You are on page 1of 2

Pemilikkan Proses Perubahan

Dwight D. Eisenhower bekas Presiden Amerika Syarikat pernah berkata, 'anda tidak boleh
memimpin sesiapapun dengan memukul kepala mereka, itu adalah serangan bukan
kepimpinan. Namun ramai pemimpin kini memukul kepala orang bawahan mereka,
mungkin tidak secara Iizikal tetapi secara simbolik apabila melaksanakan ide-ide perubahan
tanpa merujuk atau memberi sebarang penerangan kepada para pekerja yang akan menjayakan
peubahan tersebut. Semua pemimpin pad satu-satu masa perlu memaksa para pekerja mereka
melakukan kerja yang mungkin mereka tidak suka. It adalah hakikat kepimpinan. Namun
pemimpin yang cemerlang akan mempertimbangkan penglibatan para pekerja dan menjadikan
mereka sebahagian dari proses tersebut. Pemimpin yang cemerlang juga mampu membawa
para pekerja memilikki sama proses perubahan sebelum dilaksanakan. Apabila para pekerja
ada kepentingan dalam proses perubahan, mereka akan bersemangat dan bersungguh untuk
menjayakannya. Pemimpin harus memanipulasikan naluri semulajadi manusia demi mencapai
wawasan mereka.
Melibatkan dan menaklimatkan pekerja juga megwujudkan peluang untuk mreka turut serta
dalam perancangan, da pelaksanaan perubahan, yang akan meringakan beban tugas pemimpin
organisasi dan mencipta perasaan pemilikkan di kalangan perkerja yang terlibat. Sesi-sesi
perbengkelan akan membawa ketirisan maklumat ke peringkat jabatan dan unit. Ini akan
menjana ide-ide baru untuk menambah-baik proses-proses kerja sedia ada disamping cara-
cara baru dan berinovatiI menjalankan kerja.

Pendekatan ini yang menganggap modal insan sebagai aset yang utama yang boleh memberi
hasil yang optima kepada organisasi. Pemimpin meluangkan masa untuk menjadi mentor
karier orang bawahannya dan memberi tunjukcara mengenai nilai-nilai, prestasi dan
berbincang tentang masa hadapan dengan orang bawahannya.
Sebagai pemimpin, anda ada pilihan-pilihan tertentu. Anda boleh memilih untuk memaksakan
wawasan anad ke atas setiap individu yang bertugas di bawah anda. Pilihan lain adalah anda
berkongsikan wawasan tersebut dengan orang bawahan dan melaksanakannya bersama-sama.
Perkongsian wawasan akan menjadikannya milik bersama dan satu pasukan pelaksana akan
terbentuk. Pilihan pertama akan memecahkan organisasi kepada individu dan kumpulan-
kumpulan kecil. Pilihan kedua akan membina pasukan kerja yang mantap. Rasa pemilikkan
atas wawasan, inisiatiI, matlamat adalah penting kerana akan menumpukan Iokus pasukan ke
arah usaha gigih mencapainya.


Article Source:

1. http://EzineArticles.com/874123
Managing Organizational Change, Michael W. Durant

You might also like