You are on page 1of 24

Pendidikan Moral: Tahun 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBME 2203: PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 3 SEMESTER: JANUARI 2011

NAME:

MARZUKI B. MUCHTAR

NO. MATRIK: 740121125883002

NAMA PENSYARAH:

EN. MOHD HANIP HASSAN

Isi Kandungan 1

Pendidikan Moral: Tahun 3

Muka Surat 1.0 Pendahuluan 1.1 1.2 2.0 Konsep Masyarakat Majmuk Adat Resam dan Cara Hidup 3 4

Adat Resam, Budaya dan Cara Hidup 2.1 2.2 2.3 Masyarakat Melayu Masyarakat India Masyarakat Cina 6 11 16 20 23 24 25

3.0 4.0 5.0

Adat Resam, Budaya dan Cara Hidup Yang DIkongsi bersama Perkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Kesimpulan

Rujukan

1.0 1.1

Pengenalan Konsep Masyarakat Majmuk 2

Pendidikan Moral: Tahun 3

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok- kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

1.2

Adat Resam dan Cara Hidup

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan 3

Pendidikan Moral: Tahun 3

bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya (Mohamad Anwar Omar Din, 2007). Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Oleh kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, dengan kewujudan pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal. Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya. Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini (Noor Ani Abdullah, 2005). Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu 4

Pendidikan Moral: Tahun 3

pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu. Dengan mengambil contoh masyarakat Melayu dan India, boleh menggambarkan bagaimana adat dan budaya yang telah diterangkan tadi menjadi kepentingan masyarakat seterusnya membantu pembentukan moral yang baik dalam kalangan murid sekolah pada masa kini.

Masyarakat majmuk di Malaysia menunjukkan kepelbagaian kaum dan adat yang boleh dikongsikan bersama. 2.0 2.1 Adat Resam, Budaya dan Cara Hidup Masyarakat Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat 5

Pendidikan Moral: Tahun 3

pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu. Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam. Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Azan dan Iqamat yang dilakukan bagi menyambut bayi yang baru dilahirkan

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.

Pendidikan Moral: Tahun 3

Bagi masyarakat Melayu juga, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai dan majlis perkahwinan. Adat merisik yang juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Majlis pertunangan akan dilangsungkan selepas perbincangan diadakan. Ahli keluarga dan saudara-mara terdekat akan mewakili pihak lelaki untuk upacara bertunang. Majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih / sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin dan hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan sebagainya yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Pendidikan Moral: Tahun 3

Barang-barang hantaran Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam. Upacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihan sesebuah ikatan perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Pendidikan Moral: Tahun 3

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lainlain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Sebelum persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.

Selain itu, upacara kematian juga berbeza daripada kaum Cina dan India. Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah. Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan 9

Pendidikan Moral: Tahun 3

mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

2.2

Masyarakat India

Kaum India bukanlah penduduk asal Malaysia, sama seperti kaum cina. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah 10

Pendidikan Moral: Tahun 3

berlaku sejak sekian lama. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah Tuhan bagi isterinya dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau pada waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan akan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Dalam perkahwinan masyarakat India, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui, iaitu merisik, mengunjungi rumah pengantin, mengkaji kesepadanan pengantin, ikat janji, beri hadiah, sebelum perkahwinan, upacara perkahwinan dan selepas perkahwinan. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu 11

Pendidikan Moral: Tahun 3

dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Bertunang dan Sembahyang

Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan ku'gumem

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, 12

Pendidikan Moral: Tahun 3

mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. .

Bertukar Bunga Malei (Malei Mathel)

Cuci Kaki Ibu Bapa (Paal Abisygem)

Membuat Tiga Pusingan (Vaalem Varuthel) Rantai daripada benang (Thali)

Seperti juga adat kaum-kaum yang lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah 13

Pendidikan Moral: Tahun 3

upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka. Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai 14

Pendidikan Moral: Tahun 3

atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

2.3

Masyarakat Cina

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu (1644-1911) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara. Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka. Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina. Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah preservation of the state and the preservation of the family atau dalam perkataan ialah Hao. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah. Taosima merujuk kerada Tao yang bermakna way atau Principle iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada Tao wujud dua prinsip Yin dan Yang. Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati. 15

Pendidikan Moral: Tahun 3

Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula. Semasa mengunjungi rumah orang-orang Cina, tetamu sebaik-baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab-sebab yang sangat penting. Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya kata-kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun. Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan 16

Pendidikan Moral: Tahun 3

tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin. Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting. Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu : Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang undang. Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain. Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan kawan akan dijemput. Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting, maka tetamu-tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaik-baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna -warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataanperkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu. Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah. Semasa upacara kematian pula, pelawat-pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu berkunjung ke rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu 17

Pendidikan Moral: Tahun 3

memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati. Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau.

3.0 3.1

Adat Resam, Budaya dan Cara Hidup Yang Dikongsi Bersama Budaya Kunjung-mengunjung

18

Pendidikan Moral: Tahun 3

Suatu keunikan dalam masyarakat majmuk kita ialah amalan rumah terbuka dan budaya kunjung mengunjung ke rumah rakan taulan yang berlainan agama dan keturunan.Ia seperti menjadi tradisi dan agenda tetap untuk setiap perayaan yang kita rai selama ini. Budaya warisan turun temurun yang menjadi kebanggaan kita sekian lama ini seharusnya tidak dipinggirkan. Ia mampu menjadi platform atau jambatan untuk merapat dan menghubungkan tali persaudaraan dan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum negara kita. Sejak dahulu, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya dengan penuh berhemah untuk mengukuhkan kontrak sosial yang telah terbentuk yang sekaligus mengharmonikan perpaduan kaum.

