You are on page 1of 9

Cara-cara utk berhenti merokok.

PEROKOK kini boleh menghentikan tabiat merokok secara lebih mudah dan selamat dengan
perkenalan produk herba berhenti merokok, Rid-Tobak yang merupakan campuran enam herba
ciptaan seorang penyelidik dari India.
Produk itu yang dilancarkan di peringkat global pada April 2005, diimport oleh syarikat KL Vitality
pada tahun lalu dan dilancarkan bulan lalu oleh Pengurus Besar KL Vitality, H. H. Teh.
Teh mendakwa, 93 peratus perokok yang menggunakan produk itu dapat menghentikan tabiat buruk
itu dalam masa pendek dengan cara yang sihat.
Kajian terkini menunjukkan perokok di Malaysia tidak menunjukkan sebarang penurunan, sebaliknya
turut mencatatkan peningkatan bilangan perokok wanita. Perkara ini menambahkan kerisauan di
kalangan orang ramai terutamanya mereka yang terpaksa menyedut asap rokok yang dihembus
keluar oleh perokok.
"Tujuan kami mengimport produk ini dari India adalah untuk membantu orang ramai yang gemar
merokok supaya berhenti daripada tabiat itu.
"Ini kerana merokok bukan sahaja membahayakan badan perokok, malahan juga membahayakan
orang di sekeliling yang terpaksa menyedut asap rokok," kata Teh.
Kata beliau, produk tersebut merupakan hasil ciptaan Dr. Chetan Somnath Mehta yang merupakan
pakar penyelidik dalam bidang pemakanan nutrisi berherba dari India yang telah mengambil masa
selama 12 tahun untuk menjalankan penyelidikan ke atas produk tersebut serta menguji sebelum
digunakan oleh ribuan perokok.
Keputusan ujian beliau memuaskan dan produk itu kini disanjung tinggi oleh ramai pakar perubatan
pelbagai bidang.
Kini, produk ini diamalkan oleh perokok untuk mengatasi tabiat merokok secara mudah, selamat dan
selesa di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, negara Eropah, Rantau Asia dan kini di Malaysia.
Menurut Teh, prinsip utama Dr. Chetan dalam mencipta produk ini adalah merokok merupakan suatu
tabiat yang amat merbahaya dan memerlukan pengubahan dengan segera.
Jika tabiat merokok dapat diubah, maka para perokok dapat diselamatkan daripada pelbagai masalah
kesihatan yang bakal menimpa dirinya kelak.
Katanya lagi, produk ini adalah gabungan enam jenis herba yang tidak mengandungi sebarang sisa-
sisa nikotin, bahan kimia dan tidak akan membawa sebarang kesan sampingan ke atas mereka yang
menggunakannya.
Inti pati
Antara herba yang digunakan dalam produk tersebut adalah Ashwagandha, Shankh Pushpi,
Mandukparni-Brahmi, Safed Musali, Tulsi dan Jai yang hanya boleh didapatkan dari Gunung Himalaya.
"Rid-Tobak bukanlah suatu ubat atau produk yang dapat memulihkan penyakit atau sebarang
gangguan kesihatan tetapi sebaliknya ia dapat membantu para perokok untuk menjauhi dan
membenci akan tabiat merokok melalui kandungan herbanya yang dapat memahitkan rasa tembakau
secara efektif, cepat dan mudah.
"Ia merupakan sejenis produk makanan yang telah diuji, dicuba dan disokong oleh ramai pakar
perubatan, hospital dan pusat pemulihan di India bagi membantu mengatasi masalah merokok di
kalangan perokok dewasa dan remaja," tambah Teh.
Rid-Tobak adalah sebuah produk pemakanan yang tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan
tidak mempunyai manisan berlebihan atau bahan pewarna tiruan.
Ia merupakan 100 peratus ramuan herba yang ditanggung halal dan telah dikelaskan sebagai produk
makanan serta diiktiraf sebagai produk yang amat selamat digunakan.
