You are on page 1of 5

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Oktober 2011 2 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST ( ACS ) KLANG JALAN RAYA BARAT, PETI SURAT NO. 17 41000 KLANG, SELANGOR
__________________________________________________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN SATU


__________________________________________________________________________________________

BAHASA MALAYSIA Kertas 2 Dua jam


__________________________________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua - dua
bahagian tersebut.

3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. 4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan.
______________________________________________________________________________________

SULIT 02/2 Penggubal Soalan : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

................................................. ( Puan Nurbaya Binti Kardy ) Guru Bahasa Malaysia

........................................................ (Puan Zaimah Binti Arifin) Guru Panitia Bahasa Melayu

............................................. (Puan Zakiah Binti Abd Rahman) Ketua Bidang Bahasa [Lihat sebelah

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak

Bahagian A (i) : Ringkasan [ Masa yang dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara untuk mengatasi masalah kegemukan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kebimbangan yang diluahkan oleh Menteri Kesihatan mengenai bilangan penduduk gemuk di Malaysia yang kini menduduki tangga kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan jumlah masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang, perlu dipandang serius. Sudah tiba masanya kita melakukan reformasi terhadap diri sendiri demi memiliki tubuh badan yang sihat serta bebas daripada ancaman penyakit kronik. Antara punca masalah kegemukan ini ialah perasaan lapar menyebabkan keinginan untuk mengambil makanan secara berlebihan dan keterlaluan. Selain itu juga, pengambilan makanan tidak sihat dan selamat secara berterusan akan mengundang kepada masalah kegemukan ini. Sebagai contoh, pengambilan makanan segera yang berterusan dan dengan kadar tinggi. Seperti yang diketahui, makanan segera sering dilabel sebagai makanan tinggi kalori, kolestrol, lemak tepu, dan garam. Rakyat Malaysia sering mengambil makanan segera kerana mudah didapati di mana-mana sahaja selain harga berpatutan dan lazat. Amalan ini perlu diubah demi kesihatan diri sendiri. Perubahan perlu dilakukan menerusi ibu bapa dan anak. Amalan gaya hidup sihat perlu menjadi keutamaan dan agenda penting sesebuah keluarga demi mewujudkan keluarga harmoni, sihat, dan bebas daripada penyakit kronik. Ibu bapa perlu mengambil peranan penting dalam penyediaan makanan seimbang dan berkhasiat untuk anak ketika mereka maish kecil lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mementingkan kesihatan dan menjadikannya agenda utama di dalam sesebuah keluarga. Selain itu juga, disiplin pengambilan makanan perlu diterapkan kepada anak demi mendidik mereka menghargai kesihatan sendiri. Ibu bapa jangan terlalu memanjakan anak sehingga mengikut segala kemahuannya kerana lama-kelamaan akan menjadi parah sehingga tidak boleh diubati lagi. Senaman berterusan, iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit sekali perlu dilakukan kerana rakyat kita banyak makan tetapi kurang bersenam. Akibat kurang bersenam, kandungan lemak itu akan bertambah dan menyebabkan masalah kegemukan. Sesetengah orang mengamalkan diet bagi mengatasi masalah kegemukan tetapi diet itu perlulah seimbang. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang
02/2

SULIT

SULIT 02/2

sihat dan maju. Kesedaran perlu wujud dalam setiap diri untuk mengutamakan kesihatan dalam kehidupan seharian. Media massa dan elektronik juga perlu memainkan peranan bagi melahirkan masyarakat yang prihatin dengan mutu kesihatan. Pada waktu yang sama televisyen perlu mengurangkan iklan makanan segera. Kempen berkaitan gaya hidup sihat perlu dijalankan oleh Kementerian Kesihatan secara berterusan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana Rakyat Malaysia Obes, Utusan Malaysia, Julai 2009)

[Lihat sebelah

Bahagian A (ii) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata masyarakat yang prihatin dalam petikan?


[ 2 markah ]

2. Apakah punca berlakunya masalah kegemukan dalam kalangan masyarakat kita?


[ 4 markah ]

02/2

SULIT

SULIT 02/2

3. Pada pendapat anda, mengapakah jumlah masyarakat kita yang gemuk lebih ketara berbanding 10
tahun dahulu? [ 4 markah ] Bahagian B [ Masa yang dicadangkan : 25 minit ] [ 20 markah ] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi penyakit AIDS. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

[Lihat sebelah

Bahagian C [ Masa yang dicadangkan : 45 minit ] [ 40 markah ] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Masalah pencemaran sungai masih melanda negara ini. Pelbagai cara telah dijalankan untuk mengurangkan masalah pencemaran sungai. Nyatakan kesan-kesan pencemaran sungai jika tidak diatasi segera.

02/2

SULIT

SULIT 02/2

2. Sahabat pena anda di luar Negara telah meminta anda untuk menceritakan sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan oleh rakyat Malaysia. Balas surat itu bagi memenuhi permintaannya. 3. Anda dan seorang rakan sedang berbual-bual tentang kes kemalangan jalan raya yang semakin meningkat terutamanya menjelang musim perayaan. Tulis perbualan anda dengan rakan anda itu selengkapnya. 4. Kemasukan program televisyen yang diimport dari negara luar menimbulkan implikasi negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Bincangkan pernyataan ini. 5 Peribahasa Seperti katak di bawah tempurung membawa maksud pemikiran seseorang yang terlalu cetek dan hanya tahu tentang keadaan setempat sahaja. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Bahagian D [ Masa yang dicadangkan : 10 minit ] [ 10 markah ] Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji. Sukar membawa Tuah- M. Z Erlysha Hikmah Mohd Faris Ikmal Bukan Duniaku Aida Shahira Istana Menanti Abd Latip Talib Huraikan tiga latar tempat dan nyatakan peristiwa yang berlaku berdasarkan latar tempat tersebut dalam novel yang telah anda kaji secara ringkas. KERTAS SOALAN TAMAT

02/2

SULIT

You might also like