Budaya kunjung-mengunjungi yang sentiasa diamalkan oleh seluruh masyarakat Malaysia. Rumah-rumah terbuka yang diadakan pada setiap kali perayaan besar akan dikunjungi oleh seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan budaya.

3.2

Makanan

Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan yang datang dari bangsa yang berbeza namun, ianya tetap boleh dimakan bersama. Sebagai contoh, masyarakat melayu khususnya di semenanjung amat popular dengan nasi lemak. Manakala, dalam masyarakat India, terkenal dengan roti canainya dan masyarakat cina dengan kuih bulannya.

19

Pendidikan Moral: Tahun 3

Nasi Lemak

Roti Canai

Kuih Bulan

Makanan-makanan ini akan dikongsi bersama. Walaupun budaya dan kaum yang berbeza namun, perkongsian dari jenis makanan sedemikian telah membentuk suatu budaya yang amat kukuh dalam masyarakat sekeliling. Bukan itu sahaja, bertukar-tukar jenis makanan juga 20

Pendidikan Moral: Tahun 3

membolehkan masyarakat lain merasai makanan yang bukan datang dari masyarakat mereka. Ini boleh dilihat apabila menjelangnya satu-satu perayaan yang besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina. Makanan yang dihidangkan adalah pelbagai dan boleh dimakan bersama. Sebegai contoh, apabila menjelangnya Tahun Baru Cina, kebanyakan kuih yang dihidangkan adalah serupa dengan kuih yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Daripada situasi ini kita dapat melihat perkongsian makanan yang dikongsi dalam kalangan masyarakat di Malaysia bukanlah satu perkara yang baru. Pelancong-pelancong yang datang dari luar Negara berasa kagum dengan perkongsian masyarakat di Negara kita kerana, budaya sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Negara mereka.

3.3

Pemberian Angpau

Pemberian angpau dalam masyarakat Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk. Budaya ini telah dikongsikan bersama-sama walaupun berbeza dari segi adat golongan yang memberi angpau tersebut.

4.0

Perkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Budaya yang dipelajari ini perlu dipupuk dalam semua lapisan masyarakat bermula daripada seseorang itu masih kanak-kanak. Kanak-kanak cepat mempelajari sesuatu, apabila ibu bapa mereka cuba menerapkan budaya dan nilai yang positif dalam diri kanak-kanak, ini akan membantu mereka memahami apakah nilai budaya yang baik yang boleh mereka ikuti. 21

Pendidikan Moral: Tahun 3

Di sekolah pula, guru bertanggungjawab sepenuhnya dalam menerapkan budaya positif ini dalam kalangan pelajar. Semasa sesi pembelajaran, guru boleh menyatukan semua kanakkanak yang berbilang bangsa untuk berada dalam satu kumpulan untuk belajar bersama. Semua agama menuntut keperibadian yang baik. Setiap kaum diseru untuk menunjukkan nilai-nilai yang positif sesama manusia. Dengan penyatuan pelajar dalam satu kumpulan yang berbilang kaum, mereka secara langsung belajar untuk berkongsi, menghormati orang lain, sentiasa tolong-menolong sesama mereka. Nilai-nilai seperti ini akan diterap secara automatik dalam diri pelajar. Ini seterusnya dapat membudayakan pembelajaran bersama tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. Selain itu, pembentukan 1Malaysia yang diideakan oleh Perdana Menteri kita telah membantu mengukuhkan lagi hubungan semua kaum di Negara ini. Bagi kanak-kanak yang masih belum memahami konsep ini sepenuhnya, mereka akan diajar secara tidak langsung melalui penggabungan atau penyatuan mereka dalam satu-satu kumpulan semasa pembelajaran. Dengan perkongsian yang diadakan akan membantu para pelajar dalam memahami konsep 1Malaysia ini. Membudayakan nilai-nilai yang postif seterusnya akan membantu dalam membina suatu bangsa yang maju di masa hadapan.

5.0

Kesimpulan

Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan 22

Pendidikan Moral: Tahun 3

atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Rujukan A.Aziz Deraman., (2001). Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi Baharu). Kuala Lumpur. DBP. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2008). Dimuaturun daripada http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/ Mohamad Anwar Omar Din. (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi; Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia M.Rajantheran & S.Manimaran., (1994). Perayaan Dan Keraian Orang India. K.Lumpur.Fajar Bakti. Noor Ani Abdullah. (2005). Adat resam & estiket masyarakat Malaysia: buku panduan yang praktikal. Subang: Marshall Carendish 23

Pendidikan Moral: Tahun 3

Open university Malaysia. (2010). HBME2203: Pendidikan Moral: tahun 3. Ed:7. Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah., (1999). Pantang Larang Orang Melayu Tradisional. K.Lumpur.Utusan Publications. Warisan Budaya Malaysia (2000). Dimuaturun daripada http://malaysiana.pnm.my/01/0101mel.htm

24

You might also like