You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI AMPANG, JLN.

AMPANG, 55000 WP KUALA LUMPUR __________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI 1/2011 Tarikh Masa Tempat : 14 Januari 2011 (Jumaat) : 12.30 T/hari : Makmal Fizik 1, SMK Puteri Ampang, Jln. Ampang, 55000 WP Kuala Lumpur

Hadir 1. Pn. Ruslina Binti Darwish 2. Pn. Zaharah Binti Salleh 3. Pn. Norlaila Binti Daud 4. Pn. Lee Yoke Tin 5. Pn. Norasuzi Binti Mashor 6. En. Mohd. Zaidee Bin Ya

Agenda 1.0 Ucapan Alu-Aluan 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan Selamat Tahun Baru kepada guruguru kerana menghadiri mesyuarat Panitia Geografi kali pertama tahun 2011. Pengerusi berharap agar tahun baru memberi azam baru dengan hati yang lapang serta berfikiran sentiasa terbuka. Makluman : Semua Guru 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 2.1 2.2 Pn. Norasuzi mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. Pn. Lee menyokong pengesahan minit mesyuarat oleh Pn. Norasuzi.

3.0

Perlantikan 3.1 Perlantikan Penyelaras Tingkatan Mesyuarat bersetuju melantik : Pn. Norasuzi binti Mashor En. Mohd. Zaidee bin Ya Pn. Zaharah bt. Salleh Pn. Lee Yoke Tin Penyelaras Tingkatan 1 Penyelaras Tingkatan 2 Penyelaras Tingkatan 3 Penyelaras Tingkatan 5 Tindakan : Untuk makluman

3.2

Perlantikan Setiausaha Panitia Geografi 2011 KP mencadangkan Pn. Norasuzi dilantik sebagai Setiausaha Panitia Geografi tahun 2011 dan disokong oleh Pn. Norlaila dan semua guru. Tindakan : Semua Guru dan KP

4.0

Amanat Pengetua Pengerusi menyampaikan beberapa perkara iaitu : 4.1 Amanat Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan iaitu : Perkara 49, dimana guru/penjawat awam mesti sensitif dan peka tentang hal-hal perkauman dan keagamaan. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar. Makluman : Semua Guru

4.2 4.2.1 4.2.2

Buku Rekod Mengajar (BRM) Perlu diserahkan kepada Ketua Panitia, di tandatangan dan kemudian diahantar kepada Ketua Bidang. Perlu lengkap dan guru diminta menyemak butiran diri, visi, misi, sukatan pelajaran, rancangan pelajaran harian dan huraian sukatan pelajaran serta maklumat tersebut perlu dimasukkan di dalam fail. Fail perlu disediakan untuk tujuan tersebut. Senarai nama pelajar lengkap dengan TOV dan ETR.
2

4.2.3

4.2.4

Cara penulisan BRM merangkumi : i - Rancangan Tahunan (ringkasan) ii - Rancangan Tahunan (menyeluruh) perlu dimasukkan didalam fail. iii - Rancangan Mingguan iv - Rancangan Harian v - Tarikh vi - Kelas yang diajar

4.2.5

Dalam buku rancangan pengajaran harian (RPH), guru tidak dibenarkan menulis/menggabungkan kelas untuk menulis rancangan pengajaran tersebut kerana pelajar berlainan interlegent/kebolehan. Contohnya, walaupun topik dan subjek sama diajar pada hari yang sama tetapi berlainan tingkatan, guru tidak dibenarkan menggabungkan rancangan pengajaran tersebut dalam satu RPH. Tindakan : Semua Guru

4.2.6

RPH Perlu lengkap dengan : 1. Tarikh 2. Kelas yang diajar 3. Waktu 4. Tajuk/Sub tajuk 5. Hasil pembelajaran (kuantitatif) - Contoh : Menetapkan sekurang-kurangnya dua hasil pembelajaran iaitu satu hasil satu hasil pembelajaran yang boleh diukur. Contoh : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan lapan arah mata angin. ii. Menyatakan arah mata angin utama dan arah mata angin perantaraan. 6. Aktiviti : Perlu fokus kepada murid. 7. Penilaian dan Refleksi : Penilaian adalah dalam bentuk angka dan ditulis selepas P&P.
3

