You are on page 1of 24

"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.

" [alBukhari]

2 INTIS Consultant -001603263-U

3 INTIS Consultant -001603263-U

(http://intisonline.com)

4 INTIS Consultant -001603263-U

Tatacara Solat Muqaddimah Solatlah seperti yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam . Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:


"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat." [al-Bukhari] INTIS Risalah kecil ini mengandungi tata cara solat yang mudah difahami dan senang diamalkan berpandukan hadith-hadith sahih. Consultant ANDUAN ENGKAP OLAT -001603263 -U

1.

Permulaan Solat

Niat di dalam hati untuk solat yang akan dilaksanakan.


"Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dengan niat." [Muttafaqun 'Alaihi]

Berdiri bila mampu ketika solat fardhu.


"Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyu'" [Surah al-Baqarah: 238]

5 INTIS Consultant -001603263-U "Solatlah dengan berdiri, jika tidak mampu maka duduk, jika tidak mampu maka berbaring." [al-Bukhari, Abu Daud & Ahmad] kiri. Mengarahkan pandangan ke bawah. Tidak menoleh ke atas, ke kanan atau ke


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamapabila bersolat Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam merendahkan kepalanya dan memandang ke arah tanah [al-Baihaqi & alHakim]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammelarang melihat ke arah langit (ketika solat) [alBukhari & Abu Daud]


"Apabila kamu bersolat maka janganlah menoleh ke kiri dan ke kanan kerana sesungguhnya Allah memandang ke arah hamba-Nya di dalam solat selagi mana dia tidak menoleh." [at-Tirmizi & al-Hakim]

Menghadap ke arah kiblat.


"Apabila engkau hendak mendirikan solat hendaklah sempurnakan wuduk kemudian menghadap ke arah kiblat dan bertakbirlah." [Muttafaqun 'Alaihi]

Meletakkan sutrah (penghadang) di hadapan tempat sujud jika menjadi imam atau solat sendirian.


"Janganlah engkau solat melainkan ke arah sutrah, janganlah engkau membiarkan seseorang melintas di hadapanmu, sekiranya dia cuba juga untuk melintas maka

6 INTIS Consultant -001603263-U halanglah dia, kerana sesungguhnya syaitan ada bersamanya." [Ibn Khuzaimah]

2.

Takbir Mengucapkan Takbiratul Ihram, "Allahu Akbar."

"
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammemulakan solatnya dengan lafaz "Allahu Akbar." [Muslim & Ibn Majah]


"Kunci solat ialah bersuci, masuk ke dalamnya dengan takbir dan keluar darinya dengan salam." [Abu Daud, at-Tirmizi & al-Hakim]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammengangkat suaranya ketika takbir sehingga didengari makmum di belakangnya. [Ahmad & al-Hakim] Mengangkat kedua-dua tangan ke paras dengan bahu atau telinga.


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammengangkat kedua-dua tangannya (ketika takbir) ke paras bahu, dan kadangkala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam mengangkat kedua-dua tangannya sehingga ke paras hujung telinga. [al-Bukhari, Abu Daud & alNasa'i]

Tidak menggenggam jari jemari dan tidak meregangkannya, tetapi hendaklah lurus ke atas.


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammengangkat kedua-dua tangannya dengan meluruskan jari-jemarinya, tidak direnggangkan dan tidak pula digenggam. [Abu Daud & Ibn Khuzaimah]

7 INTIS Consultant -001603263-U

Mengarahkan pandangan ke tanah.


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamapabila bersolat Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam merendahkan kepalanya dan memandang ke arah tanah. [al-Baihaqi & al-Hakim]

Mengangkat tangan serentak dengan mengucapkan takbir atau selepas bertakbir atau sebelum bertakbir


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammengangkat kedua-dua tangannya kadangkala serentak dengan takbir, kadangkala selepas takbir dan kadangkala sebelum takbir. [al-Bukhari, Abu Daud & al-Nasa'i]

3.

Meletakkan Tangan

Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri atau menggenggam pergelangan tangan kiri


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammeletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya merangkumi pergelangan tangan kiri dan sebahagian lengan kirinya, dan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam memerintahkan para sahabatnya untuk berbuat demikian, dan kadangkala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam menggenggam pergelangan tangan kiri menggunakan tanan kanan. [Malik, al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasa'i, Ibn Khuzaimah & al-Daruquthni]

Tidak meletakkan tangan di paras pinggang atau pusat

8 INTIS Consultant -001603263-U Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammelarang meletakkan tangan di bahagian pinggang. [Muttafaqun 'Alaihi] . Ulama berbeza pendapat tentang kedudukan tangan ketika solat.

