Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENGENALAN "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot. Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja. Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot. Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard" 1.1 Definasi fidlot "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil. Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum 1.2 Sistem Fidlot Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia: i. Sekali masuk - Sekali keluar Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya ii. Masuk-Keluar Berterusan Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan. 1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. adalah :i. Faktor ternakan a. Harga belian feeder b. Harga jualan finisher c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan ii. Faktor makanan (harga) Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Mark et Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam Faktor berkenaan
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
1/32
4/4/2011
Ketiga
230-260 kg
1.0kg/hari
350-380 kg
2.2 Networking Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan. Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada. Dengan mengamalkan network ing sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik. 2.3 Penjualan Secara Tunai Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
2/32
4/4/2011
Pengusaha fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara jualan tunai. Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan. Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas. Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan. 3.0 PEMILIHAN TERNAKAN 3.1 Asas Pemilihan Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah: i. Permintaan . keperluan pasaran ii. Penetapan berat awal iii. Peningkatan berat badan iv. Target berat akhir atau berat jualan 3.2 Baka dan Jantina Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti : i. Baka import Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore. ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)* * Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembulembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik. 3.3 Umur dan Berat Badan Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut: i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan target pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki) Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan) Peningkatan Berat Tempoh Berat Badan Harian Pemeliharaan Akhir (kg) (kg/hari) (hari) 1.0 120 320 1.0 120 350
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama: i. Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
3/32
4/4/2011
ii. iii.
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Lembu-lembu yang dipilih untuk penternkan fidlot perlu dipastikan sihat, bebas jangkitan kutu dan cacing serta tidak cacat 4.0 PENGURUSAN Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum. 4.1 Pengurusan Personel Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: i. Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut: a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekor b. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400 ekor ii. Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.
4.2 Pengurusan Ternakan Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi. Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.
Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merkod berat akhir sebelum jualan.
Pengurusan lembu fidlot yang cekap menjamin kejayaan dan keuntungan pengusaha 4.3 Pengurusan Kandang Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
4/32
4/4/2011
disebelah pagi.
Lembu Fidlot perlu diberi makanan berkualiti yang secukupnya secara cekap dan ekonomik
4.5 Pengurusan Kenderaan Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.
4.6 Pengurusan Rekod Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian. Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot: i. ii iii iv v vi vii Rekod pembelian lembu 'feeder' Rekod pemberian makanan harian Rekod peningkatan berat badan harian Rekod kesihatan dan kematian Rekod pemasaran/jualan lembu fidlot Rekoid personel Rekod kewangan
Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan (ADG), rekod jualan ternakan dan rekod tunai ternakan boleh dijadikan panduan
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
5/32
4/4/2011
BIL
NO. TAG
ADG (kg)
CATATAN
TARIKH
NO. TAG
JANTINA
CATATAN
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
6/32
4/4/2011
TARIKH
BILANGAN STOK BILANGAN JUAL BILANGAN MATI & AWAL (ekor) (ekor) SINGKIR (ekor)
5.0 INFRASTRUKTUR 5.1 Lokasi Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis. Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan. Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
7/32
4/4/2011
Tapak projek lembu fidlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek topografi, persekitaran dan kemudahan prasarana 5.2 Topografi Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak. Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit. 5.3 Bekalan Air Dan Elektrik Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot. Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air. Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal. 5.4 Reka Bentuk Kandang Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.
Contoh rekabentuk kandang yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot skala sederhana (semi-komersil) 5.5 Kandang Kurungan
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
8/32
4/4/2011
i. Bumbung Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutup keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada. Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, asbestos dan lapisan getah tar. Lantai ii. Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit. Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10cm(4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2% menghala ke parit.
iii
Rekabentuk kandang menunjukkan bumbung dan lantai konkrit yang praktikal dan ekonomik untuk projek lembu fidlot komersil iv Sistem Saliran Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot. v Palung Makanan Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm (18inci) tinggi. Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang. vi Palung Air Minuman Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan diantara petak. Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
9/32
4/4/2011
Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan ekonomik vii Kolam Takungan Najis Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya, (maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) . viiiTempat Rawatan Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan dan boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.
