You are on page 1of 6

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah

Rasulullah S.A.W.
Disiarkan pada Aug 21, 2009 dalam kategori Ibadat
Artikel lepas dicadangkan untuk bacaan bersempena Ramadhan
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t.
dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta
adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang
menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh
mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata`,
Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
'Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: 'Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj
(nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan
dahaga atau panas.
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
'Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas
atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah
s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa
disebabkan dahaga atau panas.
(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah
puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-
adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta`jil al-IItar. Ini
berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi
s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran
karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal
743H):
'Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah
kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya
menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang
berpendapat wajib melewatkannya.
(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah
masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah
kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu`jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab
sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut.
Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
'Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat.
Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka
Baginda minum beberapa teguk air.
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi
(meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411
cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar
dan jika tiada air. Kata al-MubarakIuri (meninggal 1353H):
'Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada,
maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang
menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau
mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia
menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada
tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda
menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.
(al-MubarakIuri, TuhIah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada
sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan
belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w.
berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita
disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-
perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan.
Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan
meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan
dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu
menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam
kamu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
'Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah)
telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-
gapah sehinggalah dia selesa.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat
pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga
beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana
meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya
atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat,
disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama
menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata
an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat
apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh
mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan
mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua
solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya
makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
'Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat
Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana
punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang Iaham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau
azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi
mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu
mengandaikan agama dengan emosi sendiri.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan
tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh
mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah
untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal
852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
'Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah
bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian,
tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya
dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah
sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.
(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan Iirman
Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak
suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`AraI:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
'Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang
belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk
pernaIasan.
(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-HaIiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam
Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Hadis ini salah diIahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w.
menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk
minuman dan satu pertiga untuk pernaIasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan
demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu.
Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi.
Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
'Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin Abd Allah al-
Madani dithiqahkan oleh Abu Zur`ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-KasyiI ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa
makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat.
Justeru itu al-Munawi menyebut:
Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa
dengan menjaga lidah, hati dan anggota.
(Faidh al-Qadir, 2/500).
Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita
membacanya:
'Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah
dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-
Allah.
(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut
peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
'Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan
roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu
mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah
berselawat ke atas kamu para malaikat.
(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia
sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab
yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa.
Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
Artikel yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini ialah 'Puasa
Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah`. Sila klik di sini untuk artikel tersebut.

You might also like