You are on page 1of 34

Matlamat Dan Falsafah Pendidikan Islam

PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya (Musa bin Daia,1986). Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan (sensibility) para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan perilaku, juga keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam nilai-nilai etik dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan umat manusia (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000). Malaysia yang menjadikan Agama Islam sebagai Agama Rasmi, amat mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar

dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap, kemas dan tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan.

Kurikulum pendidikan Islam tidak terbatas setakat mempelajari mata pelajaran pengetahuan Agama Islam sahaja sebagaimana kefahaman kebanyakkan masyarakat hari ini. Tetapi pendidikan Islam itu sebenarnya mempunyai skop jangkauan yang lebih luas meliputi semua cabang ilmu pengetahuan yang dibenarkan oleh agama Islam.

DEFINISI
DEFINISI KURIKULUM Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan. Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut berubah. Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan

kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. Curriculum dalam bahasa Latin bermaksud Ruang tempat pembelajaran berlaku (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).

Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986). Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka. Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai: It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for completing and perfecting the individual Menurut Zuharani (1983), Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan. Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh

sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan: Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya. Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.

DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM Istilah Pendidikan Islam merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata pendidikan dan Islam. Menurut AlAttas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan AlHadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.

Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya talim, tarbiyah dan tadib. Namun demikian, ketigatiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001). Kata at-talim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-tadib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah latihan atau ajaran (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 83:


Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari halhal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia

akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988) Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu kesatuan yang terdiri daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) . Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu boleh dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004). Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.

DASAR PENDIDIKAN ISLAM

Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar pendidikan Islam ialah Al-Quran, Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama.

SIFAT PENDIDIKAN ISLAM DAN KONSEP ILMUNYA Pendidikan yang tidak sama pengajaran tetapi merangkumi ertinya dengan pembelajaran ditentukan sifatnya atau oleh

kedua-duanya

pandangan hidup (Weltanschauung) sesuatu kebudayaan kerana ia merupakan alat terpenting untuk merealisasikan tujuan-tujuan dari pandangan hidup itu. Oleh kerana ruang lingkup agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan insan sebagai homo sapien, homo politicus, homo aeconomicus, homo religious, dan sebagai theomorphic being (iaitu makhluk yang dapat mengenal Tuhan dan mencapai penghampiran denganNya) maka pendidikan Islam mempunyai sifat yang serba merangkumi. Kecenderungan tabi'e pendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al Quran dan Sunnah yang merupakan teras di dalam sistem pendidikannya dan kebudayaan Islam seluruhnya. Di dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu itu akidah Islamiah yang menjadi pusatnya yang menentukan orientasi dan methodology dan matlamat ilmu-ilmu lain oleh kerana ia membicarakan soal-soal yang terpenting di dalam hidup manusia; dari mana ia datang, apakah sifat manusia yang sebenar, untuk apakah ia dijadikan dan untuk apakah alam ini diciptakan, kemana ia akan pergi dan bagaimanakah seharusnya ia melakukan hubungan dengan Penciptanya

dan bagaimanakah ia harus menjalani hidup di dunia ini. kebenaran-kebenaran mutlak yang terkandung di dalam "ilmu agama" (baik dalam bidang akidah, kerohanian, ibadah, akhlak, ilmu Al-Quran dan Hadith) mewarnai dan menjiwai seluruh pendekatan seorang Muslim kepada ilmu-ilmu lain seperti sains fizikal dan tabi'e, sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan.