Kandang lembu fidlot perlu dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk kemudahan memunggah dan mengawal lembu
Tangki air perlu disediakan bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan dan mencukupi untuk minuman lembu
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
10/32
4/4/2011
RAJAH A
RAJAH B
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
11/32
4/4/2011
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
12/32
4/4/2011
seperti berikut:i. Air
ii iii iv v vi
Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum. Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan. Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:
Zat protein Tenaga Metabolisma Zat Galian Kalsium Zat Galian Fosforus Garam Vitamin A & D Zat serat Air 6.2 Jenis Bahan Makanan
- Minima 14% - Minima 10.6 Mj/kg - Minima 0.65% - Minima 0.45% - Diantara 0.50 - 1.0% - MInima 2200 dan 300 i.u/kg - Minima 15% - Semahunya
Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :i) Foraj ii) Bijirin iii) Bahan protein iv) Bahan sisa pertanian Kelapa sawit Padi Tebu Kelapa Sisa dapur Jagung manis Ikan Koko Rumbia 6.3 Jumlah Makanan Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan. Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg. Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari. Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa, Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat. Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian - Rumput segar, rumput kering, silaj - Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi - Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau -: Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit Dedak padi, beras hancur, jerami padi Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu Dedak kopra Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan Batang jagung (Dipotong, di silaj) Ikan baja Lenggai koko Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
13/32
4/4/2011
yang tinggi.
ii
iii
6.4 Bahan-Bahan Makanan Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek. Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3. Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4. Jadual 3 menunjukkan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot:
Berat Kadar Pengambilan Protein Tenaga Kalsium Lembu Tumbesaran Bahan (kg) Metabolisma (kg) (g/sehari) Kering (kg) 100 500 2.8 0.361 30.0 150 500 4.0 0.476 39.4 200 700 5.8 0.640 52.7 250 700 6.3 0.718 61.2 300 700 7.3 0.777 64.6 350 800 7.4 0.811 73.3 400 600 9.0 0.902 83.6 450 600 9.5 0.898 91.3
Vitamin A (i.u) 4200 6400 8500 10600 12700 12700 17000 19100
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya : Nama Bahan Makanan Rumput Napier R.Napier, silaj Petai Belalalng Jerami padi Pucuk Tebu Hampas barli Dedak gandum Dedak sawit (Exp) Dedak sawit (Sol) Jagung kisar Dedak soya Tenaga Bahan Protein Metabolisma Kalsium Kering (%) (%) (Mj/kg) 18.4 12.2 8.0 0.30 30.0 6.6 7.0 0.25 19.1 40.4 6.7 0.37 98.8 6.7 4.9 0.10 30.9 6.2 7.3 0.26 25.4 26.6 7.5 0.67 88.0 14.4 11.2 0.20 91.8 88.2 89.7 88.4 15.3 16.8 9.3 45.5 10.1 10.30 12.48 11.20 0.20 0.21 0.32 0.33
Fosforus 0.24 0.30 0.51 0.10 0.11 0.53 0.68 0.52 0.61 0.35 0.75
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
14/32
4/4/2011
Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa. Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini. Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6. Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa. Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot : Jenis Bahan Trikalsium fosfat Garam biasa Kapur (Ground limestones) JUMLAH Peratus 40% 40% 20% 100% atau Rumusan 10 kg Rumusan 100 kg 4.0 40.0 4.0 40.0 2.0 10.0 kg atau 20.0 100.0 kg
Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka. 6.6 Bahan Makanan Tambahan i. Galian Jilat: Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang boleh diberikan kepada ternakan, secara adlibitium atau semahunya bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi. ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block) Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
15/32
4/4/2011
sebagai perangsang selera.