Contoh : 99% pelajar dalam kelas dapat menyatakan lapan arah mata angin termasuk empat arah mata angin utama dan empat arah mata angin perantaraan. Tindakan : Semua Guru 4.3 Sukatan Pelajaran - Semua guru diminta menyediakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan (Lengkap) Dan Rancangan Pelajaran Tahunan (Ringkas). 4.4 Semakan Buku Latihan / Nota / Modul - Sebanyak 10 buah buku nota / latihan bagi setiap kelas yang diajar perlu diserahkan kepada Ketua Panitia untuk disemak. - Penggunaan buku modul adalah digalakkan. - Sebanyak dua latihan minima sebelum pemeriksaan buku kali pertama pada 24 Januari 2011. - Bentuk latihan adalah pelbagai (struktur, objektif, padanan, melengkapkan maklumat). - Antara perkara yang perlu ada pada buku latihan / nota / modul semasa dihantar kepada KP ialah : 1. Tarikh latihan. 2. Tandatangan guru 3. Pembetulan 4. Cara penyemakan dan lain lain.

Tindakan : Semua Guru 4.5 Soalan Peperiksaan/Ujian 4.5.1 4.5.2 Penggubal perlu menyediakan JSU/skema jawapan bersama soalan. Soalan peperiksaan perlu mengikut standard peperiksaan sebenar.

4.5.3

Draf soalan dihantar kepada KP dan seterusnya diserahkan kepada KB seminggu sebelum tarikh penghantaran soalan ke pejabat. Nama penggubal / penyemak dan pengesahan perlu diletakkan di muka hadapan kertas soalan. Guru baru / bukan opsyen sila rujuk KP dahulu sebelum menggubal soalan. Guru diminta merujuk jadual penyediaan soalan bagi persediaan membuat soalan. Tindakan : Guru Penyelaras Tingkatan 1,2,3 dan 5

4.5.4 4.5.5 4.5.6

4.6

PBS (Kerja Kursus) 4.6.1 4.6.2 4.6.2 4.6.3 Wajib dilaksanakan mengikut pekeliling dari Lembaga Peperiksaan KP/LP/005/08/03/01/Jld5 (13). Matapelajaran terlibat : Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam (PMR). Bagi Tingkatan 1 dan 2 : Markah kerja kursus 20% akan dicampur dengan markah peperiksaan akhir tahun. Bagi Tingkatan 3 : Kerja kursus akan bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai. Tindakan : Semua Guru

4.7

Pencerapan - Pencerapan akan bermula pada bulan Januari - Semua guru diminta merujuk takwim untuk melihat tarikh pencerapan. - Semua guru perlu bersiap sedia sebelum pencerapan dilakukan. * Penyediaan pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi perlu dihantar kepada pentadbir pada 11 Februari 2011. Tindakan : Semua Guru

