You are on page 1of 7

ANALISA S.W.O.

T
Analisa SWOT ialah langkah perancangan strategik digunakan untuk menilai
Kekuatan (Strengths), Kelemahan/Had (Weaknesses/Limitations), Peluang
(opportunities) dan Ancaman (Threats) yang terlibat dalam sesuatu projek atau suatu
perusahaan bisnes. a melibatkan pengkhususan objektif suatu perusahaan atau projek
dan mengidentifikasi faktor dalaman dan luaran yang boleh membantu dan mengekang
dari mencapai objektif tersebut. Teknik ini dikreditasi kepada Albert Humphrey, beliau
yang telah menerajui sebuah konvensi di Universiti Stanford pada tahun 1960-an dan
1970-an menggunakan data dari syarikat Fortune 500.
Penetapan objektif sepatutnya dijalankan selepas analisa SWOT dijalankan. ni
membolehkan matlamat boleh dicapai atau objektif ditetapkan untuk suatu organisasi.
O Kekuatan: Karaktor perusahaan atau kumpulan projek yang memberikan
kelebihan daripada yang lain.
O KeIemahan (Had): karaktor yang meletakkan suatu kumpulan itu dalam
keadaan yang merugikan.
O !eIuang: Peluang luaran untuk membaiki persembahan dalam suasana
kerja. (peluang yang mendatangkan lebih keuntungan)
O Ancaman: elemen luaran dalam suasana kerja yang boleh menyulitkan
perusahaan atau projek.
dentifikasi SWOT ini adalah penting kerana langkah seterusnya dalam proses
merancang pencapaian objektif yang ditetapkan boleh diperolehi dari SWOT tersebut.





AKTOR DALAMAN DAN LUARAN
atlamat analisa SWOT adalah untuk mengenal pasti factor utama dalaman dan luaran
yang penting untuk mencapai objektif. Faktor-faktor ini berasa dari dalam rantainan nilai
unik sesuatu syarikat itu sendiri. Analisa SWOT menghimpunkan factor-faktor ini
kepada dua kategori utama.
O Faktor dalaman Kekuatan dan kelemahan organisasi tersebut.
O Faktor luaran Peluang dan Ancaman dari persekitaran luaran organisasi
tersebut.
Faktor dalaman boleh dilihat sebagai kekuatan atau kelemahan bergantung kepada
impaknya kepada objektif syarikat. Apa yang boleh mewakili kekuatan untuk mencapai
suatu objektif mungkin menjadi kelemahan bagi mencapai objektif yang lain. Faktor ini
melibatkan semua 4 P's, termasuk Personel, Kewangan, Keupayaan Penghasilan dan
sebagainya. Faktor luaran pula melibatkan perkara- perkara makroekonomik, peralihan
teknologi, perundangan, dan perubahan sosio-budaya serta perubahan kedudukan
pasaran atau posisi daya saing. Keputusanya kerap kali diwakili dalan bentuk matriks.
Berikut adalah analisa SWOT dijalankan bagi mengenalpasti factor dalaman iaitu
kekuatan dan kelemahan serta factor luaran; peluang dan ancaman yang boleh
memberi impak kepada syarikat ini untuk mengekalkan posisi pasarannya.







