You are on page 1of 1

Kuat burung Kerana Sayap Assalamualaikum saya ucapkan kepada juri-juri, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Pada hari ini saya akan menceritakan satu cerita bertajuk kuat burung kerana sayap. Pada suatu petang, kelihatan sekumpulan haiwan sedang berehat sambil berbual-bual. Gajah, kambing dan gorila bercakap tentang kekuatan masing-masing. Manakala seekor burung yang bernama Bento sering dipandang rendah, hanya mendengar perbualan mereka. Aku ni memang terkenal dengan aku. Kayu balak yang besar tu, satu tangan je aku boleh angkat tau! kata gajah. Alah!Aku pun apa kurangnya. Setakat pokok pisang tu, senang je aku patahkan! kata gorila. Kambing pula tidak mahu mengalah lalu mula bercerita. Aku pun hebatlah, Tanduk aku ni noleh buat perhiasan tau! Gajah, gorila dan Bento tercengang kehairanan mendengar kata-kata kambing. Sedang mereka kehairanan, kambing menambah, Tak macam Bento! Paruh pun tak boleh pakai! Bento kesedihan dan hanya menundukkan kepalanya. Tiba-tiba kambing terpandang buah epal yang cantik di puncak pokok lalu menyuarakan pendapatnya. Hmm...... apa kata kita bertanding secara sihat? Siapa yang dapat menjatuhkan buah epal dari pokok tu, dialah yang terkuat. Setelah semua bersetuju, kambing pun bangun untuk menjadi peserta pertama.Ia berlari pantas lalu menanduk pokok tersebut. Eleh,, bergoyang pun tidak pokok tu.Kau tengok aku

You might also like