Berikut ini pendapat para ulama dalam masalah ini: Pendapat Pertama , kedua tangan diletakkan pada an-nahr.An-nahr adalah anggota badan antara di atas dada dan di bawah leher. Pendapat Kedua , kedua tangan diletakkan di atas dada. Ini adalah pendapat AlImam Asy-Syafie pada salah satu riwayat darinya, Ibnul Qayyim, Asy-Syaukany, Ishaq bin Rahawaih dan Shaikh al-Albani. Pendapat Ketiga ,kedua tangan diletakkan di antara dada dan pusat. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Asy-Syafie, Ahmad Said bin Jubair dan Daud Az-Zhahiri. Pendapat Keempat , kedua tangan diletakkan di atas pusat. Pendapat ini merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad dan dinukil daripada Ali bin Abi Thalib dan Said bin Jubair. Pendapat Kelima ,kedua tangan diletakkan di bawah pusat. Ini adalah pendapat Al-Hanafiyah bagi lelaki Asy-Syafie dalam sebuah riwayat, Ahmad, Ats-Tsaury dan Ishaq. Pendapat Keenam ,kedua tangan bebas diletakkan dimana saja: di atas pusat, di bawahnya, atau di atas dada. Ini pendapat Imam Ahmad, Ibn al-Munzir, Imam Malik, Shaikh Muqbil al-Wadie, dan Shaikh Bakar Zaid [Diringkasakan daripada La Jadid Fi Ahkam as-Solat oleh Shaikh. Bakr bin Abdullah Abu Zaid] 4. Membaca Doa Iftitah

Antaranya:


Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaran-Nya, segala puji bagi Allah sebanyakbanyaknya, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. [Muslim, Abu 'Awanah dan disahihkan oleh at-Tirmizi]

9 INTIS Consultant -001603263-U Maha Suci Engkau Ya Allah aku memuji-Mu, Maha Suci Nama-Mu, Maha Tinggi Keagungan-Mu, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. [Abu Daud & al-Hakim]

.
Ya Allah, jauhilah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat; Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahanku sepertimana pakaian putih dibersihkan dari kotoran; Ya Allah cucikanlah diriku dari kesalahanku dengan air, salji dan kesejukan. [Muttafaqun 'Alaihi] 5. Membaca al-Ta'awwudz


Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang direjam, dari semburannya (yang menyebabkan hilang akal), dari kesombongannya dan dari sya'irnya yang tercela. [Abu Daud & Ibn Majah]


Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam, dari semburannya (yang menyebabkan hilang akal), dari kesombongannya dan dari sya'irnya yang tercela. [Abu Daud & atTirmizi]

6.

Membaca al-Fatihah (Pada Setiap Rakaat)

Membaca Bismilah [Muttafaqun 'Alaihi]. Boleh dibaca sama ada dengan kuat atau perlahan. Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam lebih kerap memperlahankannya kerana dalilnya lebih banyak. Membaca al-Fatihah yang merupakan rukun solat ayat demi ayat [Abu Daud] Tidak sah solat tanpa al-Fatihah

10 INTIS Consultant -001603263-U

Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca al-Fatihah [Muttafaqun 'Alaihi]

Mengucapkan 'Amin' (Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami!) selepas membaca al-Fatihah

:
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamsetelah selesai membaca al-Fatihah Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam mengucapkan: "Amin" dinyaringkan dan dipanjangkan suaranya [al-Bukhari & Abu Daud]

: :

Apabila seseorang di antara kamu menyebut: "Amin", para malaikat di langit juga menyebut: "Amin", dan jika kedua-duanya berlaku serentak, maka akan diampunkan segala dosanya yang lalu. [Muttafaqun 'Alaihi, al-Nasa'i & al-Darimi]

7.