Konsep pendidikan yang unified ini yang berdasarkan kepada konsep ilmu yang integrated yang merupakan keistimewaan Islam berlawanan sekali dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu ke dalam dua "water-tigh compartments" yang tidak dapat di damaikan iaitu yang disebut di Barat sebagai "theology" dan "science" atau "religious knowledge" dengan "secular knowledge" atau faith dan knowledge. Pengkotakan yang "antagonistic" ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku di dalam teori pendidikan Islam, oleh kerana isi kandungan "theology" dan "science" di dalam Islam tidak mengkontradik satu sama lain malah ia bersifat isi-mengisi dan lengkap melengkapi. Kedua-duanya lahir dari outlook yang satu iaitu Tauhid. sebaliknya sejarah peradaban Barat dari zaman Pertengahan sampai kepada zaman moden menunjukkan pertarungan yang hebat "theology" dan "science" yang akhirnya dimenangi oleh science. Sebab permulaan timbulnya permusuhan itu tidak lain oleh kerana "theology" mengemukakan dogma-dogma yang anti-rasional yang hendak dipertahankan bermati-matian walaupun akal waras sudah tidak dapat menerimanya lagi. Pertentangan itu berubah menjadi konflik antara "authority" dan "truth". Dengan terpisahnya gereja dari Negara, terpisahlah juga "science" dari "religion", sehingga berkembanglah sains di atas dinamismanya sendiri, lepas dan bebas"autonomous" dari segala norma-norma agama. Sekularisma atau faham keduniaan semata-mata menjadi fait accompli dalam tamaddun Barat dan ini

membolehkan akal manusia Barat dengan scientific methodnya berkembang tanpa sekatan dari irrational dogmas lagi. Akhirnya akal yang tidak lagi dikendalikan oleh norma-norma transcendant (samawi) membawa para cerdik pandai kepada faham scientism atau pendewaan sains dengan segala akibatakibat buruk yang dapat dilihat dalam zaman technocentric ini. Selain daripada sifat kesatuannya, pendidikan Islam merangkumi pendidikan formal dan informal. Ia adalah pendidikan "sepanjang hayat". Di dalam pendidikan informal yang sangat berkesan ialah pendidikan di rumah tangga dalam lingkungan keluarga kerana di sinilah seorang Muslim mendapat asas-asas pembentukan peribadinya. Seterusnya pendidikan di dalam masyarakat, melalui proses sosialisasi seorang Muslim, tidak kurang besar pengaruhnya di atas pertumbuhan peribadi Muslim. Pendidikan formal dan pendidikan informal di dalam Islam mempunyai pengaruh timbal balik dan hubungan yang complementary yang satu tidak dapat berdiri sendiri tanpa mengalami sesuatu ketidakseimbangan. Sejarah tamadun Islam menunjukkan bahawa bentuk pendidikan formal adalah biasanya responsive kepada perubahan zaman dan tingkatan kemajuan kehidupan sosio-politik masyarakat tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang asasi dalam pendidikan Islam. Adanya sistem halaqah di masjid-masjid, kitabkitab untuk mengajar membaca dan menulis, sekolah istana, "sekolah" kedai buku, kumpulan-kumpulan diskusi (literary salons) untuk cendiakawancendiakawan tertentu, madrasah-madrasah, pusat-pusat pendidikan atau universiti-universiti di dalam pendidikan formal Islam menunjukkan juga bahawa bentuk lahiriah adalah masalah yang tidak begitu penting dalam Islam, asal isinya mampu membentuk manusia-manusia yang benar-benar terdidik. Organisasi pengajian yang berbeza-beza itu juga menunjukkan perkembangan pendidikan Islam dari tahap yang simple kepada tahap-tahap yang lebih kompleks dan sophisticated.

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia. Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna. Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk mencapai tujuan hidup tersebut. Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk: i. Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti

firmannya dalam Surah Faathir ayat 39:


Ertinya: Dia-lah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi ii. Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah

Adz-Dzaariyaat ayat 56:

10

Ertinya: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, tujuan sejati pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga berpengetahuan, yang satu sama lain saling bekerjasama. Islam tidak memandang bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000). Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981), tujuan pendidikan Islam ialah agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya. Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan

pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia,

11

baik spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya, baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup (Abdul Raof Dalip, 1990). Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas, maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001) Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam.