Produk ini dikatakan membantu membanteras ketagihan menghisap rokok dan perokok tidak akan
menikmati sebarang rasa untuk merokok setelah mengamalkan pengambilan produk ini. Ia juga
membantu perokok mengatasi ketagihan nikotin dalam tembakau.
Selain itu, produk ini didakwa akan menyebabkan perokok membenci dan membuang tabiat merokok
serta-merta di atas kerelaan diri tanpa sebarang paksaan.
Ia juga dikatakan telah berjaya membantu ribuan perokok mengatasi tabiat merokok mereka secara
berkesan di seluruh dunia dan kini terdapat di Malaysia.
Rid-Tobak telah dikaji selama 10 tahun ke atas ramai penagih serta pengamal bahan-bahan nakrotik
dan kajian berkenaan mengeluarkan keputusan yang amat memuaskan.
Selain daripada negara China, India juga mempunyai ramai pesakit kronik seperti barah jantung dan
barah paru-paru yang disebabkan tabiat merokok dan penggunaan bahan nakrotik lain.
Cara penggunaan
Seseorang perokok hanya perlu meletakkan lapan titik produk itu di bawah lidah selama dua minit dan
menelannya. Selepas penggunaan beberapa minit sahaja dan ditelan ke dalam badan, perokok akan
berasa merokok itu bukan lagi sesuatu yang mengasyikkan.
Tetapi perokok juga perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk berhenti merokok dan dinasihati
menjauhkan diri daripada perokok-perokok lain yang tidak berazam untuk berhenti merokok.
Untuk kebanyakan orang, hanya sebotol produk ini sudah memadai untuk kegunaan antara tujuh
hingga 14 hari bagi menghentikan tabiat merokok.
Tetapi, jika rasa ketagihan masih wujud, pengguna dinasihatkan untuk terus menggunakan produk itu
sebelum merokok semula. Produk ini adalah selamat digunakan tanpa was-was oleh semua lapisan
masyarakat kerana kandungannya terdiri daripada 100 peratus tumbuhan herba.
Ia juga amat sesuai digunakan di kalangan remaja untuk mengatasi gejala merokok sebelum tabiat itu
berubah kepada penagihan dadah.
Rid-Tobak adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun dalam jumlah yang lebih atau
sedikit daripada disarankan pengeluar.
Ia tidak mengandungi sebarang kandungan alkohol atau bahan yang diharamkan atau tidak
dibenarkan di sisi ajaran Islam di mana ia mempunyai sijil halal dan boleh digunakan.
alaubagaimanapun, perokok-perokok yang mengidap penyakit-penyakit tertentu disyorkan
mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakannya.
Kajian
Kajian serta ujian yang telah dijalankan ke atas ramai perokok telah memberi keputusan yang amat
menakjubkan. Ujian dan kajian dibuat oleh pakar-pakar perubatan ke atas pesakit-pesakit mereka
didakwa telah mencapai kejayaan di antara 84 hingga 100 peratus.
Seramai 20,000 juga orang telah mencuba Rid-Tobak, tanpa sebarang laporan kesan-kesan
sampingan atau sebarang masalah kesihatan.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian makmal ke atas Rid-
Tobak dan ia diklasifikasikan sebagai kategori pemakanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sementara itu, Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia juga telah menjalankan ujian
keracunan dan ujian kandungan bahan logam berat dalam produk Rid-Tobak dan ia diisytiharkan
sebagai produk yang amat selamat digunakan.
Rid-Tobak juga disahkan tidak mengandungi sebarang bahan racun, dadah atau bahan kimia yang
berbahaya kepada kesihatan pengguna.
kesan rokok
Kesan Merokok terhadap
Tubuh Badan Anda