11.5
2.0 13.5
Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:Dedak isirong sawit : 85% Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah) Jumlah : : 100.00% Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut: Dedak isirong sawit Hampas sagu rumbia Trikalsium fosfat Garam Kapur (Ground limestone) Jumlah 83.5% 14% 1.0% 1.0% 0.5% 100%
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna. 6.8 Pemprosesan Makanan Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
16/32
4/4/2011
50.0 30.0 17.5 1.0 1.0 0.5 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5
2.9 kg 11.6 kg 6.8 kg 58.0 g 58.0 g 29.0 2.76 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g
42.5 30.0 25.0 2.5 47.5 20.0 5.0 25.0 2.5 32.5 30.0 30.0 5.0 2.5
2.50 kg 1.75 kg 1.45 kg 145 g 2.75 kg 1.16 kg 0.29 kg 1.45 kg 145 g 1.90 1.75 1.75 0.29 145 g
Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian. Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan. Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
17/32
4/4/2011
PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi kepada lembu fidlot samada secara 100% makanan lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan pertanian seperti hampas sagu atau soya
7.0 KESIHATAN
7.1 Sebelum Menerima Ternakan Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk. Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan : Lindores Omnicide Mefarol Lysol Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot: Jenis rawatan Contoh Ubat-Ubatan i Rawatan luka Tinktur iodin 2% Gusanex Spray Serbuk Negasunt ii Rawatan Antistress - Stress Pak sokongan Catasol/fercobsang/Tonophosphan/ Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose Rawatan Kaolin, pectin iii antidirea Beacosin/ Scourban Plus/Scour-X Antiinflamatori Dexa-tomanol iv (Rawatan Dexadresson bengkak) Rawatan sakit mats v Terramycine Eye ointment pink eye spray Rawatan Bloat remedy vi kembung vii Antibiotik Oxytetracycline berspektrum Penicilin luas Streptomycine 7.2 Sewaktu Menerima Ternakan Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:a. Diarea b. Pernafasan tidak normal c. Cecair daripada hidung (nasal discharge) d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar e. Bulu tidak kemas dan pudar f. Kehadiran kutu pada badan ternakan g. Tanda-tanda lain yang tidak normal Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini. Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak ) 7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan. Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut: i. Pemberian ubat cacing (deworming)
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
18/32
4/4/2011
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
19/32
4/4/2011
Diagnosis
b. Pneumonia Etiologi (Agen penyebab) Virus, bakteria, parasit, bahan kimia Tanda klinikal Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea) Demam (pyrexia) Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal discharge) Lemah, kurus, tiada selera (anorexia) Diagnosis Bunyi paru-paru Pemeriksaan klinikal Rawatan Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) seperti oxytetracycline 20% Kawalan Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded) Asingkan ternakan sakit Pengudaraan kandang (ventilasi) baik Rawat tanda-tanda awal penyakit
c. Luka berulat
Etiologi (Agen penyebab) Kesan luka yang tidak dirawat Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.
Tanda Klinikal Terdapat luka yang berulat ternakan gelisah, gatal Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
20/32
4/4/2011
Rawatan Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen perok sida 3%) Keluarkan ulat ( dengan forcep) Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunt Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil Cegah lalat dengan Semburan Gusanex Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkita kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A
Kawalan Elakkan ternakan daripada luka Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka
d. Kembung (bloat) Etiologi (agen penyebab) Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan : Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement ) atau radang perut (gastritis) Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat
Tanda klinikal Pembesaran bahagian kiri abdomen Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk Kurang selesa, sakit bahagian abdomen Kadar penafasan meningkat Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan Dyspnea (kesukaran bernafas)
Rawatan Pemberian ubat penahan kembung: Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oral Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluaran gas. Halia dan turpentine juga boleh digunakan Pengeluaran gas daripada rumen: Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus ke dalam rumen
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
21/32
4/4/2011
Kawalan Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC NOTA: Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit. Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang. Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan. Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.
8.0
Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting. 8.1 Piawaian Air Buangan Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan Indsutri, 1979 Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualti Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9. Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Parameter Suhu, Celsius PH BOD (Permintaan oksigen biokimia) Suspended solids (Pepejal terapung) Oil and grease COD (Permintaan oksigen kimia) Piawaian A 40 6.0-9.0 20 mg/L 50 mg/L Not detected 50 mg/L Piawaian B 40 5.5-9.0 50 mg/L 100 mg/L 10 mg/L
Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan 8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot i. Ciri-Ciri Tahi Lembu Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10 Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu Total solids, % Total volatile solids, % TS Total Kjeldahl nitrogen, % Cellulose, % Lignin, % 3-6 80 - 90 2-4 15 - 20 5 - 10
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
22/32
4/4/2011
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
23/32
4/4/2011
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
24/32
4/4/2011
8.4 Penggunaan Enapcemar Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada a. Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi tanah dan juga pembuatan kegunaan berikut:"potting mixture" Pemulihan tanah:enapcemar digunakan unutk menmabah bahan organik kepada b tanah seperti tanah lombong c Ditaburkan di kawasan hutan d Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga
Rajah C menunjukkan lakaran plan susunatur dan rekabentuk lagun (oxidation pond) untuk pengolahan air buangan fidlot
9.0 EKONOMI Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yang cekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yang diusahakan. Aspek ekonomi merupakan faktor utama yang sangat penting dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusahapengusaha fidlot sebelum membuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau sebaliknya. Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot dengan model yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti ditunjukkan di Jadual 12.
