You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kali Pertama 2010

Tarikh : 25 Jan. 2010 (snin)
Masa : 1.10 petang
Tempat : Bilik Operasi
Kehadiran :-
1. Pn. Nariza bt. Mohd. Daud (Penasihat)
2. Pn. Hjh. Sabariah bt. Md. Nor (Pengerusi)
3. Pn. Hjh. Rohayah bt. Masiri (Setiausaha)
4. Pn. Alageshwary A/P Mookiah
5. Cik Noor Hafidza bt. Murad
6. Cik Khairulafzan bt. Jaafar

1.Ucapan Pengerusi :-
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir, juga
mengalu-alukan kedatangan guru baru iaitu Pn. Alageshwary, Cik Noor
Hafidza dan Cik Khairulafzan ke Sekolah Kebangsaan Desa Setapak.
2. Ucapan Penasihat.
2.1 Pn. Nariza mewakili guru besar yang tidak dapat hadir mengucapkan
kesyukuran dan tahniah kepada semua guru kerana telah dapat menyelesaikan
segala aktiviti yang telah dirancangkan pada tahun lepas.
2.2 Beliau juga memaklumkan bahawa jadual baru akan menyusul kemudian pada
bulan Februari. Jawatan pengerusi, setiausaha dan guru yang mengajar Sivik
juga akan berubah. Guru-guru baru akan mengambil tempat tersebut
memandangkan Pn. Rohayah (Ketua Panitia Sivik yang lama) akan bersara
pada bulan Februari.
2.3 Guru-guru diingatkan agar membuat perancangan atau strategi dengan teliti
untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kepada guru-guru baru, beliau menasihatkan supaya segala masalah mengenai
P&P dan penggunaan bahan ABM Sivik bolehlah merujuk kepada guru lama.

3. Pengurusan
3.1 Maklumat guru dan jadual waktu mengajar akan diedarkan kemudian (apabila
jadual baru diedarkan) dan akan disimpan dalam fail.
3.2 Guru yang mengajar :-

Cik Noor hafidza 6C,5D, 4C, 4D

Cik Khairulafzan 5C

Pn. Alageshwary 6D


3.3 Cara menulis rancangan mengajar harian adalah seperti berikut :-
- Tema
- Tajuk
- Hasil Pembelajaran
- Aktiviti
- ABM / BBM
- Nilai

4. Rancangan Aktiviti
4.1 Akan dibincangkan dalam mesyuarat kedua nanti bersempena Sambutan bulan
Kemerdekaan.
5. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Mengajar Tahunan
5.1 Semua guru perlu menampal atau memfailkannya di dalam buku rancangan
mengajar.
6. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
6.1 Melatih murid membuat buku skrap, sama ada secara individu atau
berkumpulan. Segala bahan dibekalkan oleh panitia mata pelajaran (alatan
boleh didapati di dalam Bilik Kajian Tempatan), untuk kerja projek.
6.2 Guru perlu menggalakkan murid-murid menulis nota dalam bentuk peta minda.
Buku nota dan buku latihan pula menggunakan buku panjang (satu buah
sahaja).
6.3 Tiada ujian Sumatif hanya Ujian PKSR 1 dan PKSR 2 sahaja.
6.4 Markah untuk kerja projek ialah 30 % dan pemerhatian sebanyak 20%, markah
keseluruhan sebanyak 50%. Markah kerja projek dan pemerhatian hanya
dicampurkan dalam peperiksaan bertulis PKSR 2 sahaja (hujung tahun).
6.5 Segala bahan ABM / BBM boleh dipinjamkan kepada murid untuk menjalankan
kerja projek bagi meransang murid murid supaya meminati pelajaran ini.
7. Penilaian dan Peperiksaan
7.1 Pencapaian PKSR 2 tahun 2009 memberansangkan.
Tahun 4 dan 5 - 96 %
Tahun 6 - 98 %
7.2 Guru-guru diamanahkan supaya berusaha meningkatkan lagi pencapaian murid-
murid kerana pelajaran ini ada hubung kait dengan kehidupan seharian mereka.

8. Hal-Hal Lain
8.1 Bahan ABM / BBM yang dipinjam dari bilik khas Kajian Tempatan hendaklah
ditulis penggunaannya dalam buku khas yang akan disediakan.
8.2 Peruntukan kewangan tahun 2010 belum dimaklumkan lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, disemak oleh, Disahkan oleh,
______________ ______________ _____________
Pn Hjh. Rohayah Masiri Pn. Hjh. Sabariah Md. Nor Pn. Hjh. Asiah bt.
(Setiausaha) (Ketua Panitia) Zakariah
(Guru Besar SKDS)

You might also like