Membaca Surah (Pada Rakaat Pertama dan Kedua) Membaca salah satu surah dari al-Quran yang dihafaz dan mudah dibaca


Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari al-Quran [Surah al-Muzammil: 20] Apabila menjadi makmum, tidak perlu membaca surah di dalam rakaat yang dibaca dengan kuat dan cukup dengan mendengar bacaan imam

: ! : : : ! :

11 INTIS Consultant -001603263-U


Suatu ketika Nabi baru selesai dari solat yang dinyaringkan bacaan padanya, baginda bersabda: "Adakah sesiapa di kalangan kamu yang membaca bersamaku (ketika solat) tadi?" Kata seorang lelaki: "Ya, saya Rasulullah." Baginda bersabda: "Sesungguhnya aku berkata: kenapa aku disaingi?" Abu Hurairah berkata: "Sejak peristiwa itu semua kaum muslimin berhenti dari membaca tatkala Rasulullah membaca dengan nyaring, dan apabila imam membaca dengan perlahan mereka membaca dengan perlahan untuk diri mereka sahaja. [Malik, al- Humaidi, al-Bukhari dalam Juz' al-Qiraah, Abu Daud & Ahmad]


"Sesiapa yang bersolat dengan imam maka cukuplah bacaan imam sebagai bacaanya." [Ibn Abi Syaibah, al-Daraquthni & Ibn Majah] Solat tetap sah tanpa bacaan surah selepas al-Fatihah [Ibn Khuzaimah & alBaihaqi, mempunyai syahid dari Abu Daud dan asal kisah termaktub dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim]

8.

Rukuk Sebelum rukuk, hendaklah diam seketika


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamselepas selesai dari bacaan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam diam seketika. [Abu Daud & al-Hakim]

Mengangkat kedua-dua tangan seperti ketika takbiratul ihram sambil mengucapkan takbir dan kemudian rukuk


Dan apabila Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam hendak rukuk, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam mengangkat kedua-dua tangan. [al-Bukhari]

12 INTIS Consultant -001603263-U Hendaklah meluruskan belakang badan


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamketika rukuk akan meluruskan belakang badannya dan menyamakannya, sehingga jika diletakkan air tidak akan tumpah. [al-Bukhari, al-Baihaqi, al-Tabrani & Ibn Majah]

Kedua-dua tapak tangan mencengkam lutut dengan jari-jemari direnggangkan


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammenempatkan kedua-dua tapak tangan pada lutut seakan-akan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam mencengkam kedua-duanya. [alBukhari & Abu Daud]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammerenggangkan jari-jemarinya (ketika rukuk). [alHakim mensahihkannya dan dipersetujui oleh al-Dzahabi]

Merenggangkan kedua-dua siku dari sisi badan


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammerenggangkan kedua-dua siku dari sisi badannya. [at-Tirmizi mensahihkannya & Ibn Khuzaimah]

Kepala tidak didongak dan tidak ditunduk tetapi diselarikan dengan badan


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamtidak menundukkan kepala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam (ketika rukuk) dan tidak mengangkatnya, tetapi di antara keduanya. [al-Bukhari di dalam Juz' al-Qiraah, Muslim, Abu Daud & Abu 'Awanah]

13 INTIS Consultant -001603263-U

Tomakninah diam sebentar


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalambertomakninah ketika rukuk. [Ahmad & Abu Daud]

Bertasbih, antaranya:


Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung (3 kali). [Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, alDaruquthni, al-Thahawi, al-Bazzar & Ibn Khuzaimah]


Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan pujian hanya untuk-Nya (3 kali). [Ahmad, Abu Daud, al-Daruquthni, al-Tabrani & al-Baihaqi]

Dilarang membaca al-Quran ketika rukuk, sebaliknya dianjurkan untuk membesarkan Allah ketika rukuk


"Sesungguhnya aku dilarang dari membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun rukuk maka besarkanlah Tuhanmu, adapun sujud maka perbanyakkanlah doa, nescaia akan diperkenankan." [Muslim & Abu 'Awanah] 9. I'tidal Bangun dari rukuk hingga tegak sambil menyebut:


"Allah Maha Mendenar terhadap sesiapa yang memuji-Nya." [Muttafaqun 'Alaihi]

14 INTIS Consultant -001603263-U Mengangkat tangan sewaktu i'tidal


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammengangkat kedua-dua tangan ketika i'tidal. [Muttafaqun 'Alaihi]

Setelah tegak berdiri, hendaklah membaca:


"Wahai Tuhan kami segala puji bagi-Mu." [al-Bukhari, Muslim & Abu Daud]

Tomakninah diam sebentar


"Allah tidak memandang solat hamba yang tidak berdiri dengan tegak di antara rukuk dan sujud." [Ahmad & al-Tabrani]

10.

