You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA KALI 3/2011 Tarikh Masa Tempat Yang hadir 1. Pn.

Noor Haslina Binti Daman Huri (Ketua Panitia) 2. Pn Nur Syahidda Salha Binti Sabri 3. En. Tan Wooi Chung : 3 Ogos 2011 : 12.15 tengahari : Makmal Kimia

Agenda 1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi 1.1 Ketua Panitia, selaku Pengerusi mesyuarat, mengucapkan terima kasih atas kehadiran guruguru kimia. 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 En Tan Wooi Chung mencadangkan pengesahan minit mesyuarat panitia kimia kali kedua dan disokong oleh Pn Nur Syahidda Salha Binti Sabri. 3. Perkara berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 4.1 Peratus kelulusan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 ialah 75.00%. 4.2 Peratus kelulusan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 ialah 67.31%. Keputusan pada kali ini meningkat sebanyak 23% berbanding peperiksaan pertengahan tahun 2010. PENYELARAS TINGKATAN 5. Program Kecemerlangan Akademik dan Program Operasi 5.1 Laporan fasa pertama telah dibuat oleh semua penyelaras tingkatan. 5.2 Ketua Panitia mengingatkan supaya penyelaras akan membuat program khusus seperti teknik menjawab soalan, kem tahunan dan sebagainya bagi Program Operasi. SEMUA GURU 6. Persediaan untuk Peperiksaan Percubaan, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Awam 6.1 Kelas tambahan bagi pelajar Tingkatan 5 diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 6.2 Peperiksaan Prapercubaan akan diadakan bagi Kertas 2 dan Kertas 3 sebagai persediaan para pelajar sebelum menduduki peperiksaan percubaan sebenar. 6.3 Soalan-soalan latih tubi berformatkan SPM sentiasa diberikan kepada pelajar-pelajar. SEMUA GURU

7. Hal-hal lain 7.1 Guru-guru Tingkatan 5 diingatkan untuk menyiapkan semua Borang Gred Induk untuk kelas masing-masing kerana markah akan dihantar pada 20 Ogos 2011. SEMUA GURU

Mesyuarat ditangguh pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : .. (NOOR HASLINA BT DAMAN HURI) KP Kimia SMK Simpang SMK Simpang

Disahkan oleh : . (NORHAYATI BT MOHD YUSUP) Guru Kanan Sains & Matematik SMK Simpang

You might also like