ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya telah bercerai dan murid tersebut tinggal bersama ibunya. Ibunya sentiasa sibuk kerana telah dianugerahkan Pekerja Cemerlang dalam organisasinya. Boleh dikatakan setiap hari ibunya dipanggil memberi ceramah untuk membincangkan tentang ciri-ciri pekerja yang cemerlang. Murid tersebut rasa dirinya tidak berguna dan dibenci oleh ibunya. Beliau berpendapat tidak ada gunanya tinggal di rumah itu lagi. Beliau sangat terkilan dengan sikap ibu yang kerap memarahinya kerana prestasi akademiknya merosot. Beliau juga mula terlibat dengan gejala yang negatif iaitu merokok dan ponteng sekolah. Berdasarkan masalah murid tersebut, sila isi maklumat dalam Rajah 5.11 mengikut kefahaman anda tentang Teori Pilihan dan Terapi Realiti.

1. SITUASI: Apa yang saya mahu dalam hidup saya?

2. DESKRIPSI KESELURUHAN TINGKAH LAKU: Perasaan : Fisiologi : Pemikiran : Perlakuan :

3. PENILAIAN: Adakah saya mendapat apa yang saya inginkan? Apa halangannya?

4. PELAN TINDAKAN: Apa pilihan saya bagi mencapai kehendak saya ?

5. SEMINGGU KEMUDIAN: Adakah saya mengikut perancangan yang telah saya atur?

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 81

RUMUSAN
Teori Pilihan boleh digunakan oleh individu untuk memahami tingkah laku dirinya dan orang lain berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang tertentu dalam teori ini manakala, Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu. Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah. Terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggungjawab dan kesannya kepada perlakuan individu. Terapi ini memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.

KATA KUNCI
a. Teori Pilihan b. Kehendak kualiti c. Keperluan asas d. Tingkah laku keseluruhan e. Identiti berjaya f. Identiti gagal g. Bertanggung jawab h. Perlakuan tidak efektif i. Perlakuan efektif j. Terapi Realiti

PENILAIAN KENDIRI
a. b. c. d. Huraikan fitrah manusia berdasarkan Teori pilihan. Senaraikan kata kunci Teori Pilihan. Nyatakan prinsip-prinsip utama Teori Pilihan. Berdasarkan Teori Pilihan, terdapat dua jenis perlakuan individu iaitu perlakuan yang efektif dan tidak efektif. Bincangkan.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 82

RUJUKAN
Ahmad Jazimin Jusoh, Abdul Malek Abdul Rahman, Mohammad Nasir Bistamam dan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010). Kesahan modul kaunseling kelompok choice theory & reality therapy (ctrt) dalam menangani tingkah laku disiplin. Jurnal Perkama,16, 1-12 . Glasser, W. (1965). Reality therapy: A new approach to psychiatry. New York: HarperCollins. Glasser, W. (1986). Control theory in the classroom. New York: HarperCollins. Glasser, W. (1990). Quality school: Managing students without coercion. New York : HarperCollins. Glasser, W. (1998) Choice theory: A new psychology of personal freedom. New York: HarperCollins. Glasser, W. (2000). Reality therapy in action . New York: HarperCollins. Wubbolding, R.E. (1988).Using reality therapy . New York: HarperCollins. Wubbolding, R.E.(1990). Evaluation: The cornerstone in the practice of reality therapy. Omar Psychology Practitioner Series,2, 6-27. Wubbolding, R.E.(1996). Professional issues. The use of questions in reality therapy. Journal of Reality Therapy, 16(1), 122-126. Wubbolding, R.E. & Brickell, J. (1999). Using reality therapy. New York: HarperCollins.

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 83

UNIT 6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan fitrah manusia berdasarkan pendekatan humanistik. 2. Membincangkan konsep-konsep dalam pendekatan humanistik teori Hierarki Keperluan Maslow. 3. Mengaitkan teori Hierarki Keperluan Maslow dalam pembangunan sahsiah guru 6.1 PENGENALAN

endekatan humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam memperkembangkan potensi seseorang individu. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi seseorang individu. Semasa proses pembelajaran, pendekatan humanistik ini lebih berpusatkan kepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang klien. Dalam keadaan ini, konsep humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan, setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli teori ini termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangankan ke tahap optimum. Dalam unit ini Teori Hierarki Keperluan Maslow diutamakan sebagai perbincangan. Abraham Maslow dalam teorinya menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Maslow mengkritik teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi tingkah laku dan Psikoanalisis. Maslow mengkritik Sigmund Freud tentang tanggapan terhadap konflikkonflik tidak disedari. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 84

individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Motivation and Personality pada tahun 1954.

6.2

LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW

B
6.3

Rajah 6.1 Abraham Maslow

eliau dilahirkan pada tahun 1908 di Brooklyn, New York dan merupakan anak sulung dari tujuh adik beradik. Keluarga Maslow adalah imigran Yahudi dari Rusia yang miskin dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Semasa proses pembesarannya, kehidupan Maslow pada waktu kecil adalah susah. Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokkan, penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian. Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya. Faktor keluarga dan masalah persekitaran di luar rumah banyak mempengaruhi kehidupannya. Pada tahun 1967 beliau dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psikologi Amerika. Beliau meninggal dunia dalam usia 62 tahun kerana sakit jantung.

PANDANGAN MASLOW TERHADAP MANUSIA


a. Maslow melihat manusia dengan pandangan yang optimistik. Fokus kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit, tentang perkembangan manusia berbandingkan kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. b. Setiap individu memiliki kebebasan, dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 85

Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya. c. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya d. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan manusia adalah universal tetapi bagaimana cara manusia memenuhi keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. e. Beliau mengakui pentingnya pengalaman di zaman awal kanak-kanak dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini. f. Warisan manusia pada dasarnya adalah baik, tetapi beliau juga tidak menafikan akan wujudnya kejahatan. Pada pendapat Maslow, kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna. Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa berdasarkan teori Maslow ini, manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Manusia juga bersifat bebas dalam had-had tertentu. Manusia bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.

Rajah 6.2 Model Hierarki Keperluan Maslow

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 86

6.4

PERKEMBANGAN PERSONALITI: TEORI HIERARKI KEPERLUAN


eori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy of Need Theory). Teori ini menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia. Susunan keperluan tersebut adalah: a. b. c. d. e. Keperluan fisiologi Keperluan keselamatan Keperluan kasih sayang Keperluan penghargaan kendiri Keperluan kesempurnaan kendiri

Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkahlaku. Bagaimanapun segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, oleh ketakutan dan dengan tidak menyetujuinya. Sungguhpun segala keperluan ini diwarisi sejak lahir, tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yang paling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan. Tidak semua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa yang sama. Secara umumnya hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita. Keperluan yang satu ini adalah bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi. Contohnya, seseorang yang telah berjaya dalam bidang kerjayanya tidak lagi terdesak untuk memenuhi keperluan fisiologinya dan keperluan keselamatan. Mereka mungkin akan mencari keperluan penghargaan kendiri atau kasih sayang. Menurut Maslow keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi contohnya dalam keadaan kegawatan ekonomi, orang mungkin akan kehilangan pekerjaan menyebabkan keperluan fisiologi akan kembali menjadi keutamaan.

Ciri-ciri keperluan
Maslow menghuraikan ciri-ciri dan fungsi keperluan seperti berikut; a. Keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hierarki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hierarki adalah keperluan yang paling lemah. b. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hierarki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. c. Keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat perlu terutama pada masa kanak-kanak.

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 87

d. e. f.

g.

h.

i.

j.

Keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan semasa remaja. Keperluan kepada kesempurnaan kendiri hanya akan wujud apabila seseorang itu telah dewasa terutamanya apabila telah mencapai pertengahan umur. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hierarki akan menimbulkan pelbagai masalah. Atas alasan ini maka Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. Jika keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambahkan kecekapan biologi. Atas alasan ini Maslow menamakan keperluan peringkat atasan ini sebagai keperluan growth atau being of needs. Memenuhi keperluan peringkat atasan ini memberi faedah kepada aspek biologi dan juga aspek psikologi. Memenuhi kepuasan pada peringkat ini akan menjadikan hidup lebih gembira dan bermakna. Memenuhi kepuasan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni. Sebaliknya memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. Sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hierarki menjadi penting atau dipenuhi. Dalam kajiannya Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri.

Keperluan fisiologi
Keperluan ini adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, keperluan tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan ini bersifat biologikal. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.

Rajah 6.3 Contoh keperluan fisiologi

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 88

Bagaimanakah dengan keperluan fisiologi anda? Bolehkah anda kenalpasti keperluan fisiologi yang anda masih belum perolehi? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

Keperluan keselamatan
Keperluan ini termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Menurut Maslow keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanakkanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan. Pada masa kanak-kanak, mereka menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Pada tahun permulaanya, kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang dalam masyarakat. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia.

Rajah 6.4 Contoh keperluan keselamatan Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan keperluan keselamatan murid anda di sekolah? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 89

Keperluan kasih sayang


Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Misalnya kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain contohnya memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya atau ahli keluarganya. Sementara pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan dari sahabat dan rakan sebaya.

Contoh keperluan kasih sayang


Keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yang sentiasa berubah. Perubahan tempat tinggal, perubahan tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya menyebabkan individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara. Contohnya: Menganggotai persatuan atau kelab akan menjadikan diri anda sentiasa diberikan penghargaan dalam setiap acara yang diwakili. Bahkan setiap kemenangan dan pencapaian yang cemerlang akan dihargai melalui pelbagai acara penganugerahan. Bagi Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi, manusia akan merasai gelisah, kecewa dan tidak tenteram. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi.