4.8

Analisa Peperiksaan 4.8.1 Analisa Peperiksaan PMR 2010


5

Berdasarkan keputusan PMR lepas, gred purata sekolah (GPS) ialah 2.6 peratus dan gred purata kelulusan bagi matapelajaran Geografi ialah 2.86 peratus. Seramai 127 orang calon menduduki peperiksaan tersebut dengan seorang calon tidak hadir. Seramai 26 orang pelajar (20.5%) mendapat A dan 8 orang mendapat E (6.3 %). 4.8.2 Analisa Pencapaian PMR Matapelajaran Geografi Tahun 2006-2010 Berdasarkan keputusan peperiksaan tahun 2006 gred purata lulus ialah 97.06%, manakala tahun 2007 ialah 96.67%, seterusnya pada tahun 2008 ialah 97.97%, pada tahun 2009 ialah 93.89% dan tahun 2010 ialah 93.70%. Ini bermakna, jika dilihat perbezaan gred purata peperiksaan tahun 2006 dan 2007 ialah 0.39%, perbezaan antara tahun 2007 dan 2008 ialah -1.3% dan ini bermakna pada tahun 2008 peratus pelajar lulus meningkat. Setrusnya perbezaan gred purata tahun 2008 dengan 2009 ialah 4.08% dan ini bermakna jumlah murid gagal meningkat dan peratus lulus menurun. Perbezaan gred purata bagi tahun 2009 dengan 2010 ialah 0.19% dan ini bermakna gred purata lulus pelajar sedikit meningkat berbanding tahun sebelumnya. 4.8.3 Analisa Peperiksaan Matapelajaran Geografi Bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan 1 Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2010, gred purata lulus ialah 3.63%. Berdasarkan gred purata tersebut, peratus lulus ialah 82.64% (118 orang) dan peratus gagal ialah 17.36% (25 orang). 4.84 Analisa Peperiksaan Matapelajaran Geografi Mengikut Tingkatan Bagi Pepriksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan 2 Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2010, gred purata lulus ialah 2.78%. Berdasarkan gred purata tersebut, peratus lulus ialah 84.06% (116 orang) dan peratus gagal ialah 15.94% (22 orang). 4.85 Analisa Peperiksaan Matapelajaran Geografi Mengikut Tingkatan Bagi Pepriksaan Akhir Tahun 2010 Tingkatan 4 Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2010, gred purata lulus ialah 6.86%. Berdasarkan gred purata tersebut, peratus lulus ialah 85.71% (6 orang) dan peratus gagal ialah 14.29% (1 orang). Makluman : Semua Guru 4.9 Langkah- Langkah Meningkatkan Prestasi 4.9.1 Mengadakan latihan intensif kepada pelajar yang lemah serta memberi bimbingan secara individu kepada pelajar yang lemah tersebut.
6

4.9.2

Mengenal pasti topik yang dianggap sukar oleh pelajar serta memberi latihan yang secukupnya dengan berfokuskan kepada topik yang dianggap sukar oleh pelajar. Program Push-Up yang yang disasarkan kepada semua pelajar. Pelajar perlu membuat latihan setiap kalai selesai bab yang diajar. Program Kenali Lokasi Saya bertujuan untuk memudahkan pelajar mengetahuinlokasi tempat-tempat di Malaysia dan luar negara. Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan Geografi. Tindakan : Semua Guru

4.9.3

4.9.4

4.9.5

5.0

Hal-hal lain 5.1 KP meminta agar semua guru dapat memberi kerjasama dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam meningkatkan prestasi matapelajaran Geografi. Tindakan : Semua Guru

6.0

Perkara Berbangkit: 6.1 Soalan dibuat berdasarkan topik yang diajar berpandukan dari buku teks. Elakkan daripada erata/kesilapan semasa menggubal soalan peperiksaan. Latihan : 1 bulan 3/4 latihan. Ini bermakna 1 minggu 1 latihan dan 1 tahun 40 latihan. Bentuk soalan peperiksaan perlu dalam pelbagai bentuk. ABM : Boleh didapati dari Pn. Zaharah. Contoh, peta mengikut sukatan pelajaran tingkatan 1,2 dan 3, peta topografi tingkatan 3 dan glob. Tindakan : Semua Guru

6.2 6.3 6.4

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, ............................................ (Pn. Norasuzi Binti Mashor)

Disemak oleh, ...................................... (Pn. Zaharah Binti Salleh)


7

Disahkan oleh, .......................................... (Pn. Ruslina Binti Darwish)

Setiausaha Panitia Geografi SMKPA

Ketua Panitia Geografi SMKPA

Ketua Bidang Kemanusiaan Dan Kemasyarakatan SMKPA

You might also like