You are on page 1of 2

Panduan Dan Pengoperasian

Program Literasi Dan Numerasi (LINUS)




Latar BeIakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd Yassin telah
membentangkan bidang keberhasialan utama ( National Key Result Areas (NKRA))
Kementerian Pelajan Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan
numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan
pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu
program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancangan lebih teliti
dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir
sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKP tersebut telah mula dilaksanakan
pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama
program LNUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali
murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
(berdasarkan takrifan UNESCO).

Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan
menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik
seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan
penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan
Numerasi (LNUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan
numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagimeningkatkan tahap literasi
dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan
Saringan dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan mac, jun dan september bagi
membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LNUS atau program pendidikan khas.



ModuI Pengajaran Dan PembeIajaran
Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi
dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi
secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan
kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan AmaIan Pedagogi
Menyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi,
latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan
padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak Berkepentingan
Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, bubapa, persatuan guru dan orang
ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam
menjayakan program LNUS.

Memantau Dan MenyeIia
Pemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan
proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat Daerah
Merupakan pegawai FasiLNUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru
literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah.
Selain melatih dan membimbing guru-guru LNUS, mereka akan membantu sekolah
membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk
menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan
sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.


Objektif

1. Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran
yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.
2. Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LNUS) dapat
diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah
ditetapkan.
3. Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan
Program Literasi Dan Numerasi (LNUS).
4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

You might also like