Adakan anda bersetuju bahawa setiap manusia memerlukan kasih sayang dan ia merupakan elemen motivasi yang penting yang diperlukan oleh murid? ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 90

Keperluan perhargaan kendiri


Keperluan ini merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan dari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: a. penghargaan terhadap diri sendiri b. penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan lain kata untuk mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Sambutan hari guru merupakan salah satu contoh penghargaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada para guru. Bahkan, murid-murid sentiasa menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru melalui hadiah-hadiah yang diberikan setiap kali menjelangnya sambutan hari guru. Kerana itu, jika keperluan penghargaan kendiri ini dapat dipenuhi dengan sebaiknya ianya boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain diperlihatkan dari keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengikhtirafan, penghormatan dan sebagainya. Namun begitu, jika keperluan ini tidak tercapai, ianya akan menimbulkan masalah seperti:

Rajah 6.5 Kesan kurang penghargaan kendiri

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 91

Adakah anda pernah dihargai oleh seseorang di atas hasil usaha atau pertolongan anda selama ini? Jika tidak, adakah ada berasa kecewa dan tidak akan membantunya lagi? _____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Keperluan kesempurnaan kendiri


Keperluan ini berada di peringkat paling atas. Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini. Keperluan ini merangkumi: a. Kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimiliki b. Bakat dan kebolehan

Rajah 6.6 Contoh kesempurnaan kendiri Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri ini akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya. Inidividu yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi, kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

6.5

CIRI-CIRI MANUSIA YANG MENCAPAI KESEMPURNAAN


ntara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah: a. mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti b. penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaran c. suka mempermudahkan dan berkecuali

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 92

d. e. f. g. h. i. j.

berdedikasi terhadap sesuatu sebab memerlukan kepada hak diri menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas minat untuk bersosial toleransi dan dapat menerima orang lain kreativiti dan keaslian penolakan terhadap tekanan sosial

Pada pendapat anda, siapakah tokoh-tokoh di Malaysia yang telah mencapai ke hirarki kesempurnaan kendiri? Nyatakan pendapat anda dengan hujah yang bernas? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

6.6

FAKTOR PENYEBAB KEGAGALAN MANUSIA MENCAPAI KESEMPURNAAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan manusia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan kendiri. Di antara faktor tersebut ialah: a. Semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hierarki, semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya.Sebagai contohnya, dalam keadaan krisis ekonomi yang semakin teruk, maka keperluan fisiologi akan semakin dipentingkan dalam kehidupan manusia berbanding dengan keperluan untuk mendapatkan kesempurnaan kendiri. b. Faktor corak atau amalan pendidikan yang diterima. Sebagai contohnya, sebelum ini masyarakat beranggapan anak perempuan tidak perlu belajar ke peringkat yang lebih tinggi sebab tanggungjawab orang perempuan adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak lebih penting. Hal ini menyebabkan keinginan untuk mendapatkan keperluan yang lebih tinggi tidak timbul. c. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak misalnya tidak dibenarkan mengemukakan ideaidea yang baru, tidak dibenar bertingkahlaku yang agresif, tidak dibenarkan membuat sesuatu yang baru dan sebagainya akan menjadikan kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang tidak mempunyai keyakinan apabila dewasa dan seterusnya akan menyekat mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada kesempurnaan kendiri. d. Faktor Jonah Complex iaitu merujuk kepada perasaan takut dan bimbang tentang keupayaan diri sendiri. Individu tersebut takut untuk mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau selalu melihat kekurangan yang ada pada dirinya. Tahap kesempurnaan kendiri tidak dicapai kerana kesempurnaan kendiri memerlukan keberanian, usaha, disiplin dan kawalan diri.

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 93

6.7

RUMUSAN TEORI

Dalam teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Keperluan manusia ini diterangkan oleh Maslow secara hierarki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan diakhiri dengan keperluaan kesempurnaan kendiri. Untuk memenuhi keperluan ini, keperluan yang terletak paling bawah dalam hierarki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Jika keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan, maka terjadilah masalah psikologi pada individu tersebut.

6.8

APLIKASI TEORI DALAM BILIK DARJAH


Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalam dan di luar bilik darjah.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Guru merupakan fasilitator kepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran.

Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Selain itu, guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan berfaedah. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan dan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid berasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai kaedah aktiviti dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran. Ini adalah berguna untuk murid yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar. Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 94

mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Aktiviti sebegini secara tidak langsung menanamkam minat kepada murid untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam kerjaya dan kehidupan. Secara ringkasnya, implikasi pemahaman konsep Hierarki Keperluan Maslow dalam amalan bilik darjah dapat dikenal pasti sebagaimana berikut: a. Guru seharusnya memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. b. Guru seharusnya menjadikan bilik darjah dalam keadaan yang kondusif. c. Guru seharusnya bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. d. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan positif yang sesuai kepada murid. e. Guru hendaklah bijak merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. f. Guru haruslah sentiasa bijak mengenal pasti segala kebolehan dan keistimewaan yang ada pada murid untuk dikembangkan secara optimum. g. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid memahami dan menerima diri serta terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial.

Kebanyakan murid yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah merupakan golongan pelajar yang tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Sebagai seorang bakal pendidik yang telah memahami secara mendalam mengenai teori hierarki keperluan Maslow. Apakah pendekatan aktiviti yang anda boleh gunakan untuk menanamkan kesedaran kepentingan pendidikan dan menimbulkan motivasi kepada murid? i. ______________________________________________________________________________ ii. ______________________________________________________________________________ iii. ______________________________________________________________________________ iv. ______________________________________________________________________________

RUMUSAN
Apabila seseorang berjaya mencapai satu peringkat keperluan dan ini secara langsung akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang murid demi memenuhi kehendak murid. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat murid mengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa setiap keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan setiap daripada keperluan-keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang murid yang memerlukannya.

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 95

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah memberi gambaran bahawa perkembangan individu atau murid perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. Oleh itu bagi mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang murid. Dengan menyedari keperluan seseorang murid, guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang maksimum.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Hierarki Keperluan Optimistik Kebebasan Keperluan fisiologi Keperluan Keselamatan Keperluan Kasih Sayang Keperluan Penghargaan Kendiri Keperluan Kesempurnaan Kendiri Kendiri Humanistik

PENILAIAN KENDIRI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Apakah perbezaan pendekatan humanistik dengan pendekatan psikoanalisis? Apakah pandangan Maslow terhadap manusia? Apakah peringkat-peringkat keperluan dalam model hierarki keperluan Maslow? Huraikan hierariki keperluan menurut Maslow. Bagaimana keperluan tersebut boleh dicapai? Apakah perbezaan di antara keperluan peringkat atas dengan keperluaan peringkat bawah? Apakah perbezaan pandangan terhadap manusia di antara Maslow dengan Freud? Bagaimanakah yang boleh difahami seseorang itu telah mencapai kesempurnaan kendiri? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru untuk memotivasikan pelajarnya? Mengapa penting seseorang itu untuk mencapai ke peringkat kesempurnaan kendiri? Mengapakah tidak semua manusia mampu mencapai kepada kesempurnaan kendiri?

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow

| 96

RUJUKAN
Allen, B.P. (2000). Personality theories: Development, growth and diversity (3rd Ed.). USA: Allyn & Bacon. Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach personality theories: Basic assumptions, research and applications (4th Ed.). USA: Thomson Learning Cloninger, S.C. (2003). Theories of personality (6th Ed.). New Jersey: Prentice Hall,Inc. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Schuiltz, D & Schultz, S.E. (2005 ). An introduction to theories of personality. (8th Ed.). New Jersey: Brooks / Cole Publishing Company.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 97

UNIT 7 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI, PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan. 2. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan. 3. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan dalam Pembangunan Sahsiah guru. 7.1 PENGENALAN
A man is, but the product of his thoughts what he thinks, he becomes Manusia adalah produk daripada pemikirannya. Apa yang difikirannya, itulah jadinya (Mahatma Gandhi, 1869 1948)

Melihat sejenak daripada pernyataan di atas, apakah yang dapat anda fahami? Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan kepentingan mempelajari nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara. Nilai-nilai Bitara yang terdiri daripada integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif dapat melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental. ita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan, sesuatu sistem tersebut tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem itu. Dalam konteks ini, sebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 98

profesionalisma dan kredibiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Nilainilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi anda dengan melahirkan ideaidea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah dan lain-lain. Bagaimanakah nilai-nilai ini terbentuk?

Rajah 7.1 Pembentukan nilai

Rajah 7.1 menggambarkan pembentukan nilai daripada faktor-faktor pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan persekitaran. Faktor kepercayaan misalnya menerangkan kepercayaan kepada agama yang dianuti, tidak kiralah sama ada agama Islam, Buddha, Kristian atau Hindu yang memberi penekanan untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan tidak melakukan perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya dan kejahatan kepada individu yang lain. Pernahkan anda mendengar pepatah melayu orang dahulu kala pengalaman mematangkan kita? Pengalaman sememangnya memberikan kita ilmu yang kebanyakannya tidak dipelajari di sekolah. Antara faktor-faktor pembentukan nilai tersebut, yang manakah paling banyak menyumbang dalam membentuk nilai peribadi anda? Apakah faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam membentuk nilai diri anda?