Sujud Turun untuk sujud sambil mengucapkan takbir


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamketika hendak sujud Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam bertakbir. [al-Bukhari]


Kadangkala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam mengangkat kedua-dua tangannya ketika hendak sujud.[al-Nasa'i & al-Daruquthni] . Ulama berbeza pendapat tentang tatacara turun untuk sujud sama ada turun lutut atau tangan dahulu. Dalil yang menjadi perbincangan ialah:

15 INTIS Consultant -001603263-U

"Apabila seseorang di antara kamu hendak sujud, maka janganlah dia turun untuk sujud seperti unta turun untuk duduk, maka hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya." [Abu Daud & al-Nasa'i]

Sujud di atas tujuh anggota

:
"Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh anggota: dahi termasuk hidung, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan jari-jemari kaki, dan ditegah dari menyelak pakaian dan rambut." [Muttafaqun 'Alaihi] Tapak tangan diratakan ke permukaan tanah, jari-jemari tangan rapat menghadap kiblat


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammeletakkan kedua-dua tapak tangannya (ketika sujud) dan diratakan, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam merapatkan jarijemarinya dan diluruskan ke arah kiblat. [al-Baihaqi dengan sanad yang sahih] Siku direnggangkan dan diletakkan sejajar dengan bahu atau telinga


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam tidak membentangkan kedua-dua lengannya tetapi mengangkatnya dari permukaan tanah dan merenggangkannya dari sisi badannya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam dari arah belakang, dan sekiranya ada seekor anak kambing yang ingin lalu di bawah

16 INTIS Consultant -001603263-U lengannya nescaia ia akan melepasinya. [Muslim, Abu 'Awanah & Ibn Hibban]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammeletakkan kedua-dua tangannya selari dengan bahu dan kadangkala selari dengan telinga. [Abu Daud, at-Tirmizi & al-Nasa'i]


"Janganlah seseorang antara kamu membentangkan lengannya (ketika sujud) seperti anjing." [Ahmad & at-Tirmizi]

Tapak kaki ditegakkan, jari-jemari kaki dilipat menghadap kiblat, kedua-dua tumit dirapatkan


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam meletakkan kedua-dua lututnya dan hujung kedua kakinya, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam menghadapkan bahagian hadapan kaki dan hujung-hujung jari ke arah kiblat, merapatkan kedua-dua tumit Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam dan menegakkan kedua-dua kaki Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam dan memerintahkan agar melakukan yang sedemikian. [alBukhari, Ashab al-Sunan & al-Baihaqi] Tomakninah

. : : ! :
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalambersabda: "Seburuk-buruk pencuri dari kalangan manusia ialah mereka yang mencuri di dalam solat." Para Sahabah bertanya: "Wahai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, bagaimana seseorang boleh mencuri di dalam solatnya?" Jawab Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam: "Mereka tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya." [Ibn Abi Syaibah, al-Tabrani & al-Hakim]

17 INTIS Consultant -001603263-U

Membaca doa, antaranya:


Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi (3 kali). [Ahmad, Abu Daud & Ibn Majah]


Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Pujian hanya untuk-Nya (3 kali). [Abu Daud & al-Daruquthni]

Dilarang membaca al-Quran ketika sujud, sebaliknya dianjurkan untuk memperbanyakkan doa ketika sujud


"Sesungguhnya aku dilarang daripada membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud. Adapun rukuk maka besarkanlah Tuhanmu, adapun sujud maka perbanyakkanlah doa, nescaia akan diperkenankan." [Muslim & Abu 'Awanah]

:
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalambersabda: "Seorang hamba paling dekat dengan Tuhan-Nya tatkala dia sedang sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika sujud." [Muslim, al-Nasa'i & Abu 'Awanah]

11.

