You are on page 1of 6

Sal merupakan pelajar tahun tiga di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Beliau tinggal bersama dengan lima orang rakannya di sebuah flat yang berhampiran dengan universiti. Kelima-lima teman serumahnya mengambil program pengajian yang sama hanya beliau seorang sahaja dari program pengajian yang berlainan. Keadaan ini menjadikan Sal tidak selesa tinggal di rumah berkenaan kerana beliau tidak dapat berbincang mengenai pelajarannya. Pada masa yang sama keputusan peperiksaan Sal menurun, dia memerlukan rakan sekelas untuk mengadakan perbincangan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya. Kebanyakan rakan sekelasnya tinggal jauh daripada universiti. Mereka boleh membantu Sal kalau beliau bersedia berpindah ke rumah mereka. Sal tidak pasti cara untuk menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah kepada rakan serumahnya. Baginya rakan serumahnya yang bekerjasama adalah perkara yang amat dihargainya, tambahan pula Sal telah tinggal setahun bersama mereka. Anggapan Sal, rakan serumahnya adalah keluarganya di Kuala Lumpur. 1. Apakah matlamat kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal?

Kaunseling merupakan kebolehan seseorang yang berkemahiran dalam bidang ini menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Sesuatu yang ketara, kaunseling adalah alat asas bagi profesional yang di amalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Matlamat utama kaunselor dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama Sal ialah pertama untuk menggalakkan Sal membuat keputusan. Sal akan diberi beberapa pilihan tentang risiko yang bakal diambil bagi setiap keputusan yang di buatnya.Di sini Sal akan mempelajari membuat beberapa penerokaan tentang nilai hidupnya yang berkaitan dengan situasi permasalahannya dan menyedari nilai-nilai tersebut diambil kira dalam membuat keputusan.Kaunselor akan membantu Sal mendapatkan maklumat dan menyatakan beberapa ciri peribadi yang mungkin boleh mengganggu proses membuat keputusan.Kaunselor berperanan untuk membimbing Sal agar membuat keputusan 1

dengan rasional dan efektif demi kebaikan diri Sal dan hubungan Sal dengan kawankawan serumahnya. Kedua, membantu Sal meningkatkan keupayaannya memula dan meneruskan hubungan.Dalam situasi ini ,kaunselor akan membimbing Sal bagaimana untuk dia berinteraksi dengan rakan serumahnya dalam usaha untuk menyampaikan hasratnya berpindah kerumah baru dengan cara yang sesuai tanpa menyingung perasaan semua pihak yang terlibat. Ketiga, kaunselor bermatlamat untuk membantu Sal membuat tingkah laku positif.Iaitu membantu Sal untuk menjadi berani dan yakin untuk menyuarakan hasrat perpindahannya kerumah baru.Sebelum ini Sal takut ataupun tidak sampai hati untuk berterus-terang dengan kawan-kawannya mengenai masalahnya. 2. Sesi kaunseling sedikit sebanyak bergantungan kepada sikap yang ada pada

seorang kaunselor. Bincangkan sikap kausnelor yang disenaraikan berikut ; (a) Kongruen Kongruen merujuk kepada sifat asli yang ada dalam diri seseorang kaunselor.Ia membawa maksud keikhlasan ataupun kesepaduan, iaitu dalam perhubungan dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenarnya secara sedar dan tidak berpura-pura.Kaunselor mesti berlaku jujur pada diri dan klien.Misalnya jika klien mengatakan sesuatu yang mengguris hatinya,kaunselor mesti berterus terang tentang keadaan ataupun apa yang dirasakan olehnya . Menurut Yee(19870,kaunselor perlu sentiasa kongruen semasa sesi kaunseling kerana kepercayaan klien wujud apabila sikap kaunselor selari dengan sikap klien. Oleh itu kongruen adalah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor tanpa kepura-puraan supaya klien percaya dan yakin bahawa kaunselor ingin membantunya menyelesaikan masalah seterusnya mewujudkan perhubungan terapeutik atau bermakna.

(b)

Empati Empati dalam bidang kaunseling bermaksud seorang kaunselor menyelami

permasalahan klien dan menempatkan dirinya dalam situasi klien.Komponen ini penting bagi memudahkan klien menyelesaikan permasalahannya. Menurut Mizan Abdullah dan Halimatun Haliliah(2002),berempati merujuk kepada kebolehan kaunselor memasuki ruang rujukan atau dunia klien .Melaluinya,kaunselor dapat mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien. Kaunselor cuba menjiwai klien melalui kendiri klien/ pengalaman klien. Kaunselor mempunyai kefahaman yang tepat@accurate understanding yang berjaya menguasai empati iaitu berusaha berfikir bersama klien dan bukannya berfikir untuk klien.Kaunselor cuba mengalami perasaan marah, takut atau serba salah walaupun dirinya sebenar tidak berlaku demikian. Klien dapat dibantu untuk melihat dan memahami ruang fenomenologikal persepsi, pengalaman, pemikiran dan persaaan sendiri dengan jelas. Contohnya ,seorang klien yang baru kematian saudara terdekat.Kaunselor akan cuba menempatkan dirinya dalam situasi sebagaimana yang ditanggung oleh klien,walhal kaunselor sendiri tidak terlibat dengan sebarang kematian.