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 99

Sebelum memulakan pengajaran dalam mengenali personaliti Bitara ini, mari kita tentukan apakah personaliti anda. Kenal pasti personaliti anda dengan menggunakan soal-selidik Jung Typology Test dengan melawati laman web di alamat http://www.humanmetrics.com/cgiwin/JTypes2.asp. Selepas anda selesai, refleksi dapatan anda dengan menjawab soalan berikut: a. Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri? b. Adakah dapatan tersebut dapat membantu anda dalam membaiki sikap personaliti anda?

7.2 APA ITU BITARA?

itara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.

Rajah 7.2 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 100

7.3

VISI DAN MISI UPSI

Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Rajah 7.3 Misi dan visi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ilai-nilai Bitara dapat memantapkan dan menyokong misi dan visi UPSI seperti yang tertera di dalam rajah di atas. Untuk mencapai misi di atas, UPSI berazam dan beriltizam:

a. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam ilmu b. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang c. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara d. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis e. Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalisis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. (dipetik daripada laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011)

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 101

Di dalam unit 7 ini, tiga nilai Bitara akan diterangkan dengan mendalam manakala tiga nilai lagi akan dibincangkan dalam modul 8. Secara ringkasnya, nilai-nilai ini Bitara ini dapat diterangkan seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 7.4 Nilai Bitara Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan

7.4

APA ITU NILAI BITARA UPSI 1: INTEGRITI?

ntegriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 102

Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain.

Rajah 7.5 Nilai Integriti Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Petunjuk Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Petunjuk Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Di Malaysia, menciplak harta intelek orang lain masih lagi dipandang remeh dan sekiranya dikenakan tindakan, hukuman yang dikenakan sangat minimum. Di negara yang sudah maju sistem akademiknya, menciplak harta intelek orang lain boleh dikenakan hukuman berat dan boleh

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 103

digantung status profesion akademik seseorang. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, untuk menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh ahli akademik yang lain, adalah wajib untuk meminta izin dan membayar sejumlah wang sebelum menggunakannya. Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak, soal selidik bolehlah digunakan tanpa adanya isu etika. Hal Ini juga sama dengan menggunakan isi-isi penting di dalam artikel individu yang lain di mana hasil kerja mereka haruslah diberi akreditasi jika tidak, kita akan dikenakan hukuman plagiarism. Ini juga selaras dengan tuntutan guru yang lain iaitu tidak menyalahgunakan kedudukan sebagai ahli akademik untuk kepentingan diri sendiri. Sepanjang pengalaman anda sebagai guru, kongsikan bersama pengalaman anda tentang sikap negatif ini sekiranya ada. Petunjuk Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Petunjuk Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Berikan sebab-sebab kenapa mempunyai semangat integriti itu penting dengan anda sebagai mahasiswa UPSI serta guru di sekolah. Mahasiswa UPSI Guru Sekolah

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 104

7.5

APA ITU NILAI BITARA UPSI 2: PROFESIONAL?


Apakah yang anda bayangkan sebelum menjejaki UPSI? Apa yang anda cita-citakan di sini?

Rajah 7.6 Nilai Professional

rofesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Ini juga berlaku di syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan rangkaian terbesar Facebook. Facebook sebagai contohnya memerlukan setiap pekerja berfikiran kreatif dan inovatif (petunjuk ini akan dibincangkan lebih mendalam di Modul 8) dengan menghasilkan idea pada aplikasi dan paparan yang bernas dari masa ke semasa. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa dunia internet bertambah maju dan para pengguna akan berasa bosan sekiranya menggunakan aplikasi yang sama. Tentu anda sedar apabila laman sesawang Facebook anda kerap berubah dan aplikasinya juga makin bertambah.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 105

Bagaimana anda ingin memastikan supaya hasil usaha anda sebagai guru bukan sahaja berterusan malah makin bertambah? Bincangkan idea-idea bernas anda ini di dalam forum myGuru bersama rakan-rakan guru yang lain. Anda bukan sahaja dapat bertukar-tukar pendapat malah dapat mengenali rakan sekelas anda. Anda juga harus mahirkan diri anda dengan setiap tugasan. Ajar dan latih rakan-rakan anda yang belum mahir. Ajak mereka supaya kemahiran dapat ditingkatkan untuk memperkemaskan diri mereka dalam mengharungi dunia globalisasi kini. Rancang juga peningkatan usaha anda berterusan. Sekiranya hasil tugasan adalah di bawah standard, hentikan segera dan cuba baiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan. Kita diajar supaya tidak iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara positif boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh? Tiada apa yang mustahil pada masa kini, semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih dan semangat yang jitu. Pernahkan anda dengar pepatah orang Inggeris, impossible is only a word? Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Petunjuk Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Ingatlah bahawa kita juga pernah menjadi seorang pelajar dan sudah pasti, segala maklumat peribadi yang memalukan kita, tidak mahu diketahui umum. What you give, you get back. Apa yang tidak mahu berlaku kepada orang lain, janganlah kita sekali-kali membuatnya. Petunjuk Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Petunjuk Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada di pihak pelajar ataupun pengajar, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 106

maklumat. Anda perlu meningkatkan kualiti pencapaian anda dan menganggap tempat anda belajar dan berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan. Petunjuk Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.

Adakah anda bersetuju dengan hujah petunjuk kompeten ini? Mengapa menguasai ilmu dan kemahiran baru adalah penting bagi diri anda?

Cabaran kerjaya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sila isikan ruangan kosong pendekatan dulu dan cabaran kini untuk aspek kerjaya. Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan di belakang. Selamat mencuba. Aspek Kerjaya Tugasan Kemahiran Kerja Beban Kerja Rakan Kerja Kaedah Kerja Gaya Kepimpinan Kepimpinan Situasi Kerja Jadual 7 Pendekatan dulu dan kini dalam aspek kerjaya Ketua Merit Ramai Kumpulan Sendiri Empower Pendekatan Dulu Specialist Single-Skilling Multi-Skilling Lagi Berat Berkurang Cabaran Kini

Bolehkah anda fikirkan bagaimana anda hendak memajukan diri anda dalam era globalisasi yang mencabar ini?

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 107

7.6

APA ITU NILAI BITARA UPSI 3 : SEMANGAT BERPASUKAN?

emangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormatmenghormati dan bangga UPSI. Petunjuk Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan lain yang boleh menyokong kenyataan di atas? Sila berikan hujah anda dalam bentuk senarai ringkas dan muat naik jawapan anda di dalam

Rajah 7.8 Nilai Semangat Berpasukan

myGuru.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 108

Petunjuk Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.

Petunjuk Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia, seniority dan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga, harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Penulis mempunyai pengalaman di Amerika Syarikat di mana gurunya sendiri mengucapkan maaf apabila kesalahan secara tidak sengaja dilakukan dan bertukar pendapat dengan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna kepada pelajar. Perlu diingatkan bahawa murid-murid adalah pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam modul 8.

Rajah 7.9 Semangat berpasukan tanpa mengira etnik

Petunjuk Bangga UPSI: Anda mestilah menanamkan sikap rasa bangga terhadap UPSI dengan mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum. Sebagai contoh, pelajar menguar - uarkan zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College pada tahun 1924 yang terkenal sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba. Usaha membina peradaban bangsa menerusi penggunaan bahasa

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 109

Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini. Anda juga harus memelihara dan mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayan dan kegagalan dengan UPSI.

7.7

APA ITU MODEL PEMBANGUNAN PASUKAN?


odel Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model dibina oleh T.W. Tuckman pada tahun 1965. Model ini terdiri daripada empat tahap iaitu Pembentukan (Forming), Saat Kebenaran (Storming), Penerimaan (Norming) dan Pencapaian (Performing).

Rajah 7.10 Model Pembangunan Berpasukan

Model Pembangunan Berkumpulan ini membantu menjelaskan perkembangan dan tingkahlaku kumpulan bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan dicapai. Model ini juga menerangkan setiap langkah yang dibina adalah berdasarkan tahap terdahulu dan sebagai persiapan untuk langkah seterusnya. Cara-cara pembentukan keputusan, penyelesaian masalah dan tingkah laku kepimpinan dapat dilihat dengan mendalam melalui penggunaan model ini.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 110

7.8

BAGAIMANA UNTUK MENANAMKAN SIKAP INTERPERSONAL YANG TINGGI?

H
7.9

ormati rakan sekumpulan anda kerana dia juga merupakan seorang manusia seperti anda yang tidak pernah mungkin lari daripada melakukan kesilapan. Hormati kelebihan dan akui kelemahannya. Tunjukkan sikap ambil berat anda kepada mereka dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga anda sendiri. Kenal pasti dan fahami masalah rakan kumpulan anda. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih dari rakan kumpulan yang lain, tunjukkan kaedah kerja yang sesuai. Tekankan kepada kaedah menjalankan tugasan untuk meningkatkan prestasi diri dan kumpulan dalam mencapai objektif. Sediakan Laluan Kerja atau Laluan Hidup untuk memastikan kelancaran kerja kumpulan masing-masing. Ikhlas terhadap segala tindak tanduk anda kepada rakan kumpulan.

SETIA PADA ORGANISASI

ebagai pelajar UPSI, anda seharusnya menunjukkan rasa setia dan sayang kepada UPSI. Elakkan daripada bercakap perkara negatif mengenai UPSI. Sekiranya terbit permasalahan atau konflik, adakan mesyuarat kerana komunikasi adalah kunci mencapai persefahaman. Ingat, UPSI adalah keluarga besar anda dan anda perlu mempertahankan maruah UPSI sepanjang masa.