AKTOR DALAMAN
KEKUATAN (STRENGHT)
Underwater World Langkawi sentiasa menjadi destinasi pilihan para pelancong yang
berkunjung ke Langkawi.
Kekuatan utama Underwater World Langkawi adalah status dan pengiktirafan yang
diperolehinya sepanjang penglibatannya dalam industri pelancongan. endapat
pengiktirafan sebagai "Akuaria Terbesar di Asia Tenggara oleh alaysia Book of
Records. Dengan keluasan maksimum mencapai 60 ekar dengan reka bentuk
bangunan yang moden dan lokasi yang cukup strategik; terletak di tengah-tengah pusat
tumpuan aktiviti pelancongan dan premis kediaman pelancongan Pantai Cenang serta
berdekatan dengan satu satunya jalan raya yang berada di situ memudahkannya dilihat
jesteru itu dapat menarik lebih pengunjung.
Underwater World Langkawi (UWL) juga merangkul gelaran "Outstanding Tourism
Product oleh LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) kerana ia merupakan antara
tarikan pelancongan utama di Langkawi. enjadi destinasi pilihan yang ideal bagi
pelancong-pelancong berkeluarga, kumpulan pelajar serta kanak-kanak kerana ia
mempamerkan 4000 spesis haiwan yang terdiri dari pelbahai koleksi hidupan marin
serta haiwan eksotik seperti kan Pacu dan kan Arapaima dari Amazon, monyet kecil
armoset Telinga Kapas (Calithrix Jacchus), burung-burung yang menarik seperti
Angsa Hitam (Cygnus Atratus), acaw Biru dan Kuning (Arau Arauna), Anjing Laut
Berbulu Amerika Selatan serta banyak lagi. Tidak harus dilupakan, tarikan paling
popular UWL yang juga memberikan status "Penguin Rockhopper Pertama enetas
oleh alaysia Book of Records, dua spesis penguin iaitu penguin Rockhopper dan
Afrika. Penguin-penguin ini telah banyak berjasa kepada UWL, menjadikannya lain
daripada yang lain dan peneraju tarikan zoologi di alaysia.
Selain itu, tidak dinafikan rangkaian hubungan yang erat dengan pembekal-
pembekal perkhidmatan pelancongan seperti agensi, hotel dan juga tarikan-tarikan lain
yang berada di Langkawi seperti Cable Car, Wildlife Park dan lain-lain sedikit sebanyak
menyumbang kepada kekuatan UWL di pasaran Langkawi.
KELEMAHAN (WEAKNESS)
amun begitu, setiap yang baik pasti ada celanya. UWL turut tidak terkecuali.
Kelemahan utama yang menjadi kekangan kepada pencapaian objektif UWL ialah tiada
pembaharuan dalam produk tarikannya. UWL terlalu selesa dengan penguin-
penguinnya sehinggakan ia menjadi lapuk ditelan waktu. Para pelancong yang telah
berkunjung ke UWL tidak berkunjung lagi buat kali yang kedua, kerana tiada apa yang
baharu, ia masih sama seperti tahun lepas, statik dan lapuk.
Bukan itu sahaja, penyelengaraan bangunan UWL sangat lemah dimana beberapa
lekapan telah pun rosak dan tidak boleh digunakan pengunjung contohnya seksyen
Lantai nteraktif yang langsung berkubur tanpa sebarang pembaik pulihan.
Selain itu, iklan serta maklumat yang dipamerkan di brosur, video iklan serta laman
sesawangnya juga tidak diperbaharui dan mengelirukan. Sehinggakan, ramai
pelancong berasa tidak puas hati di mana di dalam video korporat yang dimainkan di
lobi tiket mempamerkan Ananconda dan Capybara namun sebenarnya kedua-dua
haiwan itu telah pun mati pada beberapa tahun sebelumnya.
Pengurusan tiketan UWL juga agak lemah di mana mereka hanya membekalkan satu
pencetak untuk menampung ratusan pengunjung dalam satu satu masa. enjadikan
lobi tiket sering sesak, lebih lebih lagi ketika musim cuti.
Bukan itu juga, kekangan juga datang dari kesulitan yang dialami ketika memohon
untuk belanjawan bagi sesuatu acara atau majlis. Oleh sebab itu, acara yang dijalankan
oleh UWL kadang kala kelihatan amat daif dan menyedihkan.