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara matlamat-matlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman, beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah perkembangan tingkahlaku yang sihat. Ekoran daripada matlamat murni ini berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah

12

swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab (Kamarudin Hj. Kacar,1989). Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani. Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah, untuk pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan. Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku Pedagogi Pendidikan Islam ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah; Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.

13

Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan berikut; Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk

mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jamaah. Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah tercapainya kebajikan, kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991). Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa. Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai: Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics. Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang

14

diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacammacam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsafah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam. Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu AlQuran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991). Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan

15

faedahnya". Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah". Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978).

Adakalanya

hikmah

itu

bermaksud

ilmu,

iaitu

ilmu

yang

tinggi

martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah Al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran. Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah AzZariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain. Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk

menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam adalah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi,

16

maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.

Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan,

Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang

17

digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAM Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata: Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya. Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk

Maksud Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam bukunya Pattern and Growth in Personality, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah

18

dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka. Menurut Prof. Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi: (a) Sifat Rohaniah 1. 2. 3. (b) Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul Sifat-sifat keimanan asas yang lain

Sifat-Sifat Akhlak 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Benar dan jujur Menepati janji Amanah Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan Merendah diri Sabar, tabah dan cekal Hilm, pemaaf dan toleransi

19

8.

Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

(c)

Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Sifat Mental 1. 2. 3. 4. 5. 6. ii. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial) Menguasai mata pelajaran takhassus Luas pengetahuan am Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

Sifat Kejiwaan 1. 2. 3. 4. 5. Sifat tenang dan emosi yang mantap Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii.

Sifat Fizikal 1. 2. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit Berperawakan tampan, kemas dan bersih

20

Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.

Etika Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan. Antara yang boleh dirumuskan ialah: Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: 1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan / keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.

21

4.

Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

5.

Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

6.

Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

Tanggungjawab Terhadap Diri 1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. 2. 3. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. Tanggungjawab Terhadap Ilmu Guru muslim hendaklah:

22

1. 2. 3. 4.

Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. Beriltizam dengan amanah ilmiah. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.

5.

Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

6.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion 1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah

menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

23

5.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.

6.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

7.

Dia

haruslah

menumpukan

perhatian

terhadap

keperluan

setiap

pelajarnya. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan statusstatus lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. 13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

24

14.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

15.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.

16.

Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

17.

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18.

Dia

tidaklah

harus

memaksa

kepercayaan

keagamaan,

politik

persendirian terhadap para pelajarnya. 19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. 20. 21. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarmembesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

25

1.

Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.

2.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

3.

Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

4.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

5.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

26

5.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

27

2.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan

akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.

Maksud Keberkesanan Pendidikan Islam

28

Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Keberkesanan Pendidikan Islam tidak hanya bergantung kepada teknologi pendidikan atau pendekatan sistem tetapi lebih jauh dari itu, ia memerlukan asas falsafah pendidikan yang Islamik dari yang sedia ada sekarang, baik di peringkat tadika, rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi. Kita memerlukan falsafah pendidikan yang menyeluruh dalam segenap bidang, baik dalam bidang pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam pendidikan politik, kesenian, kesukanan dan sebagainya. Di samping itu ia perlu dibingkai oleh dasar-dasar negara yang Islamik juga; samada dasar pembangunan ekonomi, dasar pendidikan, dasar belia, dasar penerangan, dasar pembangunan wanita dan dasar-dasar lain. Suatu bentuk reformasi yang meyeluruh hendaklah dilaksanakan demi memastikan keberkesanan pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah generasi baru. Reformasi tersebut harus mencakup bidang-bidang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Falsafah dan Konsep Pendidikan Islam Kurikulum Sistem Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Pendidikan Perkembangan Kakitangan Pengurusan Pendidikan Islam Pembinaan Potensi Pelajar dan Guru Membangun Imej Pendidikan Islam

29

Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benarbenar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka. Antara ciri-ciri seorang guru yang baik dan berkesan adalah seperti rajah berikut:

Guru yang Berkesan * * * * * * * * * * * * * Adil Demokratik Bertimbang rasa Responsif Baik hati Tidak membosankan Original Tangkas Menarik Bertanggungjawab Stabil Tenang Yakin

Guru yang Tidak Berkesan * * * * * * * * * * * * * Pilih kasih Autokratik Terbatas Menjauhkan diri Kasar Membosankan Stereotype Tidak peduli Tidak memberi kesan Bersikap dalih Tidak seimbang Mudah naik perasan Tidak tentu

30

PENUTUP Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t.

Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah, akliah dan seluruh penghidupan manusia, perbuatan, tingkahlaku dan amalan. Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990). Jelasnya, di dalam pendidikan Islam terkumpul empat bidang utama iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat serta kecergasan tubuh badan. Seorang guru Muslim memiliki peranan bukan sahaja di dalam sekolah, tetapi juga diluarnya. Oleh yang demikian menyiapkannya juga harus untuk sekolah dan untuk luar sekolah. Maka haruslah penyiapan ini juga dipikul

31

bersama oleh institusi-institusi penyiapan guru seperti fakulti-fakulti pendidikan dan maktab-maktab perguruan bersama-sama dengan masyarakat Islam sendiri, sehingga guru-guru yang dihasilkannya adalah guru yang soleh, membawa perbaikan (muslih), memberi dan mendapat petunjuk untuk menyiarkan risalah pendidikan Islam. Petunjuk (hidayah) Islam di dalam dan di luar adalah sebab tujuan pendidikan dalam Islam untuk membentuk generasi-generasi umat Islam yang memahami dan menyedari risalahnya dalam kehidupan dan melaksanakan risalah ini dengan sungguh-sungguh dan amanah dan juga menyedari bahawa mereka mempunyai kewajipan kepada Allah S.W.T dan mereka harus melaksanakan tugas itu dengan sungguh-sungguh dan ikhlas. Begitu juga mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab, maka mereka menghadapinya dengan sabar, hati-hati dan penuh prihatin. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakatnya, maka mereka melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah, professionalisme dan kecekalan. Dengan demikian umat Islam akan mencapai cita-citanya dalam kehidupan dengan penuh kemuliaan, kekuatan, ketenteraman dan kebanggaan. Sebab Allah S.W.T telah mewajibkan kepada diriNya sendiri dalam surah al-Nahl ayat ke 97:

32

Ertinya: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

BIBLIOGRAFI

1. 2.

Al-Quran Al-Karim. Abdul Halim El-Muhammady Dr., Pendidikan Islam;Falsafah,Disiplin dan Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Islam, Selangor Darul Ehsan,1991.

3.

Abdul Raof Dalip,Ustaz, Asas-Asas Pendidikan Islam, Progressive Products Supply, Selangor Darul Ehsan,1990.

4.

Gamal

Zakaria,Dr.,

Ibnu

Sahnun,

Mutiara

Pendidik

Muslim,Pusat

Penyelidikan dan Pembangunan Akademik,Kolej Islam Darul Ehsan, Selangor Darul Ehsan, 2002.

33

5.

Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, kuala Lumpur, 2004.

6.

Hj. Abdullah Ishak, Dr., Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam, Al-Rahmaniah, Selangor Darul Ehsan, 1989.

7.

Haron Din,Dr. & Sobri Salamon, Dr., Masalah Pendidikan Islam Di Malaysia, Al-Rahmaniah, Kuala Lumpur, 1988.

8.

Hassan Langgulung, Pendidikan Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1979.

9.

Mohd Yusuf Ahmad, Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002.

10. Omar Al-Syaibani, Prof. Dr., Falsafah Pendidikan Islam, terjemahan Prof. Dr.Hasan Langgulung,Hizbi Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan, 1991. 11. Samsul Nizar, M.A., Dr., Penghantar Dasar-Dasar Pemikiran Pendidikan Islam, Gaya Media Pratama, Jakarta,2001. 12. Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan:Pedagogi, Heinemann, Kuala Lumpur, 1986. 13. Teuku Iskandar,Dr., Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, 1986.

34

You might also like