Penghisap rokok seringkali dinasihati bahawa merokok memudaratkan kesihatan mereka. Tetapi,
kebanyakkan mereka tidak sedar betapa seriusnya kemudaratan ini serta mengetahui kesan-kesan
sebenar.

Merokok & Kesuburan Lelaki
Suatu kajian yang melibatkan 5,000 orang kaum lelaki cina menunjukkan bahawa golongan yang
merokok lebih daripada satu paket sehari adalah 60 lebih cenderung mengalami masalah mati
pucuk berbanding dengan golongan yang tidak merokok. 1

Merokok & Kehamilan
Kaum wanita yang merokok adalah lebih cenderung megalami kesukaran untuk menghamil,
mengalami komplikasi semasa kehamilan serta berisiko tinggi mengalami keguguran bayi. 2
Suatu kajian yang dijalankan di Pusat Perinatal Biologi di CaliIornia membuktikan bahawa ibu
mengandung yang merokok sepanjang tempoh kehamilan mendatangkan impak negatiI kepada
jantung Ietus. 3

Merokok & kesannya terhadap kanak-kanak
Asap rokok pasiI (second hand smoke) mampu merosakkan Iungsi arteri kanak-kanak,
berdasarkan kajian Finnish yang diterbitkan dalam American Heart Association journal
Circulation yang melibatkan 400 orang kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun. 4
Selain itu, asap rokok pasiI juga mengakibatkan jangkitan pernaIasan dan masalah telinga serta
serangan asma yang teruk dan berulang di kalangan kanak-kanak. 5


Merokok & Paru-paru anda
Kematian akibat kanser paru-paru adalah 22 kali lebih tinggi di kalangan lelaki dan 12 kali lebih
tinggi di kalangan wanita yang merokok berbanding dengan golongan yang tidak pernah
merokok.6. Selain daripada kanser paru-paru, 90 kematian akibat penyakit saluran pernaIasan
obstruktiI kronik dapat dicegah dengan berhenti merokok. 7

Asap Rokok PasiI
(juga dikenali sebagai merokok secara pasiI)
Orang-orang di sekeliling perokok juga mengalami impak-impak negatiI apabila mereka
menghisap asap rokok pasiI Suatu kajian yang dibentangkan di mesyuarat agung Akademi
Neurologi Amerika mencadangkan bahawa bagi mereka yang tinggal bersama perokok lebih
daripada 30 tahun, mereka adalah 30 lebih mudah mendapat demensia berbanding dengan
golongan yang tidak pernah tinggal bersama perokok.8
Lebih-lebih lagi, asap rokok pasiI meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi
golongan berisiko tinggi penyakit jantung. 5

Merokok & Jantung Anda
Risiko diserang strok berganda apabila seseorang individu merokok 9. Dalam suatu kajian yang
dijalankan di tujuh negara yang melibatkan golongan berusia antara 40 hingga 59 tahun,
menunjukkan bahawa 57.7 daripada golongan yang menghisap 30 batang rokok sehari telah
mati selepas 25 tahun berbanding dengan 36.3 daripada golongan yang tidak merokok. 10

kandungan dalam rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu
sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktiI (polonium-201) dan
bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide)
yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak
lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser
(karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH)
telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amIetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan
mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom
ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah
mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintiIiknya nikotin itu juga
sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraI oleh dunia perubatan. Seseorang yang
kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan
yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan
ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius
dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu
perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit
jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan.
Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya
boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa
kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak,
saluran pernaIasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,
sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu
dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab
pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh
perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung
melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut,
kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernaIasan ke dalam paru-paru dan
merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga
akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emIisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esoIagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke
seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi siIat ketagihan, malah menyebabkan saluran
darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ
berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain,
sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-sihat-cerdas-dan-cergas/9996-
kandungan-berbahaya-dalam-rokok.html

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air
kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok
yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan
pundi kencing.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t9996

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum
diketahui merokok boleh menjejaskan Iungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya
ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah:
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok:
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus
daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esoIagus, tekak, pankreas, pundi
kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit
jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh
negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih
penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos
rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan naIas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok
kepada tujuan yang lebih baik dan bermanIaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berIikiran positiI
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Note: Sumber Rujukan
- Pusat Racun Negara, USM OIIicial Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia OIIicial Website
- Institut KeIahaman Islam Malaysia OIIicial Website IKIM Dalam Media Berita Harian

