You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA KALI KEEMPAT 2011

Tarikh Masa Tempat

: 2 November 2011 (Rabu) : 1.10 tengahari : Makmal Kimia

Kehadiran : 1. En. Tan Wooi Chung 2. Pn. Noor Haslina Bt Daman Huri 3. Pn Nur Syahidda Salha Bt Sabri Agenda 1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi 1.1 Ketua Panitia, selaku Pengerusi mesyuarat, mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru kimia. SEMUA GURU 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 En Tan Wooi Chung mencadangkan pengesahan minit mesyuarat panitia kimia kali ketiga dan disokong oleh Pn Nur Syahidda Salha Binti Sabri. SEMUA GURU 3. Perkara berbangkit 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4. Laporan Program Peningkatan dan Kecemerlangan Akademik Fasa 2 dan 3 Tahun 2011 4.1 Laporan Fasa 2 dan 3 telah dibuat oleh semua penyelaras tingkatan. 4.2 Ketua Panitia mengingatkan supaya penyelaras akan membuat program khusus seperti teknik menjawab soalan, kem tahunan dan sebagainya bagi Program Operasi untuk tahun 2012 dan semuanya perlu dihantar pada awal Januari 2012. PENYELARAS TINGKATAN 5. Laporan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM 2011 5.1 Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM ada peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti. 5.2 Cadangan penambahbaikan ialah semua guru mestilah mengenalpasti kelemahan murid dan cara pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Tumpuan kepada topik-topik yang lemah perlu diberi lebih penekanan. Pelajar didedahkan dengan teknik membuat nota ringkas. SEMUA GURU

6. Program Selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2011 6.1 Pelajar Tingkatan 4 perlu membuat pembetulan secara bertulis di dalam buku. 6.2 Guru matapelajaran perlu mengajar semula topik-topik yang lemah dan memberikan penekanan serta pengukuhan kepada murid. Nota mestilah disalin oleh murid. SEMUA GURU 7. Perancangan Program Peningkatan / Kecemerlangan Akademik , Program Taktikal & Program Operasi Tahun 2012 7.1 Program Taktikal yang dirancang oleh panitia perlu merujuk Perancangan Strategik. Semua program hendaklah diserahkan kepada setiausaha kurikulum pada Januari 2012. SEMUA GURU 8. Hal-Hal Lain 8.1 Kuiz Kimia telah dijalankan pada bulan Julai. Seorang pelajar telah mencapai markah cemerlang dan 3 orang pelajar mencapai markah merit. Sijil telah diberikan kepada semua pelajar yang menyertai kuiz tersebut. MAKLUMAN SEMUA GURU

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.50 tengahari

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(Noor Haslina Bt Daman Huri) Ketua Panitia Kimia

(Pn Norhayati Bt Mohd Yusup) Guru Kanan Sains & Matematik

You might also like