(cI

Penerimaan tanpa syarat Penerimaan tanpa syarat bermaksud menerima sesuatu dengan ikhlas dan jujur

tanpa mengira latar belakang dan budaya yang dibawa oleh klien.Dalam konteks ini, kaunselor menerima klien tanpa syarat samada klien mempunyai pengalaman positif atau negatif.Iaitu menerima kehadiran seorang klien tanpa sebarang prejudis dan menganggap klien itu baik. Ini dapat membina persepsi klien tentang kaunselor yang boleh dipercayai atau pendengar. Tidak timbul ancaman kepada klien apabila mengutarakan permasalahan nanti. Klien akan dapat membuat pendedahan kendiri untuk difahami dan membantu perkembangan ke arah self actualization.Keikhlasan dan ketulenan kaunselor dapat dirasai oleh klien pada awal sesi. Menurut Egan (1998),menerima tanpa syarat sebagai menghormati dan menyatakan ia adalah satu nilai aktif kaunselor yang mempunyai kefungsian yang tinggi.

Oleh itu ,kaunselor harus mengamalkan nilai menerima tanpa syarat dan menganggap setiap orang mempunyai potensi diri dan juga nilai kemanusiaan.Mereka diberikan kebebasan melahirkan perasaan dan tingkahlaku sendiri.Kepercayaan ini adalah penting dan ia lahir dari sifat dalaman kaunselor bagi menerima orang lain dengan sepenuhnya.

3.

Sesi kaunseling melibatkan lima tahap penting, dan salah satu tahap berkenaan

adalah Tahap Membina Hubungan. (a). Nyatakan EMPAT tugas utama kaunselor di tahap ini. 1. 2. 3. 4. Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi. Menentukan matlamat awal kaunseling Menstruktur hubungan Membina kepercayaan.

(b)

Tuliskan SATU dialog yang dilakukan oleh kaunselor pada tahap ini. Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor Klien Kaunselor : O.k.Apakhabar hari ini? : Baik. : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling. : Sama-sama : Boleh saya tahu nama saudari? : Nama saya Siti Salbiah binti Arif. : Panggilan apa yang saudari selesa untuk dipanggil? :Panggil saya Sal sahaja. : Baiklah Sal,sebelum kita pergi lebih lanjut lagi biar saya Perkenalkan diri saya terlebih dahulu.Nama saya Puan Amnah bt Ahmad sebagai kaunselor Sal dalam sesi ini dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana Sal sudi datang pada hari ini.

Klien Kaunselor Klien Kaunselor selam 45

: Sama-sama. : Sebelum ini,pernahkah Sal mengikuti mana-mana sesi kaunseling? : Tidak pernah. :Baik.Disini saya akan terangkan serba sedikit tentang perjalanan sesi kaunseling ini.Sesi ini akan berlangsung minit hingga sejam.Tetapi jika kita tidak dapat capai apa yang ingin kita capai pada hari ini, Sal jangan risau kita boleh

buat sesi lanjutan.Sal boleh bincang apa sahaja masalah dimana saya sebagai kaunselor akan mendengar apa sahaja yang ingin dikongsi.Peranan Sal adalah menceritakan tanpa apa-apa perasaan bimbang dan tertekan.Segala maklumat adalah berdasarkan etika kerahsiaan.Baiklah,ada apa-apa persoalan dan kebimbangan Sal sekarang? (mewujudkan suasana menggalakkan interaksi dan menstruktur hubungan)

4.

Sesi kaunseling melibatkan pelbagai kemahiran termasuk tingkahlaku verbal.

(a) Tuliskan satu dialog minta penjelasan lanjut yang digunakan dalam sesi diatas Kaunselor Klien kongsi ini bersama. : Saya tertarik dengan cerita keakraban Sal dan kawan-kawan serumahBoleh Sal jelaskan lagi.? : Sebenarnya saya dan kawan-kawan sudah seperti adik beradik.Boleh dikatakan hampir semua perkara kami bersama.Malah sepanjang saya berada di Kuala Lumpur merekalah keluarga saya.Soal makan minum ditanggung

Sakit deman saya mereka ambil peduli.Ini yang membuatkan saya tersepit. Kaunselor Klien : Apa maksud Sal dengan tersepit? : Emmsaya tersepit antara meninggalkan mereka demi membaiki prestasi pelajaran atau terus tinggal demi menjaga hubungan baik kami.Saya sedar pelajaran saya tu penting tapi saya tak nak tindakan saya berpindah akan menyinggung perasaan mereka.Saya keliru dan resah bila memikirkannya. (b) Tulis satu dialog menyemak persepsi yang digunakan dalam sesi di atas. : Dari cerita Sal tadi saya dapati Sal sebenarnya memang ingin berpindah kerumah baru bersama-sama dengan kawan sekuliah.Adakah benar begitu? Klien :Ya, memang itulah hasrat hati saya yang sebenarnya.Kalau saya berpindah mereka akan dapat membantu saya membaiki pencapaian peperiksaan. malah kami akan dapat mengulangkaji bersama dan tugasan kumpulan juga lebih mudah. Kaunselor :Oo..begitu,jadi betul la dengan apa yang saya faham.

Kaunselor

You might also like