Apakah yang menyebabkan semangat berkumpulan itu penting bagi anda di peringkat kumpulan tugasan dan di peringkat mahasiswa UPSI? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 111

RUMUSAN
1. Bitara bermaksud unik, unggul, lain dari yang lain dan tiada tolok bandingannya. Terdapat enam

nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI. Integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan kreatif serta inovatif.

2. Terdapat empat petunjuk untuk nilai integriti iaitu adil, amanah, telus dan akauntabiliti. Nilai ini

adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten mendokong prinsip moral yang tinggi.

3. Terdapat empat petunjuk untuk nilai profesional iaitu iltizam, cinta ilmu, kompeten dan beretika.

Nilai ini merujuk kepada kemahiran dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab di dalam profesion.

4. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat,

hormat-menghormati dan bangga UPSI. Nilai ini terbit apabila ahli kumpulan berkerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka masa tertentu menggunakan kaedah tertentu.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Nilai Personaliti Bitara Integriti Profesional Semangat Berpasukan Membuat kesimpulan 6. Menyampaikan dapatan

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Bitara dan nilainilainya? 2. Senaraikan empat petunjuk utama bagi integriti dan kesan yang akan dialami sekiranya tidak mempunyai semangat integriti yang kukuh. 3. Jelaskan tahap-tahap Model Pembangunan Berkumpulan dan kepentingan setiap tahap kepada penubuhan kumpulan.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 112

RUJUKAN
HumanMetrics. (1988). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada http://www.humanmetrics.com/cgiwin/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011. Oregon Small School Initiative (2010). Tuckmans Team Developmental Model. Dimuat turun daripada http://www.e3smallschools.org/ pada 10 Februari 2011. Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011.

JAWAPAN A
Aspek Kerjaya Tugasan Kemahiran Kerja Beban Kerja Rakan Kerja Kaedah Kerja Gaya Kepimpinan Kepimpinan Situasi Kerja Pendekatan Dulu Specialist Single-Skilling Berat Ramai Kumpulan Sendiri Kawal/ Selia Ketua Jaminan Kerajaan Cabaran Kini Generalist Multi-Skilling Lagi Berat Berkurang Matriks Empower Facilitator Merit

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 113

UNIT 8 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN, PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat mengetahui: 1. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif. 2. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam setiap nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif. 3. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif dalam pembangunan sahsiah guru.

8.1

PENGENALAN

Rajah 8.1 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 114

alam unit sebelumnya kita telah berbincang mengenai tiga nilai Bitara yang perlu diketahui oleh anda sebagai seorang guru iaitu nilai Bitara integriti, professional dan semangat berpasukan. Dalam unit ini pula kita akan membincangkan tiga lagi nilai Bitara yang perlu anda ketahui agar dapat membantu anda menjadi seorang guru yang bersahsiah tinggi iaitu berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif.

Rajah 8.2 Nilai Personaliti Bitara UPSI

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 115

8.2

APA ITU NILAI BITARA UPSI 4: BERORIENTASIKAN PELANGGAN?

ebagai seorang pelajar universiti dan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa anda perlu ingat dan sedar bahawa anda merupakan aset yang sangat bernilai kepada diri anda, keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap perkhidmatan yang akan anda berikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa anda akan berjumpa atau berhadapan. Jika di universiti, anda akan berhadapan dengan pensyarah, rakan-rakan dan staf-staf sokongan. Apabila anda berada dalam persekitaran pekerjaan sebagai seorang guru, anda akan berhadapan dengan murid dan guru-guru di sekolah. Jadi setiap perkhidmatan yang anda berikan perlu berorientasikan pelanggan. Ertinya di sini, kepuasan pelanggan adalah melandaskan suatu perkhidmatan ke arah kepuasan orang lain atau pelanggan yang mendapat perkhidmatan. Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid di sekolah tempat seseorang guru berkhidmat. Nilai Bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu responsif, berkualti, mesra dan proaktif. Perincian mengenai keempat-empat petunjuk tersebut seperti gambarajah 8.3 di bawah.

Rajah 8.3 Nilai Berorientasikan Pelanggan Sebagai seorang pelajar universiti anda akan mendapat gambaran awal mengenai tugasan yang akan diberikan sepanjang satu semester. Kadangkala tugasan tersebut perlu dihantar pada tarikh yang sama dan menyebabkan anda merasakan bahawa anda tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kadangkala anda mempunyai komitmen peribadi yang perlu diutamakan. Bagaimana anda mengaplikasikan nilai Bitara berorientasikan pelanggan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 116

Petunjuk Responsif: Sebelum anda memahami konsep berorientasikan pelanggan secara menyeluruh anda perlu memahami apakah maksud responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Apakah maksud responsif mengikut pemahaman anda? Perkataan responsif sudah memberikan gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. Pelajar yang responsif adalah pelajar yang cepat mencari maklumat, segera bertindak dan tidak menunggu arahan. Jika dikaitkan dengan pembelajaran di universiti, seorang pelajar yang responsif merupakan pelajar yang bertindak segera mencari maklumat sebelum pensyarah mengajar subjek tersebut, tidak menunggu arahan tarikh menghantar tugasan tetapi menyiapkan tugasan sebelum tarikh serahan dan mengulangkaji pelajaran selepas kuliah diajar. Adakah anda pelajar yang responsif atau pelajar yang pasif? Sila bincangkan soalan ini bersama rakan-rakan anda dalam ruangan forum MyGuru. Jawapan anda dapat membantu anda mengenali diri anda? Jawapan anda juga akan membantu anda membuat perubahan diri ke arah positif. Perbandingan diri anda dengan rakan-rakan dapat membantu mempertingkatkan diri anda sebagai pelajar di universiti.

Rajah 8.4: Petunjuk Proaktif dalam Nilai Bitara Berorientasikan Pelanggan Petunjuk Proaktif: Apakah yang anda fikirkan apabila melihat rajah 8.4? Adakah anda seorang yang merancang atau tidak? Jika terdapat tugasan yang perlu dibuat adakah anda mencatatnya dalam diari anda? Kita telah membincangkan responsif beralih pula kepada aspek proaktif dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Adakah proaktif penting dalam diri anda sebagai seorang pelajar? Jika penting adakah anda perlu meneruskan aspek proaktif dalam kehidupan anda sebagai pelajar universiti dan sebagai guru yang baik? Soalan-soalan ini perlu sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran anda agar anda sentiasa proaktif dalam setiap tindakan anda seharian. Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu sama ada individu tersebut seorang pelajar, guru, staf sokongan, jurutera, pekerja teknikal dan sebagainya. Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Contohnya apabila anda

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 117

sebagai guru, anda telah merancang dan merangka keperluan murid anda berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, sistem maklumat yang sistematik dapat membantu anda dan pelanggan anda dalam memberi petunjuk kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan mereka. Mengikut pemahaman anda, apakah maksud proaktif jika dikaitkan dalam diri anda sebagai serang pelajar di universiti? Jika anda diberikan peluang untuk menjadi seorang pengarah dalam satu projek, apa yang akan anda lakukan bagi menjadikan anda seorang pengarah projek yang proaktif? Jika anda dapat menjawab soalan ini, kaitkan diri anda dengan kerjaya anda sebagai guru yang proaktif pada masa akan datang. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ Responsif dan Proaktif sangat penting dalam melakukan sesuatu tugas sama ada tugas ketika anda sebagai pelajar di universiti, guru di sekolah atau pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam menjalankan tanggungjawab anda tidak kira anda berada di universiti mahupun sekolah anda perlu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan tugasan. Anda perlu sentiasa memperbaiki kelemahan tugasan yang anda lakukan. Anda tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kelemahan anda dalam sesuatu tugasan berterusan. Semangat yang tinggi juga perlu ada sebagai seorang bakal guru dan modal insan yang unggul. Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran, mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang pendidikan di negara kita. Semangat yang kuat mampu memberi kekuatan kepada murid iaitu pelanggan utama kita dalam bidang pendidikan. Semangat yang membara dapat membantu diri anda dalam menimba ilmu di universiti seterusnya menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dalam kerjaya sebagai guru. Semangat yang tinggi perlu disusuli dengan tenaga yang mantap agar apa sahaja yang anda lakukan akan berjalan dengan lancar.

Rajah 8.5 Pelajar mengantuk ketika di dalam kelas

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 118

Perhatikan rajah 8.5 apakah yang akan berlaku jika anda tertidur seperti ini di dalam kuliah? Apa pula yang akan berlaku jika murid anda di sekolah tertidur ketika anda sedang mengajar? Apakah yang akan berlaku jika anda sendiri kelihatan lesu ketika belajar? Sudah semestinya pensyarah anda akan merasakan anda tidak berminat dengan apa yang sedang diajar oleh mereka. Apa pula kata murid anda jika ketika anda mengajar anda kelihatan mengantuk, tidak bermaya, seringkali menguap dan kelihatan tidak bertenaga? Adakah mereka akan menguap sama? Atau mungkin juga mereka yang tertidur dalam kelas jika anda lesu ketika di sekolah. Fikirkan amanat yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka kepada anda. Mereka datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Jadi, anda sebagai guru perlu sentiasa bertenaga dalam menjalankan tugas sebagai guru di sekolah. Sebagai guru yang responsif dan proaktif, anda mestilah menjadi individu yang sentiasa bersedia. Anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara yang berlaku di luar jangkaan. Anda telah membuat rancangan mengajar untuk menunjukkan video kepada murid anda. Anda sudah bersedia dengan video dan tugasan yang diberikan kepada murid anda di dalam kelas. Pada waktu yang sama LCD dan komputer tidak boleh digunakan kerana terdapat guru lain telah menggunakannya. Apa yang akan anda lakukan?