Under rokok dan islam

Rokok Dan Islam

Agama Islam mampu memenuhi segala keperluan bagi setiap masalah yang berbangkit dalam
kehidupan seharian umatnya, sehingga tidak satu perkara pun terlepas daripada sorotan Islam
yang memberikan kaedah atau aturan cara melaksanakannya, supaya tidak membawa mudarat
terhadap manusia itu sendiri. Dengan demikian, terjaminlah tindak-tanduk umat ini daripada
terjerumus ke lembah dosa dan kerosakan akal, jasmani dan harta benda. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa isu yang tidak dijelaskan hukumnya secara tegas, maksudnya tidak ditemui nas
yang khusus membicarakannya. Hadith Rasullullah s.a.w. :"Halal itu jelas, haram itu pun jelas,
dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak
mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia
memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran
jatuhlah ia ke dalam haram,"(H.R. Muslim)
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t9996

Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan sebagai satu contoh
perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya
orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang
baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya. Hadith Rasullullah s.a.w. :
"Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid-
masjid kita, kerana malaikat terganggu,"

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh
termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah
dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu,
tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara
kebudayaan dan keagamaan.

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat
yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas
dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang
membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan
budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi
mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.
Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian
menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.



Artikel2 org yang hisap rokok.

Perkataan Yang Biasa Diungkapkan Oleh Perokok

1. Saya mahu berhenti tetapi susah.
2. Datuk saya seorang perokok tapi panjang umurpun...
3. Hak masing2, siapa mau merokok, merokoklah... siapa tdk mau, tdk perlulah bising2...
4. Saya merokok, tapi saya jauh lebih baik drpd si...
5. Si ... mati awalpun maka2 dia tdk merokok.
6. Ah, si ... tiada apa2pun maka2 dia tdk merokok.
7. Saya tahu merokok boleh membahayakan kesihatan tetapi sungguh sukar utk berhenti.
8. Saya merokok, tapi saya guna duit sendiri, bukannya saya meminta duit drpd orang lain.
9. Siapa takut mati awal janganlah merokok.
10. Ah, ajal di tangan Tuhan, bila2pun boleh mati.

Keburukan Merokok

1. Imej diri rendah.
2. Prestasi akademik buruk.
3. Bau naIas yg tdk menyenangkan.
4. Gigi kekuningan.
5. Bibir kehitaman.
6. Pakaian berbau.
7. Risiko mendpt penyakit yg tinggi.
8. Risiko kematian awal tinggi.
9. Membahayakan rakan2 dan keluarga sendiri akibat terhidu asap rokok.
10. Gangguan terhadap tugasan spt banyak membuang masa kerana semata2 utk merokok.
11. Tdk tenteram bila tdk dpt merokok.
12. Kurang mampun berIikir dgn baik dan waras.
13. Membazir banyak wang. Rokok sangat mahal.
14. Rokok dirasakan lebih sedap drpd makanan.

Kebaikan Apabila Anda Berhenti Merokok

Kebaikan berhenti merokok boleh dilihat kira2 20 minit sahaja:

20 minit: Tekanan darah menurun, kadar denyutan nadi menurun, suhu tangan dan kaki
meningkat.
8 jam: Kandungan karbon monoksida dlm darah jatuh kpd normal. Tahap oksigen dlm darag
meningkat kpd normal.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/showthread.php?t9996
24 jam: Risiko serangan jantung berkurang.
48 jam: Hujung saraI mula tumbuh semula. Kebolehan menghidu dan merasa bertambah baik.
2 minggu ke 3 bulan: Aliran darah bertambah baik, berjalan menjadi lebih mudah dan Iungsi
paru2 bertambah baik.
1 - 9 bulan: Batuk, masalah saluran pernIasan & sesak naIas menurun.
1 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang kpd separuh drpd mereka yg merokok.
5-15 tahun: Risiko strok berkurang spt mereka yg tdk pernah merokok.
10 tahun: Risiko barah paru2 jatuh serendah kira2 separuh drpd mereka yg merokok. Risiko
ulser juga berkurang.
15 tahun: Risiko penyakit koronari jantung berkurang sama spt mereka yg tdk pernah
merokok. Risiko kematian juga sama spt yg tdk pernah merokok.