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
25/32
4/4/2011
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
26/32
4/4/2011
JADUAL 12 Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi Lembu Fidlot Parameter Input anak lembu Bilangan pusingan pemeliharaan Purata tempoh pemeliharaan Purata berat awal anak lembu Purata berat akhir lembu Purata kenaikan berat Kadar kematian Harga jualan (ex-farm) Purata pengambilan makanan (PKC) Purata pengambilan makanan (bahan lain) Purata pengambilan foder (Napier) Harga anak lembu Harga makanan PKC Harga purata kesemua bahan makanan Garam Vitamin 200 6 200 200 350 0.75 2% RM5.00 6 1 10 RM1,000.00 RM 0.30 RM0.32 5.00 4.00 kg/hari se kg kg/ekor/hari kg/ekor/hari seekor se kg se kg seekor/pusingan seekor.pusingan ekor pusingan ekor pusingan kali setahun hari kg kg
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
27/32
4/4/2011
Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahanapi
Pembaikan dan senggaraan Baja & bahan kimia Pelbagai Belanja pengurusan Kos Modal/Pelaburan Sewa tanah Persediaan tapak Penanaman foder II Prasarana Kandang Kuarters pekerja Kandang pengendalian (Control yard) Ambin pemungahan (Loading ram) Stor Tangki air Perpaipan Rumah pam Jalan & Pemagaran Sistem pembuangan najis III Mesin & peralatan Pam air Alat penimbang Traktor Gerabak pengangkut makanan (Feeding wag) Pemotong rumput (chopper) Peralatan-peralatan lain
RM70,000.00 RM30,000.00 RM10,000.00 RM5,000.00 RM12,000.00 RM6,000.00 RM7,000.00 RM1,000.00 RM5,000.00 RM15,000.00
JADUAL 13(a)
Parameter teknikal Kemasukan ternakan Berat awal Berat akhir Kadar kematian
1 200
3 197 200
0 200
0 397
0 593
196 593
196 593
196 593
196 593
196 593
196 593
196 593
196 593
196 593
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
28/32
4/4/2011
Tahun Jumlah Pembelian (ekor) Stok akhir (ekor) Jumlah kematian (ekor) Jumlah jualan (ekor) Jumlah jualan (kg) Jumlah kenaikan berat badan (kg)
A. 1. 2
0 0 0 1031134 1031134
1 2062267 2062267
2 2062267 2062267
3 2062267 2062267
4 2062267 2062267
5 2 2
B B1 1 2 3
TUNAI KELUAR KOS MODAL Sewa tanah Persediaan tapak Penamanan foder II Prasarana Kuantiti 12 10 10 1000 RM/ekar 800 RM/ekar 1000 RM/ekar 12000 8000 10000
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 III 1 2 3 4 5 7 8
Kandang Kuarters pekerja Kandang pengendalian (Control yard) Ambin pemungahan (Loading ram) Stor Tangki air Perpaipan Rumah pam Jalan & Pemagaran Sistem pembuangan najis Mesin dan peralatan Pam air Alat penimbang Traktor Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon) Pemotong rumput (chopper) Peralatan-peralatan lain Jumlah Kos Modal
70000 30000 10000 5000 12000 6000 7000 1000 5000 15000
18000 12000
B.2 1 2
KOS OPERASI Anak Lembu Makanan lembu Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahapi Pembaikan Baja & Bahan kimia Pelbagai Pengurusan Jumlah kos operasi Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2) 250 RM/ekar/th 0 0 0 0 271800 200 1 1 1 1 1 RM 5.00 RM0.32 5 4 2 3000 500 RM/kg RM/kg RM/ekor RM/ekor RM/ekor RM/bulan RM/bulan 0 0 0 0 0 0 0 1200000 383078 4129 3540 1870 39000 6000 8154 2500 16483 20000 1684753 1684753 1200000 527940 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 20000 1836795 1836795 1200000 527940 5892 4714 2357 42998 6615 10872 2500 18039 20000 1841927 1841927 1200000 527940 5892 4714 2357 45147 6946 10872 2500 18064 20000 1844432 1844432 1200000 527940 5892 4714 2357 47405 7293 10872 2500 18090 20000 1847063 1872863 1 5 5 4 2 4 7 1 2 1 2 1 1
-271800 -271800
-653619 -925419 225472 -699947 220341 -479607 217835 -261772 189404 -72367 2 1
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
29/32
4/4/2011
D DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN)
KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) NILAI KINI BERSIH (NBK) df 10.00% 15.00% (NPV) RM 486,106.97 RM 198,239.55