Rajah 8.6: Guru paling mesra

Petunjuk Mesra: Perhatikan rajah 8.6, jika anda dianugerahkan sebagai guru paling mesra di sekolah, apakah perasaan anda? Bayangkan jika anda sering dipuji murid sebagai guru paling mesra, rapat dengan murid, pandai mengajar, terlibat dengan aktiviti murid dan memahami pelajar. Anda pasti akan merasa gembira berada di sekolah jika anda disukai murid. Sebaliknya, jika anda dilabel sebagai guru paling garang, dengan pelbagai gelaran seperti cikgu singa, anda pasti tidak disukai murid dan anda sendiri tidak gembira berada di sekolah. Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru. Guru

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 119

yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah. Pasti anda juga akan gembira untuk datang ke sekolah berjumpa murid dan berjumpa rakanrakan sekerja yang lain. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila berjumpa rakan sekerja, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu mengamalkannya secara konsisten. Jika anda seorang yang mudah mesra, murid dan rakan-rakan guru yang lain juga akan mesra dengan anda. Jika tadi perbincangan berkisar kepada persekitaran di sekolah, sama juga jika anda semua sebagai pelajar universiti. Anda perlu sentiasa menunjukkan expresi positif seperti senyum, kontak mata yang baik, berjabat tangan dengan rakan-rakan sekelas yang mempunyai jantina yang sama dan duduk dengan cara yang menyandar ke hadapan. Anda juga perlu mempunyai hubungan baik dengan rakanrakan dan pensyarah dan sentiasa menegur rakan-rakan universiti dan pensyarah apabila berjumpa. mengangguk sahaja boleh menyebabkan rakan-rakan merasakan diri mereka dihargai. Petunjuk Berkualiti: Melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan anda dan menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut juga dikatakan berkualiti apabila anda menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. Jika anda menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan anda contohnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah tepat, sumber yang betul dan lengkap. Jangan memberi maklumat yang tidak betul atau tidak tepat kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelanggan anda. Terutamanya dalam kontek sekolah, ia akan medatangkan salah faham kepada murid anda terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih seperti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang pelbagai, anda boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media. Contohnya anda memuat turun nota-nota kuliah melalui portal, blog atau menerusi email dan ini akan memudahkan akses pelajar terhadap maklumat anda. Jika anda di universiti pula, sebagai pelajar terdapat pelbagai medium yang mudah yang telah disediakan di universiti dengan kemudahan akses intenet tanpa wayar (Wifi). Dengan kemudahan tersebut anda dapat mengakses pelbagai maklumat menerusi internet tanpa had dan sempadan. Kita senang untuk melayari portal untuk mendapat nota, mengetahui pengumuman terkini dan sebagainya. Selain itu persekitaran yang selamat dan kondusif juga perlu diambil perhatian agar murid-murid anda di sekolah tidak merasa terancam untuk belajar. Begitu juga jika anda sebagai pelajar universiti, anda akan merasa selamat untuk belajar, mengulangkaji pelajaran jika persekitaran anda adalah persekitaran yang selamat dan kondusif. Standard yang tepat perlu diambil kira dalam menetapkan kualiti sesuatu kerja atau tugasan. Jika dalam bidang pendidikan, standard ISO perlu diikuti agar selari dengan standard yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Anda sebagai guru perlu mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan anda iaitu murid-murid anda. Jika di universiti pula anda perlu memastikan

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 120

setiap pengajaran yang diterima memenuhi format yang ditetapkan oleh ISO agar standard yang diajar tepat dan berkualiti.

Sila kongsi dengan rakan-rakan sekelas anda pengalaman ketika mendaftar sebagai pelajar di UPSI? Bagaimanakah urusetia di bahagian pendaftaran melayan anda? Sila Bincangkan topik ini di dalam forum myGuru bersama rakan-rakan anda yang lain. Sila kaitkan dengan nila Bitara berorientasikan pelanggan dalam perbincangan anda?

8.3

APA ITU NILAI BITARA UPSI 5: PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA?

Rajah 8.7 Nilai Prihatin Kebajikan Anggota Petunjuk Peluang Untuk Maju: Anda suka atau tidak jika rakan-rakan anda mengambil tahu hal anda? Siapa yang paling anda rapat di universiti? Siapa pula yang paling rapat dengan anda di persekitaran tempat kerja anda? Anda pasti akan mengambil tahu perihal rakan-rakan anda di sekitar anda. Prihatin terhadap kebajikan anggota juga boleh dikatakan seperti anda mengambil berat tentang rakan anda di persekitaran anda. Jika anda berada di universiti anda mengambil berat rakan-rakan sekelas, rakan sebilik, rakan rapat dan teman satu universiti anda. Jika anda telah menjadi guru juga anda mengambil berat tentang hal rakan-rakan guru yang lain dan murid-murid anda. Setiap individu sentiasa mahukan perubahan dalam kehidupannya. Begitu juga dengan anda. Bagaimana anda ingin memajukan diri anda di universiti? Bagaimana anda mahu diri anda

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 121

menonjol secara positif di universiti? Apakah aktiviti yang dapat membantu anda mengembangkan potensi diri anda? Fikirkan soalan-soalan di atas secara positif. Petunjuk Empati: Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri anda sebagai seorang pelajar universiti dan seorang bakal guru. Jika rakan anda mempunyai masalah keluarga dan anda tidak tahu bagaimana ingin membantunya, anda boleh menjadi pendengar yang baik bagi membantu rakan anda meluah perasaan sedih, marah, sesal dan sebagainya. Menjadi pendengar yang baik dengan mendengar luahan rakan serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami sudah memadai bagi rakan tersebut. Rakan anda akan rasa lega kerana masalahnya didengari. Cara ini boleh membantu anda bagi menunjukkan empati anda terhadap rakan yang sedang dalam kesusahan dan tertekan dengan masalah mereka. Jika rakan anda mengalami musibah juga, anda boleh bertanya khabar dan melawatnya untuk mengetahui keadaannya. Rakan anda akan merasakan diri mereka diambil berat dan mungkin rakan tersebut akan rasa lebih bersemangat untuk cepat sembuh. Petunjuk Penghargaan: Penghargaan juga merupakan aspek penting dalam nilai Bitara prihatin kebajikan anggota. Adakah anda tahu bahawa dengan anggukan sahaja boleh menyebabkan orang di sekeliling akan rasa diri mereka dihargai. Cuba bayangkan anda berada dalam satu majlis orientasi pelajar baru dan anda langsung tidak mengenali sesiapa dalam dewan tersebut. Jika ada rakan yang senyum kepada anda dan ada rakan yang mengangguk kepada anda, apakah perasaan anda? Sebaliknya jika semuanya menunjukkan ekspresi wajah yang serius, tidak bertegur sapa dan membiarkan anda keseorangan di sudut dewan? Apa yang anda rasa ketika itu? Begitu juga dengan apa yang rakan-rakan anda rasakan jika anda tidak menunjukkan penghargaan kepada mereka. Penghargaan sangat penting bagi individu. Apabila rakan mendapat sesuatu anugerah seperti mendapat anugerah dekan, anda boleh menunjukkan perhargaan kepada mereka dengan mengucapkan tahniah kepada mereka. Ucapan tersebut sangat bermakna kepada rakan tersebut dan rakan anda akan berasa dirinya dihargai. Jika anda memasuki bidang pekerjaan sebagai guru, anda perlu mengamalkan penghargaan kepada rakan-rakan sejawat. Anda perlu sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih, mengucapkan tahniah dan memperingati tarikh-tarikh penting rakan sejawat untuk menunjukkan anda mengambil berat kepada orang di persekitaran anda. Jika anda dengan murid anda pula, tunjukkan penghargaan anda dengan mengucapkan tahniah jika mereka mendapat markah yang tinggi, mengucapkan terima kasih jika murid membantu anda dan sering senyum kepada mereka jika ternampak murid anda. Penghargaan kepada murid juga penting bagi mewujudkan rasa ambil berat anda kepada murid. Petunjuk Keselesaan Persekitaran: Bagaimanakah tahap keselesaan anda dengan persekitaran anda? Adakah anda rasa persekitaran anda membuatkan anda tertekan? Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada anda melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan. Apakah akan berlaku sekiranya anda sama-sama terlibat dalam aktiviti

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 122

fakulti atau aktiviti sekolah contohnya mengikuti latihan bola sepak bersama rakan-rakan? Adakah anda akan semakin rapat dengan mereka? Bayangkan setiap petang anda sama-sama berlatih di padang bola dan berjumpa rakan-rakan setiap petang di sana. Anda akan berasa lebih rapat, mesra dan tidak janggal dengan rakan-rakan lagi. Sebaliknya jika anda pendiam, suka lakukan kerja bersendirian, tidak suka melibatkan diri dengan aktiviti rakan-rakan dan sering mengelak menghadiri apa-apa majlis bersama rakan-rakan universiti atau rakan sejawat. Sikap anda akan menyebabkan hubungan anda dengan rakan semakin jauh dan tidak rapat dan secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak selesa sama ada anda berada di universiti atau sekolah. Apakah perancangan anda untuk memajukan diri? Adakah anda hanya berdiam diri di rumah dan menunggu peluang datang kepada anda? Agak sukar untuk mendapat peluang untuk memajukan diri dan ia tidak datang kepada anda dengan sendirinya. Anda perlu berusaha untuk memajukan diri contohnya seperti anda melibatkan diri dengan aktiviti di universiti, kolej dan sebagainya. Anda juga boleh memajukan diri dengan mencari pelbagai maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti mengikuti seminar, program motivasi dan sebagainya bagi menambahkan lagi semangat dan mengembangkan potensi diri anda. Di universiti terdapat banyak persatuan yang boleh dihadiri oleh pelajar bagi memajukan diri. Anda boleh mengambil peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa tertinggi bagi melatih diri dari segi kepimpinan dan secara tidak langsung boleh membantu anda berpotensi dan melatih anda menjadi pemimpin kelak.