Duduk Antara Dua Sujud Kemudian bangit dari sujud sambil mengucapkan takbir

18 INTIS Consultant -001603263-U Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamketika bangun dari sujud mengucapkan takbir. [Muttafaqun 'Alaihi]

Duduk iftirasy duduk di atas tapak kaki kiri sambil menegakkan tapak kaki kanan, jari-jemari kaki kanan dilipat ke arah kiblat


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamduduk iftirasy di atas kaki kiri. [al-Bukhari di dalam Juz' Raf'ul Yadain]


"Apabila engkau bangun dari sujud hendaklah engkau duduk di atas paha kiri." [Ahmad & Abu Daud dengan sanad yang jaiyid]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammenegakkan kaki kanan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam dan jari-jemarinya dihadapkan ke arah kiblat [al-Nasa'i dengan sanad yang sahih]

Meletakkan tangan di atas paha, jari-jemari diletakkan di atas paha atau lutut seolah-olah menggenggamnya Boleh juga duduk dengan cara iq'aa duduk dengan cara menegakkan kedua-dua tapak kaki dan dirapatkan, jari-jemari kaki dilipat ke arah kiblat


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam kadangkala duduk secara iq'aa, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam duduk di atas kedua-dua tumit Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam dan jari- jemari kaki Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam. [Muslim & Abu 'Awanah]

Tomakninah

19 INTIS Consultant -001603263-U


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalambertomakninah sehingga seluruh anggota Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam kembali ke tempat asalnya. [Abu Daud & al-Baihaqi]

Membaca doa, antaranya:


"Ya Allah ampunilah aku, saiangilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah petunjuk kepadaku, selamatkanlah aku, dan berikanlah aku rezeki." [Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah & al-Hakim]


"Tuhan, ampunilah aku, Tuhan, ampunilah aku." [Ibn Majah dengan sanad yang hasan]

12.

Bangkit dari Sujud

Setelah selesai duduk antara dua sujud, lakukan sujud kedua sambil mengucapkan takbir Kemudian bangkit dari sujud sambil mengucapkan takbir, lalu duduk seketika (duduk istirahat), setelah itu bangkit sambil menggenggam tapak tangan atau dengan membuka tapak tangan dan merapatkan jari-jemari dan menghadap kiblat


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalambangkit dengan menekan permukaan tanah untuk rakaat kedua. [al-Syafi'e & al-Bukhari]

:
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammenggenggam kedua-dua tangannya apabila hendak berdiri. [Abu Ishaq al-Harabi dengan sanad yang soleh, makna hadith turut diriwaiat oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih]

20 INTIS Consultant -001603263-U

Berdiri untuk melakukan rakaat kedua atau rakaat berikutnya

13.

Rakaat kedua

Berdiri tegak dan bersedekap, lalu membaca surah al-Fatihah diikuti dengan surah lain Rukuk dan bacaan seperti pada rakaat pertama I'tidal dan bacaan seperti pada rakaat pertama Sujud dan bacaan seperti pada rakaat pertama Duduk antara dua sujud seperti pada rakaat pertama Sujud kedua dan bacaan seperti pada rakaat pertama

Duduk tasyahhud awal (dilakukan apabila jumlah rakaat solat yang dikerjakan ialah tiga atau empat)

14.

Tasyahhud awal

Duduk tasyahhud awal sebagaimana cara duduk iftirasy selepas selesai rakaat kedua


"Apabila engkau duduk di pertengahan solat maka tetaplah dan duduklah secara iftirasy duduk di atas paha kiri dan kemudian bacalah tasyahhud." [Abu Daud & alBaihaqi dengan sanad yang jaiyid] Menggenggam jari-jemari tangan kanan dan diletakkan di atas paha atau lutut kanan atau menggenggam jari kelingking dan jari manis, buatkan bulatan antara jari tengah dan ibu jari, mengacungkan jari telunjuk ke arah kiblat, mata melihat ke arah jari telunjuk kanan, tangan kiri diletakkan di atas paha kiri atau lutut kiri

21 INTIS Consultant -001603263-U


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammeletakkan tapak tangan kiri di atas lutut kiri, dan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam menggenggam jari-jemari tangan kanannya, dan mengarahkan jari telunjuknya ke arah kiblat seraia memandang ke arah jari tersebut. [Muslim, Abu 'Awanah & Ibn Khuzaimah]


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamtatkala mengisyaratkan jari telunjuknya, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam meletakkan ibu jari di atas jari tengah dan kadangkala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam membuat bulatan dengan ibu jari dan jari tengah. [Abu Daud & al-Nasa'i] Ulama berbeza pendapat sama ada isyarat jari tersebut adalah statik, atau digerakgerakkan sedikit. Ini kerana mereka berbeza pendapat di dalam penilaian ke atas hadis berikut:

:
Nabi mengangkat jari telunjuknya sambil menggerak-gerakkannya sambil berdoa, dan baginda bersabda: "Gerakan jari itu lebih berat ke atas syaitan berbanding besi." [Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'i & al-Bazzar]

Membaca tasyahhud awal dan selawat

15.