Pinjaman Bayaran balik pinjaman (5 tahun) Bayaran Faedah (baki akhir) Jumlah bayaran balik Pinjaman
80%
217440 43488 43488 6958.08 50446.08 1887241.38 2062267.2 175026 -585139 43488 5218.56 48706.56 1890633 2062267 171634 -413505 43488 3479.04 46967.04 1891399.1 2062267.2 170868 -242636.8 43488 1739.52 45227.52 1918090 2062267 144177 -98459.9 1 2 2 1
4%
8697.6 52185.6 271800 217440 -54360 -54360 1736938 1031133.6 -705805 -760165
F. G H I
Jumlah kos termasuk pinjaman Hasil (dengan pinjaman) Lebihan/kurangan (dengan pinjaman) Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman)
KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) df NILAI KINI BERSIH (NKB) NPV 10% 15% 514790 243937
JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN 1 A B JUALAN KOS JUALAN + Stok permulaaan +Pembelian - Stok Akhir C D D1 UNTUNG KASAR KOS OPERASI Kos Tetap (Susutnilai) Sewa tanah & foder Bangunan & Prasarana Mesin dan peralatan Traktor & gerabak 10% 5% 20% 10% /tahun /tahun /tahun /tahun 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3000 8050 5160 5500 3 8 5 5 0 1200000 792605 623739 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 792605 1200000 792605 862267 7 1 7 8 1031134 2 2062267 3 2062267 4 2062267 5 2062267 6 2062267 7 2062267 8 2
Jumlah kos tetap D2 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kos langsung Makanan lembu Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti dan Bahanapi Pembaikan Baja & bahan kimia Pelbagai Faedah pinjaman Jumlah kos langsung D3 Kos pengurusan Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 )
21710
21710
21710
21710
21710
21710
21710
383078 4129 3540 1870 39000 6000 8154 2500 16483 8698 473450 20000 515160
527940 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 6958 623753 20000 665463
527940 5892 4714 2357 42998 6615 10872 2500 18039 5219 627145 20000 668855
527940 5892 4714 2357 45147 6946 10872 2500 18064 3479 627911 20000 669621
527940 5892 4714 2357 47405 7293 10872 2500 18090 1740 628802 20000 670512
527940 5892 4714 2357 49775 7658 10872 2500 18117 0 629825 24000 675535
527940 5892 4714 2357 52264 8041 10872 2500 18146 0 632725 24000 678435
5 5 4 2 5 8 1 2 1 0 6 2 6
108578
196804
193412
192646
191755
186732
183832
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
30/32
4/4/2011
1 Harga jualan lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 2 Kos anak lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 3 Kos makanan lembu (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% - 10% + 10% - 10% 4 Kos tenaga pekerja (tanpa pinjaman) (dengan pinjaman) + 10% + 20% + 10% + 20% Parameter asal (tanpa pinjaman) Parameter asal (dengan pinjaman)
PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR Kemasukan ternakan Berat permulaan Berat akhir Kadar kematian 200 ekor/ 2 bulan 200 kg 350 kg 2% Baka Kadar tumbesaran Tempoh pemeliharaan Kacukan 0.75 kg/hari 200 hari
JADUAL 17 Unit A. HASIL Jualan lembu fidlot B B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 B8 B9 B10 B11 B12 KOS BERUBAH Feeder Cattle Pembelian makanan Garam Vitamin Perubatan Tenaga kerja Utiliti & Bahanapi Pembaikan dan senggaraan Baja dan Bahan kimia Pelbagai Belanja pengurusan Kos faedah pinjaman Jumlah kos berubah C D MARGIN KASAR JUMLAH MARGIN KASAR RM/ekor RM/ladang/tahun kg/ekor kg/ekor "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" "lump sum" 200 1400 5892 4714 2357 40950 6300 8154 2500 17988 20000 5219 5.00 0.32 1000.00 448.00 5.00 4.00 2.00 34.75 5.35 6.92 2.12 15.26 16.97 4.43 1544.80 170.20 204,239.37 kg/ekor 343 5.00 1715.00 Kuantiti Harga/unit RM/ekor/pusingan
10.0
PENUTUP
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
31/32
4/4/2011
[ Menu Utama ]
www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm
32/32