8.4

APA ITU NILAI BITARA UPSI 6: KREATIF DAN INOVATIF ?

Rajah 8.8 Nilai Kreatif dan Inovatif

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 123

Anda merasakan diri seorang yang kreatif? Adakah anda pernah terfikir untuk menjadi individu yang kreatif? Kreatif tak semestinya anda perlu mereka cipta barang yang kreatif tetapi memikirkan sesuatu idea yang bernas juga adalah sesuatu yang dikatakan kreatif. Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah, sistem, adat dan sebagainya. Keratif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan tambah nilai.

Rajah 8.9 Idea baru Petunjuk Berdaya Cipta: Apakah yang anda dapat tafsirkan daripada gambar di atas? Apakah perasaan anda jika berjaya memikirkan sesuatu idea baru? Sebagai pelajar universiti dan bakal guru, anda perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar anda sentiasa akses kepada ilmu baru. Anda sentiasa perlu meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa. Jangan terlalu selesa dengan ilmu yang diajar di kelas sahaja dan anda perlu mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari di kelas. Jika sebagai guru, anda perlu sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul, terkini dan mantap kepada murid-murid anda di kelas. Anda juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, peraduan dan sebagainya bagi merangsang kreativiti anda dan daya rekacipta anda dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Anda juga digalakkan untuk mencari peluang untuk membuat penyelidikan dan menerbitkan hasil penyelidikan atau penemuan baru anda bagi membantu pihak sekolah atau universiti bagi memperbaharui penemuan yang sedia ada. Selain itu, penemuan anda hasil ciptaan tersebut perlu didaftar hak cipta bagi mengiktirafnya sebagai rekacipta anda yang asli bagi mengelak berlaku peniruan atau plagiarism.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 124

Rajah 8.10 Belajar bersendirian Petunjuk Penambahbaikan Berterusan: Sudah semestinya kita akan merasa jemu dan bosan apabila melakukan sesuatu kerja yang sama sahaja setiap hari. Oleh itu, kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan. Jika sebagai guru, penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar, pendekatan baru untuk mengajar, campuran pelbagai teknik pengajaran, latihan dan kerja secara berkumpulan. Jika anda di universiti sebagai pelajar pula, anda perlu sentiasa memperbaiki cara belajar anda untuk tidak jemu dan bosan serta melakukan penambahbaikan berterusan terhadap cara belajar di kelas, meningkatkan kemahiran menggunakan deria ketika mendengar kuliah, mengubah sikap dalam melakukan aktiviti tugasan kuliah dan memperbaiki teknik dan kaedah pembelajaran. Contohnya jika semester sebelumnya anda suka belajar bersendirian di bilik tetapi susah untuk memahami isi kandungan kuliah, seharusnya anda mengajak rakan-rakan berbincang secara berkumpulan agar setiap isi kandungan kuliah lebih difahami. Selain itu penambahbaikan secara berterusan juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di mana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada. Jika anda selalu mengemaskini dan membuat penambahbaikan, anda akan mengetahui perkembangan sesuatu bidang khususnya bidang penyelidikan dari semasa ke semasa. Petunjuk Rebut Peluang: Dalam bidang pendidikan sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada sudah semestinya untuk diambil, bukannya dibiarkan sahaja. Anda perlu bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu, sebagai contoh jika terdapat iklan mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan untuk anda sebagai pelajar, anda perlu merebut peluang yang ada untuk menimba ilmu baru. Peluang tidak selalu datang, anda perlu bijak merebutnya. Jika di sekolah, seringkali terdapat banyak tawaran hebat untuk anda menunjukkan kreativiti anda. Ambil peluang yang ada sebagai meningkatkan kreativiti anda sebagai guru. Sebagai contoh, jika terdapat tawaran untuk anda berkursus di luar daerah, jangan anggap tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah peluang tersebut sebagai cara anda meluaskan jaringan anda dengan pihak guru di sekolah lain atau

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 125

menambahkan kenalan dengan jabatan lain. Peluang ini tidak akan datang jika anda hanya berada di sekolah dan mengajar. Petunjuk Nilai Tambah: Apa yang dimaksudkan dengan nilai tambah? Adakah seperti anda menambah kredit telefon atau menambah nilai kad touch n go anda? Sebenarnya nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud anda menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan sistem portal pelajar di universiti, kemudahan telefon dalam proses pembelajaran di universiti sebaik mungkin. Anda juga menyebarkan ilmu yang anda perolehi melalui kuliah bersama pensyarah kepada rakan-rakan yang lain. Di sekolah juga sebagai guru anda menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan anda kepada pelajar-pelajar dan rakan sejawat.

Rajah 8.11 Thinking Outside the Box

Anda pasti biasa mendengar ayat thinking outside the box atau berfikir di luar kotak. Jika anda diberikan satu tugasan oleh pensyarah berkenaan tajuk budaya masyarakat Melayu. Apa laporan yang akan anda lakukan? Adakah anda akan menceritakan tentang budaya Melayu di negeri tempat kelahiran anda sahaja? Atau anda menyediakan laporan berkenaan masyarakat Melayu di Malaysia? Atau mungkin juga anda akan membuat perbandingan antara masyarakat Melayu di Malaysia dengan masyarakat Melayu di luar negara. Berdasarkan rajah 8.12, dapat anda lihat bahawa 10 peratus individu menyempitkan pemikirannya kepada konteks yang terlalu sempit. Seperti contoh di atas, apabila diberikan tugasan tersebut, 10 peratus individu hanya akan memikirkan mengikut konteks di tempat tinggal mereka sahaja. Seperti pepatah Melayu sendiri ada mengatakan bahawa seperti katak di bawah tempurung. Purata individu pula berfikir thinking inside the box atau boleh dikatakan seperti hanya berfikir di dalam kotak. Jika tugasan di atas diberikan kepada individu ini, mereka hanya akan menyediakan laporan berkisar kepada budaya masyarat Melayu di Malaysia sahaja. Penyediaan laporan mereka hanya berkisar kepada Melayu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Bagi golongan excellent thinker atau golongan yang berfikir di luar kotak, mereka akan menyediakan laporan bukan sahaja berdasarkan budaya Melayu di

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 126

Malaysia sahaja tetapi turut membincangkan tentang masyarakat Melayu di Brunei, Indonesia dan masyarakat Melayu di negera-negara lain seperti masyarakat Melayu yang berhijrah ke negara barat. Jadi berdasarkan contoh ini dapat disimpulkan bahawa anda sebagai pelajar dan bakal guru perlu sentiasa meluaskan cara anda berfikir tidak hanya kepada persekitaran anda tapi juga membandingkan dengan persekitaran di luar seperti di luar negara. Apa yang dimaksudkan dengan Berfikir di luar kotak? Huraikan maksud penyataan di atas berdasarkan situasi anda sebagai pelajar universiti. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

RUMUSAN
1. Dalam unit sebelum ini, anda telah mempelajari tiga nilai-nilai Bitara iaitu integriti, profesional, dan semangat berpasukan. Dalam unit ini pula, perbincangan berkisar kepada tiga lagi nilai Bitara iaitu nilai Bitara berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Ketigatiga nilai ini perlu diketahui oleh anda sebagai pelajar bagi melatih anda sebagai bakal guru yang berdedikasi dan bersahsiah tinggi. 2. Terdapat empat petunjuk untuk nilai berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Keempat-empat petunjuk ini penting bagi seorang bakal guru bagi memastikan keperluan dan kepuasan pelajar sebagai pelanggan mereka dan seterusnya memastikan anda sebagai guru mempunyai personaliti yang unik dan unggul. 3. Terdapat empat petunjuk bagi nilai prihatin kebajikan anggota iaitu peluang untuk maju, empati, penghargaan dan keselesaan persekitaran. Keempat-empat petunjuk ini sangat penting bagi anda sebagai pelajar universiti dan bakal guru dalam memupuk semangat dan jati diri anda dalam bidang pendidikan. 4. Dengan adanya nilai Bitara kreatif dan inovatif dapat membantu anda menjaga dan mengekalkan personaliti yang bersahsiah tinggi dari semasa ke semasa. Nilai Bitara kreatif dan inovatif mempunyai empat petunjuk iaitu berdaya cipta, penambahbaikan berterusan, rebut peluang dan nilai tambah.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 127

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nilai Bitara Berorientasikan pelanggan Responsif Proaktif Mesra Berkualiti Prihatin kebajikan anggota Peluang untuk maju 9. Empati 10. Penghargaan 11. Keselesaan persekitaran 12.Kreatif dan inovatif 13. Berdaya cipta 14. Penambahbaikan berterusan 15. Rebut peluang 16. Nilai tambah

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan petunjuk-petunjuk utama bagi nilai berorientasikan pelanggan. 2. Jelaskan kepentingan nilai prihatin kebajikan anggota dalam organisasi anda. 3. Bagaimana anda dapat meningkatkan nilai kreatif dan inovatif dalam persekitaran anda?