Bacaan tasyahhud

22 INTIS Consultant -001603263-U


"Segala penghormatan, keberkatan, doa dan kebaikan hanya milik Allah. Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas Nabi, begitu juga rahmat dan berkat-Nya. Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kami dan hamba-hamba yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya." [Malik dan al-Baihaqi]

16.

Bacaan selawat


"Ya Allah berikanlah rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah, berikanlah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung." [Muttafaqun 'Alaihi]

17. Tasyahhud Akhir. Ulama berselisih pendapat untuk duduk tasyahud akhir bagi solat dua rakaat seperti solat Subuh, Tahiyatul Masjid dan lain-lain. Sebahagian menyatakan ia sama dengan duduk antara dua sujud, iaitu iftirasy, sebahagian yang lain menyatakan ia adalah duduk tawarruk sebagaimana untuk solat-solat yang selain dua rakaat. Duduk secara tawarruk duduk dengan menegakkan tapak kaki kanan dan meletakkan tapak kaki kiri di bawah betis kaki kanan dengan menjadikan lantai sebagai tempat duduk

23 INTIS Consultant -001603263-U


Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamduduk secara tawarruk ketika tasyahhud akhir, Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam meletakkan punggung kiri di atas tanah, dan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam meletakkan kedua-dua tapak kaki pada satu sisi, dan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam meletakkan kaki kiri di bawah paha dan betis kaki kanan, dan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam menegakkan tapak kaki kanan sambil melipat jari-jemari kaki kanan, dan kadangkala Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam tidak melipatkan jari-jemari kaki kanan Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi & Abu 'Awanah] 18. Posisi tangan sama seperti tasyahhud awal Bacaan dan selawat sama seperti tasyahhud awal Doa akhir sebelum salam

Nabi Sallallahu Alaihi Wassalamselalu berdoa sebelum salam dengan doa yang pelbagai, antara yang sering dibaca Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam ialah:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahannam, seksa kubur, fitnah kehidupan dan fitnah setelah mati, serta dari kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal." [Muslim, al-Nasa'i & Abu 'Awanah]


"Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta beribadah dengan baik kepada-Mu." [Abu Daud & al-Nasa'i]

19.

Salam Mengucapkan salam dengan berpaling ke arah kanan:

24 INTIS Consultant -001603263-U [Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi & al-Nasa'i. Disahihkan oleh at-Tirmizi]

Kemudian berpaling ke arah kiri sambil mengucapkan salam seperti tadi Menoleh memberi salam ke sisi kanan dan sisi kiri

: :
Nabi Sallallahu Alaihi Wassalammemberi salam ke sebelah kanan assalamu'alaikum warahmatullah sehingga kelihatan pipi kanannya, dan kemudian Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam memberi salam ke sebelah kiri assalamu'alaikum warahmatullah sehingga kelihatan pipi kirinya. [Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi & al-Nasa'i. Disahihkan oleh at-Tirmizi] Terdapat beberapa cara memberi salam yang dilakukan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. 1) Memaling ke kanan sambil membaca ( ) dan memaling ke kiri sambil membaca ( [ ) Abu Daud, an-Nasai & at-Tirmizi] 2) Memaling ke kanan sambil membaca ( ) dan memaling ke kiri sambil membaca ( [ ) Abu Daud, Ibn Khuzaimah, Abdul Razzaq, Abu Yala, ath-Thabrani, dan ad-Daraquthni] 3) Memaling ke kanan sambil membaca ( ) dan memaling ke kiri sambil membaca ( [ ) an-Nasaie dan Ahmad] 4) Memaling sedikit ke kanan dan membaca ( ) sahaja. [Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi, al-Maqdisi, Ahmad, at-Thabarani, Ibn al-Mulaqqin dan al-Hakim] Penting: Jika menjadi makmum, hendaklah mengikut tatacara imam memberi salam kerana imam adalah untuk diikuti.

TAMAT

You might also like