AKTOR LUARAN
O!!OTURNITY (!ELUANG)
UWL sebagai peneraju produk pelancongan zoologi dengan tarikan yang tiada
sepertinya di alaysia mempunyai peluang yang cerah untuk mengukuhkan kedudukan
pasarannya.
Pada pendapat saya, dengan tarikan istimewa seperti ini, UWL sepatutnya menjadi
lebih dinamik supaya para pengunjung yang telah berkunjung akan teruja untuk
berkunjung buat kali keduanya. ni tidak mustahil jika pihak pengurusan UWL berusaha
untuk menambah sesuatu yang baru kepada tarikan utamanya. Contohnya,
menubuhkan fasiliti khas untuk kajian dan pembelajaran mengenai penguin. Dengan ini
para pelancong akan lebih teruja untuk melawat kerana mereka bukan sekadar melihat
penguin-penguin tersebut makan dan berjalan dari belakang tabir akrilik. Jika fasiliti ini
ditubuhkan para pelancong berpeluang untuk mengenali penguin-penguin antartika ini
dengan lebih dekat. Dengan itu barulah moto yang diwarwarkan UWL; "Pengembaraan
menjadi Pengalaman benar-benar tercapai.
Dengan penubuhan fasiliti kajian seperti ini, tidak mustahil juga UWL akan dapat
menembusi pasaran antarabangsa sebagai salah satu peneraju pusat kajian penguin di
dunia. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya fasiliti tersebut para pelancong asing yang
terdiri dari para pengkaji, pencinta haiwan malahan pelancong berkeluarga juga akan
lebih berminat untuk berkunjung ke UWL.
Program Eksplorasi Sekolah yang dijalankan UWL mendapat sambutan yang tidak
putus-putus dari kumpulan pelajar sekolah-sekolah serata alaysia. a menjadi lubuk
keuntungan utama bagi UWL.




THREATS (ANCAMAN)
Ancaman utama yang mungkin akan memberi impak negatif pada kedudukan pasaran
UWL dalam industri pelancongan ialah persaingan; setempat mahupun luar negeri serta
antarabangsa.
UWL mungkin adalah "Peneraju Tarikan Pelancongan di Langkawi, namun itu adalah
kisah Januari tahun lepas. ampukah UWL mendabik dada dan mengekalkan gelaran
tersebut?

Jika dilihat dari sudut persaingan setempat, UWL menjadi pilihan kedua oleh pelancong
tempatan mahupun luar egara dengan Panorama Cable Car Langkawi menjadi
destinasi pilihan nombor 1 mereka. UWL seharusnya menampilkan kelainan dan tidak
static di tampuk yang dahulu.
Selain itu, gelaran "Akuaria Terbesar di Asia Tenggara juga dilihat sudah tiada erti
kerana ditengelami dengan kemodenan dan kelainan yang dipamerkan oleh akuaria ibu
kota hanya bersaiz sederhana, Aquaria KLCC. Sekali lagi, tiada pembaharuan
merupakan punca utama kejatuhan UWL.
Ketika kami membuat promosi di sekitar Langkawi seperti ketika di Festival Laman Padi
dan World Paintball Championship, kami mendapati booth kami tidak mendapat
sambutan oleh para pelancong luar egara. aklumbalas yang kami dapati adalah
kerana akuaria yang terdapat di egara mereka berlipat kali lebih gah dan menarik
daripada UWL. Selain itu, UWL juga mempamerkan koleksi haiwan yang hampir sama
dengan yang terdapat di egara mereka sedangkan apa yang mereka ingin lihat adalah
spesis haiwan tempatan.
ni juga dapat dibuktikan dari laman sesawang mengenai tempat tarikan pelancongan
seperti ini;


A compIete waste of time. ost of the big fishes here had died. Very poorly managed
place. Cost about US$13 to get in. But needs to have a little more stuffs to see.
strongly discourage anyone from wasting your money here and breaking your heart
here. Try Aquaria in KLCC. Top notch!
Kenyataan diatas disunting dari komen seorang pelawat mengenai pengalamannya di
UWL di laman sesawang Yahoo Travel. Kenyataan tersebut jelas menggambarkan
pelancong asing yang tidak berpuas hati dengan bukan sahaja harga tiket masuk yang
dikenakan namun juga pengurusan UWL. Penulis juga menyarankan pengunjung lain
untuk ke Aquaria KLCC dari ke UWL. UWL harus lebih bersungguh-sungguh membaiki
pandangan pelancong asing atau jika ia bakal menjejaskan imej UWL di mata dunia.
Dengan itu, saya merumuskan bahawa UWL tidak dapat menarik perhatian pelancong
tempatan mahupun asing dengan hanya penguinnya sahaja, mereka perlu
menampilkan sesuatu yang baru, suatu pembaharuan yang menerujakan untuk kekal
konsisten dalam industri ini.

You might also like