RUJUKAN
Gillman, S. (2005). Innovation: Thinking Outside The Box. Dimuat turun daripada http://ezinearticles.com/?Innovation:-Thinking-Outside-The-Box&id=74268 pada 10 Februari 2011. Nilai Bitara UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-lalu/nilai-bitara.html pada 10 Februari 2011.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 128

UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud etika. 2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 9.1 PENGENALAN

Rajah 9.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 129

Rajah 9.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru, anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9.1 dan 9.2 di atas. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru?

erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 130

menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan.... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. Sekiranya anda mengetahuinya, sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan?

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 131

9.2

Pengertian Etika

tika (etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006). Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat, bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Menurut para sarjana, etika tidak lain adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan dengan norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. Mengikut William (1971), etika ialah The normative science of the conduct of human beings living in societies a sciene which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some similar way (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain). Manakala moral pula menurut Keith (2006), merujuk to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994), Science of Morals. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan, iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula, ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung, 2002). Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan. Di samping itu, juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 132

Kesimpulannya, etika merupakan: 1. 2. 3. 4. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan, 2005). Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Tuliskan secara ringkas, apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. Etika : _____________________________________________________________________________

Moral : _____________________________________________________________________________

Rajah 9.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 133

Berdasarkan Rajah 9.3, apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

9.3

ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Rajah 9.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 134

Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

Kementerian

9.4

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah:

Rajah 9.5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

9.5

ETIKA PROFESION PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 135

Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. b. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. c. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. d. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. e. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. f. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. g. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. h. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. i. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. j. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. k. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. l. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. m. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. n. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. o. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. p. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 136

q. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. r. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridmuridnya. s. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. t. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. u. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan. v. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Berdasarkan laman web di bawah, bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara. http://www.youtube.com/watch?v=BfAGv__vcTs

Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara


1. ____________________________________________________________________________ 2.____________________________________________________________________________ 3.____________________________________________________________________________ 4.____________________________________________________________________________

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 137

Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawatan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

Rajah 9.3 Tanggungjawab utama guru

9.6

ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN

Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia; Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 138

Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan peraturan 4(2), huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan?

9.7

Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan

Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran. 2. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. Etika Pengurusan Masa SPI. Bil 2/1982: 1. Waktu hadir ke sekolah; 2. Waktu hadir ke kelas; 3. Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. Semak buku latihan murid; 5. memberikan bimbingan.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 139

Tanggungjawab Asas Guru P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar; b. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan.22. Sukatan Pelajaran P.U.(A) Peraturan 11 a. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat, kantin, laluan utama, bilik guru, bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b. Mengadakan senarai semak kerja- kerja setiap hari yang telah dilaksanakan, refleksi P&P, pemantauan,penyeliaan dan penilaian program/aktiviti; c. Kawalan kerja- mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak; Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi; b. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara; d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat, menghantar anak; e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti; Berjudi di pejabat Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah Kesusahan berat kerana berhutang Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum Mengemukakan sijil sakit palsu

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 140

g. h. i. j.

Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas; Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan; Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah. Seperti: Membantah atau melawan pegawai atasan; Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan; Keluar negara tanpa kelulusan; Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

Secara berpasangan, dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio.

9.8

ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN

Cetek pengetahuan mengenai FPK, dasar Pendidikan Negara, Etika Perguruan, Psikologi Pendidikan,Teknologi Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum, Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur, memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. b. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek; berjubah, pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a. Rambut melebihi kolar baju, tidak diurus dan berbau. Tanda Nama a. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a. Kerap ponteng, datang lambat, menipu waktu kehadiran, kawan tolong punch, keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar, berniaga, temujanji hal-hal peribadi.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 141

Adab a. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan. b. Duduk bersilang kaki. c. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua. d. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. Hasil kerja a. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan,menghantar markah ujian, tidak hantar buku rekod mengajar, tidak mengisi rekod kehadiran murid.

RUMUSAN
Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia, maka ia perlu dihayati dan diamalkan, bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain. 4. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 5. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati, diamal, dipertahankan dan dikuatkuasakan. 6. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat.

KATA KUNCI
1. Etika 2. Kod Etika 3. Moral 4. Sahsiah 5. Perofesion 6. Pekeliling

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 142

PENILAIAN KENDIRI
a. Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari. d. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan.

RUJUKAN
Foo Say Fooi. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. Hasan Langgulung (1986). Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasan Langgulung (2002). Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keith, G. (2006). Ethics in the workplace. New York: South Western Educ Pub. The Oxford School Dictionary (1994). London: Oxford University Press. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia, 18 September 2008 William, L. (1971). An introduction to ethics. London: Methuen.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 143

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A


Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawatan, masyarakat dan negara, dan ibu bapa. Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

Tanggungjawab Seorang Guru

a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. b . Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. c. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. d. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya. Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 144

Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan peraturan 4(2), huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan?

Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi. b. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. c. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara. d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat, menghantar anak. e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. f. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti: Berjudi di pejabat. Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. Kesusahan berat kerana berhutang. Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual. Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri. Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. Mengemukakan sijil sakit palsu. g. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah. j. Ingkar perintah. Seperti; Membantah atau melawan pegawai atasan. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Keluar negara tanpa kelulusan. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas.

Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 145

UNIT 10 ISU-ISU DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyenaraikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 2. Mengkategorikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 3. Merumus isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang 4. Mengemukakan cadangan untuk mengatasi isu-isu semasa dalam konteks pembangunan sahsiah guru 10.1 PENGENALAN
Renung sejenak. Pada pandangan anda, apakah isu-isu yang membabitkan pembangunan sahsiah seorang guru?

nit ini membincangkan isu yang membabitkan pembangunan sahsiah guru. Pengertian sahsiah diberikan secara ringkas dan disusuli dengan isu-isu yang membabitkan sahsiah guru. Isu-isu ini dapat dikategorikan kepada dua kategori yang utama iaitu isu sahsiah yang positif dan isu sahsiah yang negatif. Daripada kedua-dua kategori ini, isu guru dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama iaitu isu sahsiah dari aspek diri guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat. Setiap individu menampilkan sahsiah diri berdasarkan kepada pegangan, nilai dan etika yang menjadi prinsip dalam kehidupannya. Lantaran itu juga, kaedah yang digunakan oleh setiap individu adalah berbezai dalam menangani sesuatu masalah dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru. Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah adakah apa yang dilakukan dan peribadi yang dipamerkan merupakan sesuatu yang mendatangkan kesan yang baik kepada anda sebagai seorang guru, murid dan juga negara?

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 146

10.2 APAKAH ISU-ISU TERKINI BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU?

ahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih oleh guru dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik seperti guru bertindak berani untuk menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun, tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik seperti kes khalwat, sumbang mahram, penderaan, rogol hinggalah kepada ketagihan dadah. Pendedahan tentang penglibatan guru di dalam fenomena ini menyedarkan kita tentang betapa tingginya harapan masyarakat dan negara terhadap peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada golongan muda yang merupakan generasi yang bakal menerajui negara kita. Melalui sahsiah diri yang ditonjolkan, seseorang guru akan dilihat kewibawaannya. Sahsiah diri yang baik akan menggambarkan diri seorang guru yang berkaliber, berjaya dan berwibawa. Sebaliknya, guru yang menampilkan peribadi yang tidak baik adalah guru yang gagal, tidak berkarisma dan tidak memenuhi aspirasi negara. Anda diminta merujuk laporan akhbar atau kajian yang memberi gambaran terkini tentang isu yang melanda sahsiah guru sekolah. Berikan ulasan tentang trend yang timbul daripada laporan yang diperolehi. Murid merupakan tanggungjawab guru bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, guru secara tidak langsung akan menjadi role model atau contoh kepada muridnya dari segi perlakuan, pertuturan mahupun pemikiran. Berikut merupakan sebahagian daripada fenomena yang biasa dilihat di sekolah-sekolah yang melibatkan interaksi antara guru dan murid. Jawab soalan yang berikut. Guru: Hoi Abu, mari sini! Abu: Apa ni Cikgu panggil saya kuat-kuat macamlah saya pekak! Guru: Amboi ! Tu cara awak cakap dengan cikgu awak? Awak ingat saya ni apa? Adik awak? Ni.. tak reti nak hormat sikit. terjerit-jerit macam duk kat hutan jer Abu: Tak lah Cikgu Cikgu pun cakap dengan saya kuat-kuat. Cikgu pun sama macam mana saya nak cakap perlahan bila cakap pun cakap macam nak runtuh sekolah ni Guru: Kurang ajar awak Pergi jumpa guru disiplin sekarang! Fikirkan. Adakah cara yang digunakan oleh guru ini adalah cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu mesej? Adakah cara interaksi tersebut menggambarkan guru tersebut mempunyai sahsiah diri yang baik atau sebaliknya? Apakah cara yang anda selalu gunakan untuk berinteraksi dengan murid anda?

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 147

Sebagai seorang guru, anda tidak dapat lari daripada berinteraksi dengan murid semasa berada dalam kelas mahu pun di luar kelas. Apabila berada di sekolah dan berbincang atau berbual dengan rakan sejawat, anda juga akan menggunakan gaya interaksi yang tertentu. Gaya itu mungkin sama atau berbeza ketika anda menghadiri mesyuarat yang diadakan di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Apabila ibu bapa datang menemui anda, gaya anda berinteraksi akan menggambarkan sahsiah diri anda. Cuba lihat diri anda? Adakah terdapat perbezaan cara anda berkomunikasi dengan murid anda, rakan sekerja, dan ibubapa murid anda? Apakah yang menyebabkan perbezaan tersebut? Adakah anda sedar bahawa apabila anda berinteraksi, sahsiah diri anda akan dapat digambarkan oleh orang lain? Seseorang akan berasa selesa untuk berbincang dengan individu tertentu. Kenapa ini berlaku? Keadaan ini disebabkan oleh sahsiah diri individu tersebut yang selalunya lebih bercirikan nilai positif seperti mesra, baik hati, bertolak ansur, menghormati, memahami dan penyayang. Oleh itu, gambaran yang kita lihat terhadapnya adalah baik sehingga ada yang membuatkan kita ingin mencontohi mereka. Sebaliknya, kita sering mengelak daripada berhubung dengan individu tertentu kerana apabila berurusan dengannya akan mendatangkan perasaan yang negatif seperti geram, marah, sedih, terkilan dan hiba. Sahsiah diri yang ada pada individu tersebut lebih menunjukkan nilai-nilai negatif seperti sombong, bongkak, angkuh, mementingkan diri sendiri, pemarah, panas baran, sikap tidak endah dan mementingkan diri sendiri. Sekarang giliran anda untuk memberikan satu contoh isu lain yang melibatkan sahsiah diri anda dan fikirkan cara terbaik untuk menangani isu tersebut agar anda dapat menjadi role model kepada murid di samping mengubah murid menjadi seorang insan yang mulia dan bersahsiah tinggi.

10.3 PENGKATEGORIAN ISU-ISU SEMASA SAHSIAH GURU

su-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu isu yang positif dan isu yang negatif. Isu positif merupakan isu yang dapat meningkatkan profesion perguruan kerana melalui tindakan yang diambil oleh guru akan dapat memberi gambaran yang baik tentang guru tersebut. Sementara isu negatif pula ialah apa-apa tindakan yang akan menunjukkan seseorang guru itu mempunyai sahsiah diri yang tidak baik dan dirasakan tidak sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 148

Kedua-dua isu positif dan negatif ini dapat dikategorikan kepada empat aspek utama seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1 di bawah.
Diri

Sekolah

Isu berkaitan sahsiah guru

Keluarga

Masyarakat

Rajah 10.1 Kategori isu disiplin Pertama, aspek diri guru merupakan aspek yang ada dalam dirinya yang menyebabkannya bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang telah biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. Contoh isu positif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang amanah mendidik anak muridnya tanpa mengira masa dan ganjaran yang diperolehi. Contoh isu negatif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang enggan menjadi pembimbing dan penasihat bagi aktiviti ko-kurikulum muridmuridnya. Aspek kedua ialah aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah, mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika perguruan yang digariskan. Contoh isu negatif bagi kategori ini ialah guru yang berpakaian tidak kemas, tidak memakai tanda nama dan tidak datang ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Ketiga, aspek keluarga iaitu sama ada seseorang guru dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bapa atau pun anak yang baik. Contoh isu sahsiah guru yang negatif bagi kategori keluarga ialah guru yang mendera isteri dan anak-anaknya. Keempat ialah aspek masyarakat iaitu tindakan guru yang menjurus kepada kesan yang timbul daripada masyarakat mahupun negara. Contoh isu sahsiah guru yang positif bagi kategori ini ialah guru yang membantu masyarakat dan bertindak sebagai penggerak dan pemangkin kepada pembangunan sesebuah kampung. Terdapat guru yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk memberi ceramah dan aktiviti bagi menyedarkan

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 149

masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Contoh bagi isu disiplin yang negatif ialah penglibatan guru dalam aktiviti tidak bermoral seperti ditangkap khalwat. Isikan rajah di bawah dengan isu-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru mengikut kategori yang disenaraikan. KATEGORI Diri Sekolah Keluarga Masyarakat Contoh isu Rujukan

Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang

ahsiah diri seseorang banyak dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kefahaman dirinya, nilai dan etika yang menjadi pegangannya. Pertama, kefahaman tentang diri anda diperolehi melalui penelitian diri daripada konteks teori. Cuba rujuk kembali teori yang disentuh dalam Unit 3, 4, 5 dan 6 untuk memahami diri anda dengan lebih mendalam. Kedua, nilai yang menjadi pegangan anda pula ditentukan oleh nilai yang menjadi rujukan anda ketika anda menjadi guru pelatih. Contohnya, semasa anda mengambil kursus dan menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris, nilai BITARA merupakan tonggak utama dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan bersahsiah mulia. Nilai BITARA ini ada disentuh dalam Unit 7 dan 8 dalam modul ini. Ketiga, etika perguruan yang seharusnya dipegang sejak anda mula melangkah ke arena pendidikan. Etika perguruan merupakan landasan utama bagi seseorang guru untuk memilih tindakan yang paling tepat dan wajar dengan profesionnya. Etika perguruan telah disentuh dalam Unit 9 dalam modul ini. Seorang guru didapati terlibat dengan penagihan dadah. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 150

Guru SK Balar bersemangat mengajar di pedalaman. Dimuat turun daripada laman web www.bharian.com.my/bharian/.../GuruSKBalarbersemangatmengajardipedalaman/. pada 15 Februari 2011.

Petikan laporan akhbar: Ramai guru dikatakan enggan bertugas di luar bandar dan pedalaman termasuk di penempatan Orang Asli. Bayangkan, untuk ke pekan terdekat mengambil masa berjam-jam. Namun, ramai lagi guru sanggup menerima cabaran berkhidmat di pedalaman meskipun serba kekurangan dari segi kemudahan prasarana. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Layari laman web www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt...Negara... tentang budaya menyaman membabitkan guru yang dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

10.4 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU

ahukah anda terdapat pelbagai cara digunakan untuk mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru? Setiap langkah dan tindakan yang dikenakan ke atas guru yang menunjukkan sahsiah diri tertentu akan mendatangkan kesan tertentu terhadap diri murid tersebut, sekolah mahupun bidang pendidikan. Langkah-langkah yang diambil boleh mendatangkan kesan yang positif mahupun negatif.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 151

Layari laman web perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009_11_01_archive.html. Dapatkan isu yang berkaitan dengan sahsiah guru yang belum dibincangkan dalam unit ini dan senaraikan kesan yang mungkin timbul ekoran daripada isu tersebut. Berikan cadangan anda untuk mengatasinya. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Ikut apa yang saya cakap, jangan ikut apa yang saya buat. Berikan pandangan anda tentang frasa yang sering dikeluarkan dalam dunia pendidikan. Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi ini? Apakah kesan yang timbul daripada kenyataan tersebut kepada diri anda, murid dan juga rakan sekerja? Berikan cadangan untuk mengatasi isu ini? Kita selalu mendengar kenyataan dan pandangan bahawa mereka yang terlibat dengan kes disiplin merupakan kanak-kanak yang tidak dididik dengan baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang tidak baik. Selain itu, ada juga berpandangan bahawa murid yang terbabit bertindak demikian akibat daripada pergaulan dan pengaruh daripada rakan-rakan. Media massa turut dipersalahkan kerana memaparkan cerita dan iklan yang tidak mengikut lunas agama dan adab ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat negara ini. Sekolah dan guru juga tidak terkecuali daripada menerima tempias tomahan dan rungutan masyarakat yang meragui kewibawaan para pendidik yang telah terlatih.

RUMUSAN
1. Terdapat pelbagai isu semasa yang melibatkan sahsiah guru.

Isu ini merupakan isu yang menggambarkan sahsiah diri guru yang baik dan juga sahsiah diri guru yang tidak baik. 2. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru ini dapat dikategorikan kepada empat bahagian yang utama iaitu diri, sekolah, keluarga dan masyarakat. 3. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru dapat dilihat daripada pelbagai perspektif berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang. Oleh yang demikian, setiap guru pasti mempunyai pandangan tersendiri tentang cara yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 152

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Isu-isu semasa Isu sahsiah berkaitan sekolah Isu sahsiah berkaitan keluarga Isu sahsiah berkaitan diri Isu sahsiah berkaitan masyarakat

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan isu-isu terkini yang berkaitan dengan sahsiah diri anda. 2. Apakah perbezaan isu yang berkaitan sahsiah diri anda dalam aspek diri, sekolah, keluarga dan masyarakat? Adakah kategori isu ini sama antara diri anda dengan rakan sekerja anda? Adakah isu tersebut merupakan tindakan yang diharapkan oleh masyarakat dan merupakan hasrat yang dinyatakan oleh negara? 3. Adakah dengan membincangkan isu-isu dalam pembangunan sahsiah dapat memotivasikan anda untuk menjadi seorang guru yang unggul dan berkesan? 4. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan sahsiah diri anda? Jika tidak, apakah perancangan anda sekarang? Jika ya, adakah perancangan tersebut berjaya dilaksanakan? Jika ya, apakah yang membuatkan perancangan itu berjaya dilaksanakan? Jika tidak, apakah halangan yang anda tempuhi dan bagaimanakah anda akan atasi halangan dan cabaran tersebut?

RUJUKAN
Burger, J. M. (2000). Personality. (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Buss, D.M. & Larsen, R.J. (2008). Personality psychology: Domains of knowledge about human nature. (3rd ed). New York: McGraw Hill. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like